Sunday 28 October 2007

Kalau semalam, aku bertandang kerumah kawan yang berhampiran, hari ini jadual aku agak sedikit pack dengan jemputan rumah terbuka yang lokasinya agak boleh tahan jauhnya... And then bukan satu tempat aje yang aku kena pergi... Quite a few... Al maklumlah, dah nama pun beraya... So, elok sangatlah aku berjalan... Lagipun, hari ini hari minggu... Kalau duduk terperap aje kat umah, bosan pulak... So, destinasi pertama rumah terbuka yang aku pergi hari ini terletak kat Bukit Beruntung... Yeap, tempat 'jin bertendang' tu... Anyway, tempat ni memang cantik tapi again sesuai untuk mereka2 yang dah pencen la... Kalau masih lagi bekerja, aku rasa tak sesuai kot tinggal kat sini sebab lokasinya yang terlalu jauh dengan pusat bandar Kuala Lumpur... Walaupun ada highway, dari segi jarak memang jauh giler!... Dengan tol dan minyak, berapa nak kena spend sebulan???...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
My travelling companion... Sibuk aje nak posing time2 nak ambik makanan... :)
Aku bertolak dari rumah dalam pukul 2.00 petang menyusuri Jalan Batu Caves-Selayang-Rawang... Memula ingat nak ikut highway Duta aje tapi bila fikir2 balik dengan nak kena pusing balik; and then tol lagi, leceh la pulak... So, tu yang decide ikut jalan lama tu...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Menu utama... Nasi tomato!!!... Favourite aku.... Heheheheee... :)
Yang aku geramnya, bila sampai aje kat area Batu Caves tu, macam biasalah... Sana sini tersangkut... Angin aku dalam kereta... Nasib baik Honda City kawan aku tu auto... So rileks la sikit... Sambil2 tu dengar lagu Siti Nurhaliza... Member yang duduk belakang dah mula mamai2 nak tidur...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Antara yang hadir dan anak2 mereka...
Nak cari rumah yang dimaksudkan, memang tak susah... Peta memang sentiasa berada dalan tangan... So, ikut ajelah jalan dalam peta tu... Jalan punya jalan, akhirnya sampai juga... Aku terkasima sekejap bila melihat rumah yang tersergam indah disitu... Standardla kot... Lokasi pun dalam Kelab Golf Bukit Beruntung, so kebanyakkan rumah kat situ memang banglo style la... Kalau aku, aku rasa aku tak boleh duduk lama kot... Sunyi sepi dan takde life kat situ... Cuma rumah2 orang aje... And then, belum tentu semua pemilik rumah kat situ mendiami rumah masing2... Aku tengok macam kosong tanpa berpenghuni aje... Tuan rumah cukup pandai menghias rumahnya... Bentuk rumah seperti banglo biasa... Taklah nampak terlalu mewah sangat, tapi cukup luas... Halaman rumah cukup besar dan aku sangat suka dengan reka bentuk landskap yang ada... Simple tapi menarik!... Disatu sudut, terdapat satu kolam ikan yang aku rasa dibina sendiri oleh tuan punya rumah...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kolam ikan yang banyak ikan!... Cantik2 dan gemuk2 lak tu...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Si Azim... Budak ni memula malu2 ngan aku.. Lelama, terus melekat... Heheheeheee
Dibelakang pula, backyard tidak dibiarkan kosong begitu sahaja... Tanah lebihan diisi dengan pepohon nyiur yang meredupkan pandangan... Nampak tersusun dan cantiklah... Ada pula bangsal yang beratapkan daun rumbia yang dijadikan tempat untuk bersantai dipetang hari... Angin pulak, sepoi2 bahasa meniup kearah kami seolah olah macam paham aje2 kami sedang duduk bersantai disitu... Waduhhhh... Aku rasa tuan rumah sudah merancang semuanya... Penggunaan ruang dan landskap sungguh menarik hati aku... Setiap sudut ada saja yang menarik perhatian...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Bangsal kat belakang umah... Best 'landing' kat sini...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Si Pijah yang tak nak ketinggalan ber'posing'.... Tu mata dah kuyu dah tu...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pokok nyiur/rumbia yang tersusun rapi... Cantik dan kemas!
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kawasan hadapan rumah... Nyaman dan segar....
