Pagi tadi, waktu aku sampai di pejabat untuk menghadiri kelas hari Sabtu, meja aku penuh dan berselerak dengan fail2 kerja...
Seingat aku lah, kali terakhir aku tinggalkan meja aku ni, bersih dan kemas aje... Bila datang semula, macam tongkang pecah!...
Aku nak marah2 atau mengeluh pun, tak guna sebab benda dah jadi... Tempat aku bekerja ni pun memang macam 'goreng pisang panas'... Ada saja kes yang nak kena selesaikan secepat mungkin... Fail pula, memang selalu keluar masuk... Tak pernah ada atas meja lama2...
Seminggu yang lepas, memang aku tak masuk pejabat... Hari Isnin dan Selasa, aku menghadiri kursus di Jalan Pinang... Pastu, hari Rabu sampai la semalam, aku bercuti sebab nak siap kerja sekolah yang tertangguh... Baru hari ini aku menjejakkan kaki ke pejabat; tu pun sebab nak kene attend kelas...
Nampak gayanya, hari Isnin nanti aku memang busy giler la... Tak bercakap dan concerntrate dengan kerja...
"Apa boleh buat, dah kerja makan gaji... Nak tak nak, buat ajelah selagi terdaya...."
Nota kaki: -
Kadang2 berangan juga... Bila lah nak ada company sendiri... Hehehehee.....
Saturday, 5 April 2008
Thursday, 3 April 2008
Waktu aku makan tengahari tadi, aku pesan kat neng yang jaga gerai kat food court Maju Junction tu, aku nak makan "nasi goreng kampung"...
Sambil terjerit-jerit menyebut nama menu, neng tu dengan selamba kata OK... Aku ingatkan, OK tu, memang OK lah...
Aku tak tunggu lama untuk mendapatkan makanan yang dipesan... Dalam kurang 5 minit, dah siap... Aku terkasima dan kagum dengan layanan yang diberikan... "Kalau gini, best la makan kat sini... Tak payah beratur dan tunggu lama..." bisik hati aku...
Makanan pun sampai dan neng tu meletakkannya diatas dulang plastik berwarna merah...
Dahi aku berkerut... Dalam hati, terbit tanda tanya... "Ehh... ni nasi goreng kampung ka, nasi goreng ayam???...."
Belum sempat aku nak tanya, neng tu terus cakap, "nasi goreng kampung... nasi goreng kampung..." macam dia tahu2 aje aku nak tanya kat dia ape benda menu yang dia bagi kat aku ni... Seingat aku, selama aku hidup dan makan/pesan makanan, nasi goreng kampung tak macam mane yang aku dapat ni... Seingat akulah, kalau nasi goreng kampung, mesti rencah tu ada ikan bilis dan sambal belacan... Ni aku tengok, takde pun ikan bilis dan sambal belacan... Pastu, tu aje yang dia bagi kat aku... Untuk nak buat tak nampak macam kosong sangat, dia letak kepak ayam dan isi sikit...
Ermmm... Ini nasi goreng kampung ke, nasi goreng ayam???
Confuse aku kejap... Tapi memandangkan aku dah lapar giler dan orang dah ramai "Q" kat belakang aku, aku accept dan bayar jelah... Nasib baik rasanya OK, kalau tak, harusla aku mintak tukar...
Korang tengok nasi ni, korang rasa ni nasi goreng kampung ke, nasi goreng ayam???
Wednesday, 2 April 2008
Masa begitu pantas berlari...
Hari ini, sudah masuk hari kedua dalam bulan April... Tidak lama lagi, akan tiba bulan Mei... Sedikit demi sedikit kita melangkah ke pertengahan tahun 2008... Usia semakin lama, semakin meningkat... Semuanya tanpa kita sedari...
Setakat ini, masih banyak usaha yang dirancangkan belum selesai sepenuhnya... Malah, bila difikirkan semula, aku rasa macam tak sempat aje nak tunaikan... "Tidak!!.. aku harus berusaha!!.. Aku tidak boleh menyerah kalah..."
