Wednesday 21 January 2009

Alhamdulillah...

Setelah sekian lama mendiamkan diri (bukan sengaja tetapi sibuk dengan perkara dan kehidupan seharian), aku kembali menulis di ruangan kecilku ini... Tempat aku meluahkan apa yang dirasa, ruangan untuk aku mencoretkan isi hati yang selama ini tiada siapa yang tahu... Aku terlalu rindu untuk menulis tapi saban hari, ada saja yang perlu aku selesaikan...

Semalam adalah contoh yang terbaik... Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menghabiskan apa yang patut aku kerjakan selama ini... Tepat jam 5.00 petang; Selasa (20 Januari 2008), berakhirlah status aku sebagai seorang pelajar separuh masa... Peperiksaan akhir untuk matapelajaran yang terakhir cukup menduga kesabaran dan akal fikiranku... Adakala, aku termanggu... Fikiranku seolah-olah sendat memikirkan jawapan yang sepatutnya aku berikan... Ada ketika, fikiranku melayang memikirkan mengenai perkara yang tiada kena mengena dengan soalan yang terpampang diatas kertas soalan... Nasib baik aku sempat kembali ke dunia realiti... Kalau tidak, habislah aku!!!... Bagi masa 3 jam pun, takkan cukup!... Heheheheheee...

Pastinya aku akan merindui dewan peperiksaan itu... Semestinya aku akan merindui setiap kenangan waktu belajar bersama rakan-rakan... Pengalaman duduk sama-sama sambil mentelaah ilmu yang dicurahkan oleh lecturer yang bertugas... Pasti selepas ini aku akan merindui saat-saat menyiapkan assignment (yang kebiasaannya aku buat disaat-saat akhir... heheheheee...), saat-saat menahan debaran ketika menjawab soalan ujian dan sebagainya... Ahhhh... terlalu banyak kenangan!... Takkan habis kalau aku huraikan satu-persatu...

Aku tidak menyangka, semua telah berakhir semalam... Tanpa aku sedari, sejak tahun 2005 ianya bermula, aku telah menamatkan berjaya menghabiskan sesi pengajianku... Cuma yang menjadi persoalan, apakah keputusannya nanti?... Doaku, semoga aku lulus dengan jayanya... Selepas ini, tiada lagi kuliah, tiada lagi assignment dan kertas kerja, tiada lagi peperiksaan... Kini, aku telah bebas... Memang, di segenap sudut hati, aku merasa lega dan gembira kerana kini aku boleh memberikan sepenuh tumpuan kepada aktiviti seharian... Tiada terikat dengan mana-mana program yang berunsurkan pendidikan... Tidak perlu bangkat awal pagi (kecuali untuk menunaikan kewajipan), bersiap dan bergegas untuk ke kelas... Aku bebas untuk merancang masa dan hari-hari cutiku... Aku bebas untuk kemana sahaja tanpa perlu memikirkan kerja sekolah yang tidak siap atau mukasurat mana yang perlu dibaca untuk menjawab soalan ujian...

Aku akui, ramai rakan-rakanku disini yang aku abaikan sebelum ini... Terbit sedikit rasa kesal di hati, namun aku harus memberikan keutamaan pada diri ini... Janjiku, aku akan kembali dan kini, aku telahpun kembali...

It's good to be back and now, I'm ready to be with all of you!... :)

Harapanku, semoga kalian semua sihat walafiat dan masih aktif menulis serta ziarah menziarahi antara satu sama lain... Semoga ukhwah yang terjalin akan kekal selamanya, Insya Allah...

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.