Wednesday, 16 July 2008

Tak sanggup aku dah...

Entah kenapa, response sistem komputer di pejabat aku tersangat lah lembab!... Kalau dibuat perlumbaan antara kura-kura dan siput babi, aku rasa perlumbaan dah habis pun, response masih belum lagi diterima... Sempat juga aku melannguk seketika sementara menanti sistem komputer di pejabat aku kembali normal seperti sedia kala...

Aku rasa bengang kerana ketika aku tengah banyak kerja, sistem komputer pula buat hal... Kalau begini tiap2 hari, boleh jadi gila!!!... Nasib baik aku mempunyai ramai kawan di pejabat... Bolehla aku berbual sementara menunggu...

Untuk pengetahuan, syarikat aku menggunakan Internet Explorer sebagai aplikasi sistem untuk memproses data dan kes2 pelanggan dan sepatutnya kelajuan dari segi response sepatutnya boleh dibanggakan... Tetapi sangkaan aku meleset apabila hari ini, aku tidak sempat untuk menghabiskan beberapa kes penting sebelum tiba tarikh tamat... Aku sebenarnya tidak faham bagaimana syarikat aku boleh menerima dan mempersetujui penggunaan sistem komputer ini kerana terlalu banyak 'cacat cela' didalamnya... Dah la tu, selalu ada error dan kebanyakkan kes amat sukar diselesaikan gara2 kelembapan ini...


Nota kaki: -
Memandangkan sistem komputer lembap, maka aku juga menghadapi masalah untuk masuk internet dan meng'update' blog aku... Blog kawan2 pun aku tak sempat nak lawat buat masa ini... Maaf ye semua.....

Tuesday, 15 July 2008

Kelmarin, telah berlangsung upacara penyampaian hadiah bagi pemenang2 ketika karnival sukan company aku tempoh hari... Dan seperti yang telah aku nyatakan sebelum ini, aku berjaya mengutip satu pingat emas untuk acara bola keranjang...

Photobucket


Sebenarnya, selama 11 tahun aku bekerja di syarikat ini, inilah pertama kali aku menerima pingat dalam acara yang dianjurkan oleh pihak syarikat... Sebenarnya, bukan aku tidak aktif tetapi syarikat aku memang jarang atau tidak pernah menganjurkan apa2 acara yang berteraskan kesukanan sehinggalah 2 tahun lepas... Ketika karnival sukan ini bermula, inilah peluang yang ada untuk staff menunjukkan kehebatan dan aksi masing-masing... Aku juga tidak ketinggalan melepaskan 'geram' melompat dan bermain... Teringat waktu zaman sekolah dahulu; waktu awal pagi atau lewat petang dimana cikgu Pendidikan Jasmani akan membawa anak2 murid turun ke padang untuk bermain bola sepak atau bola keranjang... Satu lagi, bila tiba hari sukan sekolah... Sungguh meriah sekali!...

Peristiwa yang sama dapat disaksikan ketika karnival tempoh hari... Aku rasa sangat seronok kerana kali ini aku dapat turun padang beraksi bersama rakan2 yang lain... Tahun lepas, aku tidak berpeluang langsung untuk mengambil bahagian dalam apa2 acara kerana aku diberi tanggungjawab besar menguruskan hampir keseluruhan event tersebut... This time around, aku cuma berfungsi sebagai jawatankuasa sampingan dan alhamdulillah, aku berpeluang untuk menyertai acara yang aku minati sebelum ini; bola keranjang...

Photobucket


Aku amat bersyukur kerana berjaya menyumbangkan tenaga demi kejayaan pasukan aku... Ketika berada diatas gelanggang, terasa amat seronok bila melihat pasukan aku beraksi menentang pasukan lawan... Walaupun ketika itu matahari tegak berdiri diatas kepala, aku dan rakan2 tidak mengendahkan malah terus bermain sehingga keakhir perlawanan... Memang terasa panas membakar lapisan kulit tetapi disebabkan semangat kesukanan yang tinggi, kami teruskan juga... Alhamdulillah, pengorbanan kami terbalas dengan kilauan emas yang julung kali diterima oleh aku dan rakan2 sepasukan yang lain...

Rasa macam dalam Sukan Olimpik la pulak... Hehehehe....