Tugasan yang perlu diselesaikan
Antara sedar dan tidak, tinggal 22 hari lagi aku akan memasuki dewan peperiksaan semula... Aku belek buku teks aku, macam banyak je benda yang aku belum belajar lagi... Minggu depan, ada ujian kali kedua... Sempatkah untuk aku mengulangkaji pelajaran dengan ditambah dengan bebanan kerja dipejabat?... Itulah hakikat dan lumrah hidup bagi seorang insan yang bekerja dan belajar dalam satu masa...
Sesekali menjamu mata melihat pemandangan diluar...
Memandangkan ada banyak kerja yang masih tertangguh, aku telah memutuskan untuk bercuti hari ini... Jika orang lain, semestinya masa yang ada diluangkan untuk bersantai dan berehat; tetapi tidak bagi aku... Aku telah meluangkan masa ku hari ini dengan mentelaah dan menyiapkan kerja sekolah yang terbengkalai... Perpustakaan kolej aku menjadi tempat aku bertenggek sepanjang hari... Sambil jari ligat menaip kertas kerja yang hampir tamat tempoh untuk dihantar, mata kadang kala melilau melihat kesibukan Jalan Sultan Ismail diwaktu siang...
Begitulah aku hari ini... Kadangkala, konsentrasi hilang gara2 memikirkan perkara lain... Tapi alhamdulillah kerana apa yang sepatutnya aku lakukan sudahpun bermula...
Esok, aku akan menyambung tugasan yang aku tinggalkan tadi... Aku berharap, aku dapat menyelesaikannya di penghujung hari esok, Insya Allah...
Tuesday, 1 April 2008
Buat semua pengunjung/pelawat/pembaca dan rakan2 aku disini...
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
I'm back!...
Genap sebulan aku tidak mencoretkan apa2 disini... Aku lihat, bersawang teruk laman blog aku ni... Sepi tanpa entry terkini... Tapi aku tetap rasa bersyukur, walaupun laman blog aku tidak dikemaskini, masih ada rakan2 dan pelawat yang sudi menjenguk seketika... Aku ucapkan terima kasih kepada kalian kerana sudi bertandang kesini...
Seperti yang kalian sedia maklum, aku memang tidak berkesempatan untuk mencoretkan apa2 didalam laman aku sejak kebelakangan ini... Memang sukar untuk aku meluangkan masa berceloteh lantaran kerja2 diatas meja pejabat berderet-deret menanti... Ada saja benda yang perlukan diselesaikan... Ditambah pula dengan pelbagai peristiwa dan kejadian yang sukar untuk aku gambarkan dengan perkataan... Aku rasa, jika kalian jadi diriku, kalian akan tahu apa yang aku maksudkan...
Peristiwa suka, duka, sedih, gembira... Semuanya ada... Cuma apa yang tiada ialah kesempatan aku untuk bercerita dan meluahkannya kepada kalian...
Sekarang, aku sudah kembali... Kembali menceriakan suasana disini... Kembali menulis dan menaip apa yang terkandung didalam hati... Kembali mencoretkan apa yang berlaku keatas diri dan insan sekeliling aku...
Ramai yang bertanya, kemana aku menghilangkan diri... Sebenarnya, aku tidak kemana-mana... Aku masih tetap setia disini... Cuma aku 'hilang' di alam maya ini buat seketika... Itu sahaja...
Insya Allah, jika diberikan kesempatan dan diizinkan olehNya, aku akan kongsi bersama perkara-perkara yang berlaku ketika aku tiada... Aku juga sudah lama tidak bertandang kerumah kalian semua... Insya Allah, bila tiba masanya, aku akan sampai....
Terima kasih kerana menjadi teman setia disini... Aku hargai dan semoga kalian semua sentiasa dirahmati olehNya setiap masa....
WassalamWednesday, 20 February 2008
Semalam, company aku mengadakan sambutan Tahun Baru Cina di Hotel Crown Plaza, Kuala Lumpur... Sambutan ini merupakan salah satu acara tahunan untuk meraikan staff yang beragama Buddha di syarikat aku... Sudah menjadi sebahagian dari tradisi syarikat aku meraikan perayaan besar sebegini dan kali ini ianya dianjurkan dengan begitu meriah sekali...
