Thursday, 7 June 2007

Something to share with you...

"People seem to have a natural need for friends and with good reason. Friends increase your enjoyment of life and relieve feelings of loneliness. They even can help reduce stress and improve your health. Having good friends is especially helpful when you are going through any kind of hard time: experiencing anxiety or panic attacks, depression, phobias or delusional thinking; living with a serious illness or disability; having major surgery; having a loss in your life; or just being under a lot of stress. At times like these, good friends and supporters can make all the difference. When you are with good friends you feel good about yourself, and you are glad to be with them. A friend is someone who — 1) you like, respect, and trust, and who likes, respects and trusts you 2) doesn't always understand you, but accepts and likes you as you are, even as you grow and change 3) allows you the space to change, grow, make decisions, and even make mistakes 4) listens to you and share with you, both the good times and the bad times 5) respects your need for confidentiality so you can tell them anything 6) lets you freely express your feelings and emotions without judging, teasing, or criticizing 7) gives you good advice when you want and ask for it, assists you in taking action that will help you feel better, and works with you in difficult situations to figure out what to do next 8) accepts your self-defined limitations and helps you to remove them 9) lets you help them when they need it 10) you want to be with, but you aren't obsessed about being with 11) doesn't ever take advantage of you A man in a focus group said, "Friendship is a continuing source of bonding, releasing, and creating in yourself and with the other person. There is an emotional bond." A good friend or supporter may or may not be your age or the same sex as you; come from the same educational, cultural, or religious background; or share interests that are similar to yours. Friendships also have different depths; some are closer to the heart, some more superficial-but they're all useful and good." Source : www.mentalhealth.samhsa.gov.my/publication

