Monday, 21 July 2008

Info yang berguna yang harus dikongsi bersama... Jadi, pada mereka yang suka tidak mengambil makan malam tu, fikir2 kan lah ek... Ada sebab mengapa kita perlu makan 3 kali sehari....


Pengabaian sajian malam tidak akan mengurangkan berat badan. Ini adalah kerana sistem badan akan bertindak mengikut corak pemakanan kita. Sekiranya kita mengabaikan makan malam (mungkin hanya 2 kali seminggu), sistem dalam badan kita akan menganggap bahawa tindakan ini adalah suatu ‘situasi yang kekal’ maka, ia akan menetapkan diri dalam keadaan bersedia untuk menyimpan makanan. Dengan keadaan begini, kadar metabolisma badan akan berkurangan untuk menyimpan lemak (sebagai sumber tenaga) untuk kegunaan pada masa perut kosong. Oleh sebab inilah, berat badan kita tidak dapat diturunkan dengan hanya mengelak daripada makan malam.


Mengapa Pengambilan Sajian Sihat Pada Waktu Malam?

  1. Perut yang kosong akan menyebabkan peningkatan hormon ketegangan dalam badan dan ini akan mengakibatkan badan mudah menjadi letih.

  2. Sajian malam yang sihat boleh membantu mengekalkan berat badan.
    Tetapi, tabiat meninggalkan makan malam menyebabkan badan mula menyimpan kalori dan memperlahankan kadar metabolisma.

  3. Ambil makanan malam pada masa yang betul. Ini akan mengurangkan tabiat pengambilan makanan ringan pada lewat malam.


Apa Itu Makan Malam Yang Sihat?

  1. Tepati waktu makan pada 7.00 malam
    Mengikut nasihat pakar perubatan, makan malam perlu diambil awal. Kajian juga menunjukkan bahawa makan malam awal (sebelum 8.00 malam) dapat mengurangkan risiko batu karang pada saluran ureta.

    Ini kerana proses penyingkiran kalsium yang berlebihan berlaku dengan optima 4 - 5 jam selepas makan melalui pembuangan air kecil. Tetapi, sekiranya kita mengambil makanan terlalu lewat proses penyingkiran ini berada di tahap tertinggi pada masa kita tidur. Maka, air kencing tidak dapat disingkirkan dan akan terkumpul di saluran ureter, pundi kencing dan uretha. Ini akan menyebabkan lama-kelamaan akan menyebabkan pembentukan batu karang. Jadi, mengambil makan malam pada lewat petang (jam 6.00 petang) adalah masa yang paling sesuai sekali.



  2. Makan malam lebih ringan daripada makan tengahari
    Berbanding dengan sarapan dan makan tengahari, pengambilan makan malam perlu dalam kuantiti yang sederhana dan berkhasiat. Tetapi, jangan tidak mengambil makan malam.

    Kita jarang melakukan aktiviti pada waktu malam dan jika makan malam pula diambil lewat dan dalam kuantiti yang banyak, ini akan menyebabkan kadar kolestrol meningkat, menggalakkan hati membina lebih banyak lipoprotein berketumpatan rendah yang akan mendatangkan penyakit arteriosclerosis.

    Selain itu, amalan ini juga turut mengundang penyakit diabetis dan juga perembesan insulin yang banyak secara berterusan yang mengakibatkan sel-sel B insulin menjadi lemah.

    Selain itu juga, makan malam yang terlalu kenyang akan menyebabkan perut berangin. Ini akan menjadikan organ-organ di sekeliling seperti usus, hati, hempedu dan sebagainya tertekan. Keadaan ini pula adan dihantar kepada otak kita dan menyebabkan otak kita aktif yang seterusnya menyebabkan masalah imsomnia.



  3. Penyediaan makanan yang berkhasiat untuk santapan malam
    Pengambilan makan malam mesti memperbanyakkan sayur-sayuran, terutama sayuran yang kaya dengan karbohidrat dan mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi protein dan lemak.

