Tuesday, 17 February 2009

Baru-baru ini, komputer riba aku menghadapi masalah... Puncanya ialah antivirus aku yang sudah tamat tempoh menyebabkan 'harddisk' nya diserang virus Trojan yang kini rancak menyerangkan mana-mana komputer yang tiada perlindungan... Jadi, aku terpaksa memformat semula 'harddisk' aku dan memasukkan semula segala fail-fail yang digunakan selama ini...

Ketika komputer riba ini dibeli hujung tahun 2007, aku menggunakan Windows Vista sebagai platformnya... Aku akui, Vista mempunyai ciri-ciri yang sangat menarik dan unik... Tahap keselamatannya sangat tinggi sehingga ianya amat sukar untuk diceroboh... Terdapat perisian seperti Windows Defender dan Windows Firewall yang menghalang 'security threat' dan virus serta berupaya menghalang 'hacker' dari menceroboh maklumat yang disimpan didalam komputer... Nak kata 100% tu, aku tidak pasti tapi apa yang boleh aku katakan, pemilik komputer boleh berpeluk tubuh sambil mengusap dada jika menggunakan komputer masing-masing kerana segala maklumat yang ada akan dijaga dengan baik dan selamat... Bila pertama kali mengaktifkan komputer riba ini, macam-macam benda yang aku cuba dan aku cukup terkasima dan terpegun dengan keupayaan Vista ini... Rasa seronok yang tidak terhingga sehingga tidak tidur malam dibuatnya... Heheheee...

Photobucket

Walaupun mendapat pujian, aku tidak boleh menafikan bahawa Vista masih lagi tidak stabil dari segi operasinya... Masih banyak 'patch' dan 'update' yang belum dikemaskini dan pengguna terpaksa 'online' setiap ketika untuk mengemaskini 'windows' masing-masing... Jika tidak, komputer akan menghadapi masalah dan 'error' bila menggunakannya... Aku rasa mungkin kerana Vista masih lagi baru di dalam pasaran dan tidak banyak pengguna yang menggunakannya... Sama juga seperti XP yang satu ketika dulu menghadapi masalah yang sama di awal pelancarannya...

Photobucket

Kali ini, aku telah men'downgrade' semula 'windows' aku kepada XP kerana aku merasakan belum tiba untuk aku menggunakan Vista sepenuhnya... Lagipun, Vista tidak membenarkan banyak perisian dimuat turun ke dalam komputer kerana tahap keselamatan yang kurang di dalam perisian yang hendak diisi... Akibatnya, tidak banyak program yang dapat aku gunakan ketika menggunakan Vista contohnya seperti Adobe Photoshop CS3 dan sebagainya... Ini adalah kerana versi yang dijual di pasaran tidak sesuai dengan Vista (kebanyakkan hanya untuk kegunaan Windows XP sahaja) dan jika ada, harganya mencecah ribuan ringgit... Itu belum tentu menjanjikan apa yang kita mahukan... Jadi, kalau aku hendak menggunakan perisian-perisian yang aku nak, aku harus merendahkan 'windows' aku buat sementara waktu... Mungkin kali ini, aku akan menggunakan XP dulu dan bila Vista sudah stabil dengan pelbagai perisian yang sudah dinaik taraf, mungkin aku akan bertukar kepada Vista semula...

Sama ada Vista ke, XP ke, bagi aku asalkan ada platform dan komputer riba aku boleh digunakan, itu sudah memadai... Teknologi boleh dikejar kemudian kerana yang paling penting, aku boleh melakukan kerja-kerja aku tanpa menghadapi sebarang masalah... Aku rasa, kalian pun begitu juga, kan???

Bismillahhirrahmanirrahim...

Terkejut dengan tajuk blog 'entry' aku hari ini?... Jangan risau, apa yang ingin aku coretkan hari ini tiada kena mengena dengan individu yang pernah aku kenali atau orang di sekeliling aku... Cuma, aku ingin mencoretkan sesuatu mengenai blog aku yang kadangkala tidak dikemaskini untuk satu jangkamasa yang lama... Ada diantara kalian yang bertanya, "apa sudah jadi dengan blog???..." Jadi, eloklah aku menulis serba sedikit mengenai apa yang terjadi...