Tuesday, 5 June 2007

Semalam aku dapat SMS dari kawan aku kat New Zealand... Dia pesan kat aku, dia nak kirim barang... Katanya, dia nak aku post kan kepada dia Biore Pore Pack... Nak buang jeragat yang ade atas hidung dia tu... Aku pun pelik, sempat lagi ke dia nak menjaga 'kecantikan' muka kat sana... Aku ingatkan, dia sibuk belajar... Rupanya sempat lagi nak melawa kat sana... Nak pikat minah mat salleh kot??? Heheheheeee... And then, aku pun pergilah Mid Valley semata mata nak tunaikan kehendak kawan baik aku ni... Aku masuk Guardian dan beberapa farmasi yang lain... Of course kesemua tempat yang aku pergi memang ada benda yang aku carik... Cuma bezanya, harga mahal dan murah aje... Biasanya kalau aku pergi cari barang penjagaan diri macam shaver cream, deodorant, bedak dan sebagainya, aku akan terus ke Carrefour sebab kat situ lagi murah berbanding farmasi yang besar2 nih... Jimat sikit... Bila dah masuk Carrefour, terus aku gie carik barang yang kawan aku tu pesan... Masa tengah belek belek tu, aku teringat satu cerita lama bila terpandang satu krim ni... Kisah ni terjadi pada kawan aku yang pi New Zealand ni lah... Masa tu kami masih lagi dizaman sekolah... Tak silap aku masa tu Form 6 kot... Dia sendiri yang cerita kat aku dan cerita dia tu memang melucukan sampai aku tergelak besar... Aku tak boleh lupa sampai sekarang... Everytime kalau aku ternampak krim tu, aku mesti akan teringat cerita dia ni... Ceritanya macam ni... Kawan aku nie memang jenis suka melawa... Dia memang prihatin terhadap penampilan diri... So, kalau dia nak keluar gie sekolah atau jalan2, dia akan pastikan dirinya kemas dan segak!... Bila lalu depan orang ramai, sure orang akan pandang dia sebab penampilannya yang handsome tu... Masa sekolah dulu, ramai gak awek2 yang usha dia... Ade tu sampai bagi surat bagai!... Maklumlah, jiwa muda remaja... Masing2 gatal nak bercouple maple nih... So, nak dipendekkan cerita, kawan aku ade terjumpa satu krim ni dalam bilik tetamu rumah dia... Kalau orang perempuan mungkin tahu kot krim ni... Alah kat Cosway ade jual... Murah aje krim ni... Krim ni namanya "Prolin - Skin Renew" khas untuk melembab dan mencantikkan kulit... So, kawan aku terus jadi excited lah bila tengok krim ni... Sure dia nak cuba... Apatah lagi krim ni mengandungi minyak "Evening Primrose" yang memang terkenal untuk mencantikkan tekstur kulit!... Dia nie pulak, jenis suka pakai dan cuba barangan baru tanpa mengetahui apa kesannya... Bahaya kan?? Tapi tulah, bila aku tegur, dia cakap semua produk penjagaan diri sama aja... Bukan memudaratkan pun... Degil betul...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
And then, dia teruslah pakai dan tepek kat muka... Kononnya nak buat macam masker lah... Masa pakai tu, dia tak baca habis pun krim tu untuk dipakai kat mana, ape isi kandungan dan cara nak pakai... Ape yang dia tahu, semua krim mesti tepek kat muka... Tulah kesilapan besar yang dia lakukan... Dia pakai waktu malam sebab at least khasiat dari masker tu akan meresap kedalam kulit mukanya... Kononnya nak pakai selama 20 minit; last last dia tertidur sampai la kepagi... Nahhh, ambik kau... Sampai kering kontang krim atas muka dia tu... And then, masa bangun tu pulak, dia rasa semacam... Rasa pelik sangat... Muka dia keras macam kena simen... Dia tak boleh nak kerut dahi atau senyum... Seolah olah seluruh anggota mukanya macam dikunci... Ape lagi, terus berlarilah dia masuk bilik air cuci muka dan hilangkan krim yang dia pakai malam tu... Nasib baik boleh hilang dan takde serious effect... Keluar aje bilik air, mak dia tanya ape kena dia berlari masuk bilik air tadi... Dia pun cite lah... Terus menjerit mak dia marahkan dia... Rupanya krim yang dia pakai tu untuk tumit kaki!! Krim tu fungsinya untuk melembutkan kulit tumit kaki yang keras dan merekah.. Memang pun bila kering, ia akan mengeras... Sebab tu krim tu tak pakai kat muka... Bila aku dengar dia sebut semua tu, ape lagi... Aku tergelak macam nak pecah perutlah... Aku soundlah dia, "apelah punye bangang krim kaki kau pakai kat muka??? Kau yang bijak pandai dan arif dalam bab penjagaan diri pun boleh jadi bengong... Tulah, lain kali sebelum pakai, baca dulu betul2... Jangan main hentam aje... Padan muka kau... Nasib baik tak rosak muka kau tu... Kalau tak, jadi macam Michael Jackson lah kau nanti..." Heheheeeeee.... Macam macam... Gitulah ceritanya... So, setiap kali kalau aku gie beli barang berunsurkan krim, aku pasti akan tersengeh sorang2... Kadang2 sampai kawan2 yang lain pelik melihat gelagat aku... Aku lak, malas nak cerita... Biarlah ianya tersimpan dalam kotak minda aku nih...

