Thursday, 11 September 2008

Buat insan yang paling istimewa dalam hidup aku... Insan yang paling aku cintai dan sayangi... Buat Mama ku, "Selamat Hari Lahir" yang ke-54 tahun... Semoga Allah mengurniakan kesihatan kepada Mama hendaknya...


Photobucket Image Hosting

Dia lah satu-satunya permata hati aku... Aku tidak boleh bayangkan, hidupku tanpa dirinya... Memang sejak aku dilahirkan, dialah insan yang paling rapat denganku... Aku membesar dengan tangannya... Apa sahaja yang berlaku, dia pasti bersama... Bila aku menghadapi masalah, bila aku bersedih, dia sentiasa berada disisi... Sehingga adakalanya aku berasa takut, dia datang memelukku... Aku rasa selamat dan tenang bila berada didalam dakapannya...

Sebab itu, apa sahaja yang aku buat dan lakukan setiap hari, aku tidak pernah melupakannya apatah lagi membelakanginya... Aku sentiasa teringat akan dirinya dan ini sedikit sebanyak memberikan aku semangat untuk terus melakukan sesuatu... Apabila aku memerlukan apa-apa, dia tanpa rasa keberatan atau mengeluh terus memberikan kepada aku biarpun dirinya mempunyai masalah... Apa sahaja, demi anaknya ini...

Itulah kasih Mamaku... Kasih yang aku tidak dapat lupakan sehingga keakhir hayatku... Aku terhutang budi padanya dan aku tidak tahu bagaimana harus aku membalasnya... Hanya dengan layanan terbaik dan memenuhi kehendaknya sahaja yang mampu aku lakukan... Kadangkala aku cukup takut, aku cukup bimbang kalau-kalau Mama jatuh sakit... Aku jadi tidak tentu hala jika dia terlantar diatas katil dengan keadaan lesu tidak berdaya... Aku jadi sedih dan aku tidak sanggup melihatnya begitu... Aku berdoa kepada Allah SWT supaya mengurniakan kesihatan yang baik kepadanya...

Biarlah... Aku tidak pernah kesah dan hirau kalau orang menggelarkan aku 'anak emak'... Dah besar panjang pun masih lagi nak duduk bawah ketiak mak... Ahhh.... Aku peduli ape... Bagi aku, lagi elok aku duduk bawah ketiak mak aku dari aku duduk bersepah entah kat mana-mana... Sekurang-kurangnya, aku jaga mak aku dari apa-apa kejadian yang tidak diingini...

Itulah, susah sebenarnya perempuan nak kahwin dengan aku ni... Dia harus menerima aku dan yang paling penting sekali, dia kena terima Mama aku kerana dalam apa jua keadaan, aku tidak akan tinggalkan Mama aku sendirian... Aku akan jaga dia sehingga keakhir hayatnya kerana itu sahaja cara aku untuk membalas jasa dan pengorbanannya selama ini kepada aku...

Selamat Hari Lahir, Mama.... I Love You So Much!


Nota kaki:-
Tiada apa yang diminta, cuma kasih anak kepada ibunya sempena hari lahirnya ini... Sekali lagi, air mataku jatuh berderai bila kata-kata itu dilafazkan oleh Mama sebentar tadi...

Wednesday, 10 September 2008

Hari ini, aku agak sedikit jauh hati dengan seseorang... Aku tak tahu kenapa, tiba-tiba dengan tidak semena-mena perasaanku terus berubah... Aku hilang konsentrasi dan fikiran melayang entah kemana... Kerja yang berada dihadapanku tidakku endahkan... Aku termenung...

"Kenapa ini boleh berlaku?..." persoalan ini tiba-tiba muncul di benak fikiranku

Aku malas hendak memikirkannya lagi... Hendak sahaja aku keluar membawa diri... Melupakan apa yang bermain di fikiranku... Tapi waktu balik masih terlalu jauh!... Kalau ikutkan hati aku, mahu sahaja aku keluar dari ruang pejabat ketika ini... Tapi, bagaimana?...

