Monday, 16 June 2008

Tanpa aku sedari, hari ini genaplah sudah 11 tahun aku bekerja disyarikat tempat aku bekerja sekarang...

Bayangkan, betapa lamanya aku mengabdikan diri disini, tanpa mengintai dan bertukar ke tempat lain... Semua jabatan aku jelajahi dan alami kecuali Bahagian Kewangan (sebab aku takde experience nak handle account)... Macam2 kerja telah aku lakukan... Semuanya banyak memberikan pengajaran yang sangat berguna kepada aku...

Kalau sesetengah orang, memang tidak boleh duduk diam... Selepas lima tahun, mula la gatal nak berhenti dan cari kerja lain... Tetapi tidak bagi aku... Aku adalah seorang 'kuli' yang setia pada satu syarikat sahaja... Aku rasa kekok, tidak mahir dalam bab bertukar-tukar kerja ni... Memang tidak pernah terlintas difikiran aku pun selama ini...

Tidak tahulah kalau dikemudian hari... Mungkin aku akan mengambil keputusan mengejut untuk meninggalkan kerjaya aku sekarang dan mengorak langkah ke kerjaya baru... Jika keadaan memaksa dan aku terpaksa mencari jalan keluar, maka aku harus membuat keputusan...

Kalau di ikutkan, tangga kerjaya aku tidak banyak berubah sehinggalah baru2 ini... Itupun, sudah jenuh supervisor aku melobi aku ke pihak atasan... Banyak betul saringan yang dilakukan keatas aku... Begitu liat; seolah-olah tak nak bagi aje... Walhal, dah macam2 benda aku dah buat...

Ramai juga yang mencucuk dan tidak kurang juga yang menyokong aku dari belakang... "Bodoh la engkau duduk kat sini lama2... Rugi aje... Pergi la apply kat tempat lain... Orang macam kau ni tak layak duduk sini... Ni kerja org bawahan!..."

Sedapnya mereka2 yg bercakap... Memang tidak berlapik betul bila berkata-kata... Ingat senang ke nak berhenti kerja ni?... Pulak tu dengan keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu... Lagilah... Aku tak sanggup nak ambil risiko!... Ditambah pula dengan keadaan aku sekarang, agak sukar untuk aku memboloskan diri mencari peluang terbaik dalam kerjaya aku...

Insya Allah, masanya akan tiba kelak... Aku tidak perlu terburu-buru...

Sunday, 15 June 2008

Photobucket

Aku dah loss control...

Entah dah berapa banyak kata laluan aku ada sekarang ni... Asal aku masuk aje laptop/PC aku, macam2 kata laluan yang nak kena aku 'retrieve' dan key in...

Bayangkan la... Aku datang office, semua system nak kena key in ID & password... Kadang2 sampai aku sendiri tak tahu, apa ID dan password aku... Lupa password boleh dimaafkan lagi sebab boleh request semula untuk password yang baru... Tapi kalau lupa ID, macam mana pula? Kebanyakkan system dipejabat aku tidak menyediakan kemudahan untuk retrieve user ID...

Masak la aku kalau macam ni....

Apasal la mereka tak ringkaskan aje semua system ni... Sepatutnya bila kita menggunakan komputer, benda ni seharusnya memudahkan bukan menyusahkan lagi... Tambah rumit, bila System Administrator meletakkan 'policy' untuk semua system ni... Tiap2 bulan kena tukar password!... Pastu, tak boleh 'repeat order'; guna balik password yang telah digunakan sebelum ni... Adehhh....

Bila kita lihat secara teliti, memang ada baik buruknya... Satu kebaikan guna kata laluan ialah ia dapat mengelakkan butiran peribadi kita daripada dicuri dan diguna pakai oleh orang lain... Semuanya untuk protection dan defense kita gak... Tapi kalau dah banyak sangat sistem, pening gak kepala nak fikir; kata laluan ape lagi nak letak?... Kalau satu dua sistem, takpe... Pastu, setiap satu sistem memang unik, tiap2 satu ada condition yang tersendiri...