Sejak kebelakangan ini, aku agak sibuk dengan kerja-kerja di pejabat... Bulan lepas, hampir sebulan rakan sekerja aku cuti sakit kerana menjalani pembedahan mata dan kerja-kerja di pejabat banyak diuruskan oleh aku... Bagi aku, tugas tetap tugas dan aku tidak kisah sangat kerana bila aku cuti, rakan sekerja aku juga yang tolong 'cover' kan kerja-kerja aku... Jadi, aku tidak kisah dan tidak banyak soal...

Cuma, apabila semua tugas dilakukan aku sendiri, aku tidak mempunyai banyak masa untuk 'online'; kalau 'online' pun hanya sempat memeriksa e-mail dan mencari maklumat yang diperlukan untuk kerja-kerja aku... Dari pukul 7.30 pagi sehinggalah adakalanya membawa ke pukul 9.00 malam, kerja aku tidak berhenti... Begitulah rutin harian aku sehinggalah ke hari ini... Bila sampai di rumah, badan terlalu letih... Banyak kali juga aku tertidur tanpa membersihkan diri... Teruk kan???...

Aku akui, aku cukup kurang memberikan "kasih sayang" kepada blog aku... Jika dahulu, aku rajin menulis; pasti ada sahaja yang hendak dicoretkan setiap hari... Kadang-kadang, sampai 3 - 4 'entry' aku buat... Memang gila menulis betul!... Heheheheeeeee... Tapi sekarang, aku amat kurang menulis.. Bukan kerana tidak mahu menulis atau tidak ada cerita yang hendak ditulis tetapi masa cukup mencemburui aku... Sejak kebelakangan ini, banyak juga peristiwa menarik yang berlaku yang tidak sempat aku coretkan disini... Insya Allah, jika sempat dan teringat, pasti aku akan menulis buat bacaan rakan-rakan yang dikasihi...

Pada mereka-mereka yang bertanya, aku mohon maaf jika aku tidak sempat untuk membalas dan menjawab soalan dan pertanyaan kalian... Aku berharap, janganlah kalian berkecil hati dengan aku dan semestinya, kalian sentiasa berada dalam ingatan... Insya Allah, aku akan kembali dan melawat kalian nanti...

Semoga ukhwah yang terjalin sebelum ini akan kekal selamanya, Insya Allah...

Sunday, 1 February 2009

Siapa yang tidak tahu tentang Kuala Lumpur... Pusat bandar dan ibu negara Malaysia...

Di mana sahaja, orang pasti tahu akan bandar yang pesat membangun ini... Kuala Lumpur memang cukup terkenal dari segi kepesatan pembangunan dan ekonomi serta kepadatan penduduknya... Ramai yang berhijrah ke Kuala Lumpur kerana mempercayai bahawa segala-galanya ada disini... Yang berada di kampung, berlumba-lumba hendak datang ke bandar... Berduyun-duyun umat manusia membanjiri pusat bandar ini mencari sumber rezeki... Dari sebuah kotaraya yang aman dan lengang satu ketika dahulu, kini Kuala Lumpur menjadi begitu sibuk dengan hiruk-pikuk pelbagai jenis ragam manusia...

Photobucket

Photobucket

Hari ini merupakan sambutan Hari Wilayah; di mana Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan menyambut hari ulangtahun nya... Aku tidak sangka, begitu pantas masa berlalu dan hari ini, genaplah 35 tahun usia penubuhannya... Siapa sangka, Kuala Lumpur masih bertahan dan merupakan salah satu bandar tersohor di mata dunia setanding bandar-bandar maju yang lain... Sebagai salah seorang warga Kuala Lumpur, aku cukup berbangga kerana dibesarkan dan dilahirkan disini...