Tidak!... Aku tidak akan melakukan sesuatu yang bodoh... Aku tidak sanggup menggadaikan reputasi dan rekod aku dipejabat... Jika aku mengambil tindakan diluar jangkaan, pasti boss aku akan mempertikai dan mempersoalkan tindakan aku... Come on, work is work... Be professional!...

Aku terus duduk... Lama juga aku melayan perasaan sendiri... Aku tidak pasti bila masanya aku 'hanyut' dengan buaian perasaan yang aku cipta sendiri ini... Aku tersedar apabila telefon pejabatku berdering... Lamunan terus terhenti dan aku kembali ke dunia nyata... Sesak nafas aku, macam kena timpa dengan benda berat...

Apa pun, aku cuba lupakan semua ini... Agar aku kembali normal seperti sedia kala... Aku harus tanamkan dalam fikiran aku, aku sedang diduga sekarang ini... Keimanan dan kesabaran aku harus mengatasi segala-galanya terutama sekali ketika bulan puasa ini... Aku harus menganggap bahawa ini semua perkara remeh-temeh dan pasti akan selesai satu ketika nanti... Tidak perlu ambil pusing sangat kerana satu ketika nanti, aku yakin dia pasti akan sedar dan tahu... Aku bercadang untuk biarkan sahaja dan mengambil langkah untuk berdiam diri buat seketika... Lagipun, itu lebih baik dari mengeruhkan lagi keadaan...

Apabila keadaan kembali tenang, Insya Allah akanku selesaikan semua ini bersamanya...

Tuesday, 9 September 2008

Terpinga-pinga aku bila boss aku datang bertanya...

"Awak nak pergi Shanghai tak?"


Haaa... Shanghai?... Ape ke jadahnya aku nak pergi Shanghai?... Aku bukan ade bisnes kat sana pun... Jangan kata bisnes, sedara mara pun aku takde kat situ... Tak naklah aku pergi tempat tu... Lagipun, negara tu kan negara 'asing' dan paham2 jelah... Sah-sah, aku kena puasa siang malam sebab makanan yang aneh yang tidak tentu halal haramnya... Walaupun ada orang Islam, aku macam tak confident je... Kalau ada kawan-kawan yang pernah pergi situ tu, mungkin aku boleh consider...

Rupanya, boss aku tanya sama ada aku nak ke tak nak sebab dia nak minta aku represent department aku untuk attend satu IT project kat sana... Pasal sistem baru yang bakal diguna pakai di pejabat kelak... Sebelum ni, kumpulan yang pertama dah pergi dan sekarang mereka hendak menghantar kumpulan kedua pula... Dan kali ini juga, mereka-mereka yang pergi adalah dikalangan 'champion' user la... Yang selalu mengadap komputer 24 jam dan tahu selok-belok perisian sistem yang diguna pakai...

Aku ni 'champion' ke?

Anyway, bila dia dah maklumkan pada aku, dalam hati melonjak-lonjak la jugak sebab dapat offer gie travel kat oversea... Bukan senang tau... Pulak tu company aku ni memang payah nak bagi peluang kat pekerja bawahan macam aku ni... Oversea trip ni biasanya hanya untuk managerial person and above je... Untuk grade aku, memang tak entitle pun... Cuma this time around, ada peluang dan mereka nak kena cari pengganti kerana ramai juga yang tidak boleh ikut serta untuk trip kali ini... Apa yang perlu aku lakukan kat sana ialah attend meeting/briefing dan sedikit user testing (jika perlu)... Yang lain tak payah risau... Makan ditanggung, tempat tinggal pun disediakan... Tiket kapal terbang diberi dan tidak lupa, duit poket pun dapat!... Tak silap aku, company aku bajet RM2,000 untuk tiap seorang yang pergi... Buta-buta je dapat duit... Dah la tu, satu body ditanggung...

Bila dah tahu butiran, aku dengan selamber je tanya boss aku... "bila nak bertolaknya?..."

"22 September ni....." jawab boss aku...

"Untuk berapa lama?..." balas aku balik...

"2 minggu...." kedengaran suara boss aku seakan tergagap-gagap....


2 minggu??... Fikiran aku melayang sejenak... Seolah-olah ada yang tidak kena dengan trip kali ini... Mak aii.... Kalau dah 2 minggu, jawabnya tak beraya lah aku tahun ni!... Oh tidakkkkkkkkk....