Aku rasa macam nak propose aje, instead guna password, boleh tak guna cara lain?... Contoh, guna thumb print ke?... Kan senang tak payah nak ingat dan key in password... Sah2 si empunya diri yang akan log in dan bukan orang lain... Best gak dapat implement cara ini...

Heheheheee.....


Nota kaki:-
Aku ada dekat 20 password nak kena ingat untuk aplikasi yang digunakan di pejabat aku... Tu belum masuk lagi benda personal yang aku gunakan diluar (seperti G-Mail, Yahoo, Photobucket, WAYN dan sebagainya...) Rasa macam nak beli buku 555, tulis semua password2 ni... Tapi tak boleh, takut nanti ada orang lain jumpa, dia guna lak ID aku...

Sumber gambar : Credit to bmajnun.wordpress.com

Friday, 13 June 2008

Sepanjang hari aku duduk bekerja, tiba2 aku teringat pada seseorang... Sudah lama aku tidak menghubunginya; baik melalui telefon ataupun e-mel... Selalu aku cuma forwardkan e-mel2 menarik kepada kawan2 aku termasuklah si dia tapi aku sudah lama tidak menulis kepadanya bertanyakan tentang khabar berita...

Agak2, bagaimana la keadaan dirinya sekarang ye?... OK ke tidak?... Sihat ke... Dah berteman ke belum?... Semuanya terkumpul dibenak fikiranku...

Aku ingat nak call, tapi entah kenapa aku rasa kekok pula... Tidak seperti dulu, begitu pantas jari ini menekan papan kekunci diatas badan telefon... Kali ini, aku hanya mampu mengangkat ganggang telefon sahaja... Nak tekan nombor pun takut2... Apa telah terjadi pada aku?... Kenapa boleh sampai begini??...

"Biarkan dahulu... Rileks sikit, aku call...."

Entah bila kudrat aku akan ada untuk menelefon si dia... Kalau ada, takpe juga, kalau tak?... Alamatnya, sampai bila2 la aku akan jadi begini... Tertanya-tanya dan ternanti khabar berita darinya...

Aku harus mencari jalan untuk mengembalikan semangat aku seperti dulu... Aku rasa, mungkin kerana aku masih menyimpan perasaan terhadapnya... Sebab tu kot, aku rasa kekok nak bercakap dengannya... Perasaan halus itu datang kembali dan ianya sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi aku terhadap kerja2 yang berada dihadapan mata...

Thursday, 12 June 2008

Tiap2 bulan, memang aku akan terima banyak envelope... Bukan surat cinta atau surat dari kawan2, tapi itu semua surat2 berkaitan hutang... Bil, statement bank, statement kad kredit... Macam2 lagilah...

Kadang2, rasa bosan... Bila la semua envelope ni nak start berhenti... Hehehehehee....

Sejak kehidupan aku mula berubah awal tahun lepas, aku rasa gaya hidup aku pun turut terlibat sama... Kalau dulu, pagi aku pergi kerja... Petang, terus balik rumah... Tapi sekarang, aku dah mula rajin 'menyimpang'... Ada sahaja aktiviti yang hendak dibuat selepas waktu kerja...

Kalau tak pergi makan, pergi tengok wayang... Memang ada saja lah aktiviti... Tak pernah kosong timetable aku waktu lepas kerja... Dah tengah malam, baru ingat nak balik rumah... Teruk betul aku ni...

Aku rasa, aku kena hentikan semua ini sebelum ape-ape hal... Nanti, aku menyesal dikemudian hari... So, ape yang aku nak buat sekarang, kalau ada member2 ajak keluar aku akan pastikan tempat yang hendak dituju tu tidak melibatkan kos yang banyak (atau tidak membuatkan aku terjeremus untuk berbelanja)... Maklumlah, keinginan untuk memiliki tu tetap ada... Dah nafsu lah katakan.... Hehehehehee...

Lately ni, aku rajin makan diluar... Kesian kat mak aku... Dah penat2 masak kat umah, aku tak makan malam pun... Sampai aje dirumah, badan dah letih dan mata dah mengantuk... Memang terus masuk bilik la jawabnya... Risau gak aku, takut mak aku kecik hati sebab tak jamah makanan langsung...