    Namun, realitinya kebanyakan keluarga lebih menumpukan kepada penyediaan makanan malam yang terlalu berat (tinggi kandungan protein dan lemak) disebabkan kesibukan bekerja pada siang hari. Amalan ini tidak baik untuk kesihatan badan.

    Mengikut laporan kajian sains, mengambil daging, telur, susu atau makanan berprotein tinggi akan menyebabkan kandungan kalsium dalam air kencing bertambah. Ini bukan sahaja merendahkan simpanan kalsium dalam badan malah akan mengakibatkan penyakit rickets, rabun jauh di kalangan remaja dan osteoporosis di kalangan orang dewasa. Di samping itu, jika kepekatan kandungan kalsium dalam air kencing tinggi, peratusan untuk menghidapi penyakit batu karang pada saluran uretra juga meningkat. Badan kita tidak dapat menyerap protein jika ianya diambil dengan terlalu banyak dan ini menyebabkan pengumpulan protein dalam saluran makanan sehingga menghasilkan ammonia dan toksin lain yang menyebabkan penyakit kanser.

    Pengambilan lemak yang terlalu banyak akan menyebabkan kolesterol dalam darah meningkat. Kajian juga menunjukkan bahawa kandungan kolesterol dalam darah bagi orang yang suka makan daging adalah 2 hingga 3 kali lebih tinggi berbanding pengamal sayur-sayuran. Karbohidrat akan menghasilkan lebih unsur serum darah dalam badan yang berfungsi sebagai penenang. Ini adalah sangat baik untuk orang yang mempunyai masalah insomnia

      Sumber : E-mail

      Sunday, 20 July 2008

      Bukan nak memerli atau mengata, cuma aku ingin berkongsi dengan kalian satu artikel yang aku dapat dulu mengenai kesihatan... Sekadar berkongsi dan sebagai peringatan pada kita semua.... Renung-renungkan....


      Kajian meramalkan lebih 36 bilion penduduk dunia mati muda akibat penyakit kronik menjelang 2015

      PENYAKIT yang 'menyerang' manusia ialah penyakit berjangkit atau wabak seperti tibi, malaria atau HIV manakala penyakit berpunca daripada manusia sendiri seperti diabetes, penyakit jantung, kanser dan strok.

      Akan tetapi, daripada semua jenis penyakit yang berpunca atau dihasilkan manusia, ada beberapa penyakit serius yang diklasifikasikan sebagai 'kronik' berikutan ia mencetuskan hampir dua kali ganda jumlah kematian di seluruh dunia berbanding punca kematian lain..

      Kumpulan penyakit yang dikenali sebagai 'penyakit kronik tidak berjangkit' (CNCD) itu seterusnya mencetuskan kebimbangan di kalangan saintis serta pakar perubatan sehingga menyebabkan pelbagai usaha dan penyelidikan dilakukan bagi mengatasi penularannya.

      Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), antara penyakit yang termasuk dalam kategori CNCD adalah penyakit berkaitan kardiovaskular, diabetes jenis kedua, penyakit kronik berkaitan respiratori selain beberapa jenis kanser.

      Pengarah Institut Antarabangsa Berkaitan Kesihatan Global, Universiti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNU-IIGH), Tan Sri Mohamed Salleh Mohamed Yasin, berkata CNCD amat dibimbangi kerana menjadi punca kira-kira 60 peratus kematian di seluruh dunia.

      "Lebih membimbangkan adalah penyakit kronik CNCD turut mencatatkan 44 peratus kematian terhadap pesakit yang masih muda; jumlah kematian keseluruhan pula dua kali ganda membabitkan penyakit berjangkit termasuk HIV/AIDS, tibi dan malaria," katanya.

      Beliau berkata, dari sudut ekonomi pula, CNCD turut memberi impak negatif yang dahsyat terhadap produktiviti sesebuah negara. Dianggarkan dalam tempoh 10 tahun akan datang, China, India dan United Kingdom, masing-masing akan kerugian AS$558 bilion, AS$237 bilion dan AS$33 bilion akibat kematian rakyatnya yang disebabkan penyakit kronik berkenaan.