Nota kaki:-
Balik aje rumah selepas tamat perlawanan hari tu, aku tengok muka aku hitam legam!... Entah bila akan kembali cerah semula... Hehehehe

Monday, 14 July 2008

Pada kalian2 yang masih lagi merungut-rungut mengenai kenaikan harga petrol, tak payah lah bazirkan tenaga kalian dan marah2... Buatlah macam mana sekalipun, harga petrol tetap tidak akan berubah dan kemungkinan besar akan naik lagi dimasa akan datang...

Aku dengar khabar angin, mungkin minyak akan naik kepada RM3.50 seliter tetapi aku tidak tahu bila ia akan dinaikkan lagi... Jadi, kalau minyak terus naik, ape kita nak buat???...

Aku sudah mula memikirkan alternatif lain jika minyak naik harga... Salah satunya, aku carikla siape2 yang duduk dekat dengan area rumah aku, car pool untuk pergi kerja... Harap2 ada lah orang yang sudi tumpangkan aku ni.... **sambil buat muka seposen... Hehehehee...

Satu lagi, aku bercadang naik basikal aje pergi kerja... At least dapat exercise kaki dan badan... Tapi sure sampai office, aku dah basah lenjun... Kena sediakan towel kat office supaya aku dapat mandi... Nasib baik kat office aku tu ada bilik mandi...

Aku ada baca satu artikel mengenai minyak petrol dan dalam artikel ini ada beberapa tip yang aku rasakan agak berguna untuk kita semua... Tip ini Insya Allah akan membantu kita mengurangkan penggunaan minyak petrol ketika memandu... Antaranya: -


  • Tukar gear pada masa yang sesuai... Penukaran gear terlalu kerap akan menyebabkan enjin bekerja keras dan seterusnya menyebabkan penggunaan minyak berada di tahap maksimum.

  • Jangan memandu didalam gear rendah untuk waktu yang lama. Kalau boleh, tukar ke gear tertinggi secepat mungkin.

  • Pandu dengan lancar, elakkan pecutan yang deras. Satu lagi, elakkan jalan yang jam dan elakkan enjin kenderaan anda berada dalam keadaan 'idle' terlalu lama.

  • Pecut dengan sekata dan perlahan.

  • Elakkan membrek dengan mengejut.

Itulah antara tip yang dikongsi dalam artikel ini... Terpulang pada kalian sama ada hendak mengikutinya ataupun tidak... Bagi aku, jika ianya dapat mengurangkan kos, apa salahnya kan???...

Sunday, 13 July 2008

Selepas menghadiri kenduri kahwin saudara aku di Batu 20 Hulu Langat, aku dan kedua-dua ibubapa aku terus ke Semenyih untuk berjumpa dengan Pak Long... Sambil2 tu, ada surat yang aku perlu serahkan kepada makcik aku yang tinggal disana...

Aku pun dah lama tak datang menjenguk rumah yang aku beli sebelum ini... Rasanya, ada dalam 3 bulan lebih aku tidak melihat dan melawat... Kali terakhir aku tengok, kebanyakkan unit sudah tegak berdiri... Tapi tidak semua yang siap termasuklah unit aku...

Photobucket
Tanda jalan pun dah ada tapi jalan ini bukan jalan rumah aku... :)

Photobucket
Inilah unit aku.. Nombor 11.... Memula ingat nak ambil Nombor 7, tapi dah ada org book...


Bila aku sampai tadi, alangkah terkejutnya aku apabila melihat kesemua rumah telah siap dibina... Sungguh cantik dan indah!... Jalan raya juga sudah di tar dan lampu jalan telah dipasang.. Aku amati setiap satu rumah disitu, cuma yang tinggal hanya meter elektrik dan air sahaja yang belum dipasang... Kalau diikutkan, bukan lama sangat nak pasang meter tu, bila dah pasang maksudnya pemilik sudah boleh mendapatkan kunci rumah masing2...

Photobucket

Photobucket
Kawasan hadapan rumah..... :)


Aku rasa amat seronok... Penantian aku selama ini bakal berakhir... Bila aku tengok rumah aku dah siap, mulalah aku berangan nak menghias dan menyusun atur barang2 didalamnya... Nak buat itulah, nak buat inilah... Macam2 benda aku rancang... Mak aku pun excited dan macam biasa, dia pun berangan-angan nak menghias rumah baru ini...

Photobucket
Antara unit2 lain yang sebaris dengan aku.... :)

Photobucket
Unit yang bertentangan dengan aku... :)


Aku bersyukur kerana aku mampu membeli rumah hasil dari titik peluh aku sendiri... Aku sungguh gembira kerana kini aku sudah mampu menyara hidup dan dalam masa yang sama, aku dapat menjaga kedua orang tua aku... Inilah hadiah yang paling bermakna buat mereka; mengecapi kebahagiaan dan keselesaan bersama anak bujangnya ini... Aku rasa bertuah kerana aku berjaya membawa mereka keluar dari kemelut yang selama ini membelenggu keluarga aku... Alhamdulillah.............