Sekarang, aku kena kembali pada keadaan dulu... Untuk mengelakkan aku menghadapi masalah di kemudian hari, elok aku mula sekarang... Tiap2 bulan, sure akan ada envelop... Nak menyudahkan semua hutang tu, satu hal... Dah la tu, every week, mesti akan ada sekurang-kurangnya satu... Tak pernah datang sekali... Kalau sekaligus, senang sikit... Aku terus langsaikan semua... Ni, sikit... sikit...

Photobucket


Nota kaki: -
Aku dengar khabar (tak tahulah khabar angin ke tak...) kita akan mengalami recession period lagi sekali... So, pada semua kawan2 aku yang membaca blog aku ni, beringat-ingatlah sikit... Kena start menyimpan... Berbelanja hanya pada yang perlu sahaja...

Wednesday, 11 June 2008

"With Great Power, Comes Great Responsibility"...

Memang aku setuju dengan perumpamaan ini... Selalunya, perumpamaan ini dikaitkan dengan cerita2 tahyul atau fantasi yang kita selalu tonton di panggung wayang atau di kaca TV... Biasanya dalam cite2 yang ada kuasa2 sakti ni la... Kita akan dapat lihat, mereka2 yang mempunyai kuasa sakti akan menggunakan kuasa mereka untuk kebaikan; ada juga untuk melakukan kejahatan... Sudah menjadi lumrah kehidupan... Ada pro dan kontra nya...

Aku nak tukar sikit perumpamaan ini mengikut kesesuaian entry aku kali ini...

"With Great POSITION, Comes Great Responsibility"... Heheheheee...


Ada faham?... Inilah kehidupan aku sekarang... Orang kata, semakin tinggi kita mendaki tangga cita2 kita, semakin besarlah tanggungjawab yang harus kita pikul... Kalau dulu, kerja2 aku banyak bergantung kepada immediate supervisor/pengurus aku, tapi sekarang semuanya adalah dibawah tanggungjawab aku sendiri... Aku harus bertanggungjawab diatas segala tindakan yang diambil... Jika tersilap langkah, alamatnya habislah aku...

Tidak ada manusia didunia ini yang sanggup berada di tempat yang sama bertahun-tahun... Sudah pasti mereka menginginkan perubahan... Aku rasa bersyukur kerana tahun ini, aku dikurniakan rezeki oleh Allah SWT... Rasa gembira yang tidak terhingga... Dalam masa yang sama, aku tidak boleh leka dengan keadaan dan kedudukan aku sekarang... Aku harus mengorak langkah dan merubah cara aku menjalani kehidupan aku seharian... Kalau dulu, bermula dari A ke B... Kemudian ke C... Tapi sekarang, jika dari A boleh terus ke C, aku akan terus lakukan... Aku harus peka dengan perubahan dan cabaran yang ada...

Sejak dari dulu, aku memang mengidam kehidupan yang selesa... Ada rumah dan kereta besar, duit yang mencukupi dan macam2 lagi... Biasalah, aku kan manusia biasa, semua kehendak ini adalah standard kehendak seorang manusia biasa seperti aku... Aku yakin, kalian pun sama juga kan?... Jadi, setiap kali aku berfikir, aku menilai dimanakah aku berada sekarang dan berapa jauh untuk aku mencapai impian yang ditetapkan...

Beberapa orang yang aku kenali sebelum ini banyak memberi nasihat... Jika kita inginkan sesuatu, kita harus memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang kita mahukan... Insya Allah, dengan usaha dan berkat doa kepada Allah SWT, kita akan dapat apa yang kita hendak... Sekarang, inilah prinsip yang aku gunakan dan setakat ini, alhamdulillah aku sudah nampak hasilnya...

Of course, kadang2 kita akan rasa susah dan menghadapi masalah tetapi semua itu hanya bersifat sementara sahaja... Kalau tiada dugaan, kita akan terus leka dan lalai... Jadi, Allah memang sentiasa menduga kita dan Dia ingin melihat sejauh mana kekuatan kita menghadapi semua ini... Aku bersyukur kerana setakat ini aku dapat mengharungi pelbagai rintangan dalam mengejar cita2 aku... Semuanya kerana dengan izinNya...