Monday, 4 June 2007

Aku rasa kagum!! Rasa takjub... Seharusnya aku rasa begitu bila aku melihat gambar2 yang dihantar oleh kawan aku melalui e-mel... Subhanallah! Begitu indah dan cantik sekali pemandangan ini... Ingin rasanya aku kesana, menikmati suasana aman damai... Sungguh bertuah penulis asal kerana dapat melabuhkan pandangan menikmati keindahan alam ciptaan Allah SWT...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Bila aku lihat gambar2 ini, terbit rasa insaf dihati... Betapa agungnya Dia menciptakan sekalian alam... Tanpa cacat dan cela... Malah, kesemua hasil ciptaanNya mengagumkan!! Tidak ada alat atau mesin yang boleh melakukan semua ini... Sememangnya ciptaan yang tiada tandingan...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Namun, aku masih lagi tidak faham... Dalam kita mengagumi hasil ciptaanNya, masih ramai antara kita yang ingin memusnahkannya... Lihatlah dunia kita sekarang... Sana sini kemusnahan alam sekitar dapat kita lihat... Ambil contoh paling dekat... Di negara kita saja, habis hutan kayu balak ditebang dan dibersihkan... Semuanya untuk apa? Untuk kesenangan dan kemewahan golongan orang tidak bertanggungjawab... Hasilnya, kita semua yang merana kerana terpaksa menanggung impak hasil dari penebangan hutan tersebut... Kejadian tanah runtuh, banjir kilat dan sebagainya seringkali terjadi... Sistem alam semulajadi kita terganggu gara2 aktiviti seperti ini...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Begitulah sifat manusia, tidak pernah puas dengan apa yang ada... Sentiasa mencari sesuatu yang lebih demi untuk memuaskan kehendak hati... Bagi memastikan apa yang dihajati tertunai, mereka sanggup melakukan apa sahaja... Segala masalah yang bakal timbul tidak pernah difikirkan dan ditolak ketepi... "Ahhh... itu boleh difikirkan kemudian"... Begitulah tanggapan mereka bila diminta supaya bertanggungjawab atas segala tindakan yang diambil... Mereka seringkali memandang remeh perkara sebegini...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Apa yang merisaukan aku, satu ketika nanti kita tidak mempunyai apa2 lagi untuk meneruskan kehidupan... Generasi kita akan menghadapi ancaman yang besar... Malapetaka dan bencana alam pasti akan berlaku jika kita tidak terus mengekalkan keindahan alam sekitar kita... Sekarang ni pun, kita semua tahu, paras air laut telah meningkat dengan mendadak... Ais di kutub Utara dan Selatan semakin lama semakin cair!... Ini semua terjadi gara2 pemanasan global dunia... Lapisan ozon semakin hari semakin nipis... CFC yang dilepaskan dari kilang2 banyak terdapat didalam udara kita... Memang kita tidak sedar kerana buat masa ini, kita masih lagi dapat enjoy menghirup oksigen... Bayangkan 10 tahun yang akan datang dimana banyak kilang didirikan... Asap berkepul kepul keluar keudara... Korang rasa cukup ke oksigen yang kita ada? Dapat ke menampung jumlah manusia yang berbilion bilion kat atas muka bumi ni?? Dah lah tu, pokok pulak ditebang... Tak tahulah macam mana keadaannya nanti... Aku harap semua pihak akan bekerjasama membendung semua gejala ini... Kita tidak boleh terus merosakkan alam semulajadi!! Jadi, ape peranan kita? Adakah kita menanti supaya orang lain memulakan langkah dan kita akan mengikut?? Fikir fikirkan...

