Wednesday, 12 May 2010

Salam sejahtera...

Sekadar buat renungan dan pedoman untuk kita semua... Moga-moga ia memberi pengajaran yang sangat berguna, InsyaAllah...


Kita renungi sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasululah S.A.W yang menceritakan tentang kisah seorang yang menderhaka kepada kedua ibu bapanya yang juga merupakan antara dosa paling besar di dalam Islam. Allah S.W.T melaknati perbuatan ini dan mengenakan azabnya di atas dunia lagi, ini kerana dosa menderhaka kepada kedua ibu bapa merupakan salah satu dosa yang disegerakan azabnya di muka bumi lagi!...

Kisah yang berlaku kepada Alaqamah yang mempunyai seorang ibu yang telah tua, dan beliau seorang yang terkenal sebagai seorang anak yang taat dan patuh kepada ibunya dan juga seorang ahli ibadat dan sering bersedekah kepada fakir miskin. Keadaan ini tidak berkekalan kerana setelah Alaqamah berkahwin, beliau telah mengabaikan ibunya dan tidak melayaninya seperti mana sebelum dia berkahwin. Hal ini telah menyebabkan ibunya kecil hati dan kecewa lalu dia berpindah dari rumah Alaqamah dan menyendiri di sebuah pondok usang namun Alaqamah tidak berusaha untuk mencarinya.

Pada suatu hari Alaqamah telah ditimpa penyakit dan sakit tenat, ketika ajalnya hampir tiba, seluruh keluarganya berkumpul dan mengajarnya mengucap. Perkataan "La ila ha illallah" tidak dapat diucapkannya walaupun perkataan itulah yang menjadi ratib dan zikirnya setiap masa sewaktu sihat dulu. Kaum keluarganya berusaha berkali-kali namun sia-sia sahaja kerana mulut Alaqamah seakan-akan terkunci. Mereka akhirnya kecewa dan menyampaikan kejadian tersebut kepada Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W mengeluarkan arahan agar para sahabatnya pergi melihat keadaaan Alaqamah dan cuba berusaha mengajarnya mengucap tetapi usaha mereka juga sia-sia.

Rasulullah S.A.W kemudian memerintahkan agar dicari ibu Alaqamah dan membawa bertemu dengan baginda. Sebaik sahaja ibu Alaqamah tiba, baginda lantas bertanya mengenai keadaan diri Alaqamah. Ibu Alaqamah mengakui bahawa dia berkecil hati dengan perbuatan anaknya itu yang tidak memperdulikannya dan akibat perbuatan Alaqamah itu dia enggan memaafkannya. Rasulullah S.A.W memerintahkan agar para sahabat mengumpul kayu api, arahan baginda tersebut sudah tentu mengejutkan para sahabat dan merasa hairan lantas menanyakan sebab-sebabnya. Baginda memberitahu bahawa kayu api tersebut akan digunakan untuk membakar Alaqamah di depan ibunya.

Apabila ibu Alaqamah mendengar Rasulullah S.A.W hendak membakar Alaqamah dengan kayu api tersebut, ibunya menangis dan merayu agar anaknya itu tidak dibakar dan dia bersumpah dengan nama Allah S.W.T di hadapan Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya untuk memaafkan Alaqamah dengan penuh ikhlas dan rela hati.

Rasulullah S.A.W kemudian memerintahkan agar para sahabat pergi melihat keadaan Alaqamah, sebaik sahaja mereka tiba dan belum sempat untuk mengajarnya mengucap, Alaqamah telah mengucapkannya dengan lancar dan fasih sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Demikianlah sebuah kisah yang cukup menakutkan sebagai peringatan bagi manusia bahawa azab dan seksaan menderhaka kepada kedua orang tua itu akan disegerakan di muka bumi ini lagi. Oleh bersama-samalah kita berbakti kepada mereka berdua selagi hayat mereka masih ada, bagi mereka yang telah kehilangan mereka maka doa anak yang soleh itu adalah terlebih manfaat baginya.


Sumber : Tidak Diketahui (E-mel)

Tuesday, 11 May 2010

Salam sejahtera dan bertemu kembali...

Semalam, jabatan tempat aku bekerja telah mengadakan makan-makan... Sebenarnya, tiada majlis khusus kali ini, sekadar untuk suka-suka sahaja... Rancangannya, ingin buat secara kecil-kecilan kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa... Tetapi tidak sangka pula, kecil-kecil pun akhirnya jadi besar pula...

'Potluck' dengan tema "Santai" menjadi pilihan... Kami satu jabatan sepakat untuk membawa makanan sarapan pagi sebagai hidangan... Dari hampir 40 orang yang ada, bermacam-macam menu yang aku terima... Dari makanan tradisional sehinggalah yang moden... Resipi tempatan mahupun barat; semuanya ada...

Ketika aku mengumumkan mengenai rancangan makan-makan ini, responnya agak kurang memuaskan... Mungkin kerana 'enjin' masih belum panas... Ramai yang masih lagi 'blur' nak bawa/masak apa untuk pagi semalam... Tambahan pula, notis yang diberikan cukup singkat jadi masing-masing tidak mempunyai kesempatan untuk berfikir dengan lebih lanjut menu apa yang perlu dibawa... Faham jugalah... Kena pula yang bujang-bujang tu; sah-sahlah jarang memasak dirumah...