Ada yee sang, ada tarian singa dan macam2 lagi... Kalau dibandingkan dengan tahun lepas, kemeriahan sambutan tahun adalah jauh lebih baik... Aku dapat lihat kegembiraan terpancar di wajah mereka yang hadir ke majlis kali ini... Tahniah kepada jawatankuasa penganjur kerana berjaya menganjurkan majlis seumpama ini...
Jadi, disini aku sertakan beberapa keping gambar yang diambil oleh rakan2 aku untuk tatapan kalian... So, enjoy...
Tuesday, 19 February 2008
Semenjak kebelakangan ini, aku tengok bersepah pasangan muda mudi kehulu kehilir tanpa arah tujuan... Yang paling ketara dimata aku, kebanyakkan mereka masih lagi dibangku sekolah dan masih hingusan...
Ada tu, keluar berpegangan tangan dengan keadaan lengkap beruniform sekolah...
Adehhhhhhhh... Apa nak jadi dengan budak2 zaman sekarang?... Mak bapak hantar kesekolah untuk belajar supaya menjadi orang yang berguna, ni tak... Habis waktu sekolah, bersepah dan bertebaran mereka bersama sama pasangan masing2 merayap tak tentu hala... Dah dekat nak Maghrib baru ingat nak balik kerumah... Ada tu, lagi extreme... Ahli keluarga yang lain dah lena tidur, dia baru nak balik...
Zaman aku dulu, semua ni takde... Kalau ada pun, cuma satu dua aje... Tu pun takde la se 'extreme' macam zaman sekarang... Kalau budak2 ni nak keluar pun, time2 hujung minggu atau cuti sekolah... Dan mereka keluar pun macam kawan2 biasa tanpa pegang2 atau peluk2... Selalunya mereka akan keluar berkumpulan...
Itulah peredaran zaman... Orang makin lama, makin advance... Benda yang tak baik, semuanya menjadi ikutan... Amalan yang terpuji semua ditinggalkan seolah-olah tidak berguna bagi mereka... Yang menyedihkan aku, bila aku tengok ramai muda mudi yang terjebak ini adalah dari golongan orang Melayu sendiri... Bangsa aku!!!...
Kalau ditanya dan ditegur, mula melenting sana sini... Aku akan kena balik!... Kata mereka, "apa hak kau nak tegur ape yang aku buat???... Mak bapak aku sendiri pun tak kesah, ni ko pulak nak menyebok hal aku dengan awek aku!!...."
Kalau orang yang panas baran, dah lama dah budak2 begini kena belasah... Nasib baik aku jenis boleh control selepas aku tegur mereka bila buat benda tak senonoh... Entah kenapa ada sekali tu, secara tak sengaja aku tertegur seorang mamat ni peluk2 budak perempuan dikhalayak ramai... Walaupun tu awek dia, aku perasan sebab nampak sangat air muka budak perempuan tu tidak selesa diperlakukan begitu... Malu agaknya...
Beginilah senario zaman sekarang... Bagi anak muda, semua ini dikatakan CINTA...
CINTA???... Betul ke CINTA kalau dah begini perangainya???... Meraba anak dara orang tak tentu pasal... Pegang sana, pegang sini... Pastu berani pulak buat perkara tak senonoh dengan pasangan masing2...
Kalau orang dulu2 bercinta, aku rasa takde la sampai nak berpeluk sakan... Paling koman (dalam bahasa Inggerisnya, "common") pun gie taman bunga, dating... Jalan takla sampai nak peluk2... Aku rasa setakat tu je kot... Entah, aku tak pernah nampak orang dulu2 bercinta macam mane... Tapi aku ada tanya mak aku, macam mane abah aku ngorat mak aku waktu muda2 dulu... Dia bagitau, kami takde la sampai nak pi dating kat taman bunga, tapi abah aku rajinla datang rumah jumpa dengan kedua-dua orang tua mak aku... Bercinta pun tak lama, terus nikah dan berkahwin...