Terima kasih kepada mereka yang banyak memberi dorongan dan nasihat kepada aku... Aku sangat2 menghargainya... Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian!...

Sunday, 8 June 2008

Aku baru aje balik dari pasaraya besar - Carrefour menemankan kedua-dua orang tua aku membeli barang dapur... Sepatutnya, mereka nak pergi hari Jumaat yang lepas, tapi memandangkan aku banyak kerja hari itu, aku terpaksa tangguhkan ke hari ini...

Waktu aku berjalan-jalan melihat barang2 yang dijual, aku terfikir sejenak...

Banyak betul barang2 terutama sekali barang dapur dah naik harga... Kalau di ikutkan, memang patut pun kerna ia selaras dengan kenaikan harga petrol beberapa hari yang lepas... Cuma apa yang menarik perhatian aku, ada juga barang2 yang harganya telah naik sebelum harga petrol melambung...

Contoh terbaik yang boleh aku beri ialah beras... Aku semacam tidak percaya, harga sekampit beras seberat 10kg boleh mencecah sehingga RM50!... Biar benar??... Terkejut aku melihat tanda harga yang diletakkan pada beras tersebut... Walhal, beras tetap beras... Kalau dimasak, tetap akan jadi nasi... Bukan akan jadi emas atau berlian...

Kebanyakkan beras yang dijual disini, harganya tidak kurang dari RM25 keatas... Tidak ada beras yang aku jumpa berharga bawah dari nilai itu kecuali dengan berat 5kg... Itu sekarang, bayangkan 5 tahun akan datang... Bagaimanakah harga beras ketika itu?... Aku rasa, mau mencecah ratusan ringgit untuk sekampit...

Keluarga aku memang kuat makan... Dalam sebulan, kami menghabiskan tidak kurang dari 3 kampit beras... Maklumlah, aku dan adik beradik yang lain memang jenis bawak bekal hari-hari dari rumah... Jarang makan diluar... So, mak akan masak nasi waktu pagi untuk sarapan pagi kami (jangan salah anggap ye, aku bukan orang Kelantan... Tapi kami dah biasa makan nasi waktu pagi... Hehehehe....) dan juga nasi untuk makanan tengahari... Balik kerja/sekolah, aku dan adik-adik akan makan malam dirumah... Sehari, memang 6 pot beras akan dimasak untuk kami sekeluarga...

Kalau sebulan dah 3 kampit, didarabkan dengan RM30 untuk setiap kampit yang dibeli, keluarga aku membelanjakan sebanyak RM90 just untuk nasi sahaja... Selalunya, abah akan beli 4 kampit sekaligus memandangkan penggunaan beras yang banyak setiap hari... So, imagine lah macam mane... Kalau orang tengok kami beli barang, mesti diaorang ingat abah aku berniaga kedai makan... Walhal, semua barang2 tu untuk keluarga aku sahaja... Hehehehee...

Walau apa pun, aku tetap bersyukur kerna masih mampu untuk membeli barang dapur seperti biasa... Aku bersyukur kerna Allah masih lagi mengurniakan rezeki kepada aku dan keluarga untuk menikmati kehidupan seperti sekarang... Biarpun harga barang naik dan kami merasai kenaikannya, kami tetap dapat meneruskan kehidupan seperti sediakala... Cuma selepas ini, setiap kali aku makan, aku akan sentiasa teringat; setiap suap nasi yang masuk kedalam mulut dan perut aku teramat tinggi harganya... Aku tidak seharusnya membazir walau sebutir pun nasi diatas pinggan makan aku...

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket



Nota kaki:-Teringat waktu zaman aku kecik2 dulu... Harga sekampit beras 10kg baru aje belasan ringgit... Sekarang, harga dah mencecah 4 kali ganda...