Bila e-mel dihantar untuk bertanyakan menu masing-masing, aku dapat rasakan bahawa sambutan untuk makan-makan kali ini kurang meriah... Tidak seperti dahulu kala, bila e-mel dihantar ke kotak mesej masing-masing, cepat saja responnya... Macam-macam menu akan keluar... Kali ini, agak sedikit berbeza... Mungkin kerana waktu rancangan bermula itu diawal pagi, jadi tidak banyak pilihan yang ada... Selalunya kalau sarapan, orang akan sediakan kuih muih serta nasi lemak... Jarang orang nak masak menu yang terlalu berat...

Aku cukup kagum dan terkejut selepas beberapa ketika e-mel yang aku hantar kepada semua rakan sepejabat menerima maklumbalas yang sangat memberangsangkan... Bukan setakat kawan-kawan aku saja, malah kesemua bos-bos aku pun turut serta... Tiada yang terkecuali dalam rancangan makan-makan kali ini... Betapa gembira dan seronoknya aku apabila masing-masing beria-ia ingin menyediakan makanan untuk rancangan semalam... Syukur, alhamdulillah tiada siapa yang membangkang...

Menu yang aku terima pun, sedap-sedap belaka... Pelbagai jenis dan asal; dari yang simple sehinggalah yang rumit... Ada makanan yang boleh dikudap-kudap begitu sahaja dan ada yang begitu berat... Bila aku lihat menu-menu yang diberikan, rasa macam nak pengsan!... Banyak betul!!!... Antara yang menarik ialah spageti bolognese, lontong istimewa, nasi lemak kaw!, bubur ayam dan sebagainya... Kuih-muih pun ada bermacam-macam membuatkan aku rasa terpesona seketika...

Dari awal, aku mensasarkan bahawa makanan ini akan jadi banyak dan jumlah cukup untuk dimakan sepanjang hari; dari pagi sehinggalah ke petang... Memang masin mulut aku, bila tiba masanya, memang penuh meja hidangan dengan makanan yang cukup banyak!... Bila lihat, terasa senak pula perut melihat "kemeriahan" makanan-makanan ini... Aku cukup terharu dan kagum dengan kesungguhan rakan-rakan sekerja dalam menjayakan rancangan makan-makan kali ini... Lagipun, rancangan ini diadakan cuma sekali dalam sebulan... Jadi tiada masalah sekiranya kita bersungguh-sungguh melakukannya kan?...

Aku ingin berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rancangan makan-makan kali ini... Semoga kerjasama erat yang terjalin akan kekal sampai bila-bila... Mungkin selepas ini, aku akan merancang untuk projek mega pula; jalan-jalan sambil makan angin bersama semua rakan-rakan sepejabat... InsyaAllah...


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket
Sibuk menyiapkan bahan-bahan untuk buat pecal...


Photobucket
Haiiii.. promo pinggan baru, nampak... Heheheheee


Photobucket


Photobucket
Konsep ala "santai"... Masing-masing duduk diatas tikar sambil menikmati hidangan...

Monday, 10 May 2010

Buat pedoman semua terutama sekali ibu² yang senang naik baran... Fikir² kan nasib yang akan menimpa anak² sekiranya mulut terlalu 'ringan' mengucapkan kata²...

Ingatlah, kata² yang keluar dari mulut seorang ibu itu adalah satu doa buat anak²nya...


Suatu hari seorang alim yang sangat takwa kepada Tuhan bermaksud untuk pergi ke Tanah Suci mengerjakan ibadah haji. Waktu dia meminta izin kepada ibunya, ternyata perempuan tua itu sangat keberatan. Menurut ibunya, tunda dahulu keberangkatanmu sampai tahun depan. Ia merasa bimbang terhadap keselamatan anaknya, kerana orang alim itu adalah satu-satunya anak yang hidup dari hasil perkahwinan dengan almarhum suaminya.

Rupanya orang alim yang soleh itu sudah tidak dapat menahan keinginannya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Maka, walaupun tidak mendapat restu dari ibunya, dia berkemas-kemas lalu berangkat menuju ke Tanah Haram. Jelas keputusannya ini bertentangan dengan ajaran Nabi. Kerana redha Allah bergantung kepada redha orang tua, begitu pula murka Allah terletak dalam murka orang tua.

Ketika menyaksikan anaknya yang pergi juga, ibu yang sudah tua itu tergopoh-gapah mengejar anaknya. Akan tetapi anaknya itu sudah telalu jauh. Dia tidak mendengar suara ibunya yang memanggil-manggil sambil berlari-lari itu. Dalam marahnya ibu yang sangat cinta kepada anaknya tersebut menadahkan kedua tangannya lalu berdoa: "Ya Allah, anakku satu-satunya telah membakar diriku dengan panasnya api perpisahan. Kumohon pada-Mu, balaslah dia dengan seksaan yang setimpal. Sebagai ibunya, aku merasa sakit hati, ya Allah."

