Aku rasa kagum!! Rasa takjub...
Seharusnya aku rasa begitu bila aku melihat gambar2 yang dihantar oleh kawan aku melalui e-mel... Subhanallah! Begitu indah dan cantik sekali pemandangan ini... Ingin rasanya aku kesana, menikmati suasana aman damai... Sungguh bertuah penulis asal kerana dapat melabuhkan pandangan menikmati keindahan alam ciptaan Allah SWT...
Bila aku lihat gambar2 ini, terbit rasa insaf dihati... Betapa agungnya Dia menciptakan sekalian alam... Tanpa cacat dan cela... Malah, kesemua hasil ciptaanNya mengagumkan!! Tidak ada alat atau mesin yang boleh melakukan semua ini... Sememangnya ciptaan yang tiada tandingan...
Namun, aku masih lagi tidak faham... Dalam kita mengagumi hasil ciptaanNya, masih ramai antara kita yang ingin memusnahkannya... Lihatlah dunia kita sekarang... Sana sini kemusnahan alam sekitar dapat kita lihat... Ambil contoh paling dekat... Di negara kita saja, habis hutan kayu balak ditebang dan dibersihkan... Semuanya untuk apa? Untuk kesenangan dan kemewahan golongan orang tidak bertanggungjawab... Hasilnya, kita semua yang merana kerana terpaksa menanggung impak hasil dari penebangan hutan tersebut... Kejadian tanah runtuh, banjir kilat dan sebagainya seringkali terjadi... Sistem alam semulajadi kita terganggu gara2 aktiviti seperti ini...
Begitulah sifat manusia, tidak pernah puas dengan apa yang ada... Sentiasa mencari sesuatu yang lebih demi untuk memuaskan kehendak hati... Bagi memastikan apa yang dihajati tertunai, mereka sanggup melakukan apa sahaja... Segala masalah yang bakal timbul tidak pernah difikirkan dan ditolak ketepi... "Ahhh... itu boleh difikirkan kemudian"... Begitulah tanggapan mereka bila diminta supaya bertanggungjawab atas segala tindakan yang diambil... Mereka seringkali memandang remeh perkara sebegini...
Apa yang merisaukan aku, satu ketika nanti kita tidak mempunyai apa2 lagi untuk meneruskan kehidupan... Generasi kita akan menghadapi ancaman yang besar... Malapetaka dan bencana alam pasti akan berlaku jika kita tidak terus mengekalkan keindahan alam sekitar kita... Sekarang ni pun, kita semua tahu, paras air laut telah meningkat dengan mendadak... Ais di kutub Utara dan Selatan semakin lama semakin cair!... Ini semua terjadi gara2 pemanasan global dunia... Lapisan ozon semakin hari semakin nipis... CFC yang dilepaskan dari kilang2 banyak terdapat didalam udara kita... Memang kita tidak sedar kerana buat masa ini, kita masih lagi dapat enjoy menghirup oksigen... Bayangkan 10 tahun yang akan datang dimana banyak kilang didirikan... Asap berkepul kepul keluar keudara... Korang rasa cukup ke oksigen yang kita ada? Dapat ke menampung jumlah manusia yang berbilion bilion kat atas muka bumi ni?? Dah lah tu, pokok pulak ditebang...
Tak tahulah macam mana keadaannya nanti... Aku harap semua pihak akan bekerjasama membendung semua gejala ini... Kita tidak boleh terus merosakkan alam semulajadi!! Jadi, ape peranan kita? Adakah kita menanti supaya orang lain memulakan langkah dan kita akan mengikut?? Fikir fikirkan...
Monday 4 June 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comment:
oh my....... very very very beautiful sceneries!!! reez, tempat tu katne eh?? mmg sgt cantik! bertuah betul kwn reez dpt jejak tempat camtu.. huhu jeles jap.
erm... syg kan bile tempat2 cantik cam gitu musnah sbb perbuatan manusia sndiri...
Diya...
Tulah... Reez sendiri terkasima dan terpegun bila melihat gambar ni... Rasa macam sekarang jugak Reez nak gie sana...
Ermm.. Reez tak pasti kat mane... Tapi Reez gerenti tempat ni mesti tinggi giler sebab dia berada diatas awan! Dan tempat yang tertinggi kat dunia kebanyakkannya terletak di Nepal dan India... Ntah, Reez rasalah kot...
Kawan Reez tak pergi tempat tu.. Dia forward aje gambar ni kat Reez... Penulis sebenar yang rasa bertuah kerana dapat menikmati semua ni... Reez rasa yang dalam gambar tu kot...
Tulah Diya... Reez rasa geram bila alam sekitar kita yang sememangnya indah dimusnahkan... Tengok aje bila kita merentas Lebuhraya Utara-Selatan atau Pantai Timur... Tengok bukit bukau kat situ.. Banyak dah botak!.. Rasa macam sakit hati sangat...
Thanks singgah sini dihari minggu!
owh... diya silap paham.. ingatkan kwn reez yg pergi tempat tu...
memule kan.. diya nampak gambar tu macam kat tepi laut tau.. tp, bile tgk byk kali. erk, kat ats awan rupanya!! ni 1st time tengok gambar kat atas awan.
maybe at gunung himalaya kot... :D
Post a Comment