Aku rasa seeloknya begitu... Sekurang-kurangnya kita dapat mengelakkan maksiat dari terus berleluasa... Tapi itulah yang berlaku sekarang... Budak2 lebih suka melakukan maksiat dari membanterasnya... Negara kita sekarang tak ubah seperti Amerika Syarikat atau negara2 Mat Salleh yang lain... Terlalu bebas!!!... Perubahan sebegini sememangnya tak elok untuk kita semua, especially orang Melayu yang beragama Islam...
Apa2 pun, semua ini bergantung pada pendidikan masing2... Aku akui, bukan semua anak muda begitu... Ada juga anak muda yang bercinta, tapi sentiasa menjaga batas2 nya... Keluar bukan berdua-duaan... Duduk jauh2 dan tak pernah bersentuhan antara satu sama lain... Aku pernah kenal satu pasangan yang begitu... Baik sungguh mereka menjaga perilaku masing2 supaya tidak mengundang maksiat... Kalau keluar, si lelaki akan bawa adik beradiknya bersama dan begitu juga dengan pasangannya... Pergi mana2, mesti ada sama ada adik/kakak atau sesiapa saja ahli keluarga kalau nak pi dating... Berjalan pun tak seiringan... Si lelaki akan berada jauh didepan dan pasangannya akan menyusul dibelakang...
Kalau beginilah muda-mudi sekarang, aku rasa selamatla kita semua... Tapi agak mustahil semua ini akan berlaku... Siapa sanggup pergi dating kalau adik beradik ada bersama sekali? Kacau line, bukan???...
Tepuk dada, tanyalah selera... Kalau tak nak tanggung dosa dan kena seksa diakhirat kelak, pandai2 la kita cari jalan supaya dapat mengelakkannya... Kalau dah suka sangat, memang ada jalannya... Kita ikut cara yang betul supaya keharmonian dapat dipelihara...
Nota kaki:-
Entry ini bukan ditulis untuk menghentam atau memperli sesiapa... Sekadar peringatan untuk mereka2 yang sedang hangat dilamun CINTA...
Sunday, 17 February 2008
Seharian aku mengasingkan diri aku dengan dunia luar (kecuali dunia internet la)... Dari pagi, sampaila sekarang ini, aku terperap dalam bilik aku... Tak keluar2 berjumpa dengan orang...
Sampaikan ahli keluarga aku pun pelik, apa yang telah terjadi keatas diri aku hari ini...
Aku telah mengidap satu 'penyakit' awal pagi tadi... 'Penyakit' yang aku namakan 'E Syndrome' telah membuatkan seluruh badan aku jadi kaku dan malas, otak menggelegak serta mata kuyu dan mengantuk... Entah bila akan sembuh, aku pun tak tahu... Mungkin selepas pukul 5 petang esok kot...
Setakat ini, takde vaksin atau ubatan yang boleh mengubati 'penyakit' aku ni... Cuma kertas keputusan sahaja penawarnya... Itupun aku akan terima selepas sebulan setengah bermula esok... Jadi, dalam waktu tersebut hati akan jadi tidak keruan, fikiran melayang-layang dan semestinya otak aku ligat berfikir apakah keputusannya... Adakah aku akan sembuh atau tidak???....
Nota kaki:-
'E Syndrome' yang aku maksudkan ialah 'Examination Syndrome'.... Esok aku nak periksa weii!.....
Jangan dekat, berkemungkinan 'penyakit' ini berjangkit... Heheheheeee...
Saturday, 16 February 2008
Aku nak ucapkan terima kasih kepada Dak Manje kerana mengurniakan anugerah ini kepada aku... Walaupun aku baru mengenali dia di alam maya ini, dia dah kurniakan aku dengan satu anugerah...
Terima kasih, Dak Manje... Reez hargai pemberian Manje ini...
Sebenarnya, aku bukanla gila sangat dengan benda2 anugerah ni... Apa yang penting bagi aku, hubungan kita sesama manusia... Sebagai seorang rakan, aku ikhlas berkenalan dan berkawan dengan mereka yang ikhlas mengenali diri aku... Jika aku singgah di blog masing2, mana2 cerita yang aku boleh komen, Insya Allah aku akan komen... Kalau tidakpun, aku akan tinggalkan pesanan didalam kotak mesej masing2... Setakat itulah yang mampu aku lakukan pada semua yang hadir disini...