Doa ini jelas tidak pada tempatnya bagi seorang ibu yang seharusnya bijaksana. Sebab di antara doa-doa yang dikabulkan adalah doa seorang ibu terhadap anaknya. Bumi seolah-olah bergoyang mendengar doa ini. Namun orang alim tadi terus juga berjalan. Pada sebuah kota kecil sebelum sampai tempat tujuannya, orang alim itu berhenti melepaskan lelah. Menjelang Maghrib dia berangkat ke masjid dan solat sampai Isyak. Sesudah itu ia terus mengerjakan solat-solat sunat dan wirid hingga jauh malam.

Secara kebetulan di sudut kota yang lain, pada malam itu terjadi peristiwa yang menggemparkan. Ada seorang pencuri yang masuk ke dalam rumah salah seorang penduduk. Orang yang punya rumah terjaga dan bersuara. Tiba-tiba pencuri itu terjatuh kerana terlanggar suatu benda di kakinya. Ketika terdengar bunyi sesuatu yang jatuh itu, maka orang yang punya rumah pun memekik-mekik sambil berkata, "pencuri!... pencuri!..."

Seisi kampung terbangun semuanya. Dengan ketakutan pencuri itu lari sekuat tenaga. Orang-orang kampung terus mengejarnya. Pencuri itu lari ke arah masjid dan masuk ke halaman masjid tersebut. Orang-orang pun mengejar ke sana . Ternyata pencuri itu tidak ditemukan di dalam rumah Allah itu.

Salah seorang di antara mereka memberitahu kepada pemimpinnya, "Kita sudah mencari di sekeliling masjid, namun tidak ada bekas-bekasnya sedikitpun..."

Yang lainnya pula berkata, "Tidak mungkin dia ditelan bumi, aku yakin dia belum lari dari sini. Kalau di luar masjid tidak ada, mari kita cari ke dalam masjid. Berkemungkinan dia bersembunyi di situ."

Maka orang-orang pun masuk ke dalam masjid. Ternyata betul, di dekat mimbar ada seorang asing sedang duduk membaca tasbih. Tanpa bertanya-tanya lagi orang itu ditarik keluar. Tiba di halaman masjid, orang tadi sudah terkulai dan pengsan kerana dipukul beramai-ramai.

Penguasa hukum di kota tersebut malam itu juga memutuskan suatu hukuman yang berat kepadanya atas desakan masyarakat yang marah. Maka orang tersebut diikat pada tiang dan dicambuk badannya.

Keputusan dari hakim ini jelas menyalahi ajaran Nabi, bahawa seorang hakim seharusnya menyelidiki hingga hujung suatu perkara, dan tidak boleh menjatuhkan keputusan berdasarkan hawa nafsu. Begitu juga walaupun lelaki itu dituduh menodai kesucian masjid kerana bersembunyi di dalamnya, dengan berpura-pura bersembahyang dan membaca wirid, padahal dia adalah pencuri.

Pagi-pagi lagi seluruh penduduk kota itu sudah berkumpul di pasar menyaksikan jalannya hukumam qisas itu. Selain algojo melaksanakan tugasnya, orang-orang pun bersorak-sorak melihat si alim dicambuk hingga pengsan. Mereka tidak lagi mematuhi ajaran Islam untuk berbuat adil terhadap siapa saja, termasuk kepada pencuri yang jahat sekalipun. Darah memercik ke sana ke mari, orang-orang kelihatan semakin puas.

Semakin siang semakin ramai orang yang berkumpul menonton dan meludahi pencuri yang terkutuk itu. Dalam kesakitannya, orang alim yang dihukum sebagai pencuri itu mendengar salah seorang penduduk yang berkata, "Inilah hukuman yang setimpal bagi pencuri yang bersembunyi di dalam masjid!" sambil meludah muka orang alim tersebut.

Orang yang dihukum yang dianggap pencuri ini dengan suara yang tersendat-sendat membuka mulutnya berkata, "Tolong jangan katakan demikian. Lebih baik beritahukanlah kepada orang ramai bahawa saya ini adalah hamba Allah yang ingin mengerjakan ibadah haji, tapi tidak mendapat restu dari orang tua..."

Mendengar ucapan ini, orang yang mendengar jadi terkejut dan menanyakan siapakah dia sebenarnya. Orang alim tadi membuka rahsianya, dan masyarakat jadi serba salah. Akhirnya mereka terpaksa memberitahukan hal itu kepada hakim.

Setelah hakim itu datang dan tahu duduk perkara yang sebenarnya, maka semua mereka menyesal. Mereka kenal nama orang alim itu, iaitu orang yang soleh dan ahli ibadah. Cuma belum pernah tahu rupanya. Ibu-ibu yang hadir serta orang tua lainnya ramai yang merasa sedih tidak dapat menahan diri, tapi sudah tidak ada gunanya.

Malamnya, atas permintaan orang alim itu setelah dibebaskan dari seksaannya, dihantarkan ke rumah ibunya. Pada waktu orang alim tersebut akan dihantar, ibunya telah berdoa, "Ya Allah, jika anakku itu telah mendapatkan balasannya, maka kembalikanlah dia kepadaku agar aku dapat melihatnya..."

