Saturday 19 May 2007

Kisah untuk renungan bersama...Katakan sekarang...jgn tunggu sampai esok... Di suatu tempat, hiduplah seorang anak. Dia hidup dalam keluarga yang bahagia, dengan orang tua dan sanak keluarganya. Tetapi, dia selalu menganggap itu sesuatu yang biasa. Dia terus bermain, mengganggu adik dan kakaknya. Membuat masalah dengan orang lain adalah perkara kesukaannya. Apabila dia menyedari akan kesalahannya dan mahu minta maaf, dia selalu berkata,"Tidak apa-apa, besok kan boleh." Sesudah besar, menjangkau ke alam persekolahan. Dia belajar, mendapat seorang teman yang sangat baik, dan merasa sangat bahagia. Tetapi, dia anggap itu perkara biasa saja. Suatu hari, dia berkelahi dengan teman baiknya. Walaupun dia tahu itu salah, tapi tidak pernah mengambil inisiatif untuk minta maaf dan berbaik dengan teman baiknya. Alasannya, "Tidak apa-apa, besok kan boleh." Ketika meningkat remaja, teman baiknya tadi bukanlah temannya lagi. Walaupun dia sering melihat temannya itu, tapi mereka tidak pernah saling tegur menegur. Baginya itu bukanlah masalah, kerana dia masih punyai ramai teman yang lain. Dia dan teman-temannya melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama, main, jalan-jalan dan macam2 lagi. Ya, mereka semua teman-temannya yang baik. Setelah lulus, kerja membuatkannya menjadi sibuk. Dia bertemu seorang gadis yang sangat cantik dan baik. Gadis itu kemudian menjadi teman wanitanya. Dia begitu sibuk dengan kerjanya, kerana dia ingin dinaikkan pangkat ke posisi paling tinggi dalam waktu yang sesingkat mungkin. Sudah tentu, dia rindu akan teman-temannya. Tapi dia tidak pernah lagi menghubungi mereka, bahkan selalu lewat menelefon mereka. Dia selalu berkata, "Ah, aku penat, besok saja aku hubungi mereka." Ianya tidak terlalu penting kerana dia punyai teman-teman sekerja yang selalu mahu apabila diajak keluar. Jadi, waktu pun berlalu, dia lupa sama sekali untuk menelefon teman-temannya. Setelah dia berkahwin dan mempunyai anak, dia bekerja lebih kuat untuk memberi kebahagiaan kepada keluarganya. Dia tidak pernah lagi membeli bunga untuk isterinya, atau pun mengingati hari lahir isterinya dan juga hari perkahwinan mereka. Itu tidak mendatangkan masalah baginya, kerana isterinya selalu mengerti, dan tidak pernah menyalahkannya. Kadang-kadang dia merasa bersalah dan ingin punyai kesempatan untuk mengatakan pada isterinya "Aku cinta pada mu", tapi dia tidak pernah melakukannya. Alasannya, "Tidak apa-apa, saya pasti besok saya akan mengatakannya." Dia tidak pernah bersama di majlis harijadi anak-anaknya, tapi dia tidak tahu ini akan mempengaruhi anak-anaknya. Anak-anak mulai menjauhkan diri darinya, dan tidak pernah menghabiskan waktu mereka bersama dengan ayahnya. Suatu hari, isterinya ditimpa kemalangan, isterinya dilanggar lari. Ketika kejadian itu, dia sedang bermesyuarat. Kemalangan itu sangat serius dan dia tidak tahu bahawa kemalangan itu telah menjemput isterinya pulang menemui yg Maha Pencipta. Belum sempat dia berkata "Aku cinta pada mu", isterinya telah meninggal dunia. Remuk hatinya apabila ianya berlaku dan dia cuba menghiburkan diri bersama anak-anaknya setelah kematian isterinya. Tapi, dia baru sedar bahawa anak-anaknya tidak mahu berkomunikasi dengannya. Apabila anak-anaknya dewasa dan membina keluarga masing-masing. Tidak ada yang ambil peduli akan dirinya; seperti mana di masa lalu dia tidak pernah kisah dan meluangkan waktu untuk mereka. Masa berjalan begitu pantas, dia semakin meningkat usia... Seringkali sakit dan tidak mampu untuk menguruskan dirinya sendiri. Kini, dia terpaksa tinggal di rumah jagaan orang2 tua kerana tiada waris dan anak2 yang ingin menengok atau menjaganya. Sejak dari itu sehinggalah dia meninggal, hanya ada orang-orang tua dan penjaga yang merawatnya. Dia merasa kesepian, perasaan yang tidak pernah dia rasakan sebelumnya. Semasa dia hendak meninggal, dia memanggil seorang penjaga dan berkata kepadanya, "Ah, jika aku menyedari perkara ini dari dulu...." Kemudian perlahan ia menghembuskan nafas terakhir. Dia meninggal dunia dengan airmata dipipinya.
~ End ~
Apa yang saya ingin katakan pada kawan-kawan dan juga pada diri saya sendiri, waktu itu tidak pernah berhenti. Kita terus maju dan maju, sebelum benar-benar menyedari, kita sudah berada jauh dihadapan. Jika kita pernah bertengkar, segera berbaik antara satu sama lain! Jika kita merasa ingin mendengar suara teman kita, jangan ragu-ragu untuk menelefonnya segera. Yang paling penting, jika kita merasa ingin mengatakan pada seseorang bahawa kita sangat sayang padanya, jangan tunggu esok, lusa dan sebagainya. Jika kita terus berfikir bahawa masih ada waktu yang lain, waktu tersebut mungkin tidak akan tiba. Dan pastinya sudah terlewat untuk kita meluahkannya pada si dia. Jika kita selalu fikir bahawa besok akan datang, maka "esok" akan berlalu begitu cepat hingga kita tidak sedar bahawa waktu telah meninggalkan anda.
Sumber asal : Tidak Diketahui. Terima kasih, Hanim Mohd Yusop

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.