Thursday, 30 October 2008

Esok merupakan hari penentuan... Selepas selesai menguruskan perihal rumah aku, aku terus bergegas pulang ke pejabat... Telefon bimbit tidak henti-henti berdering... Semua mencari aku... Sampai aku nak makan tengahari pun tak senang!...

Malam esok, syarikat aku akan mengadakan majlis makan malam... Majlis yang dianggap terbesar ini diadakan bersempena ulangtahun pertama penubuhan syarikat dibawah nama yang baru... Jadi, kononnya nak buat grand sikit lah...

Photobucket

Aku bukanlah nak berkira ke apa, cuma kali ini aku agak sedikit keberatan untuk mengambil alih tugasan yang diberikan... Tanggungjawab sebagai ketua program (floor manager/head organizer) merupakan satu tugas yang besar dan mencabar!... Semuanya memerlukan ketahanan mental dan fizikal untuk menguruskan pelbagai perkara... Bukan melihat dari satu sudut/aspek sahaja... Memang aku akui, sebelum ini aku pernah menganjurkan majlis makan malam syarikat... Tetapi semua itu aku lakukan secara terperinci dan teratur serta bermula sekurang-kurang 2 bulan sebelum hari sebenar... Kali ini, semuanya agak carca merba dan kelam kabut... Dah la aku ditarik dan dibebani dengan pelbagai tanggungjawab yang tidak berkait dengan aku... Entah mane satu aku nak mula, pening kepala aku dibuatnya... Aku hanya dimaklumkan 5 hari sebelum hari sebenar!... Bayangkanlah, apa yang boleh aku buat bila event akan berlangsung dalam tempoh 5 hari lagi?.... Bengong betul!...

Photobucket

Photobucket

Aku mengeluh panjang pun tak guna... Tapi hakikatnya, ini lah kali pertama dan terakhir aku bekerja dengan orang yang sebegini... Cukuplah sekali, aku tidak mahu ambil peduli... Aku lakukan semua ini pun, kerana memikirkan semua pekerja terutama sekali kawan-kawan yang aku kasihi... Aku tak nak la nanti, mereka pulang dengan penuh kehampaan... At least, mereka akan gembira la malam tu nanti...

Aku akan cuba buat yang terbaik biarpun aku terpaksa menanggung pelbagai masalah... Dengan event management pun satu hal... Datang meeting, melenggang kangkung... Bila tiba time raptai, terpekik sana sini... Terjerit-jerit tak tentu hala... Sakit betul telinga aku dengar suara mereka ni... Sungguh tidak professional!... Berbulu aku dibuatnya... Entah dari mana tah dorang dapat contact event management ni, aku pun tak tahu... Kalau ikutkan hati, mahu je aku tak datang malam esok... Nasib baik kesabaran aku masih lagi di tahap yang OK...

Moga-moga semuanya berjalan lancar la esok... Risau aku dibuatnya... Kalau orang tidak puas hati dan mengata, sape lagi yang akan kena kalau tak aku... Mereka semua bukan tahu hujung pangkal pun...


Nota kaki 1:-
Kalian semua sedia maklum, dalam dunia ni ada macam-macam jenis orang... Ada yang bagus, ada yang hampas... Ditakdirkan kali ini, aku bekerja dengan sesetengah mereka yang dikategori kan sebagai "tidak boleh pakai"... Hanya tahu mengarah dan mengomen sahaja... Kerja, satu benda pun tak tahu... Cukup tak suka dengan orang begini tetapi aku tiada pilihan melainkan meneruskan apa yang telah ditinggalkan kepada aku...

Padanla dari mula aku sudah rasa tidak sedap hati...


Nota kaki 2:-
Kami jemput Mawi dan Jaclyn Victor untuk menghiburkan tetamu malam esok... Masa sound check, sempat dengar Jac nyanyi... Wow!... Memang suara dia maintain je even key lagu tu tinggi!... Orangnya kecik, comel molek je... Rasa macam budak sekolah rendah je style dia... Heheheeee...

Mawi, toksah cite la... Masa sound check, dia tak datang... Entah ape kene ngan mamat tu, aku pun tak tahu... Tak pernah invite dia buat show sebelum ni...