Tanpa berfikir panjang, aku terus menolak tawaran yang diberikan... Bagaimana harus aku terima jika aku terpaksa mengorbankan hari raya bersama kaum keluarga aku?... Yes, work is work but it shouldn't take too much until you have to sacrife your time with your family members!... Pulak tu, raya beb... Mau mak aku pelangkung kepala aku nanti!... Dah lah aku ni orang harapan dalam keluarga bila tiba musim raya... Semua kerja berat di rumah adalah dibawah tanggungjawab aku... Kalau aku tiada disini (Malaysia), macam mana keadaan mak aku nanti?...

Mau dia nangis teresak-esak depan pintu rumah mengenangkan anak bujang dia yang sorang ni takde kat sini...


Nota kaki:-
Padanlah ramai yang menolak dan keberatan nak pergi... Rupanya, ini sebabnya... Kalau aku pun, aku refuse...

Monday, 8 September 2008

Blogger dah keluarkan beberapa ciri-ciri terbaru di dalam portalnya dan paling terkini ialah fungsi "Who's Following" dimana pemilik boleh memantau siapa pengunjung dan pembaca setia serta mengetahui update terkini mereka dari blog masing-masing... Semua ini akan dipaparkan di dalam 'Dashboard' yang kita lihat setiap kali sebelum memasuki screen "posting"...

Photobucket

Aku memang menanti fungsi ini dimuat turun kerana aku adalah salah seorang user yang suka memerhati perkembangan terkini blog rakan-rakan yang lain... Walaupun diakui, aku sedikit 'kurang' memberikan komen (bukan tidak mahu beri, tetapi aku tidak berkesempatan untuk beri atas faktor masa) tetapi adakalanya aku sempat untuk membaca coretan masing-masing... Fungsi ini banyak membantu aku memaklumkan siapa-siapa senarai blog yang telah dikemaskini setiap waktu... Jika ada entry yang menarik dan harus dibaca segera, aku tidak akan terlepas...

Bagi sesetengah pembaca, ianya mudahkan kerana fungsi ini akan memaparkan tajuk coretan, masa dan waktu bila coretan diterbitkan dan sebagainya... Di samping itu, fungsi ini akan memaklumkan kepada pembaca bahawa penulis telah mengemaskini laman blog masing-masing dan mereka boleh mengunjungi dan meninggalkan komen dengan kadar yang pantas...

Bagaimana? Menarik bukan?... Apa yang ditunggu lagi... Fungsi ini telah aktif dan boleh diguna pakai... Anda sudah boleh memasukkan dan menyenaraikan senarai blog yang musti anda lawat kedalam "Who's Following" list anda... Selamat berblogging!...


Nota kaki: -
Untuk pengetahuan, fungsi ini hanya terdapat kepada pengguna Blogger sahaja... Jika anda ingin menggunakan fungsi ini, bertukarlah/beralihlah kepada Blogger.com

Saturday, 6 September 2008

Aku dapat award dan kali ini, award ni diberikan oleh salah seorang teman blogger aku yang baik hati, Cik Ien...

Photobucket

Aku tak tahu tang mana yang menarik kat blog aku ni... Aku belek kiri, aku belek kanan... Biase je aku tengok... Nak kata gaya penulisan, aku rasa ayat-ayat aku banyak yang berterabur sana sini... Kadang-kadang, entah hape ke bende aku merepek, aku pun tak tahu...

Serious, selama beberapa tahun aku menaip dan mencoretkan cerita kat sini, banyak lagi perkara yang perlu aku belajar dan ketahui... Sebab itu pentingnya blogger yang lain; supaya aku dapat mempelajari apa yang terkandung dalam blog mereka agar dapat dijadikan sebagai pedoman buat aku... Selalunya, aku menulis mengikut gerak hati, mengikut gerak perasaan kerana bagi aku (diwaktu ini), blogger ni lah 'isteri' aku... Tempat aku meluahkan apa sahaja yang terpendam didalam lubuk hati... Nak cerita kat orang, belum tentu mereka boleh menerima bulat-bulat... Silap haribulan, aku pulak yang akan ditertawakan...