Photobucket

Tidak dinafikan, terlalu banyak perubahan yang berlaku di Kuala Lumpur selama ini... Dari aku kecil sehingga dewasa, aku dapat lihat perubahan ketara bandaraya tempat aku dilahirkan ini... Arus kemodenan nyata mengubah rupa Kuala Lumpur sehingga ianya berjaya menaiktaraf kedudukkannya setanding bandar maju yang lain... Kemudahan infrastruktur diperhebat, bangunan pencakar langit dibina, gaya hidup yang pelbagai dan sebagainya... Adakala, aku sendiri merasa sedikit ketinggalan dengan arus yang saban hari berubah-ubah ini... Aku bangga kerana Kuala Lumpur mempunyai salah satu bangunan yang tertinggi di Asia, mempunyai menara sendiri, kemudahan awam yang aku rasakan agak maju berbanding bandaraya yang lain sebagainya... Kalau dahulu, aku terpaksa menaiki bas Leng Seng (ala, bas TATA panjang yang kaler kuning merah tu...) atau BMW (bukan kereta BMW tau, tapi Bas Mini Wilayah - yang drivernya bawa macam pelesit... hehehehee....) untuk ke satu-satu tempat, kini aku mempunyai banyak pilihan untuk ke destinasi yang hendak aku tujui... STAR, PUTRA sentiasa memberikan perkhidmatan jika aku hendak kemana-mana... Tidak cukup dengan itu, KL-Monorail telah dibina di samping pengangkutan awam yang lain seperti KTM Komuter dan Express Rail Link (ERL)...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Apa yang aku mahu, semuanya ada disini... Padanlah ramai yang berada di luar Kuala Lumpur berpusu-pusu berhijrah kemari... Sungguh banyak tarikan yang menyebabkan mereka membuat keputusan untuk menetap disini... Akibatnya, Kuala Lumpur menjadi padat dengan umat manusia dan ini sedikit sebanyak menyebabkan kesesakan disana-sini... Lumrah hakikat duduk di bandar besar... Kesesakan lalu lintas memang sudah menjadi asam garam bila kita tinggal di ibukota... Aku dapat bezakan; dahulu, jalan tidak begitu sesak... Kalau hendak pergi kerja, beberapa minit sahaja boleh sampai... Tetapi kini, tidak sah kalau tidak duduk di dalam kereta selama sejam...

Photobucket

Photobucket

Begitulah Kuala Lumpur; perubahan yang berlaku begitu pantas... Jika hari ini kita lihat begini, esok lusa, jangan terkejut jika ianya berubah dalam sekelip mata... Bukan sahaja dari segi fizikal dan infrastruktur, malah isi kandung penduduknya sahaja turut berubah sejajar dengan arus kemodenan yang melanda... Lihat sahaja budak-budak dahulu (yang sekumpulan dengan aku...) dengan budak-budak zaman kini... Sangat-sangat berbeza!!!... Bila ditanya, kata mereka. "Ni lah baru up-to-date!!!..."

Photobucket

Apa-apa pun, itulah Kuala Lumpur... Bagi mereka yang pernah tinggal atau sampai disini, pasti mereka tahu bagaimana keadaannya... Sebagai seorang yang dilahirkan dan dibesarkan disini, aku tidak mahu memberikan apa-apa komen cuma apa yang aku boleh katakan, Kuala Lumpur kini sudah tidak sama seperti Kuala Lumpur yang aku kenali satu ketika dahulu... Walaupun ianya sudah melalui proses evolusi kemodenan yang amat pesat, aku percaya Kuala Lumpur merupakan satu bandar yang menarik untuk diduduki walaupun adakalanya ada cerita "tidak sedap" didengar di corong-corong radio, terpampang di dada-dada akhbar atau di kaca TV... Pokok pangkal, terpulang kepada individu itu sendiri untuk menilainya...

Bagi aku, "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri... baik lagi negeri sendiri..." Kemana sahaja kaki aku melangkah, aku tetap tidak akan lupa tempat kelahiranku ini...

Saturday, 31 January 2009

Untuk direnungkan bersama...


a) Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

b) Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

c) Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

d) Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

e) Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

f) Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

g) Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

h) Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

i) Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Sumber : Tidak Diketahui (E-mel)

Friday, 30 January 2009

Sejak kebelakangan ini, hati aku kurang tenteram sedikit... Entahlah, mungkin kerana aku terlalu banyak berfikir... Fikir mengenai diri aku, kehidupan aku, orang di sekeliling aku dan sebagainya... Agak sukar untuk aku lupakan semua yang bermain didalam fikiranku sekarang... Makin aku cuba, makin payah pula jadinya... Mengapa perasaan ini seringkali datang kepadaku?... Mengapa tidak pada orang lain??...

