Friday 15 February 2008

Kadang2 aku rasa bengang la jugak bila orang bercerita dan bercakap pasal perihal aku... Tak kisahla sama ada benda baik atau sebaliknya... Aku tetap rasa tak selesa... Entah kenapa dalam dua tiga hari ini, kepoh cerita pasal aku... Aku dapat itulah, aku dapat inilah... Semuanya menjadi bahan bualan orang sekeliling... Yang aku peliknya, orang yang tak pernah bercakap atau bertegur sapa pun boleh tahu segala-galanya... Bila orang bertanya, aku cuma layan seperti biasa... Aku cuba untuk jadi low profile person dan selalunya berdiam diri... Bukan tidak mahu bercerita tapi bila mengenangkan keadaan diri aku dan pengalaman yang lepas2, aku rasa ada baiknya aku tidak memberikan sebarang respon... Kalau aku buka mulut, maka akan keruhlah keadaan... Biasalah, bila seseorang dah tahu, dalam beberapa jam, satu bahagian akan tahu... Selepas tu, satu jabatan, satu tingkat, satu bangunan dan akhirnya satu syarikat akan tahu cerita... Kalau benda baik, OK gak... Tapi kalau benda tak baik???... Dari seelok-elok cerita, bila dah sampai dari satu mulut ke mulut yang lain, akan bertambahlah segala perisa... Lain yang berlaku, lain pulak yang disampaikan... Selalunya cerita yang sebenar akan berubah menjadi perkara yang tidak sedap didengar... Padahal, bukan itu sebenarnya yang berlaku!... Nak sakit hati pun tak boleh... Benda dah tersebar, terima jelah hakikat... Semua ini sebenarnya banyak mengganggu aku untuk menjalani kehidupan yang tenteram di pejabat... Apa yang boleh aku lakukan ialah banyak bersabar dan buat tak tahu saja... Kalau orang bertanya, aku cuma katakan, "dari mana dapat cerita ini???..." Kalau tiada jawapan atau jawapan yang diberikan tidak munasabah, aku akan berdiam diri... Itu lebih baik... Di tempat kerja aku memang ramai yang begitu... Banyak 'internet bergerak' dan banyak juga 'speaker 3 ribu watt' !... Kebanyakkan mereka terdiri daripada golongan makcik2 yang dah nak pencen, so kalian faham2 jelah tahap kay po chee mereka tu... Aku tak salahkan mereka sebab dah sejak azali nya mereka begitu... Ada waktu aku melayan juga mereka2 ni tapi most of the time aku lebih suka mendengar perbualan mereka dari bercakap... But the worst scenario, bila mereka bercakap benda yang tidak sedap seterusnya kita terpaksa menanggung akibatnya... Itu yang paling aku tak sanggup!... Apa2 pun, bila semua ini berlaku aku kena banyak bersabar... Kalau dilihat dari segi positif, at least aku tahu yang aku ni quite glamor dipejabat... Heheheheheeeee...........

6 comment:

Merakemas said...

Reez.... kelakau bila Reez peruntukkan istilah kay po chee tu kat dia orang..... kah...kah...kah....gelak tahap Gaban akak dibuat nyer....

Aiden Reez said...

Kak Merak --> Wakakakakakaka... Tulah, tapi kat sini bila orang sebut "kay po chee", orang dah paham dah...

Itulah kehidupan orang Melayu kat Malaysia nie kak.. Bukan aje kat kampung2 dan desa, tapi kat pusat bandar dan office memang ramai yang suka menyebok dan ambil tahu...

Memang kita terkenal dengan sifat keprihatinan yang melampau... Hehehheee..

Kalau mat salleh, dia orang tak ambil peduli... Lantak kau la....

Hehehehehehehe....

Anonymous said...

ermmm... biasa la tu bro... manusia... aku pon slalu kene.. memang bengang giler la...

entri pasal benda nie pon dah siap kat blog aku.. malam karang baru aku nak publish...

Aiden Reez said...

Menteilsm --> Waa... Ko pun kene gak? Sian... sian.... Sabo jela yek....

Aku malas ambik pusing, lantak pi... Kalau layan kang, makin menjadi...

Kalau aku ada masa/mood aku layanla...

:D

Doyok said...

ramai gak reporter tv3 kat opis ko eh? biaserla tu. kat mana2 pon ada. janji wat hal sendiri. mulut org mana boley tutup

Aiden Reez said...

Encik KhaL --> Bukan setakat reporter TV3 je, segala TV pun ada... Channel Siam pun ada gak... Heheheheheheeee...

Biasala KhaL.. Kalau dah keje dengan orang dah berumur, memang akan ada camtu.. Sebab tu aku kadang2 malas nak ambik kesah... Lantakla...

Tapi kadang2 berbulu gak sebab bila orang lain mula dok bercakap pasal kita... Hati tarak senang wooo.....

:D

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.