Blogger ni adalah tempat aku berkongsi cerita dengan rakan-rakan yang sudi membaca dan mendengar... Jadi, tiada istilah khas dan sekatan kepada sesiapa yang datang bertandang... Jika ada yang ingin meninggalkan komen, dipersilakan kerana aku juga memerlukan pandangan dan pendapat dimana yang perlu... Semua komen-komen sebelum ini adalah sangat berguna dan aku amat menghargainya... Biarpun dari seorang yang jauh lebih muda dari aku...

Terima kasih kepada semua yang sudi singgah, membaca dan meninggalkan komen disini... Kepada 'silent reader' juga, thanks for everything... Setakat ini, aku tidak bercadang untuk menutup laman blog aku ini kerana 'cinta' aku kepada bidang penulisan masih lagi menebal... Tiada rasa bosan malah adakalanya, keinginan dan perasaan menulis yang membuak-buak membuatkan aku terus bergiat cergas dalam dunia blogging ini...

Ya, aku tahu... Ada berapa bilion blog dalam dunia siber ini dan blog aku adalah salah satu darinya... Jika hendak dibandingkan dengan yang lain, siapalah aku?...

Friday, 5 September 2008

Untuk dikongsi bersama... Aku dapat petikan ni dari e-mel yang dihantar oleh rakan sepejabatku... Semoga ianya menjadi pedoman buat semua...

Thanks!


"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena..."

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa...

Bekerjalah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..." Jadi renungkan lah....

  1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja...

  2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'...


  3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN, tapi rupanya kita BUSY BODY...


  4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJARAN...


  5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS, rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS...


  6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA...


  7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'...

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera... Tapi manusia tetap manusia... Sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... Adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?...

Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan... Kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain...

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat... Kita withdraw kat akhirat nanti...
Tapi kalau kita asyik dengki mendengki, nasib lah sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

      Thursday, 4 September 2008

      Saban hari aku mendengar berita sedih di sekeliling aku... Berita mengenai pemergian insan tersayang, berita mengenai kemalangan yang menimpa saudara terdekat mahupun rakan-rakan, berita mengenai masalah peribadi yang kian mencengkam insan yang rapat dengan aku dan sebagainya...

      Semua sudah ketentuan... Takdir tersirat dan tersurat pasti akan tiba... Sebagai manusia biasa kita tidak mampu menghalangnya... Mungkin sesetengah perkara kita boleh mengubahnya tapi rata-rata kita memang tidak berdaya... Kita terlalu kecil dan lemah untuk menanganinya... Hanya merelakan ianya berlaku seperti yang diduga...

      Baru2 ini, aku menonton satu dokumentari menarik di kaca televisyen... Kisah berkisar mengenai kehidupan manusia di beberapa benua... Ada yang hidup senang lenang; sehingga mereka tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan dengan harta yang bertimbun-timbun... Terlalu banyak kemewahan yang dikecapi sehingga hampir apa sahaja yang mereka mahukan boleh diperolehi dengan satu petikan jari sahaja... Alangkah seronoknya jika kita semua begitu kan?... Tidak perlu bertungkus-lumus dan bersusah-payah mencari wang ringgit demi untuk sesuap nasi...

      Di segenap sudut, kelihatan orang berebut-rebut mendapatkan makanan sehingga ada yang jatuh tersungkur akibat ditolak dan dihimpit oleh orang sekeliling... Nyaris-nyaris juga dipijak mati... Begitulah susahnya bila keadaan sudah meruncing, makanan tiada dan tidak mencukupi, kebuluran semakin bermaharajalela sehingga manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk hidup di hari esok... Ada yang sanggup meneguk air kencing binatang untuk menghilangkan haus ditekak... Sedih!... Memang bila kita melihatnya, berderai sudah air mata... Tapi apa yang kita lakukan disini?... Hanya melihat dan bersimpati... Tiada apa yang dilakukan hanya menunjukkan rasa simpati semata-mata...