Adakalanya, aku tidak tahu untuk berbuat apa-apa... Sudah puas aku mencuba tapi apakan daya, keadaannya masih kekal begitu... Entahlah, mungkin ini dugaan buat diriku... Aku redha, aku terima seadanya... Sebagai manusia biasa, aku akui, terlalu banyak kelemahan yang ada dalam diriku ini... Aku cuba untuk memahami dan memperbaiki kelemahan dan keburukan yang ada... Ada diantaranya, aku berjaya mengubahnya namun masih banyak lagi yang perlu aku lakukan...

Aku cermin diriku... Aku tanya pada hati; apa yang telah aku lakukan selama ini... Di mana aku berada sekarang... Terlalu jauh aku merenung diriku sehingga aku tidak sedar yang aku sedang mengelamun... Aku imbas kembali perjalanan hidupku selama ini; sejak aku kecil sehinggalah dah besar panjang... Banyak perkara yang telah aku lalui, perkara manis mahupun yang pahit; suka-duka dalam ranjau kehidupan yang penuh dengan onak duri... Aku teringat ketika zaman aku berada di atas; apabila apa sahaja yang aku mahukan, boleh aku perolehi dengan mudah... Aku tiada apa-apa masalah... Kini, semua itu sudah berlalu dan aku terpaksa berlari mengejar apa yang aku mahukan...

Itulah lumrah kehidupan... Adakala kita berada diatas; tinggi di puncak ibarat helang yang beterbangan bebas di awan dan ada waktu kita akan berada di bawah seolah-olah kita tidak berdaya untuk melakukan apa-apa... Semuanya seperti roda yang berputar ligat... Jika kita terleka sedikit, mahu kita tersasar dan tercampak jauh... Hilang tanpa arah tujuan... "Ya Allah... Aku tidak sanggup begitu!!... Selamatkan aku, Ya Allah..."

Lamunanku terhenti... Aku kembali ke dunia realiti... Apa yang aku lihat adalah diriku yang seadanya ini... Dari hujung rambutku aku lihat sehinggalah kehujung kaki, aku bertanya kembali; "Inikah REEZ yang sebenar???... Inikah yang sepatutnya REEZ dijadikan???... Adakah apa yang REEZ kecapi selama ini memadai dan mencukupi atau ada lagi perkara-perkara yang masih tidak ditunaikan untuk menjadi REEZ yang sebenar???... Apakah ini yang sepatutnya???...."

Persoalan ini yang harus aku tanya pada diriku sendiri... Aku tahu, masih terlalu awal untuk aku berpuas hati... Aku tidak seharusnya berhenti setakat ini... Ya, aku bersyukur dengan apa yang aku perolehi selama ini... Aku tidak sepatutnya merungut, merengek tak tentu pasal hanya kerana beberapa perkara yang membuatkan perasaan aku bergelora... Sememangnya, aku tidak boleh cepat melatah dan banyak bersabar dan redha keatas apa sahaja yang berlaku... Emosi dan nafsu tidak seharusnya menguasai diri dan akal fikiran sehingga ianya berjaya mengaburi segala perilaku dan tindakan...

"Kuatkanlah semangatku... Berikanlah hidayah agar aku sentiasa cekal menghadapi segala ujian... Tabahkanlah hati agar aku dapat menangkis segala yang buruk; yang berada dihadapan agar aku dapat menjalani kehidupan yang tenang... InsyaAllah..."

Thursday, 29 January 2009

Bengang........

Itu yang dapat aku katakan ketika ini... Tiada perkataan yang dapat menggambarkan apa yang aku rasa... Aku bosan, rasa menyampah, rasa meluat dengan perkhidmatan yang diberikan... Macam @#$%^&*...

Sudah lama aku bersabar... Sudah banyak peluang yang aku berikan... Kali ini, kesabaran aku sudah sampai ke kemuncaknya... Siapa sanggup berdepan dengan masalah setiap hari, melawan perasaan marah dan ditambah pula dengan kepenatan selepas pulang bekerja... Bila kita memerlukannya, ia buat 'perangai' pula...

Hari ini sahaja, sudah ratusan kali aku tutup dan buka... Namun, senarionya masih tetap sama... "Am I the only one who has this problem????", terbit tanda tanya didalam mindaku... Bukan kerana aku tidak bayar diatas perkhidmatan yang diberikan, aku merupakan pengguna setia sejak tahun 2005 lagi... Takkan servis begini yang layak aku terima???... Bila aku buat aduan dan laporan, seperti biasa, mereka akan berjanji untuk mengambil tindakan... "Tindakan???... Tindakan apa kalau masih lagi begini???"...