Friday, 1 June 2007

Bila aku sampai aje kat office pagi tadi, aku rasa macam boring kejap... Entah kenapa tah, tiba2 aje mood aku hilang... And then, tengok meja aku yang penuh dengan fail, lagilah aku bertambah down... Semalam aku dah clearkan banyak perkara... Sambil tu, sempat aku kemas meja aku sebelum aku balik.. Pagi ni aku datang, bertimbun balik fail atas meja aku... Aku tak tahu nak buat macam mana lagi dah... Asal aku clearkan aje, mesti banyak lagi yang akan datang... Kalau tak sikit, berkotak kotak... Kadang kadang, rasa pelik gak... Sebelum nie tak pernah jadi macam ni... Jadi, aku buat kesimpulan, sah orang yang sebelum nie tak buat kerja... Kalau buat pun, mungkin mereka tak follow up atau simpan rekod dengan baik... Kebiasaannya kerja macam aku nie takkan memakan masa yang panjang untuk selesai melainkan kalau melibatkan kes yang serius dimana pihak ketiga terpaksa dirujuk... Hendak atau tidak, aku kenalah buat juga... Siape lagi yang akan buat kalau tak aku... Masa aku memula joint unit baru ni pun, big boss aku dah expect aku akan reducekan outstanding back log... Biasalah, agaknya muka aku ni muka clear kan kerja orang lain kot... Asal merge aje, mesti ada back log... Kes beribu ribu yang tak selesai, sudah menjadi kebiasaan orang kat sini... Cuma tahan dengan tak tahan aje.. Kalau rasa2 tak boleh nak buat atau tak sanggup nak berdepan dengan masalah, eloklah transfer tempat lain... Tu jelah caranya... Aku rasa terkilan juga dengan perangai boss boss aku kat sini... Ramai kawan2 aku dah blah gie joint company lain... Mereka yang blah ni pun bukan calang2 orang tau... Masing2 bagus2 dalam pelbagai aspek... Aku tak paham kenapa company aku tak halang dia orang ni dari berhenti... Well, depa berenti pun bukan sebab suka2 nak berenti... Kalau nak diikutkan dalam market, company aku ni merupakan antara company favourite untuk orang luar mintak kerja... Asal dengar aje nama company aku, semua orang bukak mata... Semua orang akan cakap, "Waaahhhh, best lah keje kat situ.. Gaji mesti masyukkk!!!"... Entah aku tak paham kenapa dia orang cakap macam ni... Entah ape yang masyuk, aku pun tak tahu... Masyuk angin, keluar asap adelah... :) Aku pun terfikir gak, macam manelah nasib aku nanti kat sini... Dah dekat 11 tahun aku kerja, macam ni jelah aku... Kerja kuli aje... Tak pernah dinaikkan pangkat atau diberikan ganjaran lumayan macam orang lain... Padahal, kalau nak di ikutkan, dah macam2 kerja dah aku buat... Dah macam2 department aku joint... Hampir kesemua benda aku tahu... Baik kerja kerani sampailah kerja manager... Semua aku dah rasa... Tapi yang peliknya, dia orang ni (bosses) tak pernah appreciate ape aku dah buat... Hanya compliment aje yang aku dapat... Puji sana, puji sini... "Eh.. Baguslah kau!!!!"... Aku bukan lah mengharapkan apa2 cuma kalau dah terlalu lama sangat bekerja dengan jawatan yang sama, boring gak kan ??? Bukan aku tak reti bersyukur, tapi manusia masing2 ada satisfaction yang tersendiri... Aku pun ada cita2 gak... Tapi bila melihat keadaan aku sekarang, macam lagi sukar aje aku nak capai cita2 aku... Kengkawan aku kat sini selalu pesan supaya aku banyak bersabar... Ganjaran akan tiba kelak... Well, sabar tu sabar gak... Kadang2 kita kena fikir gak masa depan... Umur makin lama, makin tua... Tapi kedudukan dalam syarikat, macam tu aje... Tak naik naik... Perlu ke berbuat sesuatu??? Aku masih lagi bersyukur kerana aku dikurniakan kekuatan hati, mental dan fizikal untuk terus menghadapi semua dugaan ini... Untuk pengetahuan kalian semua, ini adalah tahun terakhir aku meneruskan kerjaya sebagai seorang pekerja disyarikat aku... Kalau tahun depan, aku masih lagi berada ditempat yang sama, tandanya aku harus mengundur diri... Aku akan berlalu pergi mencari tempat dimana perkhidmatan aku diperlukan dan pengalaman serta bakat aku dihargai... Kepada rakan2 sepejabat aku yang membaca coretan aku kali ini, usah ditanya kenapa kerana kalian tahu jawapannya... Inilah satu2 cara untuk aku mengubah nasib aku... Doakan aku ye....

Thursday, 31 May 2007

Letih aku nak melayan budak budak kat pejabat nih... Macam macam pe 'el (karenah) dia orang ni lah... Minggu nie, aku memang sibuk giler... Dengan portfolio baru aku, dengan aktiviti Sport Club, aktiviti kat rumah... Semuanya aku nak kene buat serentak... Dah lah banyak benda nak kene selesaikan, tapi dia orang ni semua macam tak reti reti bahasa... Ada ada saja... Nasib baik aku ni jenis yang tak kesah... Selamhe aje... Layan gaklah karenah dia orang ni... Pagi tadi ade minah sorang nie datang tempat aku... Minta tolong itu dan ini... And then, dah ler mintak tolong orang waktu orang tengah sibuk giler! Expect kita buat waktu tu jugak... Sampai aku rasa tak senang duduk dibuatnya... Last2, selamba aje aku sound, "nanti saya siapkan permintaan cik ni... Saya nie tengah sibuk review fail tuntutan pelanggan ni"... Aku cakap lembut2 dengan pompuan nie sebab tak nak nanti dia kecik hati dengan aku... Pulak tu, dia duduk aje depan aku ni ha tak gerak2... Boss aku pun dah pandang semacam... Terpaksalah aku 'halau' dia balik ke tempat duduk dia... Selesai satu perkara, datang pulak sorang lagi... Tapi kali ini, minah ni OK sikit sebab dia tahu aku tengah kebizian yang melampau... Dia cuma pesan aje kat aku, dan terus beredar pergi... Aku cuma letak nota yang dia tinggalkan tu ketepi... Takut nanti bercampur dengan fail2 atas meja aku ni haa... Bila masuk tengahari, lagilah aku sibuk... Tak henti2 mesej masuk dalam komputer aku... "Apesal tiba tiba aje semua orang carik aku nih ???"... Sibuk dia orang minta tolong dan pandangan tentang sesi pemilihan pemain untuk Kejohanan Sukan Dalaman 2007 yang akan berlangsung bulan 7 nih... Aku sebenarnya bukan tak minat atau tak nak tolong, tapi buat waktu sekarang ni, tangan aku terikat dengan banyak benda... Semuanya URGENT! Itu nak disiapkan cepat, yang ni lak boss dah tanya tanya... Rasa lemas lak aku... Kalau tak boleh tahan, mahu pengsan! :) Last2, aku buat mana yang sempat aje... Petang sikit aku turun untuk melihat perkembangan sesi pemilihan tu... Aku turun kejap aje sebab aku dah kene balik rumah... Ada satu lagi masalah yang nak diselesaikan... What a busy day for me................................