Penantian aku selama ini berakhir... Akhirnya, apa yang aku nantikan selama ini sudah berada didepan mata... Syukur kepada Allah kerana setiap urusan dapat dijalankan tanpa sebarang masalah... Aku rasa gembira sangat!!... Gembira yang tidak terhinggalah...

Sebenarnya, hari ini aku telah menerima kunci rumah aku... Masih ingat tak lagi, sebelum ini aku ada menulis mengenai rumah yang aku beli?... Sekarang, rumah itu telah pun siap dibina dan sedia untuk diduduki... Tempoh 2 tahun telah berlalu dan kini rumah itu sudah menjadi milikku... Alangkah gembiranya kedua ibu bapaku kerana mereka akhirnya dapat merasa untuk menetap di kediaman yang lebih besar dan selesa... Semua ini satu kurniaan yang tidak terhingga...

Photobucket
Rumah jenis "Acalia" yang telah siap dibina...

Sebenarnya, kalau mengikut perancangan, aku akan menerima kunci rumah aku ni pada hujung tahun nanti... Tetapi, tempoh itu dipendekkan kerana pemaju perumahan telah menerima kelulusan dari majlis perbandaran dan CF telah pun dikeluarkan kepada semua pembeli dan pemilik rumah yang terbabit... Aku rasa lega kerana pemaju perumahan yang memajukan projek perumahan aku ini merupakan pemaju yang bertauliah dan bagus... Hasil kerja mereka pun berkualiti dan memuaskan... Aku cukup suka dengan design arkitek mereka ini... Moden dan terkini sehingga membuatkan aku tertarik dan terus untuk membelinya... Rasa bertuah kerana ketika aku menandatangani surat perjanjian pembelian pada Disember 2006 yang lepas, harga ketika itu adalah harga yang terbaik yang boleh aku dapat... Dalam RM160 ribu untuk ruang berkeluasan 1,900 kaki persegi (20' X 70')... Oklah tu, kalau pergi tempat lain, ada yang RM200 ribu, RM300 ribu... Aku tak mampu nak beli... Terutama sekali, kat area KL... Semuanya RM300 ribu keatas... Dah tu, kecik pulak tu...

Photobucket
Set kunci untuk rumah aku... Hehehe

Selepas aku menerima kunci rumah tadi, aku terus ke unit aku (No. 11) untuk membuat pemeriksaan... Check kalau-kalau ada masalah dengan bilik air, tingkat pecah, longkang dan saliran tersumbat dan sebagainya... Dalam masa yang sama, aku dah mula berangan mengenai reka bentuk dan hiasan dalaman rumah yang bakal aku duduki ini... Memang fikiran aku melayang seketika setiap kali aku melewati setiap ruang dan penjuru rumah... Dari ruang tamu ke ruang makan terus ke dapur... Setelah selesai, aku terus naik ke atas untuk melihat ruang keluarga dan tiga bilik tidur (bilik tidur utama, kedua dan ketiga)... Aku mengambil masa yang agak lama untuk mengamati setiap ruang sambil otak aku ligat berfikir... Idea datang mencurah-curah ketika itu... Biasalah, tengah excited kan... Hehehehe...

Photobucket
Bil air dan elektrik yang pertama... First time dapat bil air/elektrik atas nama sendiri... Hehehe

Setelah selesai dan ketika aku dah nak balik, aku diserbu oleh sekumpulan kontraktor yang menawarkan pelbagai pakej dan perkhidmatan untuk menaiktaraf rumah... Ada yang boleh buat plaster ceiling la, yang boleh buat grill la, yang boleh buat kitchen cabinet la, buat awning la... Macam-macam lagilah... Sampai aku tak cukup tangan untuk memegang katalog dan album gambar hasil kerja mereka semua... Aku memang akui, banyak design yang ditunjukkan dalam katalog tu cantik-cantik dan menarik!... Macam-macam style ada, dari yang very the 'makcik-makcik' style sampai lah modern contemporary (moden)... Tapi tu semua hanyalah imej sahaja tanpa kos... Dan untuk mendapatkan design sebegitu, aku perlu duduk bersama kontraktor yang terbabit untuk berbincang dan menentukan harganya... Well, it does make sense...

