Wednesday 3 September 2008

Aku intai-intai blog kawan2 yang lain, rata-rata menceritakan tentang kisah Ramadhan yang baru sahaja lengkap 3 hari...

Aku pula; memang ada kisah Ramadhan yang boleh dikongsi bersama tapi aku rasa aku nak simpan dulu cerita tersebut untuk beberapa hari yang akan datang... Untuk hari ini, aku nak mencoretkan tentang kisah kereta keluaran baru Proton; Persona SE yang dilancarkan baru-baru ini...

What's so special about this car?...

Sama macam kereta Proton yang lain dan sememangnya kalian pernah melihat atau pernah menaikinya... Keseronokkannya tetap sama seperti mana kalian memiliki dan menaiki Persona keluaran sebelum ini... Cuma yang berbezanya, model kali ini adalah model SE; iaitu Special Edition dimana beberapa ciri dinaik taraf supaya ianya menepati kriteria 'special' yang diinginkan...

Komen peribadi aku, aku rasa kereta ni OK kalau hendak dibandingkan dengan Gen-2... Memang sejak Gen-2 dikeluarkan, aku kurang berkenan sedikit kerana reka bentuk dan ruang belakangnya yang sedikit sempit dan tidak sesuai untuk orang tinggi seperti aku ni... Persona merupakan kereta yang menggantikan Gen-2 dari segi aspek yang aku perlukan dan jika diberi pilihan, aku tidak kesah untuk memiliki Persona berbanding Gen-2...

Aku tak la taksub dan suka giler dengan Persona SE ni... Tetapi ada beberapa ciri-ciri yang menarik minat aku terhadap kereta ini... Dari segi fizikal dan ruang, aku rasa tetap sama cuma Persona SE ni telah dikemaskini sedikit dari segi imej luaran dimana Proton telah mengubah rim tayar (kalau tak silap aku, rim ni pernah digunakan untuk kereta Waja) dan menambah kemasan skirting keseluruhan (depan, tepi kanan dan kiri serta bumper belakang)... Jadi, sekali imbas, kita akan dapat lihat kereta ini menarik dan sedikit sporty jika dibanding dengan Persona keluaran terdahulu yang lebih kepada ciri2 kelembutan dan kekeluargaan...

Dari info yang aku terima, Proton juga telah mengubah suai enjin Persona SE disamping penambahan beberapa lagi ciri-ciri menarik seperti 100% leather seat (jarang ada kereta Proton pakai leather seat ni...), sistem 'cruising' dan sebagainya... Satu lagi ciri tambahan yang dimasukkan Proton (aku tak pasti sama ada kereta lain ada ke tak benda ni...) kedalam Persona SE ialah sistem GPS dimana terdapat satu monitor yang disambungkan kepada sistem GPS dimasukkan kedalam panel Persona SE...

Menarik bukan?... Aku rasa untuk kereta tempatan, Persona SE adalah satu-satunya kenderaan yang dilengkapi sistem GPS ini... Aku rasa kereta keluaran negara luar pun belum lagi pasang benda alah ni kecuali untuk kereta mewah... Aku agak kagum juga lah bila aku dapat tahu tentang ini dan dengan harga RM59,000 seorang pemandu dapat memiliki semua keselesaan didalam satu kereta...

Amacam?.... Kalian suka dengan kereta ini?... Apa lagi, berkunjung la ke pusat pameran Proton yang terdekat untuk mengetahui lebih lanjut... Info yang aku dapat ni cuma sedikit sahaja dan mugkin ada maklumat lain yang aku tidak tahu...

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket



Nota kaki:-
Aku belum mampu lagi nak tukar kereta... 'Ekonomi' aku sedikit merundum dan aku harus menumpukan kepada cara-cara bagaimana hendak menggemukkan poket aku... Hehehe...

Sumber gambar : Tidak Diketahui (E-mel)


5 comment:

Anonymous said...

memang cun!! lagi2 ada GPS..

selamat memenuhkan poket kau kembali.. hehe..
dah penuh kang banje aku..

Aiden Reez said...

:D

First time aku kagum kete tempatan ade GPS.. Kete keluaran Jepun pun tak banyak ade sistem ni...

Chaiyokk Proton!...

Anyway, bolehla.. Takla suka sangat tapi kalau dapat, suke gak la Persona ni...

:D

Wokehhh.. Aku no hal... Ko nak aku belanja ko ape?...

:D

Anonymous said...

aduiii.. bila laa reez nak ajor aku drive auto.. hehe!

Aiden Reez said...

Ien...

Boleh je nak ajar bawak kete... Kalau auto, lagilah Reez leh ajar.. Senang sesangat...

:D

anyss said...

Saya tengah survey nak beli kereta apa yang sesuai dan kena dengan harga. Hajat dihati memanglah nak yang import, selesa sikit tapi kalau akan bawa bala dengan segala macam "susah" yang kena tanggung, ada baiknya tengok proton atau produa.

Tiap kereta mesti ada juga kelemahannya, boleh tak sdr nyatakan kelemahan kereta ni macam barang ganti, kos untuk minyak, servis dll. terima kasih.

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.