Tuesday, 29 May 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Ya Allah... jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu… Ya Muhaimin... jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu... Ya Rabbana... jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..... Ya Rabbul Izzati... jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu.... Ya Allah... jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu... Ya Allah... jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu... Ya Allah... jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu... Amin... Terima kasih : Appleijau - www.raudhah.com

Monday, 28 May 2007

Cilako betul orang yang curi handphone aku nih.... Kalau aku dapat, nahas aku kerjakan... Panas betul hati aku... Aku cukup bengang bila harta benda aku orang ambil... Yang paling aku geram, benda yang dia ambil tu pulak benda yang paling aku sayang... Benda mahal lak tu... Bukan senang nak dapat... Aku tak sangka yang handphone kesayangan aku boleh dicuri... Yang paling sedih tu, ianya berlaku kat dalam office aku lak... Entah keparat mane lah yang cekau, aku pun tak tahu... Tapi masa hilang tu, ramai yang keluar masuk office aku ni... Tempat duduk aku ni pulak bukannye tempat 'hot' yang orang suka datang... Duduk kat ceruk office pun, orang boleh panjang tangan ambil barang orang lain... Sebelum ni, aku selalu hilang calculator!... Haa.. korang bayangkan... Calculator yang harga berape sen tu pun orang boleh ambik buat harta sendiri!.. Entah, aku tak paham orang zaman sekarang nih!... Handphone aku tu taklah baru sangat... Aku pakai sejak awal tahun 2006... Aku pulak jenis bangsa jaga barang dengan baik... Kalau orang tengok barang aku, nampak elok dan macam baru keluar kedai... Dah memang perangai aku macam tu... Dapat aje barang bagus/baik/mahal, aku jaga elok2... Esok lusa kalau aku nak trade in ke ape, senang sebab condition tip top... Aku sayang handphone ni sebab function dia bagus! Camera 3.2 megapiksel... Aku selalu ambik gambar guna handphone ni.. Kalau korang nak tahu, hampir kesemua gambar yang aku publish dalam blog ni aku ambil guna kamera handphone aku tulah... Memang clear giler... Tu yang aku rasa ralat sangat tu... Pasal no. telefon dalam tu, aku tak heran sangat sebab aku ade buat back up dalam buku... So, boleh key in balik kalau hilang... And then, memory card dalam tu, akhir tahun lepas masa PC Fair, aku upgrade pada 1GB... So, banyak ler space dan lagu aku download dalam tu... Masa beli phone tu, cuma 256MB aje... Aku suspect, orang tu memang dah perhatikan handphone aku sebelum ni... Kalau tak, dia takkan dapat curi... Pulak tu aku selalu letak handphone dalam drawer meja aku ni ha... Kalau aku takde kat tempat atau keluar dari floor aku, aku akan kunci drawer sebelum beredar... Tapi kalau aku ade dalam kawasan, aku tak kunci lah... Yelah, 10X dok bukak kunci, susah ler pulak... And then, kalau aku tertinggal handphone pun, gerenti benda tu dalam drawer aku... Takde tempat lain lagi dah... Masa hilang tu, puas aku selongkar meja aku... Drawer aku... Aku sanggup balik rumah cari kat dalam bilik dan semua tempat... Memang tak ada!... Aku memang ingat kali terakhir aku pegang handphone aku tu... Memang kat office!... Aku memang tak singgah tempat lain... Dah takde rezeki, hendak tak nak, aku kene terima gak hakikat yang handphone kesayangan aku dah hilang... Sampai sekarang aku rasa ralat sangat... Sampai sekarang teringat ingat... Yelah, aku tak expect akan hilang dalam sekelip mata... Sekarang, terpaksalah aku guna handphone aku yang satu lagi tu (Motorola V3i) buat sementara waktu... Ade rezeki lebih, aku beli baru sebab handphone Motorola aku nie takde 3G... Handphone N73 tu memang handphone 3G... Aku berdoa sangat2 supaya orang yang curi handphone aku tu akan ditimpa bala atas perbuatannya... Aku tak pasti sama ada berbaloi ke tidak dia curi handphone aku tu sebab handphone aku tu ade security lock... So, kalau nak bukak, kene key in security code tu dulu baru boleh pakai!... And then, kalau masuk SIM Card lain pun sama, kene key in security lock dulu baru masuk boleh masuk SIM Pin Number... Awal2 lagi aku dah tukar security code tu sebab takut ada orang ceroboh guna handphone aku.. Maklumlah, pakai bil... Aku harap, siape yang dapat phone aku tu tak boleh pakai... Biar padan muka dia!
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Handphone kesayangan aku yang hilang.... :(