Saturday, 7 June 2008

Lately ni, selepas waktu kerja, aku dan rakan sepejabat banyak berbual... Memandangkan isu hangat yang sentiasa berada dibibir kita sekarang ialah isu kenaikan harga minyak, kami juga tidak terlepas untuk membincangkan isu yang sama... Seperti biasa, rungutan demi rungutan diluahkan dan masing2 masih berada dalam kerisauan especially memikirkan tentang harga barang2 yang bakal melambung tinggi... Kos sara hidup meningkat dengan mendadak...

Sambil2 borak, ada juga cerita2 lucu dan mencuit hati kami... Kadang kala, kami ketawa terbahak-bahak sampai semua berada disekeliling perasan dan berasa pelik... Apalah yang lucu sangat tu... Hehehehehe...

Waktu tengah rancak berbual, salah seorang dari kami tercakap mengenai idea nak bukak bisnes sendiri... Masing2 terdiam... Ada benarnya juga... Diwaktu ini, semestinya kita memerlukan cadangan dan perancangan yang membolehkan kita menjana pendapatan sendiri... Nak harapkan kerja makan gaji tiap2 bulan, rasanya tak cukup kot... Kita memerlukan pendapatan sampingan untuk menampung kos sara hidup yang kian meningkat...

What a good idea!...

So, kami pun berbincanglah tentang bisnes ape yang hendak dibuat... As a start, dua dari kami nak bukak bisnes jual kain... Memang pun, mereka berdua ni perempuan, so bisnes jual kain ni kira sesuai la dengan mereka... As for me, I don't think it is suitable for me... Aku tak pandai sangat bab2 kain ni... Tapi kalau nak suruh aku pilih kaler ke, design ke, yang tu aku pandai la... So, mereka mungkin akan proceed with their plan...

Bagi aku, sejak dari dulu aku memang berhajat nak usahakan sesuatu yang boleh memberikan pulangan yang lumayan... Of course, aku harus berkorban sikit dari segi tenaga dan masa memandangkan bisnes yang ingin aku ceburi ini memerlukan perhatian yang sepenuhnya... Aku tidak boleh buat sambil lewa...

Dalam fikiran aku, aku teringin nak usahakan perniagaan yang berasaskan agro atau pertanian... Sejak dari kecik, aku cukup suka bercucuk tanam... Tak kesahla, pokok bunga ke, pokok buah ke... Asalkan aku dapat tanam pokok... Pernah waktu aku sekolah rendah dulu, aku kerjakan peralatan abah untuk bercucuk tanam... Pokok ubi kayu, pokok cili, terung, pegaga dan macam2 lagi lah... Asal ade ruang kat halaman rumah aku, sudah pasti aku akan isikan dengan tumbuhan... Bukan tu aje... Aku suka tanam pokok betik dan dan daun kunyit... Bila pokok ni dah besar, ramai orang selalu datang minta sikit especially daun kunyit nak buat masak... Paling femes, time kenduri kendara la... Waktu tu aku kecik lagi dan mak aku jenis tak kesah... Bagi jelah kat orang tu... Kadang2, sampai togel daun kunyit yang aku tanam orang kerjakan... Hehehehe...
Photobucket
Kebun sayur-sayuran yang menjadi idaman aku...

Sekarang, nak bercucuk tanam ni, aku nak kena fikir dulu... Nak cari tempat yang sesuai untuk aku buat kebun... Disamping pokok buah-buahan dan sayuran, aku ingat nak usahakan nursery (pokok bunga)... Macam menarik je kan?... So far, aku tak pernah la jumpa nursery yang dimiliki oleh orang Melayu kita... Pulak tu, tempat diaorang semua jauh2... Nun kat Sungai Buloh sana... Kat KL ni, rasanya takde lagi kot... So, aku ingat, aku nak cuba lah... Kurang2 pun, aku boleh supply fresh flower kat kedai bunga Melayu dan mereka2 yang mengusahakan perniagaan berkaitan perkahwinan...

Photobucket
Ladang bunga... One of my plan also....

Ada banyak lagi bisnes dalam kepala otak aku ni... Semuanya aku rasa macam nak buat... Tapi nak buat semua sekali, takut tak terbuat aje nanti... So, aku ikut nasihat mereka2 yang berpengalaman... Buat sesuatu yang aku minat dan suka... Fokus yang itu dulu... Bila dah berkembang, baru cuba benda lain pula...