      Aku cukup terkedu bila wartawan mendedahkan mengenai keadaan di Tanah Arab; harga barangan melambung tinggi gara-gara ketidakstabilan ekonomi disana... Penduduk yang berpendapatan rendah dan golongan fakir miskin terpaksa menahan 'sakit' akibat dari kenaikan harga barangan disini... Ditambah pula dengan kedatangan Ramadhan, ada diantara mereka tidak bersahur dan mungkin juga tidak berbuka kerana tidak mampu untuk menyediakan hidangan sekeluarga... Ramai juga yang rajin bertandang kerumah orang-orang kaya, memohon simpati untuk menumpang kenikmatan berbuka puasa... Sayu aku lihat gambaran yang dipaparkan di kaca televisyen aku... Dalam kepala, aku terbayang, "Bagaimanakah kiranya kalau keadaan begini berlaku di negara kita (Malaysia)?... Adakah keadaan yang sama akan terjadi atau ianya lebih buruk dan teruk lagi?..."

      Ada diantara mereka yang sudah uzur malah ramai juga yang mengalami masalah kesihatan... Yang paling menyayat hati aku ialah seorang pakcik yang mengidap sakit jantung, terpaksa menahan sakitnya kerana tidak mampu untuk mendapatkan bekalan ubat dari hospital... Subhanallah...

      Kita disini cukup beruntung, cukup bertuah kerana lengkap segala-galanya... Itu pun, masih ada segelintir daripada kita yang 'tidak sedar diri' dan leka dengan kemewahan dan kemodenan yang melanda sehingga lupa untuk mensyukuri nikmat yang Allah SWT kurniakan... Ambillah iktibar... Jadikan pedoman kerana Allah itu Maha Kaya, Maha Agung... Dia kurniakan segala-galanya kepada kita supaya kita sentiasa kembali kepadaNya... Jika kita alpa, tidak mustahil satu ketika nanti Dia tarik segala nikmat yang telah diberikan selama ini...

      Selamat menjalani ibadah puasa...............

      Wednesday, 3 September 2008

      Aku intai-intai blog kawan2 yang lain, rata-rata menceritakan tentang kisah Ramadhan yang baru sahaja lengkap 3 hari...

      Aku pula; memang ada kisah Ramadhan yang boleh dikongsi bersama tapi aku rasa aku nak simpan dulu cerita tersebut untuk beberapa hari yang akan datang... Untuk hari ini, aku nak mencoretkan tentang kisah kereta keluaran baru Proton; Persona SE yang dilancarkan baru-baru ini...

      What's so special about this car?...

      Sama macam kereta Proton yang lain dan sememangnya kalian pernah melihat atau pernah menaikinya... Keseronokkannya tetap sama seperti mana kalian memiliki dan menaiki Persona keluaran sebelum ini... Cuma yang berbezanya, model kali ini adalah model SE; iaitu Special Edition dimana beberapa ciri dinaik taraf supaya ianya menepati kriteria 'special' yang diinginkan...

      Komen peribadi aku, aku rasa kereta ni OK kalau hendak dibandingkan dengan Gen-2... Memang sejak Gen-2 dikeluarkan, aku kurang berkenan sedikit kerana reka bentuk dan ruang belakangnya yang sedikit sempit dan tidak sesuai untuk orang tinggi seperti aku ni... Persona merupakan kereta yang menggantikan Gen-2 dari segi aspek yang aku perlukan dan jika diberi pilihan, aku tidak kesah untuk memiliki Persona berbanding Gen-2...

      Aku tak la taksub dan suka giler dengan Persona SE ni... Tetapi ada beberapa ciri-ciri yang menarik minat aku terhadap kereta ini... Dari segi fizikal dan ruang, aku rasa tetap sama cuma Persona SE ni telah dikemaskini sedikit dari segi imej luaran dimana Proton telah mengubah rim tayar (kalau tak silap aku, rim ni pernah digunakan untuk kereta Waja) dan menambah kemasan skirting keseluruhan (depan, tepi kanan dan kiri serta bumper belakang)... Jadi, sekali imbas, kita akan dapat lihat kereta ini menarik dan sedikit sporty jika dibanding dengan Persona keluaran terdahulu yang lebih kepada ciri2 kelembutan dan kekeluargaan...