Saturday, 26 May 2007

Rasa kelakar sangat semalam.... Of course, aku dan yang lain2 enjoy sebab kami pergi celebrate birthday kawan yang sorang ni... It was his 35th birthday today and we celebrated with joy and laughter... Rasa seronok sangat sebab aku dan kawan2 dah lama tak keluar spent time macam ni... Sesekali tu, teringin gak kan keluar reramai... After office hour, aku terus balik rumah... Hari Jumaat memang office aku tutup awal... Kul 4.45 petang, aku dah cabut balik... Malas nak stayback lelama... And then, sampai rumah; solat dan terus bersiap untuk majlis makan malam... Lepas Maghrib baru aku keluar rumah... Kali ini, destinasi santai aku dan kawan2 ialah di KLCC... Aku rasa malas nak gie tempat lain memandangkan kebanyakkan jalan sibuk dan jam... Maklumlah, hari Jumaat... Ramai orang balik awal dan ramai yang nak pulang kekampung dan sebagainya... Lagipun, next week cuti sekolah dah mula... So, kota Kuala Lumpur akan lengang sikit... Aku drive terus ke KLCC... Dah janji dengan dia orang semua jumpa kat depan ZARA... Well, aku ingatkan aku yang lambat sampai, rupanya aku yang pertama sampai dulu!... Dia orang tak muncul2 lagi... Janji pukul 8.15 malam tapi sampai pukul 9.00, batang hidung masing2 pun tak nampak... Bengang gak aku duduk melanguk kat situ sorang2... Memerhatikan orang lalu lalang.... Kalau aku pakai kemeja, seluar slack dan pakai tie, sure orang ingat aku security guard ZARA!... Adoiiii... dah ler takde bangku or tempat duduk... Rasa macam nak tercabut aje kaki aku ni berdiri lama2... Tunggu punye tunggu, dekat pukul 10.30 malam baru semua orang ada... Restoran dah nak tutup, baru mereka nak sampai!... Aku nak marah2 pun tak guna gak sebab birthday boy yang paling last sekali sampai... Worry gak aku, ingatkan tak jadi... As usual, dia sangkut masa nak sampai KLCC... Macam yang aku agak tadilah... Jalan jam! Terus lepas tu kami ke restoran yang menjadi pilihan; Secret Recipe tapi sayangnya restoran dah nak tutup... Cuma boleh order dan take away aje... Since semua dah kelaparan, then we decided to go another place yang terletak depan taman... Aku tak kesah sangat asalkan ade tempat makan yang OK dan boleh masuk tekak aku... So, we eat, talk, laugh... Semualah... Sampailah dah dekat midnight baru kami semua beredar... Nasib baik esok cuti (Sabtu)... Takde lah penat nak kena bangun awal pagi... Lepas tu, kami tak balik terus kerumah, malah terus menuju ke Plaza Yow Chuan... Heheheeee... Ape lagi kalau tak "melalak"... Ramai antara kami ni kaki "melalak", tu yang ketempat karaoke tu... Aku jarang kesini sebab tempat ni dah macam disko dah... Ramai sangat orang dan paling aku tak tahan; asap rokok!! Pening kepala aku dok dalam tu... Dalam bilik karaoke tu OK sikit sebab closed area dan non-smoking... Cuma bila nak tunggu giliran tu je yang tak tahan... Aku perhatikan ramai betul remaja yang datang situ... Well, tak perlu lah aku nak describe macam mane dia orang ni... Aku rasa korang pun tahu jenis yang macam mane... Sosial habis!! Yang aku heran tu, betina pun ade gak... Tergedik gedik kat situ... Dah ler jam dah dekat nak pukul 1.00 pagi, masih lagi rewang2 sana sini... Entah ape nak jadi tah... So, we enjoy our night, menyanyi sampai hilang suara... Semua lagu pun kami belasah... Lagu lama, lagu baru... Lagu laki, lagu pompuan... Semualah... Suara, tok sah cite, ada pitching sampai ke laut... Heheheheee... Sekali sekala lepas tension, ape salahnye kan?
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Begitulah ceritanya... And to my friend, Amar... Happy Birthday to you... Dah tua dah ko yek...