Cukuplah, aku sudah tidak sanggup lagi... Beberapa hari lagi, akan tamatlah riwayat perkhidmatan ini... Dari aku terus sakit hati, baik aku 'terminate' cepat-cepat!... Dah lah aku bayar mahal tiap-tiap bulan, tapi asyik terputus sahaja kerjanya... Sampai tidak tenang aku dibuatnya... Lantaklah, apa yang mereka hendak kata... Aku peduli ape??!!!... Kalau mereka memujuk aku untuk tidak memberhentikan perkhidmatan ini, aku takkan ambil peduli... Selagi kualiti perkhidmatan tidak dinaiktaraf mengikut 'standard' yang sepatutnya, jangan harap aku akan kembali...

Kita tengoklah nanti...............................................


Nota kaki:-
Perkhidmatan yang aku maksudkan diatas ialah : TMNet Streamyx (no offense to TM, but I had enough!!!!!... Can't take this anymore...)

Wednesday, 28 January 2009

Sedar tak sedar, antivirus yang berfungsi sebagai agen yang menghalang segala musuh dan perosak laptop dan komputer aku telah pun 'expired'...

Photobucket

Tak sangka, dah setahun lebih aku pakai perisian McAfee ni... Dan baru-baru ni keluar peringatan (warning) menyatakan antivirus aku dah mampus!... Seperti kebiasaan, sistem akan keluarkan 'pop - up' minta aku pebaharui antivirus aku untuk keselamatan laptop dan komputer yang aku gunakan...

"Alamakkkkkkk... nak renew, nak kena pakai duit lagi... Aku baru je habis bayar hutang kad kredit aku... Nanti kalau renew, mesti nak kena key in kad kredit lagi sekali... Pulak tu, harga tu semua bukan dalam Ringgit Malaysia!... Kalau McAfee yang ternyata keluaran US ni, sah-sah ler pakai US Dollar... Pulak tu, aku dalam berkempen memboikot barangan keluaran US ni..."

Macam mana aku nak buat?... Susah untuk aku kerana perisian McAfee yang aku gunakan setiap hari ini adalah perisian yang terbaik pernah aku pakai selain Norton... Lagipun, McAfee memang sesuai pakai bersama komputer dan laptop keluaran Dell macam aku ni... Aku bukan nak puji melambung-lambung tapi ada beberapa fakta yang aku terpaksa akui kebaikannya... Macam sebelum ni, aku pakai Norton (keluaran Symantec Corporation yang juga dari US), perisian tu berjaya menghalang hampir 100% 'security threat' yang menyerang komputer setiap hari... Jadi, kedua-dua perisian antivirus ini merupakan pilihan utama ramai pengguna komputer seluruh dunia...

Tak ada ke antivirus keluaran Asia atau Malaysia?... Jika ada, adakah perisian antivirus itu sebaik Norton atau McAfee??... Kalau ada, aku teringin sangat nak pakai... Seperti Norton, harga untuk pack antivirus yang baru melebihi ratusan ringgit... Jadi, aku rasa macam tidak berbaloi jika aku berbelanja mendapatkan antivirus keluaran negara asing berbanding negara sendiri... Jika barangan tempatan jauh lebih baik dan terbukti murah, mengapa perlu 'spent' pada barangan luar, betul tak??...

Aku dapat tahu ada satu antivirus yang agak 'famous' dalam pasaran sekarang yang bernama Kaspersky... Aku memang pernah tengok produk ini tetapi aku tidak tahu keberkesanannya melawan virus dan threat yang sedia ada... Dari ulasan pekedai, mereka menggalakkan penggunaan Norton dan McAfee tetapi tidak memberi jaminan jika aku menggunakan Kaspersky ini... Itu apa yang diberitahu kepada aku tahun lepas semasa aku hendak membeli perisian antivirus untuk laptop dan komputer aku...

Mungkin ada kawan-kawan yang telah menggunakan perisian antivirus ini dapat memberikan sedikit komen dan pengalaman kalian selama ini??...

Tuesday, 27 January 2009

"Selamat Tahun Baru Cina" aku ucapkan kepada semua yang menyambutnya bermula semalam...