      "Tanpa ada usaha untuk menghentikan penularan CNCD, dianggarkan 388 bilion penduduk seluruh dunia akan mati akibat penyakit ini dalam tempoh 10 tahun, malah sejumlah 36 bilion penduduk mati pada usia muda menjelang 2015," katanya yang dilantik menjadi pengarah pertama bagi UNU-IIGH sejak institut itu ditubuhkan pada 1 Mac lalu.
      Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kes CNCD adalah purata jangka hayat penduduk yang lebih panjang, penggunaan tembakau atau merokok, kurangnya aktiviti jasmani dan pemilihan makanan tidak sihat.

      "Sebenarnya kebanyakan punca penularan penyakit CNCD ini boleh dicegah kerana ia membabitkan gaya hidup seseorang. Sebanyak 80 peratus kematian pada usia muda akibat penyakit jantung, strok atau diabetes boleh dielakkan dengan mengamalkan cara hidup sihat selain pengetahuan mengenai aspek farmaseutikal, " katanya.

      Beliau berkata, ada penyakit kronik CNCD yang berpunca daripada merokok, justeru dengan menghentikan tabiat merokok, ia secara tidak langsung mampu mengatasi penularan penyakit berkenaan.

      "Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Kementerian Kesihatan yang diketuai Profesor Dr Syed Mohamed Aljunid mendapati seramai 93,306 penduduk di negara ini meninggal dunia akibat penyakit yang berpunca daripada merokok dari 2004 hingga 2007.

      "Malah setiap tahun, lebih 33,000 kes baru dicatatkan bagi penyakit jantung, kanser paru-paru (hampir 3,000) dan penyakit semput kronik (kira-kira 12,800) yang berpunca daripada merokok," katanya.

      Beliau berkata, kerajaan juga membelanjakan sekitar RM3.4 bilion setahun bagi merawat ketiga-tiga penyakit terbabit dan jumlah sebanyak itu pasti dapat disalurkan untuk manfaat lain yang lebih baik jika tabiat merokok dapat dihenti atau dikurangkan.

      "Akan tetapi untuk menghentikan tabiat merokok adalah satu cabaran besar di negara kita. Kajian mendapati 49 peratus daripada lelaki dewasa (berusia 18 tahun ke atas) merokok malah wanita pula sebanyak lima peratus.

      "Kajian mendapati jumlah perokok wanita meningkat berbanding 20 tahun lalu. Dulu hanya 0.5 peratus tetapi kini sudah lima peratus. Puncanya mungkin disebabkan lebih ramai wanita muda sekarang yang berkerjaya, profesional dan pengaruh iklan syarikat rokok," katanya.

      Kesan buruk rokok sebagai satu daripada pencetus CNCD menyebabkan ada beberapa negara yang mengambil langkah ketat terhadap barang berkenaan bagi mengurangkan jumlah perokok di negara mereka.

      "Kanada misalnya cuba mengurangkan jumlah perokok di negara mereka dengan menaikkan harga rokok dengan kadar yang tinggi, melarang menjual rokok secara batang selain memperbanyakkan kawasan larangan merokok," katanya.

      Beliau berkata, aspek pencegahan penyakit CNCD dapat dijayakan menerusi integrasi pelbagai pihak membabitkan bidang sains, teknologi, polisi dan sosial; daripada pemerintah sehingga ke rakyat bawahan.

      Sehubungan itu, Mohamed Salleh berkata, pihaknya di UNU-IIGH akan melakukan pelbagai penyelidikan dalam bidang kesihatan global antaranya kualiti dalam sistem penjagaan kesihatan; kajian penyakit dan kaedah kawalan, pembangunan teknologi maklumat dalam kesihatan seterusnya kesan perubahan iklim dan impak globalisasi terhadap kesihatan.



      Nota kaki:-
      Aku memang tak hisap rokok... Sejak aku lahir lagi, memang aku tak suka pada rokok... Asapnya cukup memeningkan kepala aku....