Begitu selesai doa si ibu, orang yang membawa anaknya pun sampai. Orang alim itu minta didudukkan di depan pintu rumah ibunya, dan mempersilakan orang yang mengantarnya itu pergi. Sesudah keadaan sunyi kembali, tidak ada orang lain, maka orang alim itupun berseru dengan suara yang pilu, "Asalamualaikum..."

Maka terdengarlah suara orang tua yang menjawab salamnya dari dalam. Bergetar hati si alim mendangar suara itu, "Saya adalah musafir yang terlantar. Tolonglah beri saya roti dan air sejuk..." kata orang alim itu menyamar diri.

"Mendekatlah engkau ke pintu. Hulurkan tanganmu melalui celah pintu..." jawab suara tadi dari dalam.

"Maaf, saya tidak boleh mendekati pintu kerana kedua kaki saya sangat kaku. Saya juga tidak dapat menghulurkan tangan melalui celah pintu, kerana tangan saya terasa letih..."

"Jadi bagaimana caranya?..." si ibu mengeluh kehilangan akal. "Antara kita ada pemisah yang tidak boleh dilanggar. Engkau lelaki yang tidak saya kenal, dan saya, walaupun sudah tua, adalah seorang perempuan..."

"Jangan bimbang wahai puan..." kata orang alim tersebut. "Saya tidak akan membuka mata kerana kedua mata saya sangat pedih, jadi saya tidak akan melihat ke arah puan..."

Mendengar jawapan itu, tidak beberapa lama kemudian perempuan itu pun keluar membawa sepotong roti dan segelas air sejuk. Orang alim itu begitu saja merasakan kehadiran ibunya, sudah tidak mampu lagi menahan diri. Ia memeluk kaki ibunya dan menjerit sambil menangis, "Ibu, saya adalah anak ibu yang derhaka..."

Ibunya pun merasa sedih. Dipandangnya orang cacat di mukanya itu lalu ia menjerit ternyata adalah anaknya. Mereka berdua saling berpelukan dalam tangisan.

Ketika itu juga perempuan tersebut menadahkan tangannya memohon ampun kepada Allah, "Ya Allah, kerana telah jadi begini sungguh saya menyesal atas kemarahan saya kepada anak sendiri, saya bertaubat untuk tidak mengulangi lagi perkara ini, ampunilah saya ya Allah, serta ampunilah dosa orang-orang yang menyeksanya kerana kami semua telah disesatkan olehgodaan iblis dengan nafsu marah..."


NOTA:

Sebagai seorang ibu, kita haruslah bersabar dengan karenah anak-anak. Anak-anak adalah anugerah dari Allah swt kepada kita. Jika anak-anak kita telah menyakiti atau melakukan dosa terhadap kita,janganlah terus mendoakan sesuatu yang buruk keatas mereka.

Ingatlah, doa seorang ibu untuk anaknya adalah diantara doa yang akan segera dimakbulkan oleh Allah SWT. Sebaliknya kita haruslah berdoa agar anak-anak kita akan insaf dan segera bertaubat.


Source : Unknown (E-mail)


Friday, 7 May 2010

Salam dan selamat sejahtera semua...

Suasana suram dan perasaan sedih masih menyelebungi kaum keluargaku... Semalam, perkhabaran mengejut kami terima apabila salah seorang dari ahli keluarga kami telah pulang ke rahmatullah... Dia merupakan sepupu kepada bapaku; Pakcik Sani...

Kami sekeluarga memang jarang berjumpa dengan arwah kerana arwah sentiasa sibuk dengan urusan kerja.. Namun, itu tidak bermakna arwah tidak kenal dan tidak rapat dengan keluargaku... Setiap tibanya Hari Raya, beliau sekeluarga memang tidak pernah gagal untuk datang kerumah menziarahi kami... Keakraban antara arwah dengan bapaku yang sudah terbina sejak kecil memang tidak pernah luntur; walaupun dia sibuk kehulu-kehilir...

Dari maklumat yang aku terima, arwah ketika itu sedang berada di KLIA, Sepang untuk bersiap sedia berangkat ke London atas urusan kerja... Ketika didalam perjalanan (dalam ERL), dia tiba² mengadu sakit perut (seperti terkena gastrik) dan perlu berjumpa dengan doktor... Berdasarkan kenyataan rakan² yang seperjalanan dengannya, dia tidak menunjukkan apa² tanda yang pelik dan seperti biasa...

Apabila sampai di KLIA, dia terus di bawa ke klinik disitu untuk pemeriksaan lanjut dan ketika itu, tiba² 'angin' yang berada didalam badan terus naik ke dada membuatkan arwah berasa tidak selesa dan tercungap-cungap... Beberapa saat, beliau terus rebah dan keadaan menjadi panik seketika... Ambulans terus dipanggil dan beliau terus dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan kecemasan...

