Tuesday 3 June 2008

Sah !!...

Aku tak tahu nak cakap macam mana... Memang berat dan sedih bila mengenangkan semua ini... Itu aku; tak tahu lah bagaimana perasaan orang yang mengalaminya... Sudah pasti rasa sedih, lemah dan tidak berdaya...

Ingat tak aku ada buat entry pasal kakak angkat aku yang mengidap sakit kanser bulan lepas?... Baru2 ini, aku berkesempatan melawat dia di HKL... Nak dipendekkan cerita, tujuan aku kesana adalah untuk menyerahkan replacement SIM card dia yang hilang... Hilang bukan sebab tercicir, tapi dicuri oleh orang yang datang melawat pesakit yang duduk sebilik dengan dia...

Aku rasa pelik, dalam keadaan dia yang tidak berdaya menahan sakit tu, ada juga orang yang sanggup mengambil kesempatan keatas dirinya... Bila dia bercerita dengan aku, tiba2 aku rasa marah dan geram dengan orang yang mencuri itu... Kalau aku dapat, memang lunyai aku kerjakan... Memang *&^%@! betul la!!!!..........

Dia rasa sedih, dah la handphone dia yang hilang tu adalah pemberian dari ayah dia... Dia sayang sangat dengan handphone tu... Semua kenangan dia bersama anak2 nya tersimpan didalam kad memori telefon tersebut...

Itu satu... Bila aku duduk berborak dengan dia, dia bercerita tentang satu berita yang kurang sedap didengar... Dia memaklumkan kepada aku bahawa Bahagian Sumber Manusia tempat aku bekerja telah menelefon dia memaklumkan tentang employment status... Mengikut kontrak, setiap staff hanya akan diberi cuti sakit sehingga had maksima 30 hari... Tidak lebih dan tidak kurang... Jika dimasukkan ke hospital, tempoh paling lama dibenarkan untuk cuti rehat ialah selama 6 bulan...

Kalau mengikut perkiraan, kakak angkat aku ni dah lama cuti sakit dan cuti rehat... Kalau tak silap aku, bulan November/Disember tahun lepas dia dimasukkan ke hospital dan bermula dari tarikh itu, dia tidak dibenarkan untuk datang bekerja... So, kalian paham2 jelah, ni dah bulan Jun... So, dah cukup 6 bulan dia tidak bekerja...

HR aku cakap, masuk bulan ke-7, mereka akan start potong gaji kalau dia masih lagi tak datang kerja... Berapa banyak mereka akan potong, aku tidak pasti... Mereka juga memberikan tempoh sehingga bulan April tahun hadapan dan jikalau keadaan dirinya masih lagi seperti sekarang dan tidak bekerja, maka mereka tiada pilihan melainkan terpaksa memberhentikan kakak angkat aku...

Tiba2 saja air mukanya berubah... Rasa sedih dan sugul... Aku terus jadi tidak keruan... Hati mula berkata-kata... Aku tidak boleh bayangkan bagaimana kehidupan dia selepas ini jika dia diberhentikan kerja... Dah la anak2 masih lagi kecil... Suami pun kerja makan gaji... Berapa la sangat pendapatan mereka sebulan?... Rumah nak kena bayar... Kereta... Barang2 dapur dan lain2... Bagaimana dia nak menampung segala perbelanjaan ini setiap bulan?...

Aku meminta supaya dia bersabar... Pasti ada jalan penyelesaian untuk semua ini... Aku yakin...

Cara yang paling baik, aku meminta dia supaya meneruskan rawatan di hospital seperti biasa... Perbezaannya, dia perlu melakukannya secepat mungkin agar dia dapat kembali bertugas seperti biasa... Tidak kisah walaupun sementara asalkan dia masuk bertugas... Jika dia perlu mendapatkan rawatan lanjutan, dia masih boleh meneruskannya seperti biasa selepas dia masuk bekerja... Sekurang-kurangnya, rekod tidak hadir tu tak la berturut-turut dan berlanjutan...

Begitulah senario dirinya sekarang... Macam2 hal terjadi dan aku sebagai salah seorang yang rapat dengan dia turut merasa bahana nya... Sudah ketentuan Ilahi, semua ini terjadi pada dirinya... Doa aku, semoga dia tabah dengan dugaan yang datang melanda...

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.