Thursday 25 October 2007

Phewww.......... Tak tahu nak cakap macam mane... Aku rasa macam bebanan yang ada atas kepala aku ni dah hilang... Kalau nak digambarkan, ibarat memikul kayu balak yang besar dan sekarang balak tu dah diturunkan dari pikulan aku... Lega selega leganya... Aku baru balik dari kolej tadi... Hari ini adalah hari penentuan buat diriku... Setelah dua bulan aku memerah otak mempelajari selok belok ilmu yang aku tuntut, aku rasa bersyukur kerana semua telah selamat dan selesai... Peperiksaan yang berlangsung selama 3 jam tadi memang banyak menduga dan mencabar kewibawaan aku sebagai seorang 'pelajar' separuh masa... Aku rasa, otak aku ligat berputar memikirkan apakah jawapan yang paling tepat untuk setiap soalan yang keluar... Kadang kala, terbit rasa ragu2 dalam hati, "eh... betul ke jawapan yang aku tulis ni????".... Pena menari dengan pantas diatas helaian kertas jawapan yang berada didepan mata... Sekali sekala, aku mengintai jam di dinding... Melihat kalau2 aku berada dalam waktu yang sepatutnya... Takut juga kalau aku tak sempat nak jawab semua soalan yang diarahkan... Bayangkan, dalam masa 3 jam, aku harus menjawab 8 soalan pendek sebelum beralih ke bahagian esei yang memerlukan aku menjawab 4 lagi soalan... Keempat empat soalan itu pula memerlukan aku menulis karangan panjang dimana point dan penerangan harus diberikan untuk setiap satu... Rasa macam nak menangis aje bila tangan aku dah mula cramp dan kaku... Jari hantu sudah mula membengkak!... Adehhhh... Rasa macam nak menjerit pun ada... Sakit dan lenguh tanganku ini menulis karangan yang panjang itu... Tapi nak buat macam mane, aku takde pilihan dan terpaksa melalui saat saat getir; menahan sakit kerana mengejar masa... Andai kata kalau aku berhenti menulis, sudah tentu aku tidak sempat nak siapkan semua soalan... "Kan best kalau aku dapat taip aje semua jawapan ini... Kemas dan bersih aje... Takde comot sana sini...." bisik hatiku lagi... Tapi itu tidak mustahil kerana secanggih mana pun teknologi, sudah pasti peperiksaan akan dilakukan dengan cara menulis... Kalau pakai komputer, bukan peperiksaan la namanya... Senang aje orang nak meniru dan menipu... Heheeheheee... Tepat jam 1.00 tengahari, aku meletakkan pen dan menyemak jawapan aku... Sekali sekala aku membelek setiap mukasurat memeriksa kalau2 ada jawapan yang perlu ditambah... Bila dah puas hati, kertas jawapan dihantar dan ketika itulah aku rasa bebas dan lega... Hilang segala kebimbangan aku selama ini... Sepatutnya, aku terus balik ke office sebab aku tak apply cuti untuk hari ini... Last2 aku melencong ketempat lain... Al-maklumlah, nak rileks dan melayan perut yang sudah lama berkeroncong... Terus aku dan kawan2 yang lain ke Mid Valley untuk menjamu selera sambil borak2... Dekat pukul 3.00 lebih baru masuk office.... Nasib baik boss aku tak kisah... Heheheeeeeeeeeee......
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Antara muka muka gembira selepas exam...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Masing2 tersenyum kelegaan... Pastu, makan tak ingat dunia... Takpe, belasaaaahhhhhh...

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.