Setibanya sampai, arwah terus dibawa ke bilik kecemasan dan sampai saja, doktor membuat pemeriksaan dan mengesahkan beliau telah meninggal dunia... Semua rakan² yang ada disitu terkejut dan kaget; bagaimana dia yang kelihatan sihat walafiat telah meninggal dunia?... Itulah nama ajal dan maut di tangan Tuhan... Kalau memang sudah tiba masanya, maka tetap akan tiba masanya; tiada berganjak walau sesaat awal atau lebih... Di mana² pun, ia boleh berlaku dan kita sebagai manusia yang kerdil ini tidak akan tahu bila tiba masanya...

Bedah siasat terus dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dan didapati beberapa pembuluh jantung arwah menghadapi masalah serta tersumbat... Itulah punca kenapa beliau merasa tidak selesa seolah-olah diserang 'angin' didalam badan... Selalunya kalau kita² ni, kene angin je, kita akan fikir terkena gastrik la, salah makan la... Macam² lagilah... Sekarang, jangan main²... Kalau terkena tu, eloklah periksa dengan lebih lanjut lebih² mereka yang sememangnya mempunyai masalah berat badan dan seringkali mengidapi penyakit atau simtom penyakit... Kadangkala, kita tidak tahu...

Kami sekeluarga berduka cita dengan perkhabaran ini dan berharap agar keluarga Pakcik Sani bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini... Sememangnya, kematian itu pasti pada mereka² yang bernyawa...

Beringat-ingatlah...

Wednesday, 5 May 2010

Aku gerenti, kalian pasti akan tersenyum bila melihat imej² dibawah ini... Aku sendiri pun tergelak besar sebenarnya bila membaca ayat² yang terkandung didalam imej² tersebut... Memang betul² menggelikan hatiku...

Bukan niat untuk mengumpat atau meng'kondem' sesiapa... Cuma sekadar santapan mata dan minda dihari ini... Kalau 24-jam asyik mengadap kerja dan PC aje, mata pun boleh tercabut... Sekali sekala, kita rehatkan minda sambil ketawa... Tapi awas, jangan ketawa sorang²... Nanti orang kata kita gila dan tidak siuman pula...

Mari kita layan imej² ini... Jangan bimbang, imej² ini adalah dari kategori " U " dan boleh ditonton ramai... Saksikan...


Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket



Photobucket


Semua imej² diatas aku terima dari seorang rakan melalui e-melnya... Tidak pasti siapakah pengirim sebenar e-mel ini...

Tuesday, 4 May 2010

Nantikan kemunculan entri ini, akan datang...


Monday, 3 May 2010

Salam sejahtera...

Berbulu je aku hari ini... Mana taknya, untuk kesekian kalinya pada tahun ini, aku telah terlambat sampai ke pejabat... Bukan kerana aku terlajak dari bangun tidur pagi tadi, semuanya macam biasa... Malah, aku keluar sedikit lebih awal dari waktu biasa...

Aku tidak menyangka bahawa hari ini, rekod kedatangan aku sudah tercalar... Rasa geram dan panas dalam hati... Dari dulu sehinggalah sekarang, aku cukup menjaga perihal kedatangan ke pejabat kerana semua ini akan diambil kira ketika assessment KPI yang akan dilakukan bulan Jun nanti... Selain daripada kedatangan, pengurusan cuti terutamanya cuti sakit dan cuti kecemasan akan diambil kira... Setakat ini, alhamdulillah... Aku tidak pernah memohon untuk cuti sakit mahupun emergency...

Sewaktu dalam kereta pagi tadi, aku sudah mula merasa pelik... Jalan yang selalu aku lalui seperti biasa; tidak sibuk tapi masih banyak kenderaan diatasnya... Lagipun, laluan dari Mahameru - Damansara memang sibuk tetapi masih bergerak... Nasib baik juga laluan tersebut mempunyai 3 lorong... Kalau dua, aku rasa memang tak bergerak la kenderaan dekat situ...

Apabila perjalanan aku sudah sampai di Bukit Bandaraya (berhampiran Bangsar Shopping Complex), keretaku berhenti bersama-sama kenderaan yang lain... Dalam hati terdetik, "apa pulak ni... tiba-tiba pulak sangkut... tak pernah-pernah jam dekat area ni..."

Mungkin jalan sedikit sesak gara-gara kenderaan yang keluar masuk didalam kawasan perumahan disini... Kalau jam pun, mungkin sekejap sahaja dan ia akan bergerak lancar seperti sediakala... Tetapi alangkah malangnya nasibku, andaianku silap apabila tersangkut lama diatas jalan... Sikit punya lama aku tunggu, tak gerak-gerak juga kenderaan dihadapan... Jam di dashboard aku semakin ligat berputar tanpa menunggu... Sedikit demi sedikit jarumnya mencecah waktu masuk kerja!!...