Photobucket
Pandangan dari hadapan.... Inilah rumah aku.... :)


Untuk mengetahui macam mana reka bentuk dan rupa bahagian dalam, sila rujuk entri aku yang lepas --> "Tinjauan"

Nota kaki:-
Pada sesiapa yang bercadang nak beli rumah tu, eloklah beli... Tak rugi kalau beli rumah ni... Kalau tak nak duduk, boleh sewa kan... Lagipun, melabur dalam hartanah memang menguntungkan!...

Saturday, 12 July 2008

Nasib baik aku sempat menyiapkan semua kerja2 aku malam tadi...

Sampai aje di rumah semalam, terus aku bukak laptop dan sambung kerja2 aku... Menyemak dan meng'edit' bahan project paper yang dihantar oleh ahli kumpulan yang lain... Ini lah aku... Suka sangat buat kerja last2 minit... Dah dekat nak hantar, baru terhegeh-hegeh nak buat... Padahal, minggu lepas aku cuti panjang... Banyak masa!... Tapi masih lagi tak siap2...

Memandangkan kerja banyak yang tertangguh, aku berjaga sepanjang malam... Dalam masa yang sama, hati masih lagi bersedih mengenangkan pemergian kakak angkat aku... Aku juga ada terima SMS dari kawan2 yang tidak boleh tidur malam... Semuanya terkejut dan sugul... Apa yang berlaku adalah diluar jangkaan kami... Tetapi kami redha qada' dan qadar Allah dan merelakan pemergiannya...

Tadi aku ada test... Entah macam mana keputusannya, aku pun tak tahu... Fikiran agak sedikit terganggu dan persiapan aku untuk test kali ini tidak seberapa... Aku berharap aku menjawab semua soalan yang diberikan dengan baik... Rasa macam nak menangis pun ada apabila tangan aku kejang dan lenguh... Jari hantu kelihatan membengkak dan kemerahan akibat tekanan pen yang digenggam aku... Memang sejak dari kecil, ketika aku menulis, aku memang akan menggenggam pen/pensel... Kalau tak, rasa macam nak terlepas aje dari tangan aku ni...

Kalau begini, aku tak dapat nak bayangkan ketika hari peperiksaan nanti... Rasa macam nak bawak laptop aje; taip semua jawapan dan print... Kalau tangan dah lenguh nak menulis, macam mane aku nak siapkan semua jawapan yang dikehendaki... Aku harus mencari jalan kerna nak harapkan laptop aku, teknologi negara kita belum sampai ke tahap yang membolehkan calon2 yang menduduki peperiksaan menjawab soalan secara online... Ada, memang ada tapi bukan untuk peperiksaan yang berasaskan huraian atau esei... Kalau ada, akulah orang paling gembira sekali!...

Friday, 11 July 2008

Aku amat sedih diwaktu ini...

Kak angkat aku; Zuraidah Mohamed a.k.a Kak Ayu telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.50 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman kepada paru-parunya... Ianya berpunca dari bahagian yang ditebuk untuk rawatan kimoterapi dimana kuman telah masuk dan menyerang sistem pernafasan badan arwah...

Mungkin kalian tidak tahu atau tidak membaca mengenai Kak Ayu aku sebelum ini... Sebenarnya, dia memang sakit... Sakit kanser dan sebelum ini aku ada buat beberapa entri mengenai dirinya (sila rujuk link dibawah untuk cerita lanjut)... Aku tidak sangka, hari Selasa yang lepas merupakan pertemuan kami yang terakhir... Itupun kerana dia menelefon aku, merayu supaya aku datang ke hospital menjenguknya... Katanya, dia rindu untuk berjumpa dan berbual denganku... Aku masih ingat lagi ayat yang keluar dari mulutnya, "Kau tak nak datang jumpa aku ke?..."

Allah Maha Besar, memang Dia memberi peluang untuk aku berjumpa dengan arwah kakak angkatku ini... Ketika aku bertemu dengan arwah tempoh hari, dia kelihatan ceria, beransur sihat... Walaupun segala tiub terpasang ditangan dan badan, namun arwah masih kuat untuk bergerak kesana kesini... Seolah-olah dia sihat walafiat... Seperti biasa juga, dia mesti akan buat lawak sehinggakan kami tergelak berdekah-dekah...

