Lantakla orang nak kata apa... Aku tak peduli!... Janji aku tahu apa yang aku buat...
Lagipun, apa salah dia pada aku?... Dia pun manusia biasa macam orang lain... Hanya kerana dia 'istimewa' tidak bermakna aku tidak boleh berkawan dengannya... Dia pun berhak untuk berkenalan dan berkawan dengan orang lain...
Bila terjadi macam ni, aku simpati dan kasihan dengannya... Bukan pintanya supaya jadi begini... Aku faham, insan 'istimewa' sepertinya memang agak sukar untuk diterima oleh masyarakat sekeliling, lebih2 lagi masyarakat Melayu kita... Apa yang aku dapat lihat, masyarakat kita lebih suka mengutuk, mengata dan mencemuh daripada menasihati dan membimbing... Pantang nampak cacat cela, pasti akan menjadi bahan mulut golongan2 yang 'pendek akal' ini...
Kadang2, aku letih nak melayan karenah orang sekeliling... Tak habis2 dengan lemparan caci maki yang aku rasa agak keterlaluan... Tapi bila aku lihat air mukanya, sedikit pun tidak mengambarkan perasaan marah atau sakit hati... Seolah-olah tiada apa yang berlaku...
Tak tahulah sama ada dia perasan dan merasainya atau tidak tapi jelas dia tidak menunjukkan sebarang reaksi... Mungkin dia sudah lali dengan semua ini... Hatinya sudah keras dan tepu untuk menepis setiap kutukan yang datang bertubi-tubi... Mungkin akal fikirannya sudah matang, "kalau dilayan, ibarat mencurah minyak kedalam api yang sedang marak...." Jadi tiada penghujungnya...
Semua ini membuatkan aku rasa kagum, kagum dengan kecekalannya menghadapi kehidupan sebagai insan 'istimewa'...
Cuma apa yang aku tidak faham, mengapa orang lain begitu extreme dan kasar dengannya sedangkan dia tidak pernah mengganggu dan menyusahkan sesiapa?... Tidak terfikirkah orang itu bahawa mereka juga manusia biasa yang punyai banyak kekurangan dan kelemahan?... Mengapa mesti dibanding-bandingkan kejadian antara kita?... Tidakkah itu ibarat menduga dan mempertikai ciptaan Tuhan?...
Aku berdoa semoga kesedaran akan timbul dalam diri mereka2 yang terlalu taksub dengan kelebihan diri masing2... Moga Allah mengampunkan dosa2 mereka ini...
Nota kaki:-
Aku cuba untuk menyelami perasaan insan 'istimewa' ini dan hakikatnya mereka tidaklah seperti mana yang kita jangkakan... Buruk diluar, tidak semestinya buruk didalam... Malah, mereka jauh lebih baik dari orang lain... Sekurang-kurangnya mereka sedar siapa diri mereka...
Jadi, aku tidak akan rasa kekok dan malu untuk berkawan dengan mereka sebab aku tahu, apa yang aku lakukan tidak bertentangan disisi agama dan pegangan hidup aku... Kalau orang lain rasa ianya salah, terpulang... Itu hak individu... I really don't care..........
Tuesday 12 February 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comment:
Berilah ruang untuk mereka ni bernafas dan menikmati kehidupan di dunia ni. Kenapa kita nak nafikan hak insan2 istimewa ni kerana mereka juga manusia yang dicipta Tuhan untuk menikmati segala keindahan dunia sama seperti kite...
Manje --> Betul! Reez setuju dengan apa yang Manje cakap dan fikirkan...
Apa yang penting, mereka juga manusia biasa seperti kita... Mereka pun berhak seperti mana kita... Cuma tulah, manusia zaman sekarang bukan berfikiran seperti kita Manje...
Thanks for da comment!
:D
Post a Comment