Tuesday 8 May 2007

Hendak atau tidak, aku kena siapkan semua bahan untuk program hari Sabtu ni... Just for note, aku akan ke Kuala Terengganu this Thursday dan macam biasa, tugas aku kali ini ialah mengendalikan bahagian teknikal projek... Multimedia, memang sah2 dibawah tanggungan aku... Takde bezanya dengan yang lepas lepas... Cuma ada pertambahan dari segi koleksi isi kandungan... Itu sahaja... But again, since aku nak kene amend multimedia presentation tu, aku nak kene edit the whole draft yang pernah aku buat sebelum ni... Pada mulanya aku ingatkan senang dan takde masalah, rupanya banyak pulak hal!... Media yang aku prepare sebelum ni tak boleh berfungsi! Gambar banyak yang hilang... Puncanya, aku gie delete some picture folder dalam PC aku... Dah, pulakkk.... Masak aku! Aku cuba godek godek... Usik sana, usik sini... Tak menjadi jugak! Jenuh dan letih aku dibuatnya... Last2, aku buat balik semula... Makan masa lah jugak... Seharian concerntrate depan PC... Keje atas meja tak diusik langsung! Kalau boss aku tahu, mati aku!!! Nasib baik semuanya OK selepas tu... So, dapatlah aku burn siap siap klip multimedia tu dan tunjukkan pada jawatankuasa esok untuk disahkan... Kalau depa reject, maknanya... Aku kene buat amendment semulalah... Tapi aku rasa tak kot sebab semua ni benda yang sama cuma ada tambah sikit aje part hujung klip tu...

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.