Friday 23 January 2009


Photobucket

Seperti portal interaktif yang lain, Facebook merupakan satu portal yang menarik minat aku untuk menyertainya... Aku tidak tahu kenapa dan apa keistimewaan portal ini sehinggalah aku mendaftarkan diri dan menggunakannya... Bukan sahaja ia interaktif tetapi Facebook banyak memberi peluang kepada aku untuk mengenali orang yang jauh mahupun dekat... Ianya juga secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain... Aku rasa bersyukur dan berterima kasih kepada pencipta portal ini kerana berjaya menghasilkan sesuatu yang sungguh bermanfaat...

Tidak seperti Myspace dan Friendster, Facebook banyak mengetengahkan ciri-ciri mudah pakai (user friendly) dan tidak memeningkan kepala... Dalam masa yang sama, keperluan dan kehendak pengguna dipenuhi; contohnya pengguna yang berdaftar dapat menjalankan pelbagai jenis aktiviti seperti meletak gambar dan status (dalam masa yang sama pengguna lain akan tahu dan boleh meninggalkan pesanan), berbual (chatting) secara online, berfungsi sebagai diari dan peringatan (reminder) terutamanya hari lahir seseorang dan program yang bakal berlangsung, menjadi anggota kumpulan kegemaran pilihan masing-masing (groups) dan sebagainya... Terlalu banyak ciri-ciri menarik yang aku rasakan sungguh berguna kepada pengguna baru seperti aku...

Selain dari fungsi yang aku nyatakan tadi, Facebook juga berkeupayaan untuk mencari rakan-rakan melalui "Friend Finder" ataupun "People Who You May Know"... Ciri ini sedikit sebanyak dapat memberikan panduan kepada pengguna untuk mengecam dan menambah kenalan masing-masing jika pernah atau mengenali antara satu sama lain... Facebook juga merupakan agent kepada banyak capaian seperti Imeem, Flickr dan sebagainya dimana pengguna yang sudah mempunyai akaun dapat menyambungkan profil mereka kepada Facebook...

Macam mana, menarik bukan?...

Kalau diikutkan, aku memang dah 'kurang' nak join mana-mana portal seperti ini tetapi atas dorongan dan desakan kawan, aku daftar juga... Aku cukup tidak sangka kerana atas dasar itu, aku jadi 'aktif' dan adakalanya 'ketagih' untuk masuk dalam Facebook ni.... Hehehehehehehe... Well, what can I say???... I'm the type yang suka berkawan dan mengenali ramai orang... Walaupun aku ni pemalu pada dasarnya... Hahahahahahah.... *wink... wink...

Photobucket

Aku rasa bersyukur kerana melalui Facebook ini, aku dapat bertemu semula dengan ramai rakan sedarjah dan setingkatan dahulu... Setelah berpuluh tahun meninggalkan zaman persekolahan dan tanpa khabar berita, aku terpegun bila melihat mereka semua didalam Facebook ini... Semua dah lain dan ramai yang dah jadi bapak budak... Hehehehe... Yelah, kalau dicongak, masing2 dah berumur hampir 30 tahun... Bukan muda lagi kan?... Walaubagaimanapun, ramai juga yang masih bujang dan salah seorangnya ialah aku... Hahahaha... Tak apa, tiba jodoh, aku akan kahwin juga...

Begitulah aku sekarang, selain dari berblogging, melayari Facebook merupakan salah satu hobi aku setakat ini... Aku juga dapat lihat ramai rakan-rakan blogger aku sudah mendaftarkan diri mereka didalam Facebook dan aku sudah pun memasukkan mereka sebagai rakan didalam senarai rakan-rakan aku... Doa dan harapan aku, semoga persahabatan yang terjalin didalam dunia blogging akan terus kekal di dalam Facebook sana... Jika didalam Facebook kalian hanya mengenali aku melalui cerita ceriti yang dicoretkan disini, di dalam Facebook sana, hampir separuh dari dunia aku telah aku bongkarkan...

Ingin tahu???... Silalah kesana dan lihatlah sendiri dengan mata kepala anda...

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.