Aku pun, bukan lah sekarang ni nak terus buat... Duit pun tak cukup untuk buat renovation dan sebagainya... Aku nak kena check akaun aku dulu, tengok berapa yang tinggal... Kalau OK, Insya Allah boleh lah aku start buat... Bila dah siap nanti, baru aku akan pindah masuk... Buat masa ini, yang paling penting aku nak kena uruskan ialah untuk memasang pagar di setiap tingkap dan pintu masuk... Selepas itu, aku nak tambah dapur sikit, bagi luas sebab senang nak kenduri kendara... Pasang kitchen cabinet dan kemudian nak buat wardrobe untuk bilik tidur utama, kedua dan ketiga... Bilik tidur bawah tu aku ingat nak lebarkan sikit supaya boleh masuk banyak barang... And then nak pasang lampu dan kipas di setiap point yang ada... Aku perasan, mana-mana rumah yang aku pergi ramai yang buat plaster ceiling... Ermm... Aku bukanla tak suka dengan plaster ceiling ni, tapi bagi aku semua tu macam old fashion dan ketinggalan zaman je... Unless kalau aku nak pasang down light kat living dan dining room tu, maybe aku kena gak buat plaster ceiling... Kalau tak, aku ingat nak buat cornice je... Simple... Lagi satu, kalau letak plaster ceiling yang ade kerawang-kerawang ni, leceh nak jaga dan cepat kotor!... Tengoklah macam mana nanti...

Insya Allah, bila dah selesai, aku akan mengadakan kenduri doa selamat dan majlis memanaskan rumah... Alah, house warming la... Hehehehe... Nanti aku jemput kalian ek...

Tuesday, 28 October 2008

Tiada apa yang mampu aku berikan, hanya keikhlasan yang dapat ku curahkan... Biarlah Allah sahaja yang menentukan, baik buruk yang aku lakukan... Dia Maha Mengetahui apa yang tersurat dan tersirat disudut hatiku ini...

Aku cuma seorang insan biasa... Punyai kelemahan dan kekurangan... Orang macam aku, siapalah yang sudi untuk mendekati... Tiada harta, tiada nama... Perangai pula, tidak serupa dan bermacam-macam gaya... Semuanya tidak semenggah mana...

Aku redha dan menerima... Hanya mereka-mereka yang faham akan mengetahuinya... Itupun jika ada... Aku terima seadanya... Sejak aku dilahirkan, inilah ketentuan buat diriku... Mana mungkin untuk aku lari dari menerima hakikat yang sebenar... Aku sedar dan tahu, siapa sebenarnya diriku ini... Aku tahu kedudukan aku di mata mereka-mereka yang mengenali diriku... Aku faham...

Aku sudah melakukan yang terbaik... Aku sudah berikan segala-galanya dan semuanya bukan kerana mengharapkan apa-apa balasan... Sekadar pemberian ikhlas dari hatiku ini... Aku cuba memenuhi setiap kehendak, setiap permintaan, setiap harapan... Tapi aku cuma manusia biasa... Ada waktu, aku tidak berdaya untuk mencapai semuanya... Ada diantara mereka tidak memahaminya... Tak apalah... Biarlah Allah yang menentukannya...

Aku rasa, ada baiknya aku berdiam diri... Kerana ramai juga yang tidak mengerti... Biarlah ianya menjadi rahsia hatiku ini... Lama kelamaan, akan OK lah nanti... Kerana aku yakin dan tahu Dia sentiasa berada disisi.....

Monday, 27 October 2008

To all my Hindu friends and readers...


Happy Deepavali to all of you....


Photobucket


Image : Credit & thanks to tapnm.melaka.gov.my

Saturday, 25 October 2008

Lusa, cuti umum sempena Deepavali... Jadi hari ini, esok dan lusa ramai antara kita mengambil kesempatan sempena cuti umum untuk mengadakan aktiviti rumah terbuka, kerja kawin dan sebagainya...