Sempena cuti umum 2 hari ini, aku telah menghabiskan masa bersantai dan berehat bersama adik aku... Pada mulanya, aku tidak merancang untuk kemana-mana; tapi aku rasa bosan juga bila duduk terperap dirumah tanpa melakukan apa-apa... Kebetulan, adik aku ajak keluar berjalan-jalan sambil menemaninya mengambil gambar... Rasa macam menarik juga sebab aku juga teringin untuk belajar sesuatu yang satu ketika dahulu aku minati... Dia pun tidak kesah dan sudi menunjukkan padaku cara dan teknik mengambil gambar yang dipelajarinya selama ini...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Lokasi kami kali ini ialah ke Zoo Negara... Untuk pengetahuan kalian, aku memang dah lama tidak menjejakkan kaki di Zoo Negara ini... Kali terakhir aku sampai disini pada ketika usia aku 8 - 9 tahun kot... Bayangkan, hampir 20 tahun aku tidak menjenguk segala haiwan disini dan hari ini barulah aku datang semula... "Mesti haiwan-haiwan disini rindu kat aku..." Hehehehehe...

Rasa seronok juga bila pergi berjalan-jalan sambil mengambil gambar ni... Aku dapat lihat pelbagai jenis haiwan yang ada disini... Ada sesetengah haiwan tu, aku tak tahu pun ianya wujud... Sungguh menarik sekali... Tetapi, aku akui, Zoo Negara kini tidak seperti Zoo Negara yang pernah aku kunjungi lebih kurang 20 tahun dulu... Dulu, suasananya cukup meriah dan banyak haiwan yang dipamerkan... Sekarang, tidak banyak yang ada dan rata-rata kandang/kurungan disini kosong tanpa ada penghuni didalamnya... Mungkin haiwan tu dah pupus kot?...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Kami sampai lebih kurang pukul 10 pagi dan menghabiskan masa beberapa jam disini... Hari ini juga, begitu ramai pengunjung yang datang melawat; mungkin kerana masing-masing mengambil peluang cuti umum sambil membawa ahli keluarga bercuti dan bersantai sambil makan angin... Jadi, tempat ni dipenuhi dengan kanak-kanak dan ibubapa mereka...

Selepas habis meneroka setiap kawasan disini, kami beredar menuju ke lokasi seterusnya iaitu Putrajaya... Walaupun sedikit penat, namun kerana semangat dan kesungguhan serta keinginan mengambil gambar, aku teruskan jua... Kesian dengan adik aku ni, sampai mengantuk-ngantuk dan penat dibuatnya... Nasib baik dia tidak kesah dan mengikut sahaja sebab katanya, "dah alang-alang berjalan, baik teruskan sampai petang..." Lagipun, dia ingin mencuba lensa 'tele-zoom' yang dipinjamnya tempoh hari... Sebelum memulangkan lensa tersebut, elok juga dia cuba habis-habisan...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Bila sampai, keadaan agak sedikit mendung... Tetapi itu tidak bermakna kami berpatah balik dan pulang kerumah... Aktiviti menangkap gambar masih lagi diteruskan... Kali ini, adik aku memberikan peluang untuk aku mencuba D80 miliknya bersama lensa 70-200 yang dipinjamnya itu... Apa lagi, pakcik pukul habislah... Hahahahahahhaa..... Seronok betul bila pakai DSLR ni... Lebih-lebih lagi bila guna lensa 'power' macam ni... Habis semua gambar, aku skodeng... Macam-macam aksi ada... Paling best, bila aku dapat merakamkan pemandangan tasik yang indah disana... Sungguh cantik sekali walaupun keadaan sedikit mendung...

Begitulah aktiviti aku hari ini... Insya Allah, mungkin dimasa akan datang aku akan lakukannya lagi... Buat masa ini, aku tidak mempunyai kamera yang canggih seperti adik aku tu, jadi aktiviti mengambil gambar agak sedikit terbatas... Ada rezeki nanti, aku akan beli dan selepas itu, aku akan kembangkan minat aku dalam bidang fotografi...

Nanti ada siapa-siapa nak join, silakan..... Boleh kita pergi "menembak" sama-sama....


Nota kaki:-
Gambar-gambar diatas diambil menggunakan kamera PDA aku, bukan menggunakan D80 dan lensa 70-200 yang aku ceritakan diatas...