Semua ni nak kena rajin, kalau malas, memang takkan jadi... Lepas tu, kita jangan "hangat-hangat tahi ayam" saja... Kalau mahu, buat secara serius dan buktikan...

Insya Allah....


Foto:-- www.picasaweb.google.com
- www.raisingrarities.com

Thursday, 5 June 2008

When I came back from office just now, my mum called me... She said, there is something she need to discuss; something important which she think I might interested to know...

I was stunned and puzzled for a moment when I heard the news... Is that so??... Why can't I figure it out earlier... How come someone who is nothing to do with my life bugging me and family with unecessary stuff?... What the heck is this???...

I don't mind if you wan't to help or contribute some ideas, but pleaseeeeeee... If you are not willing to do so, might as well you just forget about it... I'm not a person who desperately need your help!... In fact, I can handle all these by myself... Just stay away and leave me alone!...

Seriously, sometimes people are just so irritated... Especially those 'aunty' type... They are so busybody and always 'watching' on us... I feel like there is no freedom at all... Like everything I did was wrong and I can't pull myself out of it... God, please help me...

I wish I can 'send' them away from my life... So that I can have a peaceful time with my family... I just hope that this will end soon... But, when I think of it, it seems that there is no way for me to escape from it... It will keep on hunting and bugging me all the time...

"Gossshhhhh...." I need to find my way... A quick solution which will end all these... But, I can't figure out and my mind is somehow jam right now... Why all these are happening to me?... Why can't I handle it?...

Wednesday, 4 June 2008

Sakit aku, sakitttttttt !!!....................

"Cepat, pergi ke stesen minyak dan isi tangki sehingga penuh!... Tengah malam nanti, harga petrol akan dinaikkan daripada RM1.92 seliter kepada RM2.70 !!!!!!......."

Itulah SMS yang aku terima dari adik aku tadi... Waktu tu, aku didalam panggung wayang dan telefon bimbit aku telah di 'silent-mode' kan... Tak nak nanti berdering-dering ketika wayang rancak ditayangkan... Mau nanti kepala aku benjol kene baling dengan tin minuman dalam panggung wayang tu...

Hahhh?!!!...... Mak aihh... Banyaknya kenaikan ni!... Macam mane aku nak buat sekarang?... For sure, bajet untuk petrol aku akan lari... Selalu, aku dah allocate awal2 untuk minyak petrol setiap bulan... Kalau dah kenaikan sebegini, habislah aku...

Aku perlu bertenang... Tidak perlu kalut2... Sekarang, aku kena buat pengiraan semula, tengok bajet aku macam mana... Kalau dulu aku banyak bergerak, sekarang sudah tiba masanya untuk aku duduk diam dirumah... Kalau nak keluar pun, cuma ke tempat tertentu dan dengan tujuan sahaja...

Aku tak expect harga minyak akan naik mendadak begini... Dalam sejarah hidup aku, inilah pertama kali aku mengalami dan merasai perbezaannya... Aku nak marah, tak guna juga sebab bukan aku yang membuat keputusan... Apa daya aku untuk mengamuk dan memberontak??... Bila ditanya pada pihak berwajib, masing2 mempunyai jawapan dan alasan tersendiri mengapa harga minyak perlu dinaikkan...

Bila kenangkan balik, aku tak tahu apa yang akan terjadi esok lusa... Ni minyak dah naik, sudah pasti harga barang2 yang lain akan naik juga... Semuanya akan naik... Tapi aku?.... Pendapatan aku setiap bulan tetap begitu.... Tidak naik2... Kalau jumlah X yang aku dapat bulan ini, jumlah yang sama juga yang akan aku terima bulan hadapan dan seterusnya... Tiada beza...

Kalau ini berterusan, aku tidak rasa aku akan dapat hidup dimasa akan datang!... Aku perlu lakukan sesuatu supaya aku dapat meneruskan kehidupan seperti sedia kala...

Tuesday, 3 June 2008

Sah !!...