Hari ini, aku ada banyak jemputan yang rata-ratanya diterima sejak awal bulan haritu... Majlis perkahwinan ada satu dan disusuli dengan 2 jemputan rumah terbuka... Sebenarnya rumah terbuka tu ada 3 tapi satu tu aku tak dapat nak datang dan dah maklumkan awal2... Banyak sangat tempat nak pergi dan semuanya dalam tempoh 24 jam!.... Hehehehe...

Seawal jam 12.00 pagi, aku sudah bertolak dari rumah menuju ke Bukit Sentosa, Rawang untuk menghadiri majlis kenduri kawin seorang yang istimewa dalam hidup aku... Sebenarnya, yang kawin ialah adiknya dan dia telah menjemput aku sejak 2 bulan yang lepas... Beria-ia dia mengajak aku datang kerumahnya di Rawang... Jadi, untuk tidak menghampakan dirinya (takut nanti kang, merajuk pulak... hehehehe...) aku datang la jugak walaupun terpaksa meredah jalan yang jem kat Rawang tu... Kalau ikut highway, rasa jauh... Pastu, nak kena bayar tol lagi...

Sampai je sana, dah pukul 2 lebih... Waktu tu pengantin tengah berarak dan bersanding... Memang sedang eloklah... Memandangkan aku cuma bersendirian, aku hanya buat hal sendiri... Duduk dan makan... Cadang tak nak lama-lama kat situ sebab aku nak kena menghadiri majlis rumah terbuka kawan-kawan yang lain... Last-last, melekat lama pulak gara-gara dia meminta aku supaya menunggu dia sementara dia melayan tetamu yang datang berduyun-duyun... Maklumlah, dah datang rumah dia, dia tak nak lepaskan aku balik!... Aisehhhh...

Lama gak aku duduk situ... Tetamu datang silih berganti... Aku masih lagi tak balik-balik... Sampai aku dah mati kutu tak tahu nak buat apa kat situ... Air dah bergelas-gelas aku teguk.... Sampai kembung perut aku ini dibuatnya... Yang si dia lak, kejap-kejap terintai-intai tengok aku ada lagi ke tidak... Takut sangat kalau-kalau aku dah balik... Takpe lah, kerana dia, aku sanggup buat apa sahaja... Kurang-kurangnya, aku dah memenuhi permintaan dia kali ini biarpun aku menanggung kebosanan yang teramat sangat... Hehehehe...

Selepas majlis tamat, barulah aku dibenarkan pulang... Macam kena tahanan ISA la pulok... Kalau gini la esok lusa, mau aku jadi sakit jiwa... Takpe lah... This is first and last aku tunaikan permintaan dia... Esok, dia kena ikut cakap aku pulak... Kena berkompromi...

Aku terus menuju ke rumah kawan di Rawang juga... Nasib baik dekat, sempat juga aku singgah walaupun waktu tu dah petang... Makan sikit dan lepas tu aku terus beredar balik ke KL... Hari pun dah nak senja... Aku tengok jam dah nak masuk Maghrib... Kalau ikutkan, ada satu rumah lagi yang aku nak pergi, tapi memandangkan hari dah senja, aku terpaksa batalkan niat aku... Aku call member aku ni dan ceritakan perkara sebenar... Dia tak kesah dan dia risau juga kalau-kalau aku jadi datang... Rupanya, makanan rumah dia dah habis... Ramai sangat yang datang katanya... Kalau aku datang gak, dia tak tahu nak hidang ape... Hehehehe... Lega la juga, tapi aku tetap akan singgah rumah dia hari Deepavali nanti... Just to make it up to my promise...



Nota kaki:-
Tahun depan, nak kena sediakan satu organizer... Apa sahaja jemputan, aku akan masukkan dalam organizer aku... Rasa-rasanya, macam banyak sangat jemputan.. Macam YB la pulak... Hehehehee...

Sorry, gambar tak ada kerana bateri kamera dah 'kong'!... Adehhhh...


Hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran sahabat baik aku yang sorang ni... Hari ini, genaplah usia dia yang ke-30 tahun... Hehehehe... Dah tua pun, tapi masih lagi tak kahwin-kahwin... Hehehehe....