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Laman rumah yang luas!... Kalau kenduri kendara senang ni...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Ehhh... Aku ni dah mula merepek... Ni nak cite pasal open house ke, pasal umah orang? Tapi sebenarnya, bila kita datang beraya rumah orang, antara aspek yang kita lihat ialah rumah orang itu sendiri... Sedikit sebanyak, kita mesti nak tengok apa yang ada didalam dan diluar rumah... Sama ada tuan rumah pandai atau tidak menghias rumahnya... Sebab itu bila tibanya Hari Raya, kita diwajibkan untuk mengemas kediaman kita supaya orang yang datang berasa seronok dan selesa... Dekat pukul 5.00 aku dan rakan bertolak pulang ke Kuala Lumpur... Destinasi seterusnya ialah kerumah member officemate aku di Taman Dagang... Sebelum tu, kami ingat nak pi serang rumah ex-boss kami di Saujana Utama, Sungai Buloh... Tapi bila kami call, dia tiada dirumah kerana pergi beraya di Shah Alam... Katanya, ada dua tiga rumah lagi yang dia nak pergi... Heheheheeee.... Entah betul, entah tidak ex-boss aku tu... Bila kami pesan minta dia balik sekejap, macam2 alasan yang dia bagi... Ape2 jelah... Heheheheheeeee.... Waktu balik, aku ikut highway Utara-Selatan dan masuk semula ke Rawang... Konon2 nya nak cut short the journey la... Rupanya, masuk aje terus tersangkut dalam jam... Rasa macam jauhla pulok... Nasib baik slow moving... Kalau tak, bercinta la aku dalam kereta... Lepas aje Rawang, kami terus masuk ke MRRII menuju ke Ampang... Perjalanan tu takla selancar macam kat highway tadi... Still jalan jam especially kat Persimpangan Taman Melati - Ulu Klang... Kereta banyak giler pulak time ni... Haaaaiiihhhh.... Ketika Honda City yang aku pandu tu merentasi jalan yang jam, tiba2 kami disondol dari belakang! Tendengar bunyi dentuman yang kuat... Kami dalam kereta terkejut giler dan meninjau rear mirror sambil melihat si hawau mana yang cium bontot kereta kami... "Alahhhhh... Celaka betul la.... Tak nampak ke jalan jam kat depan???... Bangang betul !!!....." maki kawan aku merangkap tuan punya kereta... Dengan perlahan, aku menghimpit ke kiri untuk berhenti melihat keadaan kereta... Kemek/calar ke tidak... Sambil2 tu mata aku tidak lepas melihat kereta yang menyondol kereta kami... Pada mulanya aku tengok driver tu pun macam nak berhenti dan mengekori kami, tapi tiba2 dia membelok ke kanan meneruskan perjalanan... "Ehhh.... dia nak lari pulak????" kata aku... Bila kereta si hawau tu melepasi kereta kami, kelihatan seorang driver perempuan memandu Iswara bernombor pendaftaran WGJ 412, warna merah dengan selamba aje jalan sambil buat tak tahu... Disebelahnya, kelihatan seorang lelaki bermisai dalam lingkungan 30-40an melihat kami yang berada ditepi sambil menggelengkan kepala memberi isyarat tiada apa yang berlaku... Aku suspect lelaki itu mungkin suami kepada pemandu berkenaan kerana di tempat duduk belakang kelihatan beberapa budak kecil... "Dia bodoh ke ape???" maki kawan aku... Aku pun dah mula berasap, dengan jalan jam, aku terus drive semula kejalan dan mengejar si hawau tadi... Kawan aku siap snap gambar dan bila aku memotong dan cuba menyaingi kereta Iswara tersebut, sekali lagi kawan aku menangkap gambar pemandu kereta yang tak guna tu untuk dijadikan bahan bukti... "Report!... Ko jangan tak report!! Orang macam ni memang kena ajar sikit!!!..." Member yang duduk dibelakang bersuara... "Dah sondol kereta orang, sesuka hati aje buat tak tahu... Bukan nak berhenti setel ke ape... Tak guna !!!" Bila sampai Taman Dagang, hari dah dekat nak Maghrib... Sempat gak ler aku solat Maghrib dirumah kawan aku tu... Actually, kami tak janji pun nak datang rumah dia... Saje member aku call ngusik dia sebab selama kami bekerja bersama sama dia, dia memang tak pernah buat open house... Last 3 years, dia baru aje berpindah dari Keramat ke Taman Dagang ni... Biasanya, orang baru pindah rumah, akan buat sedikit jamuan makan2 (house warming)... Tapi dia memang tak pernah buat... Asal orang tanya, dia sentiasa tangguh2 kan... Heheheheheee... So, bila member aku call dan cakap kami nak datang, dia pun cakap, "datang la..." Terkejut gak kami dia bagi datang... Heheheeeee... Tu yang dari Bukit Beruntung terus menuju ke Taman Dagang... Walaupun jalan jam, kami tetap gigih untuk pergi rumah dia... Makan2 dan sembang2... Jam 8.00 baru kami beredar... Tu pun sebab mak aku dah telefon suruh aku balik kerumah... Hari dah mula hujan... Sat lagi family aku nak ke Taman Kosas sebab cousin aku pun ada buat open house gak... Kalau lambat keluar, sure tak sempat nak singgah rumah cousin aku tu... Gitulah cerita aku hari ini... Ada cite best, ade gak cite tak best... That's life... Tapi aku tak suka fikir yang negatif lebih2 lagi musim raya ini... Benda yang tak sedap tu, aku pendamkan aje...

1 comment:

Orked said...

sik baik bukan kak jie..kehkehkeh....raya sakan no...maaflah kakjie tak sempat nk menjenguk...seminggu sebelum raya streamyx wat hal..lepas raya baru ok , itu pun lepas seratus kali cal TM...jwp standard....ramai staff bercuti , puan...huhuhuhu....

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.