Thursday, 24 May 2007

Aku cabut awal dari office... Bukan sebab aku sengaja nak keluar awal, tapi aku ade janji dengan member aku nak gie Mid Valley dengan dia... Katanya dia nak cari barang dan aku lak nak beli hadiah harijadi untuk kawan aku yang akan disambut esok... So, after office hour, terus aku blah... Drive sampai Mid Valley, senang betul aku carik parking.. Agaknye sebab orang tak datang sini kot time gaji belum masuk ni... Aku pun bukan nak shopping sangat.. Just nak cari hadiah, pastu kad birthday... Tu aje... Dalam kepala otak aku nih pun takde idea nak bagi ape... Tengoklah apa yang menarik... Aku beli ajelah... And then, budget pun kene beringat sikit... Tak nak ler nanti beli sampai over limit lak... Kami pusing2 disekitar kompleks yang besar gedabak tu... Tempat ni tempat biasa aku dan kawan2 gie... Yelah, kat kawasan office aku mane ade shopping complex yang lain... Kalau ade pun, aku tak mampu nak beli barang kat sana... Macam BSC (Bangsar Shopping Complex), Bangsar Village dan sebagainye memang ada tapi barang kat situ mahal lah... Aku mampu tengok aje... Nak beli, jangan harap!... At least kat Mid Valley nih OK sikit... Ade Jusco dan Carrefour... Kalau nak shopping pun senang...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Dah dekat sejam jalan, barulah aku start beli... Ermmm... As usual, takde ape yang mampu aku bagi kecuali barang penjagaan diri je... Simple one actually, from Body Shop... Aku belikan member aku ni parfume dan deodarant... Ingat nak ambil set tapi takde lah pulak... Last2 terpaksa pick and choose boh dalam kotak... Aku harap dia suke lah parfum ni walaupun simple dan tak semahal parfum yang terkenal macam Dunhill, cK dan lain lain... Well, bagi aku... Aku suke bagi sesuatu dihari lahir kawan2 aku... Entah, aku rasa kalau tak bagi, macam tak lengkap... Memberi hadiah atau cenderamata merupakan salah satu simbolik kepada persahabatan... Tanda ingatan antara kita dan dia... Memang benar, semua ni material, but to me, ia melambangkan peribadi dan tetap ada sentimental value... Apatah lagi kalau barang tu susah nak dapat dan unik!... Aku akan simpan biarpun harganye murah... Aku masih lagi simpan banyak hadiah dari kawan2 aku masa sekolah dulu... Paling banyak, kad ucapan... Rasanye kalau buat galeri, dah boleh dah kot... Heheheheeee...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aku pun tak harap ape2 dari dia orang... Setengah orang, tak suke bagi2 hadiah nih... But not for me... And then, kalau aku gie mane2, mesti ade ole ole untuk dia orang... Siape yang kawan dan rapat dengan aku tahu perangai aku nih.. ;)

Wednesday, 23 May 2007

Something to share with all of you; my dearest friends...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.