Aku dengan dia memang sudah lama berkawan... Sejak kami di bangku sekolah lagi... Dulu, rumah kami dekat; belakang rumah aku je... Memang aku rajin singgah rumah dia dan kadang-kadang tidur sana sekali... Aku dan keluarga dia pun cukup rapat dan mak dia dah anggap aku macam anak dia sendiri...

Cuma sekarang, aku dan dia agak kurang sedikit berhubung kerana dia berada di Wellington, New Zealand; melanjutkan pelajaran di peringkat master... Insya Allah, jika tiada masalah, dia akan menamatkan sesi pelajarannya dan akan pulang ke Malaysia Mei tahun hadapan... Itu dari maklumat yang aku terima dari dia sebelum ini lah... Tapi tak tahu lah kalau-kalau dia nak terus menetap dan bekerja di sana...

Aku berdoa semoga dia sentiasa sihat dan dikurniakan kejayaan dan kebahagiaan sempena hari kelahiran dia hari ini... Semoga Allah sentiasa merahmati dirinya dan memurahkan rezekinya selalu... Dah tua bangka ni, memang tiada hadiah dan sebagainya, cuma doa dan ucapan yang dapat aku beri dan kirimkan... Semoga kami dapat bertemu kembali, Insya Allah....

Photobucket
Sahabatku bersama ibunya sebelum terbang ke New Zealand 3 tahun lepas...



Nota kaki: -
Tahun depan merupakan hari graduasi universitinya dan sepatutnya aku akan terbang kesana untuk melawat dan memeriahkan suasana... Tetapi aku tidak pasti sama ada boleh ke tidak kerana rumah aku pun sudah siap dibina, kunci pun dah nak kena collect... Nak kena pakai duit lagi... Banyak wooo nak kena buat!...

Serba salah juga... Tapi yang utama harus didahulu kan... Harap-harap dia faham lah...


Friday, 24 October 2008

Aku malas dah nak fikir... Apa yang akan jadi, jadilah... Aku tidak mahu memeningkan kepala aku lagi...

Ternyata dari awal, aku memang dah rasa tak sedap hati... Rasa macam ada perkara besar yang bakal berlaku dan akan menyusahkan aku... Sememangnya, aku dah agak tetapi entah kenapa aku ikutkan/turutkan juga... Apa, tidak cukupkah pengalaman lalu???....

Bila dipujuk rayu, aku jadi cair... Aku jadi lembik... Otak kata tak nak, tetapi hati pula merasa belas kesian... Itulah diri aku; seorang yang tidak pandai berkata "tidak" dan menolak permintaan orang... Apatah lagi jika orang mula memujuk rayu meminta simpati aku... Dalam situasi yang aku hadapi sekarang ini, dia terdesak dan memerlukan sangat-sangat pertolongan aku... Pandai pula dia memujuk dan menyusun ayat-ayat "jampi" supaya aku menuruti kata-katanya...

Bukan aku tidak ikhlas untuk menolong, tetapi bila aku lihat keadaannya sekarang, memang mustahil untuk aku menolong dan menyelesaikan kerja-kerja ini...

Apa yang berlaku sebenarnya ialah; office aku akan mengadakan majlis makan malam sempena sambutan ulangtahun penubuhan syarikat... Selalunya, majlis-majlis sebegini akan diuruskan oleh mereka-mereka yang pakar dan berpengalaman dalam bidang pengurusan majlis (orang luar)... Kali ini, ianya agak berbeza sedikit kerana segala perancangan dan perjalanan majlis akan dirangka dan dilaksanakan oleh pekerja sendiri... Selain dari menjimatkan kos, ianya dapat mengetengahkan bakat-bakat dalaman yang selama ini tidak pernah diketahui umum... Jadi, aku merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menjalankan kerja-kerja asas dan telah dilantik sebagai program manager bagi majlis kali ini...

Bagaimana aku boleh terlibat?... Begini ceritanya...