      Dari info yang aku terima, Proton juga telah mengubah suai enjin Persona SE disamping penambahan beberapa lagi ciri-ciri menarik seperti 100% leather seat (jarang ada kereta Proton pakai leather seat ni...), sistem 'cruising' dan sebagainya... Satu lagi ciri tambahan yang dimasukkan Proton (aku tak pasti sama ada kereta lain ada ke tak benda ni...) kedalam Persona SE ialah sistem GPS dimana terdapat satu monitor yang disambungkan kepada sistem GPS dimasukkan kedalam panel Persona SE...

      Menarik bukan?... Aku rasa untuk kereta tempatan, Persona SE adalah satu-satunya kenderaan yang dilengkapi sistem GPS ini... Aku rasa kereta keluaran negara luar pun belum lagi pasang benda alah ni kecuali untuk kereta mewah... Aku agak kagum juga lah bila aku dapat tahu tentang ini dan dengan harga RM59,000 seorang pemandu dapat memiliki semua keselesaan didalam satu kereta...

      Amacam?.... Kalian suka dengan kereta ini?... Apa lagi, berkunjung la ke pusat pameran Proton yang terdekat untuk mengetahui lebih lanjut... Info yang aku dapat ni cuma sedikit sahaja dan mugkin ada maklumat lain yang aku tidak tahu...

      Photobucket


      Photobucket


      Photobucket


      Photobucket


      Photobucket


      Photobucket


      Photobucket


      Photobucket


      Photobucket


      Photobucket


      Photobucket


      Photobucket


      Photobucket


      Photobucket


      Photobucket


      Photobucket



      Nota kaki:-
      Aku belum mampu lagi nak tukar kereta... 'Ekonomi' aku sedikit merundum dan aku harus menumpukan kepada cara-cara bagaimana hendak menggemukkan poket aku... Hehehe...

      Sumber gambar : Tidak Diketahui (E-mel)


      Tuesday, 2 September 2008

      Tiba-tiba pulak tekak terasa perit, terasa sakit...

      Sikit-sikit terbersin... Lepas tu bersin lagi... Terasa hidung ini gatal-gatal... Mulalah cecair jernih meleleh deras... Sah!... Aku nak kena selsema... Sudah lama penyakit ini tidak datang menjengah... Sudah lama tidak bertandang... Memang aku cukup tidak selesa dengan penyakit ini... Bikin aku tidak senang... Semestinya bilik air semakin kerap aku lawati... Berpaket-paket tisu menjadi teman sejati...

      Sudah dua hari ibadah puasa aku tunaikan... Alhamdulillah... Tapi aku bukanlah mengharapkan supaya aku tidak sihat begini... Aku cukup risau kalau tiba-tiba suhu badan aku naik... Aku tidak mahu demam... Aku tidak mahu sakit... Aku tidak mahu pergi klinik... Kalau aku pergi klinik, semestinya aku akan diberikan ubat untuk makan... Macam mana aku nak makan?... Aku kan puasa?!...

      Buat dan cakaplah macam mana sekali pun, sudah ketentuan Allah aku akan sakit sekarang... Aku tidak menyesal dan aku menerimanya dengan redha... Apa yang mampu aku lakukan ialah menadah tangan memanjatkan doa kepada Allah supaya di ringankan penyakit aku ini... Agar aku larat dan dapat meneruskan puasa serta amal ibadatku... "Hanya untuk sebulan, Ya Allah... Tolonglah hambamu ini..."

      Mak pesan, banyakkan minum air masak... Tidur secukupnya dan jangan bebankan diri dengan perkara yang memenatkan... Sudah aku tunaikan, tiap2 hari memang berbotol-botol air masak aku minum; bulan Ramadhan ni, selepas sahur dan ketika berbuka tiada air lain yang aku teguk kecuali air masak... Banyak jugalah... Tidur, rasanya mencukupi... Selepas tamat je Tarawikh, memang aku terus balik ke rumah... Rehat 10 minit kemudian terus tidur... Memang dah program dalam kepala aku ni... Cuma lately ni, aku rasa letih sedikit... Mungkin kerana terlalu banyak fikir... Itu kot puncanya aku jadi tak sihat... Otak banyak berfikir sampaikan seluruh tubuh badan aku menjadi mangsa...