      Sumber asal : E-mail

      Saturday, 19 July 2008

      Seawal jam 6.00 pagi, aku sudah bangkit dari tidur... Mengikut perancangan dan janji yang telah dibuat bersama beberapa rakan yang lain, hari ini aku akan menghabiskan masa seharian berehat dan berjalan di pusat peranginan yang terkenal di tahah air; mana lagi kalau bukan Genting Highlands...

      Rasa teruja nak kesana kerana kali terakhir aku menjejakkan kaki di tanah tinggi itu ketika aku dibangku sekolah rendah!... Tak silap aku, waktu itu aku darjah 3 atau 4... Aku tak ingat sangat... Waktu itu, Pak Usu aku yang bawak bersama keluarganya menaiki kereta Datsun 120Y... Bayangkanlah, kereta lama mendaki bukit yang tinggi dan curam itu... Pulak tu, dalam kereta tu bukan sorang dua... Mahu 6-7 orang yang terdiri dari org dewasa dan kanak2... Memang slow dan aku cukup takut kalau2 kereta tu tak larat atau tergostan kebelakang sebab berat sangat... Tapi alhamdulillah, kami dapat sampai diatas... Hehehehe...

      Lama giler aku tak pergi tempat ni dan aku dapat rasakan, tempat ini telah banyak berubah... Kalau dulu, tak ramai orang pergi, sekarang tempat ni dah jadi macam "KLCC" kedua; penuh dengan umat manusia terutamanya pelancong2 dari luar... Aku rasa, tarikan tempat ini membuatkan ramai yang ingin berkunjung especially kaum bukan Islam seperti Cina dan lain2 untuk bergembira dan berjudi... Terdapat kasino dan taman tema yang sungguh menyeronokkan disamping tarikan lain...

      Kami bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 10.00 pagi menyusuri Lebuhraya Karak... Sebelum tu, aku dan rakan2 yang lain sempat menyediakan bekal untuk dibawa kesana... Maklumlah, nak beli makanan kat atas ni bukannya murah!... Mahal giler... Pulak tu, ni dah tengah bulan, so kalau nak mengelakkan poket kering, bawaklah makanan dari rumah untuk alas perut disana... Kira macam potluck jugakla... Aku masak mee hoon goreng, ada yang buat sandwich, bawak cekodok dan nugget serta sosej... Pada asalnya, ada 3 orang bujang termasuk aku dan sebuah keluarga turut serta dalam aktiviti kali ini... Kemudian, ada sebuah lagi keluarga joint kami selepas waktu makan... Bila dah berkumpul tu, jadi ramai dan nampak meriah sangat!...

      Ketika kami sampai, kabus tebal menyelubungi kawasan sekitar... Keadaan gelap seolah-olah nak hujan... Sebenarnya, cuaca sejuk dan berkabus; bukannya hujan... Aku tak pasti berapa suhu ketika itu, tetapi bila kami sampai dan nak masuk taman tema, terasa sejuk sangat... Nasib baik baju yang aku pakai agak tebal... Jadi, rasa panasla sikit... Kalau tak, aku carikla sape2 untuk aku peluk.... **Wakakakakakakakaka....

      Bila dah sampai, perangai kebudak-budakkan mula timbul... Bila tengok ada banyak permainan, mula lah nak mencuba... Nak main itulah, nak main inilah... Hampir kesemua permainan boleh dikatakan menarik dan mesti dicuba... Ada banyak permainan baru dan permainan lama disitu... Tapi tulah, aku tak sempat nak cuba semua sebab terlalu ramai sangat orang beratur nak main... So, at last aku cuma main permainan yang jarang orang nak main je... Hehehe....

      Bila dah penat dan perut lapar, kami berhenti seketika untuk berehat dan menikmati hidangan yang telah dibawa dari rumah... Kalau asyik main aje tapi tak makan, nanti pengsan pulak... So, masing2 membawa keluar bekal yang dibawa dan aku cukup terkejut sebab ada banyak sangat makanan... Rasa macam pergi picnic kat tepi pantai pulak!... Ada mee hoon goreng, sandwich, cekodok, nugget & sosej, pau, apam balik, murtabak daging dan sebagainya... Memang meriah sungguh meja makan kami... Itulah, kalau dah potluck, kita tak sedar ada macam2 makanan akan terhidang diatas meja... Nasib baik tak semua yang pergi, kalau tak, mesti dah jadi macam 'family day'... Hehehehehe....

