Sunday 20 September 2009

Salam Syawal dan salam bertemu kembali...

Adoyaiii... Lama sungguh aku tidak menulis dan mencoretkan apa-apa di sini... Masuk 3 bulan juga laman aku ini tidak dikemaskini... Pasti ramai yang tertanya-tanya kemana menghilangnya diriku selama ini...

Aku mohon ampun dan maaf... Memang hajat di hati ingin menulis seperti biasa... Tetapi entah kenapa, hati seolah-olah berat dan tiada 'mood' untuk membuka laman Blogger dan menaip cerita-cerita yang berlaku sepanjang kehidupan aku... Bukan itu sahaja, laman blog kawan-kawan lain pun aku tak lawat...

Alasan???... Satu sebab kenapa aku "tidak aktif" kebelakangan ini adalah kerana aku tidak mempunyai banyak masa yang terluang... Kerja-kerja di pejabat mula menimbun dan aku sering terkejar-kejar untuk menyelesaikan pelbagai kes yang di hantar oleh pelanggan... Jika dulu, aku sampai di pejabat seawal jam 7.30 pagi dan sempat menulis sepatah dua ayat disini, tetapi kini keadaannya agak berlainan sedikit... Aku nak sarapan pun, kadang-kadang tidak ada masa... Balik pula, dah lewat dan ketika itu kepala sungguh berat sekali... Tak berdaya untuk aku berfikir dan hanya ingat nak rehat sahaja... Itulah rutin harian aku selama 3 bulan yang lepas...

Satu lagi, kemudahan internet di rumah aku sudah pun ditamatkan... Jadi, hilanglah satu 'punca' untuk aku menulis di rumah walaupun kadang-kadang aku berjaya mencuri masa seminit dua... Akhirnya, niat untuk menulis berkubur begitu sahaja... Di samping itu, banyak juga perkara yang berlaku semenjak kebelakangan ini yang membuatkan aku 'berdiam diri' buat seketika... Sukar untuk aku luahkan namun aku rasa bersyukur kerana aku berjaya melewati saat-saat itu... Biarpun kesannya amat mendalam (sehingga kini aku masih terasa), aku redha kerana aku tahu apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya... Itulah yang diberitahu kepadaku oleh mereka-mereka yang sentiasa mengambil berat akan keadaan diriku ini... Terima kasih kepada mereka semua...

Ada juga yang berkata, "adakah aku sudah hilang semangat untuk menulis?..." Sukar sebenarnya untuk aku menjawab soalan itu... Hakikatnya, memang payah untuk aku luahkan dengan perkataan apa yang terbuku didalam hati... Kalau diluahkan pun, tidak semestinya ia akan membantu... Jadi, aku rasa elok juga jika aku simpan semua ini sendiri kerana itu lebih baik... InsyaAllah, aku akan cuba melupakannya walaupun adakala ia amat sukar untuk dilakukan...

Harapan aku cuma satu, jauh di sudut hati aku ingin kembali... Kembali aktif menulis seperti dahulu kala... InsyaAllah, aku akan cuba kekal minatku ini...

Kepada mereka yang sentiasa menyokong apa yang aku lakukan disini, terima kasih aku ucapkan kepada kalian... Semoga Allah dapat membalas segala doa yang kalian berikan kepadaku... Mohon ampun dan maaf jika aku banyak "berdiam" selama ini... Aku punya alasan tersendiri dan hanya persefahaman yang aku pinta dari kalian semua... Terima kasih kerana sudi membaca coretanku dan aku berharap kalian tidak pernah jemu dengan cerita-ceritaku mahupun diriku ini...

2 comment:

馬來西亞割包男 said...

Salam Aidilfitri.
mungkin aku orang pertama yang memberi komen.hahaha
sebenarnya, ingin mengucap terima kasih. keranamu, aku dapat lagu raya. saloma---selamat hari raya. bestnya walaupun ia dah dua tahun.
lagu raya menimbul memori zaman budak-budak. gembira sungguh bila raya.

pijankodok said...

salam aidilfitri...
untuk melupakan sesuatu apatah lagi ia melibatkan hati mmg akan mengambil masa yang lama... but life must carry on... sibukkan diri dengan keje dan jgn fikir sangat, menjadikan kita tabah...

k lah... nothing actually just singgah2..

Selamat Hari Raya..

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.