Thursday 22 September 2011

Terleka aku melihat kemesraan
Mereka berpasang-pasangan
Bersenda keriangan
Bertanya aku pada diri sendiri
Mengapa kutersisih
Diulit mimpi sedih...

Haruskah aku membandingkan
Nasib diri dan tuah orang
Haruskah aku melupakan
Segala kurniaan...

Entah mengapa mataku ini
Halaman orang nampak berseri
Laman sendiri berwarna warni
Tak bererti
Terlalu asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan
Bumi dipijak
Rumput yang hijau kulupakan...

Entah mengapa sering terlupa
Rahmat yang tiba berbeza-beza
Untuk semua kurniaan Nya tak terhinggga
Janganlah asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan
Bumi dipijak rumput yang hijau
Dilupakan..



Sungguh indah dan merdu lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi hits; Aishah.. Alunan muziknya mendayu-dayu, susun atur liriknya, sungguh mengusik kalbu... Kena sangatlah dengan suara Aishah yang terkenal dengan 'pitching' tinggi dan lantang.. Tiada siapa yang mampu menggantikan penyanyi tersohor ini...

Berulang kali aku memainkan lagu ini... Papan kekunci sentuh iPod ku putar berulang kali... Entah kenapa,  rasa seronok mendengar lagu ini... Aku merasakan lirik lagunya banyak dan penuh makna... Pengajaran demi pengajaran diluahkan di dalam lagu ini... Sedar atau tidak, ketika asyik mendengar, fikiranku melayang... Sudahlah ketika itu aku tengah memandu... Nasib baik juga tidak terjadi apa-apa kepadaku... Alhamdulillah...

"Merenung Bulan" bagi aku menggambarkan perihal diri kita... Manusia yang serba kekurangan... Namun, kita tidak pernah dan seringkali terlupa untuk mengakui kelemahan tersebut... Kita asyik.. Kita leka dengan perkara duniawi sehingga bahawasanya Dia Maha Kaya, Maha Berkuasa dan pemilik segala-galanya.. Kita seringkali membandingkan diri kita dengan orang lain seolah-olah orang lain mempunyai segala-galanya...

Mengapa dan kenapa??...

Itulah persoalan yang seharusnya kita tanya pada diri kita sendiri... Kenapa kita asyik mengeluh dengan apa yang menimpa diri kita... Kenapa kita perlu bandingkan apa yang kita ada dengan orang lain sedangkan apa yang kita adalah lebih baik dan elok berbanding orang lain... Kenapa mesti timbul rasa tidak puas hati dan dengki?... Itulah yang tidak seharusnya ada dalam diri kita... Setiap apa yang kita terima; baik ataupun buruk, adalah untuk diri kita... Satu kurniaan dariNya sebagai satu nikmat kehidupan ataupun cubaan untuk hambanya...

Seharusnya, kita bersyukur dan memanjatkan doa memuji kepadaNya sekiranya nikmat itu tidak terhingga, biarpun hanya sedikit... Berterima kasihlah kepadaNya kerana Dia mengingati kita sehingga Dia mengurniakan nikmat tersebut... Dan sekiranya ujian yang diturunkan olehNya bukan bermakna Dia membenci kita tetapi sebaliknya Dia mahu kita sentiasa ingat dan kembali kepadaNya... Supaya kita tabah di masa hadapan dan tidak melupakanNya...

Zaman sekarang, bila turun sahaja bala, mulalah melatah... Entah mana sumber kita mohon pertolongan... Sedikit pun tidak kita ingat padaNya... Bomoh, pawang, tukang nujum menjadi tempat memohon dan mengadu... Macam mereka pula yang akan menentukan segala-galanya... Itulah amalan ramai orang zaman sekarang... Mengagung-agungkan benda-benda yang tahyul dan khurafat... Bukan setakat itu sahaja, ramai antara kita yang taksub dan bermegah dengan diri sendiri... Kelebihan yang ada dijadikan bahan untuk menunjuk-nunjuk... Ditayang segala-galanya seolah-olah apa yang diperolehi menjadi hak milik mutlak sendiri... Walhal, ianya adalah satu kurniaan yang perlu dikongsi bersama; tidak kisahlah bersama keluarga, sanak saudara mahupun rakan taulan...

Sejak dari kecil (aku tidak pasti lah individu lain bagaimana), kita diajar untuk memahami dan mengenali diri sendiri... Kita dididik dengan sahsiah dan tatasusila yang tinggi agar kita tidak lupa, dari mana kita datang dan asal usul kita.. Biarpun kita datang dari keluarga yang senang dan berada, darah yang mengalir dalam badan kita tetap sama... Kita tetap manusia yang kerdil disisiNya... Oleh itu, perlukah kita berbangga dan bermegah diri pada insan lain? Bagaimana pula dengan Dia yang telah menjadikan dan menciptakan kita? Tidak malukah kita bila satu ketika nanti mengadap di hadapanNya?

Kadangkala, aku sedih melihat perilaku sesetengah pihak yang terang-terangan menunjuk-nunjuk dan membanggakan diri... Dah macam jadi satu 'habit' dan 'trend' pulak... Entah apa yang dikejar sebenarnya, aku sendiri tidak tahu... Semoga aku tidak mengikuti dan tergolong dalam kumpulan manusia sebegitu...

Ibarat kata orang tua-tua, "setinggi mana sang helang terbang, satu masa nanti akan tanah jua... biar tinggi mana kita mendongak ke langit, jangan dilupa bahawa kaki kita tetap berpijak dan bertapak di bumi juga.."

Renung-renungkan.....

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.