Monday, 26 January 2009

To all my Chinese friends...

I wish all of you "Xi Nien Kwai Le"...
May this year of OX brings you prosperous and happiness always...


Photobucket



To all other readers, Happy Holiday!!!...

Friday, 23 January 2009


Photobucket

Seperti portal interaktif yang lain, Facebook merupakan satu portal yang menarik minat aku untuk menyertainya... Aku tidak tahu kenapa dan apa keistimewaan portal ini sehinggalah aku mendaftarkan diri dan menggunakannya... Bukan sahaja ia interaktif tetapi Facebook banyak memberi peluang kepada aku untuk mengenali orang yang jauh mahupun dekat... Ianya juga secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain... Aku rasa bersyukur dan berterima kasih kepada pencipta portal ini kerana berjaya menghasilkan sesuatu yang sungguh bermanfaat...

Tidak seperti Myspace dan Friendster, Facebook banyak mengetengahkan ciri-ciri mudah pakai (user friendly) dan tidak memeningkan kepala... Dalam masa yang sama, keperluan dan kehendak pengguna dipenuhi; contohnya pengguna yang berdaftar dapat menjalankan pelbagai jenis aktiviti seperti meletak gambar dan status (dalam masa yang sama pengguna lain akan tahu dan boleh meninggalkan pesanan), berbual (chatting) secara online, berfungsi sebagai diari dan peringatan (reminder) terutamanya hari lahir seseorang dan program yang bakal berlangsung, menjadi anggota kumpulan kegemaran pilihan masing-masing (groups) dan sebagainya... Terlalu banyak ciri-ciri menarik yang aku rasakan sungguh berguna kepada pengguna baru seperti aku...

Selain dari fungsi yang aku nyatakan tadi, Facebook juga berkeupayaan untuk mencari rakan-rakan melalui "Friend Finder" ataupun "People Who You May Know"... Ciri ini sedikit sebanyak dapat memberikan panduan kepada pengguna untuk mengecam dan menambah kenalan masing-masing jika pernah atau mengenali antara satu sama lain... Facebook juga merupakan agent kepada banyak capaian seperti Imeem, Flickr dan sebagainya dimana pengguna yang sudah mempunyai akaun dapat menyambungkan profil mereka kepada Facebook...

Macam mana, menarik bukan?...

Kalau diikutkan, aku memang dah 'kurang' nak join mana-mana portal seperti ini tetapi atas dorongan dan desakan kawan, aku daftar juga... Aku cukup tidak sangka kerana atas dasar itu, aku jadi 'aktif' dan adakalanya 'ketagih' untuk masuk dalam Facebook ni.... Hehehehehehehe... Well, what can I say???... I'm the type yang suka berkawan dan mengenali ramai orang... Walaupun aku ni pemalu pada dasarnya... Hahahahahahah.... *wink... wink...

Photobucket

Aku rasa bersyukur kerana melalui Facebook ini, aku dapat bertemu semula dengan ramai rakan sedarjah dan setingkatan dahulu... Setelah berpuluh tahun meninggalkan zaman persekolahan dan tanpa khabar berita, aku terpegun bila melihat mereka semua didalam Facebook ini... Semua dah lain dan ramai yang dah jadi bapak budak... Hehehehe... Yelah, kalau dicongak, masing2 dah berumur hampir 30 tahun... Bukan muda lagi kan?... Walaubagaimanapun, ramai juga yang masih bujang dan salah seorangnya ialah aku... Hahahaha... Tak apa, tiba jodoh, aku akan kahwin juga...

Begitulah aku sekarang, selain dari berblogging, melayari Facebook merupakan salah satu hobi aku setakat ini... Aku juga dapat lihat ramai rakan-rakan blogger aku sudah mendaftarkan diri mereka didalam Facebook dan aku sudah pun memasukkan mereka sebagai rakan didalam senarai rakan-rakan aku... Doa dan harapan aku, semoga persahabatan yang terjalin didalam dunia blogging akan terus kekal di dalam Facebook sana... Jika didalam Facebook kalian hanya mengenali aku melalui cerita ceriti yang dicoretkan disini, di dalam Facebook sana, hampir separuh dari dunia aku telah aku bongkarkan...

Ingin tahu???... Silalah kesana dan lihatlah sendiri dengan mata kepala anda...

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.