Apabila aku ingat dan kenang semula, terlalu banyak memori aku dan arwah kakak angkat aku ni... Kami bekerja di tempat yang sama dan tiap ketika, dia mesti akan singgah ke tempat dudukku untuk berjumpa denganku... Bercerita dan bertanya khabar... Malah, aku dengan anak2 nya juga cukup rapat...

Kini semuanya tinggal kenangan... Bila aku teringat kenangan lalu, tanpa sedar airmataku tumpah begitu sahaja... Aku tidak tahu kenapa, tapi pemergiannya ini menyebabkan aku rasa kehilangan yang amat besar...........................

Al-Fatihah buat arwah.........


Dalam kenangan:-

1)
Pilu
2)
Happy Birthday, Kak Ayu
3)
Kunjungan (Kisah anak arwah yang nombor tiga... Baru berusia 2 tahun...)
4)
Baby Rihana (Kisah kelahiran anaknya yang bongsu... Baru berusia setahun, 2 Julai yang lepas...)
5)
Fatin Fakhira, Model Sambilan Yang Comel (Kisah anak arwah yang nombor dua...)
6)
Baby Aqil, "Baby Of The Year" (Kisah kelahiran anak arwah yang nombor tiga...)

Thursday, 10 July 2008

Aku rasa cukup pelik dengan perangai sesetengah orang... Aku bukan nak mempertikaikan tentang sikap dan cara mereka, cuma aku rasa agak sedikit keterlaluan apabila mereka mempersoalkan tentang sesuatu yang sudah terbukti dan nyata...

Minggu ini merupakan minggu sibuk aku; ada deadline untuk project paper (Sabtu ni dah kena hantar!!!...), kerja yang berlambak-lambak, **KPI yang nak kena buat dan ujian yang akan berlangsung tidak lama lagi... Bayangkanlah, betapa sibuknya aku sejak 2 - 3 hari ini mengurus dan menyelesaikan perkara2 yang penting...

Aku agak sedikit terkilan apabila ada pihak mula meragui pencapaian dan hasil kerja aku... Aku sedar, sebagai orang baru dan memegang jawatan sekarang ini, memang terlalu banyak benda2 yang 'kurang sedap' dilihat dan didengar... Kalau dicongak secara rawak, memang keputusannya menjurus kearah yang negatif... Tetapi, hakikat yang sebenarnya bukanlah begitu... Setelah 6 bulan aku berhempas-pulas, bergelumang dengan fail-fail yang berwarna merah dan putih itu, memang banyak perubahan ketara dapat dilihat... Jika hendak dibuat perbandingan, sebelum aku mengambil alih (semestinya dengan bantuan dan kerjasama rakan sekerja aku yang sorang lagi), kadar penyelesaian sesuatu kes jauh lebih tinggi berbanding sebelum ini... Jadi, tidak nampakkah perubahan itu???...

Aku tahu, keputusan yang diterima memang agak mengejutkan... Tetapi hakikat tetap hakikat dan kita harus menerimanya... Buatlah macam mana sekalipun, hasilnya tetap sama... Aku rasa mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati dan sebagai individu yang bersifat neutral, aku tidak boleh berbuat apa-apa kecuali mempertahankan apa yang sepatutnya...

Sebenarnya, dalam unit aku, kesemua staf yang ada merupakan staf yang cemerlang... Masing2 memang bekerja keras untuk memastikan kualiti kerja sentiasa terjamin... Jadi, bila tiba hari penilaian, tiada siapa yang akan mendapat markah corot kerana keputusan yang dikeluarkan adalah benar dan sahih... Jadi, jika semuanya baik dan bagus, masakan ada keputusan yang teruk dan corot?

Yang lebih menghampakan apabila kriteria mewajibkan seorang dari bahagian yang terlibat harus 'dikorbankan' untuk mendapat keputusan yang teruk (walaupun pada dasarnya, keputusan dia amat baik sekali) dan dia tiada pilihan melainkan menerimanya bulat-bulat...


Nota kaki:-
Aku memang dalam kerisauan selagi semua ini tidak selesai... Padanlah bila tiba hari penilaian, semua orang kelihatan serius, tidak bermaya dan tidak ceria...



**KPI - Key Performance Indicator
Key Performance Indicator merupakan skala penyukat yang akan menunjukkan pencapaian serta kualiti kerja yang dilakukan sepanjang satu tahun perakaunan bagi seseorang staf...