Pada tahun 2006, aku pernah diberi tanggungjawab besar untuk menguruskan majlis makan malam dan ketika itu, aku bertindak melalui jawatan yang dipegang didalam Kelab Sukan dan Rekreasi syarikat aku... It was long time ago, and I did it successfully without any problem... Masa tu, kerjasama antara mereka-mereka amat bagus dan erat sehingga misi yang aku sasarkan membuahkan hasil!... Bayangkan, aku diberi tempoh cuma sebulan untuk melaksanakan majlis makan malam yang grand... Kalau orang lain, gerenti dah give up dah!... Pulak tu dengan keadaan aku yang sibuk dengan kerja... Sebahagian masa aku terpaksa digunakan untuk menyiapkan kerja-kerja rutin aku...

Kali ini, mereka dapat tahu bahawa aku merupakan orang kuat ketika itu, lantas mereka 'menarik' aku masuk kedalam senarai jawatankuasa kerja dengan harapan aku dapat melakukan perkara yang sama seperti sebelum ini... Well, I'm not complaining but I don't think I can do it like before since I only have 1 week left!!!!.... Gila ape???...

Semalam, kali pertama aku join meeting dorang2 ni... Ya Allah.... Tuhan saja yang tahu!.... Carca merba sana sini... Dalam meeting, dah jadi macam pasar borong... Banyak sangat idea dan argument sehinggakan aku sendiri jadi confuse... Entah mana satu aku nak dengar... Aku faham, masing-masing inginkan yang terbaik untuk majlis kali ini tetapi harus di ingat, tanpa komunikasi yang efektif, aku tak fikir ianya akan berjaya... And then, aku lihat idea mereka macam-macam tetapi tiap satunya amat sukar untuk dipadankan dengan yang lain... Akibatnya, aku dapat lihat program mungkin akan jadi kucar kacir dan hambar... Mungkin lah kot.....

Entahlah, aku tak tahu nak cakap macam mana... Aku baru sahaja join mereka... Itupun atas dasar kesian... Aku lakukan semua ini kerana aku kenangkan nanti, semua kawan-kawan aku akan menghadiri majlis ini dan aku tak sampai hati nak biarkan mereka pulang dengan kehampaan... Jadi, aku akan cuba sedaya upaya aku untuk membuat mereka senang/gembira ketika majlis tamat nanti... Memang agak sukar kerana melihat ground work yang agak kucar kacir... Pulak tu, banyak sangat benda yang pending dan tak confirm-confirm sampai la sekarang... Adehhhhh....

Pada mulanya, aku hanya nak beri pendapat dan idea sahaja, tapi last-last kerja-kerja dicampakkan kepada aku... Entah mane hujung mane pangkal, aku pun tak tahu... Alih-alih, terus kena buat... Terpaksa lah aku selak satu-satu fail depan mata aku ni... Ape kes???....

Ya, kalau ikutkan hati, hendak aje aku buat bodoh... Tinggalkan semua ini... Tapi tak boleh kerana esok lusa, aku juga yang akan kena... Sudah pasti semua akan menuding jari kearah aku... Nanti aku pulak kena berjawab depan Dato'... Aku nak kerja lama kat sini!.... Dahla tetamu kehormat dan VIP-VIP akan hadir sekali... Anniversary celebration la katakan...

Pengajaran yang berguna pada aku, next time around, aku tak mahu dah get involve!... Letihla nak hadapi semua ini... Dah la aku baru aje habis exam, bulan depan lak ade majlis besar... Banyak kerja aku nak kena buat... Aku tidak punyai banyak masa sekarang ini... My schedule is very tight, now!.... Harap-harap mereka semua akan faham kedudukan aku... Tapi kalau tak reti bahasa gak, aku tak tahu la nak cakap macam mana... Paling aku tak suka, bila kena paksa dengan orang atasan... Tersepit aku ditengah-tengah...

Why they always pick on me???????????????????????????????.....



Nota kaki:-
Dalam meeting tadi, aku tengok ramai mereka-mereka ni jenis selamba aje... Dari pandangan aku, macam ada potensi nak lepas tangan... Entahla, susah nak cakap...


Wednesday, 22 October 2008

Untuk bacaan dan renungan bersama...


- Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah muka minimum 5 kali sehari dengan air wudhu.
Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdoa.

- Untuk menghilangkan tekanan, cukup dengan memperbanyakkan solat.
Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah dengan Allah SWT melalui zikir dan doa.

- Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (Hadith Riwayat Ahmad) - DOA TENGOK CERMIN

- Untuk memiliki bibir cantik, bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

- Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud A.S. iaitu selang satu hari... Makanlah makanan halal, perbanyakkan sayuran, buah-buahan, dan air putih.

- Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.


Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang:
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul:
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram:
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah:
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu':
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal:
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud:
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud:
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir):
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir:
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi:
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam:
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib:
Akan pertemuan kita dengan Allah SWT.



Sumber asal : Tidak diketahui (E-mel)

Bila aku sampai sahaja di rumah lepas balik dari menduduki peperiksaan petang tadi, aku perasan ada satu sampul surat terselit dicelah pintu bilik tidur aku...

Sampul yang mempunyai logo kepala harimau (Maybank) membuatkan aku tertanya-tanya... "Surat apa pulak yang sampai ni?... Seingat aku, hutang kereta telah aku bayar bulan lepas... Kad kredit Maybank, aku memang tak ada... Hmmmm..."

Aku mengoyak bahagian atas sampul surat tersebut dan alangkah terkejutnya aku apabila melihat sekeping cek bernilai RM148 telah dicetak diatas nama aku... Terbuntang la bijik mata sekejap... Hehehehe...

Photobucket
Alhamdulillah... Ada juga pulangan...

Aku amati keratan atas cek ini, cuba mencari sebab musabab mengapa cek ini dicetak... Rupa-rupanya, aku terima dividen hasil dari saham Maybank yang aku beli tempoh hari... Owhh... Aku ingatkan apa tadi.... Ingatkan aku ada menang apa-apa peraduan ke ape... Hehehehe...

Aku tak sangka, walaupun pelaburan aku cuma sedikit dalam saham Maybank tersebut, sekurang-kurangnya, adalah jugak pelaburan yang aku buat... Aku ingatkan, ianya tidak menguntungkan sebab mengikut perkembangan pasaran terkini, harga kebanyakkan saham jatuh menjunam akibat dari krisis ekonomi global yang melanda dunia... Maybank juga tidak terkecuali dari terkena tempias dan ditambah pula dengan pembelian BII yang kepoh dalam Buletin Utama baru-baru ini... Ramai pemegang syer dan pelabur tidak berpuas hati dengan urusniaga pembelian BII tersebut... Ini dari apa yang aku dengarlah...

Walaupun jumlah cek tersebut sedikit, aku bersyukur kerana masih lagi ada dividen yang dikurniakan kepada pemegang saham... Siapa sangka, mungkin pasaran saham telah kembali pulih dan harganya naik semula, insya Allah dapat pulangan besar?...

Kita tunggu lah nanti............................

Tepat jam 5.oo petang tadi, berakhirlah sudah 'penyeksaan' aku... Kelihatan jari hantu sebelah kiri aku bengkak-bengkak dan kemerahan akibat genggaman pen mata bola yang terlalu kuat... Aku memang begini, sejak dari kecil; bila menulis memang pen melekat di jari ibarat kene gam ngan UHU... Rasanya sebab tu kot kenapa tangan aku sentiasa sakit dan lenguh...

Memang selepas kertas jawapan dan soalan dikutip tadi, terasa lega yang teramat sangat!... Rasa macam beban diatas kepala ini telah hilang... Setelah sekian lama bertungkus lumus mentelaah, masa banyak dihabiskan dengan mengadap nota dan buku yang setebal hampir 300 helaian itu, akhirnya aku berjaya untuk menempuh dugaan yang maha hebat ini... Itulah lumrah yang selalu aku lalui setelah bergelar pelajar separuh masa... Siang hari bekerja dari pagi sampailah ke malam; hari Sabtu, hampir separuh dari masa aku dihabiskan dengan mengikuti kuliah dan membuat kerja-kerja sekolah... Yang tinggal, cuma hari Ahad; hari dan waktu untuk aku berehat... Itupun kalau aku ada peluang untuk rehat kerana bila ada sahaja dirumah, tanggungjawab aku kepada kedua ibubapa tidak berhenti... Banyak perkara yang perlu diselesaikan; nak kena tolong kemas rumah, pergi beli barang dapur dan sebagainya...