Aku bukan jenis yang mengharapkan apa2 balasan dari orang... Dan bukan cara aku untuk berkira-kira dengan kawan2 disini... Tapi kalau orang dah bagi, aku terima dengan ikhlas... Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka2 yang memberi... Semoga Allah memurahkan rezeki kalian dikemudian hari... Amin.....
Memandangkan aku dah dapat anugerah ni, aku nak kurniakannya kepada semua pemilik blog yang membaca entry ini... Terimalah pemberian aku yang tidak seberapa ini... Ambik tau...
Nota kaki:-
Aku tak nyatakan kepada siapa aku kurniakan anugerah ini sebab aku tahu, ramai 'silent reader' yang hadir membaca setiap inci blog aku... Jadi, mereka juga layak menerima anugerah ini seperti mana kawan2 aku yang lain... Terima kasih atas sokongan kalian!... Sila datang lagi...
Friday, 15 February 2008
Kadang2 aku rasa bengang la jugak bila orang bercerita dan bercakap pasal perihal aku... Tak kisahla sama ada benda baik atau sebaliknya... Aku tetap rasa tak selesa...
Entah kenapa dalam dua tiga hari ini, kepoh cerita pasal aku... Aku dapat itulah, aku dapat inilah... Semuanya menjadi bahan bualan orang sekeliling... Yang aku peliknya, orang yang tak pernah bercakap atau bertegur sapa pun boleh tahu segala-galanya...
Bila orang bertanya, aku cuma layan seperti biasa... Aku cuba untuk jadi low profile person dan selalunya berdiam diri... Bukan tidak mahu bercerita tapi bila mengenangkan keadaan diri aku dan pengalaman yang lepas2, aku rasa ada baiknya aku tidak memberikan sebarang respon... Kalau aku buka mulut, maka akan keruhlah keadaan... Biasalah, bila seseorang dah tahu, dalam beberapa jam, satu bahagian akan tahu... Selepas tu, satu jabatan, satu tingkat, satu bangunan dan akhirnya satu syarikat akan tahu cerita... Kalau benda baik, OK gak... Tapi kalau benda tak baik???...
Dari seelok-elok cerita, bila dah sampai dari satu mulut ke mulut yang lain, akan bertambahlah segala perisa... Lain yang berlaku, lain pulak yang disampaikan... Selalunya cerita yang sebenar akan berubah menjadi perkara yang tidak sedap didengar... Padahal, bukan itu sebenarnya yang berlaku!...
Nak sakit hati pun tak boleh... Benda dah tersebar, terima jelah hakikat... Semua ini sebenarnya banyak mengganggu aku untuk menjalani kehidupan yang tenteram di pejabat... Apa yang boleh aku lakukan ialah banyak bersabar dan buat tak tahu saja... Kalau orang bertanya, aku cuma katakan, "dari mana dapat cerita ini???..." Kalau tiada jawapan atau jawapan yang diberikan tidak munasabah, aku akan berdiam diri... Itu lebih baik...
Di tempat kerja aku memang ramai yang begitu... Banyak 'internet bergerak' dan banyak juga 'speaker 3 ribu watt' !... Kebanyakkan mereka terdiri daripada golongan makcik2 yang dah nak pencen, so kalian faham2 jelah tahap kay po chee mereka tu... Aku tak salahkan mereka sebab dah sejak azali nya mereka begitu... Ada waktu aku melayan juga mereka2 ni tapi most of the time aku lebih suka mendengar perbualan mereka dari bercakap...
But the worst scenario, bila mereka bercakap benda yang tidak sedap seterusnya kita terpaksa menanggung akibatnya... Itu yang paling aku tak sanggup!...
Apa2 pun, bila semua ini berlaku aku kena banyak bersabar... Kalau dilihat dari segi positif, at least aku tahu yang aku ni quite glamor dipejabat... Heheheheheeeee...........
Subscribe to:
Posts (Atom)