Skala penyukat ini akan mendedahkan sama ada staf tersebut melakukan kerja2nya mengikut target yang telah ditetapkan dan sama ada dia mencapai target tersebut ataupun tidak...

Apabila tiba hari penilaian, semua staf yang terlibat akan dinilai mengikut laporan yang dikeluarkan melalui sistem komputer dan seterusnya keputusan pencapaian dapat dikeluarkan... Keputusan ini akan diambil untuk penilaian seterusnya bagi menentukan bonus staf tersebut beserta kenaikan pangkat/gaji untuk tahun hadapan...

Jika staf tersebut telah berjaya mencapai target atau lebih, maka berbahagia lah, tetapi jikalau sebaliknya, maka bersedialah untuk menerima sebarang kemungkinan yang ada...

Wednesday, 9 July 2008

Akhirnya, kasih yang kucurahkan selama ini sudah sampai ke penghujungnya... Kini, aku mengetahui siapakah diriku dan dimana letaknya aku di hatinya... Cuma sekadar insan biasa yang tiada memberikan apa-apa makna...

Aku kaget... Aku tergamam bila membaca ayat itu... Seolah-olah aku tidak mempercayai bahawa ianya datang dari dia; insan yang paling ku sayangi selama ini... Yang aku rindu, yang aku ingati, yang aku kasihi... Setelah sekian lama bersama, akhirnya aku mengetahui apa isi hatinya yang sebenar... Tanpa sedar, dia sendiri melafazkannya bila kami sedang rancak berbual... Memang Allah Maha Agung; Dia telah memberikan aku petunjuk kepadaku untuk mengetahui perkara sebenar...

Duniaku gelap seketika... Seolah-olah aku telah hilang arah tujuan... Aku rasakan jantungku seperti direntap tanpa belas kasihan... Perasaanku dirobek tanpa rasa simpati... Aku lemah seketika... Terasa separuh dari jasadku lumpuh dan tidak berdaya... Hati bergelora bercampur duka... Terasa ingin menangis, tiada pula air mata... Ingin menjerit dan melepaskan apa yang dirasa, nanti orang kata aku sasau dan gila... Akhirnya, ku pendamkan; biarkan ianya hilang begitu sahaja...

Apa yang telah aku lakukan?... Apa yang telah aku buat sehingga begini balasan yang aku terima?... Mengapa aku harus menanggung semua ini seorang?...

Biarlah... Biarkan kesedihan ini menjadi peneman aku ketika ini... Biarlah aku menelan pahit ini bersendirian... Itu lebih baik... Biarlah aku mengundur diri, jika itu untuk kebaikan kami bersama... Andai kata ini adalah jalan penyudah, aku redha... Aku terima seadanya... Sekurang-kurangnya, aku telah melakukan yang terbaik untuk dirinya... Aku telah mencuba sedaya upaya untuk mempertahankan hubungan yang telah terbina sekian lamanya...

Sekurang-kurangnya, aku pernah singgah dalam hidupnya... Ketika dia memerlukan teman, aku sentiasa berada disisi, ketika dia menghadapi masalah, akulah tempat dia mengadu dan meminta pertolongan... Telah aku hulurkan pelbagai jenis bantuan agar masalah yang dihadapi dapat diselesaikan... Sehingga ada ketika, aku sendiri menjadi korban... Ketika dia berasa sedih dan kesepian, akulah tempat untuk dia meluahkan setiap apa yang terpendam... Tidak kisahlah, jika hati sudah sayang, apa sahaja sanggup aku dilakukan... Asalkan dia mengecapi kebahagiaan... Itulah kelemahan diri bagi seorang insan seperti aku...

Bersendiri lebih baik... Aku sudah tidak sanggup lagi menanggung derita... Biarlah waktu yang merawat luka... Agar aku dapat kembali seperti sedia kala... Aku perlu bina semula semangat dari kekuatan yang ada... Biarpun sukar, terpaksa aku terima... Aku berdoa semoga dia bahagia... Agar kehidupannya akan ceria selama-lamanya...

"Aku meminta pada yang ada, aku merindu pada yang kasih, aku merayu padamu yang sudi merinduku...."



Coretan hati,
Insan Kecewa

Tuesday, 8 July 2008

Novel bertajuk "Seteguh Fikrah Saleha" itu aku belek... Aku amati kulit dan isi kandung didalamnya... Nukilan hasil dari Puan Aminah Mokhtar yang berasal dari Muar, Johor ini sedikit sebanyak mengusik hati aku... Terbit rasa minat untuk aku menyelak halaman mukasurat berjumlah 403 keping itu...