Kebimbangan mula bertakhta di hati... Gusar dan tidak tenang... Hendak aku mengelak dan keluar dari deretan kenderaan di hadapan, agak sukar kerana di sebelah luar, keadaan tetap sama.. Hendak lari kesini tak boleh, nak lari kesana pun tak boleh... Garu kepala aku kejap memikirkan macam mana nak buat... Waktu itu, aku terbayang, "kan alangkah bagusnya kalau aku bawa motor???... takde la jadi sampai macam ni..." Masa makin lama makin suntuk dah ni... Aku telefon rakan sepejabat, bertanya sama ada dia sudah sampai ke belum... Dia sendiri merasa pelik dengan fenomena pagi tadi dan baru saja sampai ke pejabat beberapa minit sebelum waktu rasmi bermula... Bila aku ceritakan bahawa aku masih lagi dalam kereta, dia tidak percaya...

Akhirnya, aku tak sempat sampai ke pejabat di dalam masa yang ditetapkan... Bila sampai sahaja di tempat letak kereta bawah tanah, lagu syarikat sudahpun berbunyi menandakan waktu rasmi pejabat sudah bermula... Memang sudah menjadi tradisi di dalam syarikat aku, kalau dah bunyi lagu tu, dah kira lambat dah!... Tak guna nak berkejar-kejar naik lif dan masuk ke tempat duduk...

Kedengaran cakap-cakap antara rakan sepejabat mengomel mengenai kesesakan lalu lintas yang agak luar biasa hari ini... Mereka tidak dapat mengenalpasti punca sebenar; sama ada jalan tutup atau terdapat kemalangan jalanraya yang menyebabkan tersangkutnya kenderaan yang lain... Sukar untuk aku fikirkan tetapi ianya tetap kenyataan... "Aku sudah LAMBAAATTTT !!!"

Mungkin esok, tak tahu lah kalau senario yang sama akan berlaku... Risau juga... Aku tak sanggup nak lewat sekali lagi kerana sekali dah lewat, maka akan buruklah rekod KPI aku... Kalau rekod sudah buruk, tak dapatlah bonus yang diidam-idamkan... Adehhhh...

Saturday, 1 May 2010

Hari ini hari buruh seMalaysia... Selamat Hari Buruh buat semua buruh yang ada termasuklah aku... Tidak seperti cuti umum yang lain, tiada perasaan dan suasana yang dapat digambarkan ketika menyambut Hari Buruh ini... Kalau Tahun Baru Cina atau Hari Raya, kemeriahan itu pasti akan terasa...

Pada asalnya, aku tidak mempunyai apa-apa rancangan hari ini... Namun, masa aku terisi juga dengan aktiviti riadah sampingan yang tidak dirancang... Semua berlaku pantas dan sekelip mata... Seawal jam 5.45 pagi, aku sudah memulakan aktiviti ini...

Destinasi kali ini ialah ke Taman Tasik Titiwangsa... Aktiviti 'menembak' gambar oleh insan yang rapat denganku menjadi agenda utama sempena cuti umum yang jatuh pada hari ini... Sebenarnya, aku agak sedikit musykil kerana selama ini tidak pernah-pernah dia mengajak aku bersama menyertai aktiviti sebegini... Rasa macam mimpi je... Selalunya, dia akan sendiri-sendiri atau pun bersama geng-gengnya... Aku pun tidak mengharap apa-apa kerana aku sedar, aku belum sampai ke tahap itu lagi... Kalau aku nak ambil gambar pun, cuma sekadar untuk suka-suka saja... Banyak benda yang aku tidak tahu dan perlu pelajari sebelum betul-betul serius dalam bidang fotografi ini... InsyaAllah, bila peluang itu ada, akanku usahakan...

We had a great time together (I guess)... Lokasi yang ditujui juga menarik dan hari ini aku dapat perhatikan bagaimana sesi fotografi dijalankan dengan mata kepalaku sendiri... Sememangnya bukan satu aktiviti yang mudah untuk dilakukan kerana ia memerlukan kesabaran dan masa yang lama untuk berkarya... Baik pada juru gambar mahupun model yang telah dipilih... Interaksi antara kedua-dua pihak sangat penting demi kejayaan sesuatu sesi fotografi itu...

Aku perhatikan setiap detail yang diguna pakai; secara tak langsung aku belajar sama daripada mereka yang terlibat... Agak menarik pabila melihat teknik yang digunakan... Kebanyakkannya memang aku tak pernah come across sebelum ini... Sesi fotografi berjalan lancar dan salah satu sebab mengapa ia berjalan dengan baik ialah kerjasama antara pihak yang terlibat juga berada di tahap yang paling maksimum... Aku memang solute pada 2 orang model yang menjayakan sesi fotografi kali ini... Mereka bukan sahaja bersikap professional malah pandai memainkan peranan masing-masing ketika bergambar... Jadi, juru gambar tidak perlu menyuruh dan mengarah terlalu banyak... Selama ini, aku cuma agak bekerja dengan model-model (lebih-lebih lagi yang memang dah ada nama) amat melecehkan... Faham-faham jelah kehendak (demand) mereka... Kalau kena dengan yang 'high taste', pengsan!...