Entah bila penghujungnya, aku pun tidak tahu... Kadang kala, rasa bosan juga hendak menghabiskan rutin ini... Nasib baik aku tinggal satu sahaja subjek untuk dipelajari sebelum aku menamatkan sesi pengajianku... Dan selepas itu, tengoklah... Kalau ikutkan rasa hati, hendak saja aku sambung tetapi hati pula rasa keberatan dan malas!... "Oh tidak!!!.. Aku tidak boleh malas sekarang... Ini masa depan aku... Aku harus mengejar cita-cita aku demi untuk kebahagiaan aku dimasa akan datang... Mak dan abah banyak bergantung pada aku sekarang ini..." Esok, bila adik beradik aku dah kawin, tanggungjawab aku kepada orang tua terletak diatas bahu aku, anak lelakinya...

Selepas tamat sahaja peperiksaan tadi, entah kenapa hati aku tiba-tiba jadi gusar... Rasa tidak senang sahaja... Memang sejak kebelakangan ini, perasaan aku tidak tenteram... Minda berkecamuk... Memang aku tidak nafikan, aku menghadapi sedikit masalah tetapi aku tidak fikir ianya boleh mengganggu gugat ketenteraman jiwa aku diwaktu itu... Pasti ada sesuatu yang lebih besar mengganggu fikiranku...

Aku rasa risau dengan cara aku menjawab soalan peperiksaan tadi... Walaupun semua soalan sudah dijawab dan dicuba, namun aku tetap rasa tidak puas hati... Satu soalan esei di bahagian akhir tidak dijawab dengan baik... Bukan kerana aku tidak mahu menjawab tetapi aku merasakan isi dan butiran yang aku coretkan diatas kertas jawapan tadi seolah-olah tidak kena dengan kehendak soalan... Ibarat memakan gulai ayam yang tidak cukup rencah; terasa tawar dan kurang enak... Ditambah pula dengan kesakitan tangan aku yang tidak henti-henti menulis... Rasa macam hendak meraung sahaja didalam dewan peperiksaan tadi...

Aku tidak pernah rasa sebegini... Selama aku keluar masuk dewan peperiksaan, aku akan rasa lega dan puas hati dengan apa yang aku tulis... Tetapi kali ini, perasaan itu berbeza sama sekali... Entahlah, mungkin kerana aku terlalu banyak memikirkan masalah atau perihal yang remeh temeh... Aku hanya mampu berdoa kepada Allah agar keputusan nya nanti memuaskan aku... Terasa risau kerana aku telah berazam dari mula untuk mempertahankan keputusan peperiksaan aku... Kalau boleh, aku tidak mahu satu pun matapelajaran yang diambil tergelincir dari landasan pencapaian yang telah aku bina dari mula... Aku redha dan berserah sepenuhnya kepada Allah Taala... Moga Dia memperkenankan doaku...

Sebelum beredar pulang, sempat aku singgah di pejabat kolej untuk mengambil slip keputusan peperiksaan bagi subjek yang lepas... Peperiksaan tersebut telah 3 bulan berlalu... Terasa debaran kini memuncak!... Apalah keputusannya ek?

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Hati sedikit terubat selepas menyelak sampul slip keputusan peperiksaan yang aku terima... Alhamdulillah, Allah telah memperkenankan doaku selama ini... Syukur alhamdulillah, aku masih lagi bertahan dengan keputusan yang sama seperti yang lepas-lepas... Cuma persoalannya sekarang, adakah aku mampu bertahan sehingga ke akhir sesi pembelajaran aku nanti?...



Nota kaki:-
Semakin hampir aku di penghujung sesi kuliah, semakin malas pula dibuatnya!... Itulah manusia, seringkali alpa dan leka... Aku tidak seharusnya begitu dan sentiasa bersemangat dalam apa jua hal... Semua ini bukan untuk aku, tetapi untuk mereka-mereka; kawan-kawan seperjuangan yang satu kelas denganku... Jika aku hilang harapan, apa lagi yang tinggal untuk mereka??...


 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.