Aku tak tahu nak cakap macam mana... Memang berat dan sedih bila mengenangkan semua ini... Itu aku; tak tahu lah bagaimana perasaan orang yang mengalaminya... Sudah pasti rasa sedih, lemah dan tidak berdaya...

Ingat tak aku ada buat entry pasal kakak angkat aku yang mengidap sakit kanser bulan lepas?... Baru2 ini, aku berkesempatan melawat dia di HKL... Nak dipendekkan cerita, tujuan aku kesana adalah untuk menyerahkan replacement SIM card dia yang hilang... Hilang bukan sebab tercicir, tapi dicuri oleh orang yang datang melawat pesakit yang duduk sebilik dengan dia...

Aku rasa pelik, dalam keadaan dia yang tidak berdaya menahan sakit tu, ada juga orang yang sanggup mengambil kesempatan keatas dirinya... Bila dia bercerita dengan aku, tiba2 aku rasa marah dan geram dengan orang yang mencuri itu... Kalau aku dapat, memang lunyai aku kerjakan... Memang *&^%@! betul la!!!!..........

Dia rasa sedih, dah la handphone dia yang hilang tu adalah pemberian dari ayah dia... Dia sayang sangat dengan handphone tu... Semua kenangan dia bersama anak2 nya tersimpan didalam kad memori telefon tersebut...

Itu satu... Bila aku duduk berborak dengan dia, dia bercerita tentang satu berita yang kurang sedap didengar... Dia memaklumkan kepada aku bahawa Bahagian Sumber Manusia tempat aku bekerja telah menelefon dia memaklumkan tentang employment status... Mengikut kontrak, setiap staff hanya akan diberi cuti sakit sehingga had maksima 30 hari... Tidak lebih dan tidak kurang... Jika dimasukkan ke hospital, tempoh paling lama dibenarkan untuk cuti rehat ialah selama 6 bulan...

Kalau mengikut perkiraan, kakak angkat aku ni dah lama cuti sakit dan cuti rehat... Kalau tak silap aku, bulan November/Disember tahun lepas dia dimasukkan ke hospital dan bermula dari tarikh itu, dia tidak dibenarkan untuk datang bekerja... So, kalian paham2 jelah, ni dah bulan Jun... So, dah cukup 6 bulan dia tidak bekerja...

HR aku cakap, masuk bulan ke-7, mereka akan start potong gaji kalau dia masih lagi tak datang kerja... Berapa banyak mereka akan potong, aku tidak pasti... Mereka juga memberikan tempoh sehingga bulan April tahun hadapan dan jikalau keadaan dirinya masih lagi seperti sekarang dan tidak bekerja, maka mereka tiada pilihan melainkan terpaksa memberhentikan kakak angkat aku...

Tiba2 saja air mukanya berubah... Rasa sedih dan sugul... Aku terus jadi tidak keruan... Hati mula berkata-kata... Aku tidak boleh bayangkan bagaimana kehidupan dia selepas ini jika dia diberhentikan kerja... Dah la anak2 masih lagi kecil... Suami pun kerja makan gaji... Berapa la sangat pendapatan mereka sebulan?... Rumah nak kena bayar... Kereta... Barang2 dapur dan lain2... Bagaimana dia nak menampung segala perbelanjaan ini setiap bulan?...

Aku meminta supaya dia bersabar... Pasti ada jalan penyelesaian untuk semua ini... Aku yakin...

Cara yang paling baik, aku meminta dia supaya meneruskan rawatan di hospital seperti biasa... Perbezaannya, dia perlu melakukannya secepat mungkin agar dia dapat kembali bertugas seperti biasa... Tidak kisah walaupun sementara asalkan dia masuk bertugas... Jika dia perlu mendapatkan rawatan lanjutan, dia masih boleh meneruskannya seperti biasa selepas dia masuk bekerja... Sekurang-kurangnya, rekod tidak hadir tu tak la berturut-turut dan berlanjutan...

Begitulah senario dirinya sekarang... Macam2 hal terjadi dan aku sebagai salah seorang yang rapat dengan dia turut merasa bahana nya... Sudah ketentuan Ilahi, semua ini terjadi pada dirinya... Doa aku, semoga dia tabah dengan dugaan yang datang melanda...
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.