Kali ini, model tidak berkira malah sanggup membantu... Bagi mereka, yang penting ialah mereka enjoy untuk melakukan sesi fotografi kali ini... Dari awal, aku dah agak kerana untuk pertama kalinya, model sendiri yang meminta supaya sesi fotografi dijalankan di waktu awal pagi... Kalau kalian hendak tahu, tak pernah-pernah model akan ready pagi-pagi buta ni... Sesi fotografi yang paling awal pernah dilakukan oleh dia bersama-sama model pun dalam pukul 10.00... Itu belum campur masa untuk bersiap bagai... Busuk-busuk pun, pukul 11.00 baru mula... Kali ini, pukul 8 dah ready... Fuiiiyyyoooo... Juru gambar pulak yang terkejut beruk bila model request macam tu... Heheheheee

Kami menghabiskan masa hampir setengah hari di lokasi... Bagi aku, walaupun ia pengalaman pertama berada di lokasi penggambaran, aku sedikit tidak rasa bosan walaupun bukan aku yang menjadi juru gambar utama tadi... Model-model juga agak ramah dan 'banyak cakap' menjadikan sesi fotografi lebih happening sekaligus menepis persepsi aku selama ini bahawa model-model yang sudah menempa nama ini sombong dan berlagak... Sebenarnya, ada di antara mereka jauh lebih bagus dari kita-kita yang biasa-biasa ini...

It was a very enjoyable moment, though... Bila aku sudah pulang kerumah, aku terkenang sesi fotografi tadi... Adakalanya, aku terfikir sejenak... Beberapa soalan bermain difikiranku tetapi aku tidak mahu mengulasnya dengan lebih lanjut... Apa pun, biarlah ia hilang dari ingatanku...

If I had my compact camera loaded pagi tadi, surely I'll snap some action of these models with the photographers... Takpe, next time... InsyaAllah...

Friday, 30 April 2010


Salam sejahtera dan bertemu kembali...

Sayu...

Itu yang mampu aku katakan bila melihat gambar diatas... Aku memang tidak mengenali dua insan didalam gambar ini tetapi aku meyakini bahawa mereka ini bersaudara; lebih tepat lagi abang dan adik... Si abang mendakap adiknya yang masih kecil sambil kepala masing-masing bersentuhan antara satu sama lain jelas membuktikan bahawa pertalian mereka sangat erat... Mereka keletihan; mungkin kerana penat menjalani aktiviti seharian atau mungkin juga terlena kerana menahan lapar dan dahaga selepas beberapa hari tidak menjamah makanan... Sungguh kasihan melihat mereka berdua ini...

Si adik yang masih kecil mungkin baru berusia beberapa tahun nyenyak didalam pelukan abangnya... Dia tidak mengetahui dan mengenali apa-apa... Mungkin hanya pandai meminta dan menangis pabila perut mula berirama... Si abang tidak pernah jemu malah sentiasa berusaha agar nasib mereka berdua terbela... Sungguh menyayat hati pabila mengenangkan nasib mereka berdua ini... Masih lagi kecil, tidak tahu apa-apa sudah mula mencari rezeki demi sesuap nasi biarpun dengan meminta sedekah...

Begitulah kasih seorang abang... Sanggup bergolok bergadai untuk adiknya... Adakalanya, si abang sanggup berkorban apa sahaja agar kesejahteraan adik sentiasa terjamin biarpun ia mengancam dan menggugat diri sendiri... Siapa sangka, bukan setakat ibu dan bapa sahaja memberi kasih sayang pada anak-anaknya... Di sebalik hati yang keras dan ego seorang lelaki yang sentiasa menebal didalam diri, jauh di sudut hati seorang abang tersemat satu perasaan yang sukar digambarkan dengan perkataan... Itulah kasih seorang abang yang jarang kita ambil peduli...

Bila aku lihat gambar ini, aku teringat akan adik-adikku... Ketika mereka masih kecil sehinggalah dewasa... Aku memang sangat-sangat menyayangi mereka... Bila bangun pagi je, merekalah orang pertama aku cari... Selalu, selepas balik sekolah, aku akan bantu mak jaga mereka semua; tukarkan lampin, mandikan mereka, malah buatkan susu dan dodoikan mereka tidur... Mereka pun, memang rapat denganku sewaktu kecil... Cuma kini, keadaan sudah berubah dan masing-masing pun dah besar panjang... Kami pun tak serapat sewaktu kecil kerana adik-adikku semuanya perempuan; jadi ada batasan yang perlu dijaga diantara kami...

Selain dari mereka, aku juga mempunyai adik lelaki yang lain... Mereka bukanlah adik kandungku tetapi merupakan adik angkat... Tak kisah, bagi aku mereka tetap sama seperti adik-adikku yang lain... Layanan yang aku berikan sama seperti adik kandung sendiri kerana bagi aku, kasih sebagai seorang abang tidak pernah berbeza antara satu sama lain... Aku dah anggap mereka macam darah daging sendiri walaupun aku tahu, ada diantara mereka tidak merasakan begitu...