      "Ini tidak boleh jadi, aku kena KUAT!..."

      Monday, 1 September 2008

      Masuk hari ini, dah seminggu lebih aku tidak mendengar khabar berita darinya... Aku tidak pasti sama ada dia OK ke tidak, tapi aku tahu dia tahu untuk menjaga dirinya sendiri...

      Kalau dahulu, tak cakap sehari, macam orang gila dibuatnya... Especially si dia... Memang tiap2 hari kami bermesej tanpa putus... Kalau aku tidak online, dia akan terus sms aku bertanya keadaan diri ini... Seolah-olah dia risau aku tidak berbual dengannya di alam siber...

      Tapi kini, keadaan sudah berubah... Aku tidak pasti sama ada keadaan yang berubah atau dirinya yang berubah... Dia pernah mengungkapkan padaku bahawa dirinya tidak akan berubah sama sekali walau apa jua keadaan sekalipun... Tetap akan jadi seperti dahulu kala... Sekarang, apa sudah jadi?

      Aku cukup musykil dan tertanya-tanya akan diri ini... Apa silapnya sehingga begini jadinya... Adakah semua ini berpunca dari diriku? Adakah aku menjadi penyebab dia 'dingin' denganku... Semenjak kebelakangan ini (agak lama juga), dia seperti tidak ambil kisah tentang diriku... Kalau dulu dia rajin bertanya khabar dan sering mengikuti perkembanganku, tapi kini tidak lagi... Jangankan bertanya khabar, apa yang terjadi keatas diriku sehari dua ni pun dia tak ambil peduli... Agaknya, dia tak kisah kalau aku sudah tiada lagi disisi... Dia tak rugi ape pun kalau aku tiada... Doesn't make any difference... Cuma aku je; aku je yang terhegeh-hegeh kat dia... Mengingati dirinya setiap masa... Padahal, ada dia ingat kat aku? I don't think so... In fact, ada banyak lagi benda yang lebih penting dalam hidup dia berbanding aku...

      Aku sedar, siapalah aku... Hanya menumpang perhatian dari mereka-mereka yang tidak pernah ambil peduli... Sedih memang sedih, tapi itulah hakikat duniawi... Begitu sedikit yang ikhlas terhadap kita dan ramai dikalangan mereka yang mementingkan diri sendiri... Tiada perasaan, tiada ikhsan, tiada belas... Apalah balasan yang aku terima ini... Dugaan yang maha hebat...

      Aku telah lakukan yang terbaik untuk dia... Telah ku curahkan segala-galanya agar kebahagiaan datang menjelma... Bahagia?... Bahagiakah aku?... Tidak apalah, sesungguhnya aku telah berikan segala-galanya, tiada lebih tiada kurang... Apa lagi yang harus aku lakukan... Aku tidak berdaya, aku tidak boleh memaksa... Aku sudah laksanakan semuanya sepenuh dan seikhlas hatiku ini... Aku hanya mampu berdoa agar satu ketika nanti dia akan sedar akan kewujudan diriku ini... Seorang insan yang ikhlas dengannya... Aku tidak mengharapkan apa-apa; cukup sekadar perhatian dan keikhlasan... Apa, sukarkah untuk dia memberikannya kepadaku?

      Kini, diri ini kembali sepi... Kembali menyendiri... Ku rasakan dia sudah jauh dari sisi... Kehadirannya semakin hari semakin tidak dirasai... Seolah-olah dia juga meredhai... Ku cuba untuk memujuk hati ini, tapi saban hari ia cukup menyeksakan diriku ini... Aku sudah tidak sanggup lagi untuk menghadapi semua ini... Cukuplah apa yang sudah aku lalui...

      Hubungan yang terbina sebelum ini kembali tipis, menanti saat untuk tiba ke penghujungnya... Perkara yang aku takuti sebelum ini bakal terjadi... Mengapa aku harus hadapi semua ini?... Adakah deraian airmata bakal menemani diriku selepas ini?... Adakah aku akan sendiri lagi?

      Hanya Dia yang tahu...............


      Catatan : Insan Sepi, Ogos 2008

       

      Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

      Theme by WordpressCenter.com.
      Blogger Template by Beta Templates.