Monday 14 July 2008

Pada kalian2 yang masih lagi merungut-rungut mengenai kenaikan harga petrol, tak payah lah bazirkan tenaga kalian dan marah2... Buatlah macam mana sekalipun, harga petrol tetap tidak akan berubah dan kemungkinan besar akan naik lagi dimasa akan datang...

Aku dengar khabar angin, mungkin minyak akan naik kepada RM3.50 seliter tetapi aku tidak tahu bila ia akan dinaikkan lagi... Jadi, kalau minyak terus naik, ape kita nak buat???...

Aku sudah mula memikirkan alternatif lain jika minyak naik harga... Salah satunya, aku carikla siape2 yang duduk dekat dengan area rumah aku, car pool untuk pergi kerja... Harap2 ada lah orang yang sudi tumpangkan aku ni.... **sambil buat muka seposen... Hehehehee...

Satu lagi, aku bercadang naik basikal aje pergi kerja... At least dapat exercise kaki dan badan... Tapi sure sampai office, aku dah basah lenjun... Kena sediakan towel kat office supaya aku dapat mandi... Nasib baik kat office aku tu ada bilik mandi...

Aku ada baca satu artikel mengenai minyak petrol dan dalam artikel ini ada beberapa tip yang aku rasakan agak berguna untuk kita semua... Tip ini Insya Allah akan membantu kita mengurangkan penggunaan minyak petrol ketika memandu... Antaranya: -


  • Tukar gear pada masa yang sesuai... Penukaran gear terlalu kerap akan menyebabkan enjin bekerja keras dan seterusnya menyebabkan penggunaan minyak berada di tahap maksimum.

  • Jangan memandu didalam gear rendah untuk waktu yang lama. Kalau boleh, tukar ke gear tertinggi secepat mungkin.

  • Pandu dengan lancar, elakkan pecutan yang deras. Satu lagi, elakkan jalan yang jam dan elakkan enjin kenderaan anda berada dalam keadaan 'idle' terlalu lama.

  • Pecut dengan sekata dan perlahan.

  • Elakkan membrek dengan mengejut.

Itulah antara tip yang dikongsi dalam artikel ini... Terpulang pada kalian sama ada hendak mengikutinya ataupun tidak... Bagi aku, jika ianya dapat mengurangkan kos, apa salahnya kan???...

8 comment:

Jie said...

masalahnya masa memandu selalu lupa semua tips..

hehehe

Anonymous said...

salam reez

emm tips ni mmg bagus... tapi mcm kak jie ckp la... bile da pegang steering keta lupe sumenya... jadi lah pemandu berhemah... selain dapat jimatkan petrol dapat juga selamat nyawe yang tentu lebih berharga daripada segala2nye...

CikguZue said...

salam ziarah,

nice blog and good tips.

RieNa.YuMi said...

hi there...datang menyinggah kejap...

nih tips tuk keta manual...auto pulak cam ner eh? heheheh

Aiden Reez said...

Reez --> Kak Jie:-

Biasala Kak Jie... Bila dah pegang stering, semua pun lupa... Tau, tekan minyak, jalan dan terus sampai... Kalau terlambat, lagilah... Sampai ke lantai pedal minyak tu ditekan...

Hehehehehe....

:D

Aiden Reez said...

Reez --> Manje:-

Wsalam Manje...

Setuju dengan Manje dan Kak Jie... Tapi andai kata leh ingat, amalkan la ek... Tak rugi pun kalau kita buat...

Reez sekadar berkongsi apa yang Reez tau... Nak kata expert tu, tak la... Tapi tau la jugak....

:D

Aiden Reez said...

Reez --> Cikguzue:-

Wsalam Cikgu...

Thanks!... Sekadar berkongsi maklumat dengan pembaca disini... Semoga memberi manfaat pada semua...

Singgah la lagi ek...

:D

Aiden Reez said...

Reez --> Riena:-

Hi Riena...

Kalau kereta auto, Reez tak check lak... Nanti kalau ada tip untuk kereta auto, Reez bagitau ek...

:D

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.