Aku memang jenis lembut hati; pantang melihat kalau adik-adikku susah... Aku tetap merasakan kesusahan itu sama... Pelik, bukan?... Tetapi itulah hakikat yang sebenar... Aku sanggup lakukan apa sahaja demi untuk kesejahteraan mereka semua... Adakalanya, mereka tidak sedar, mereka tidak tahu betapa kasihnya aku pada mereka... Aku sanggup lakukan apa saja asalkan mereka semua tidak menghadapi masalah dan kesusahan... Pernah berkali-kali, aku korban impian aku sendiri demi untuk adik-adikku... Kenapa ye aku buat macam tu?... Aku sendiri tidak pasti... Mungkin naluri dan kasih yang tebal menyebabkan aku nekad untuk berbuat demikian... Tak apalah, asalkan mereka bahagia dan gembira, sudah cukup dan memadai bagiku... Aku yakin, bila sesuatu pengorbanan itu dilakukan (lebih-lebih lagi pada adik sendiri), pastinya akan menerima ganjaran yang besar... Lagipun, kita sudah membantu orang yang ditimpa kesusahan... Dia pun bukan orang lain, adik aku juga kan?... Kalau aku tak tolong, siapa lagi nak tolong?...

Selama ini, aku ikhlas... Aku hanya memberi yang terbaik pada mereka semua... Aku sendiri tidak pasti, apakah cukup dengan apa yang aku berikan selama ini... Kadang-kadang, hati tidak tenang dan sentiasa bergelora bila mengenangkan nasib adik-adikku... Ada yang menghadapi masalah, aku cepat-cepat bantu... Entah kenapa, aku boleh rasa perasaan mereka... Sekiranya aku sudah tidak berdaya, aku akan jadi gundah gulana... Rasa geram kerana aku tidak mampu berbuat apa-apa...

Saban hari aku berdoa, semoga aku tidak sampai ke tahap itu... Aku juga sentiasa mendoakan kesejahteraan adik-adikku... Agar mereka sentiasa bahagia dan senang sepanjang masa tanpa sebarang masalah... Namun jauh disudut hati, aku tahu... Ada diantara mereka memang tidak ingat akan diriku ini... Lebih-lebih lagi bila dah senang dan gembira... Bila sudah ada segala-galanya... Tidak mengapalah, asalkan mereka bahagia, aku juga tumpang gembira sama... Apalah yang hendak diharapkan lagi kan?...

Begitulah kasih seorang abang... Dalam apa jua keadaan, sentiasa membakar diri sendiri demi kebahagiaan orang lain... Biarpun kasih kadang-kadang tidak dihargai, si abang tidak pernah putus memberi...

Image source : Unknown (E-mail)

Batuk...

Satu penyakit yang sering dihidapi ramai... Kalau batuk je, semua anggota badan sakit-sakit... Tekak rasa perit dan kita rasa paru-paru seakan-akan mengembang... Sungguh rasa tidak selesa, bukan?

Baru-baru ini, aku menghidapi penyakit ini... Dan kalau dah kena, memang payah betul nak sembuh... Pernah sekali, dekat 2 bulan pun tak baik-baik lagi... Ubat, dah berbotol-botol telan... Rasa macam tak ada kesan kepada batuk yang ada...

Memandangkan aku rasa sangat geram dengan kahak kering yang bermaharajalela didalam tekak aku ni, aku terus mencari jalan macam mana nak kurangkan kesakitan yang melanda... Aku search dalam Google dan aku jumpa beberapa petua macam mana nak kurangkan batuk... Dari pembacaan aku, rasanya tiada kesan sampingan bila buat sebab ia menggunakan bahan semulajadi makanan... Teringin pula ingin mencuba... Mari kita semak cara-cara berikut: -

  1. 1. First, poke a hole on an orange for the purpose of allowing heat to enter the flesh and enabling the flesh to be easily extracted after roasting


  2. 2. Put it inside an ordinary small oven. Roast for 10 minutes, then the fruity flavour will come out. After the orange has been baked, it is really fragrant, with a roomful of pleasant smelling quite different from the original orange flavour. It is a relatively moisturising aromatic taste.

  3. 3. Grill until the orange skin become charred. Take out and let the orange cool a bit so that you can peel the skin easily


  4. 4. Once you've peeled the skin, stain it with some salt to make it a bit sweeter and better for healing coughing.


Itu satu cara... Satu lagi cara mudah ialah dengan meletakkan Vicks Vapor Rub dibawah tapak kaki ketika hendak tidur malam...

Sapukan Vick dibawah tapak kaki sebelum tidur dan pakailah stokin untuk melindungi kaki anda selepas Vicks disapu... Anda akan merasa sedikit panas dan sungguh selesa (terasa macam selimut panas menutupi kaki anda dan sungguh selesa... Batuk akan hilang dalam 5 - 10 minit selepas itu dan sepanjang Vicks masih lagi dibawah tapak kaki...

Begitulah antara cara yang aku ketahui... Memang benar, tapak kaki mempunyai banyak urat dan deria yang berhubung dengan seluruh anggota badan... Mengikut amalan perubatan Cina, kebanyakkan tukang ubat merawat penyakit melalui tapak kaki dan ternyata ia berkesan... Walaupun kaki kita sentiasa digunakan untuk berpijak dan berjalan, ia juga menjadi pusat dimana segala rawatan tradisional dijalankan...

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.