Wednesday 10 September 2008

Hari ini, aku agak sedikit jauh hati dengan seseorang... Aku tak tahu kenapa, tiba-tiba dengan tidak semena-mena perasaanku terus berubah... Aku hilang konsentrasi dan fikiran melayang entah kemana... Kerja yang berada dihadapanku tidakku endahkan... Aku termenung...

"Kenapa ini boleh berlaku?..." persoalan ini tiba-tiba muncul di benak fikiranku

Aku malas hendak memikirkannya lagi... Hendak sahaja aku keluar membawa diri... Melupakan apa yang bermain di fikiranku... Tapi waktu balik masih terlalu jauh!... Kalau ikutkan hati aku, mahu sahaja aku keluar dari ruang pejabat ketika ini... Tapi, bagaimana?...

Tidak!... Aku tidak akan melakukan sesuatu yang bodoh... Aku tidak sanggup menggadaikan reputasi dan rekod aku dipejabat... Jika aku mengambil tindakan diluar jangkaan, pasti boss aku akan mempertikai dan mempersoalkan tindakan aku... Come on, work is work... Be professional!...

Aku terus duduk... Lama juga aku melayan perasaan sendiri... Aku tidak pasti bila masanya aku 'hanyut' dengan buaian perasaan yang aku cipta sendiri ini... Aku tersedar apabila telefon pejabatku berdering... Lamunan terus terhenti dan aku kembali ke dunia nyata... Sesak nafas aku, macam kena timpa dengan benda berat...

Apa pun, aku cuba lupakan semua ini... Agar aku kembali normal seperti sedia kala... Aku harus tanamkan dalam fikiran aku, aku sedang diduga sekarang ini... Keimanan dan kesabaran aku harus mengatasi segala-galanya terutama sekali ketika bulan puasa ini... Aku harus menganggap bahawa ini semua perkara remeh-temeh dan pasti akan selesai satu ketika nanti... Tidak perlu ambil pusing sangat kerana satu ketika nanti, aku yakin dia pasti akan sedar dan tahu... Aku bercadang untuk biarkan sahaja dan mengambil langkah untuk berdiam diri buat seketika... Lagipun, itu lebih baik dari mengeruhkan lagi keadaan...

Apabila keadaan kembali tenang, Insya Allah akanku selesaikan semua ini bersamanya...

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.