Photobucket

Sebenarnya, aku tidaklah beria-ia sangat hendak membaca novel diwaktu ini... Lebih-lebih lagi ketika kerja sekolahku sedang bertimbun... Banyak lagi kerja2 yang perlu aku laksanakan daripada membaca novel ini... Tapi kulit hadapan novel ini telah berjaya mencuri pandanganku... Selain dari grafik yang hebat dan kualiti kertas yang digunakan bermutu tinggi, aku cukup suka melihat gambar seorang gadis dimuka hadapan novel ini...

Siapakah dia?

Dia adalah adik kandungku... Pada asalnya, aku tidak mempercayainya sehinggalah aku menyemak helaian pengenalan novel tersebut... Tercatat nama "PTS Millennia Sdn Bhd" dibahagian kulit belakang; syarikat dimana adik aku sedang berkhidmat sekarang... Diruangan dalam pula, tertera namanya sebagai salah seorang editor sekaligus mengukuhkan lagi bukti bahawa dia terlibat dalam penerbitan novel ini... Aku faham, memang benar dialah orangnya...

Hati terasa gembira tatkala aku mengambil masa sejenak membaca jalan cerita/sinopsis mengenai novel ini... Aku bercerita dengan mak aku dan aku difahamkan bahawa pada dasarnya, adik aku tidak mahu menjadi penghias kulit untuk apa jua novel atau buku... Malu katanya... Tetapi, dek kerana tiada model yang ada dan layak, maka dia terpaksa mengambil tempat sebagai penghias kulit hadapan novel ini... Bukan dia seorang, malah ramai lagi awek2 yang cun di pejabatnya menjadi mangsa lensa kamera pereka grafik dan kulit disitu...

Aku tidak kesah sangat asalkan ianya tidak melanggar batas dan budaya... Kalau gambar itu sopan, apa salahnya kan?


Nota kaki: -
Bila pula giliran aku untuk keluar majalah? Hehehehehee.....

Berkenaan coretan aku; entry 417 : Perempuan dan Alat Solek yang aku terbitkan semalam, aku nak selitkan satu artikel berkaitan dengan kecantikan... Bila aku baca, memang benar apa yang telah aku uraikan semalam... Artikel ini aku terima dari e-mel salah seorang kawan aku dan ianya amat menarik untuk dikongsi bersama... Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua...


"Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan..

Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia.. Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah teralih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya.

Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja.

Kajian saya mendapati segelintir lelaki rasa tertipu pada hari kedua perkahwinannya. Pada hari kedua dia sudah dapat melihat wajah sebenar isterinya, yang selama ini ditopengi mekap tebal "sepuluh inci".

Kecantikan dan bercantik-cantik itu memang penting, tapi tak usah hingga menenggelamkan wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu orang mengagumi anda hari ini dan esok melupakannya. Berhiaslah seadanya untuk menyerlahkan keserian wajah.

Wajah yang berseri lebih berkesan daripada wajah "buatan" yang kelihatan cantik sangat. Wajah yang berseri cukup dengan mekap seadanya.

Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya memukau. Baunya harum dan amat seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya. Jika harganya mahal orang masih terliur melihat reka bentuknya walaupun warnanya telah mula kedam dan berdebu. Lama-lama ia tidak dipedulikan lagi kerana model-model baru sentiasa keluar dan kecantikan model-model baru ini sentiasa mengatasi segala-galanya.

Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya. Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan zaman.

Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat untuk mencari teman. Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap.

Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya. Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan sejahtera hingga ke penyudah.

Sebaliknya, kecantikan yang terlalu diada-adakan, akan berakhir dengan pertelingkahan apabila kecantikan sudah tidak dapat dipermodalkan. Tiada manusia boleh kekal cantik dan tiada manusia boleh kekal muda. Tiba masanya, kecantikan akan hilang dan muda bertukar tua.

Jika anda merasakan kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Lihatlah orang yang kita rasakan langsung tidak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan orang handsome; hingga kita berkata dalam hati, "Buta ke dia?"

Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita; hiasi juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrahnya wanita. Usah terlalu merawat wajah sehingga anda hilang identiti diri. Hargai diri kerana andalah satu-satunya; tiada duanya dan tiada tiganya. Hanya anda!
"

Oleh : H.M. Tuah Iskandar
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.