      Aku tergamam sebentar apabila mereka membuka satu kotak yang berisi kek harijadi...

      "Haaaaa........ Alamakkkk... Dorang nak celebrate birthday aku la.... Seronoknya.....", hatiku berbisik...

      Rasa malu pun ada sebab dah tua2 bangka pun nak celebrate birthday... Hehehee.. Pulak tu, kat tempat ramai orang lak tu... Nasib baik takde orang nampak... Hehehehe.... Aku dah lama tak celebrate birthday kat luar... Kalau ada pun, sekadar makan2 je... Takde la sampai nak potong2 kek ni... Lagipun, birthday aku dah lama berlalu dan rasa segan lak sebab celebrate kemudian... Tapi aku rasa cukup terharu, cukup bertuah dan berterima kasih sebab kawan2 aku ni ingat birthday aku... Terima kasih yang tidak terhingga ye semua untuk kejutan ini...

      Next time around, aku pulak akan buat kejutan untuk korang... Tunggu jelah nanti, tau la ape aku nak buat............. Hehehehe.........


      Dalam kenangan:-

      Photobucket


      Photobucket
      My travelling companion...


      Photobucket
      Inilah antara mereka2 yang turut serta... Kesemuanya rakan sekerja aku bersama keluarga masing2...


      Photobucket
      Rasa macam kat London pulak... Hehehehe... Sejuk giler masa ni!!!...


      Photobucket
      Kanak2 riang sedang bermain "Mary Go Round".... Tu ada baby tua atas unta.... Hehehe...


      Photobucket
      Aku pun tak ketinggalan gak nak main... Padahal benda alah tu, aku tak muat... Terkeluar kedua-dua kaki aku... Hehehehe...


      Photobucket
      Kak Alinur & Kak Pijah... Masing2 tengah control nafas... Takut benda tu tak nak naik... Hehehehe


      Photobucket
      Aisyah - anak Kak Keenah dan Wais - anak Kak Ana... Tengah seronok naik Space Shot budak2...


      Photobucket
      Aku sewaktu menaiki Pirate Ship... Game ni macam main buaian, tapi tinggi giler benda ni hayun... Rasa geli2 perut aku... Hehehe


      Photobucket
      Aisyah dan Wais... Suka bebenor dorang nih... Sampai berulang-ulang naik!...


      Photobucket
      Anak memang tengah seronok, ngan mak2 skali lepas geram... Kak Keenah & Aisyah


      Photobucket


      Photobucket
      One Happy Family on the boat... Keluarga Kak Keenah naik sampan...


      Photobucket
      Amboiii... Dah penat sangat, mak jadik mangsa... Sedapnya 'bantal peluk' nih... Hehehee...




      The Two Princess...

      Photobucket
      Baby Damia... Anak Kak Ana...


      Photobucket
      Aisyah... Anak Kak Keenah... Memang comel dia ni, malu2 tapi mahu... Hehehe...




      The Celebration... Thank you everyone!...

      Photobucket


      Photobucket


      Photobucket
      Celebration for both, me and Kak Ana's husband - Abg Zaidi... We both are Cancerians...


      Photobucket




      Model Sambilan.... Hehehee....

      Photobucket
      Pose with First World Hotel... Kaler2 tul hotel ni...


      Photobucket


      Photobucket
      Posing kejap lah... Hehehe..


      Photobucket
      Kak Alinur dan maskotnya... Hehehe...




      Antara game yang ada....

      Photobucket
      Game nie best tapi aku tak dpt naik... Rasa macam terbang aje...


      Photobucket
      Waktu tengah kabus tebal... Waktu ni rasa gerun sikit sebab tak nampak ape kat depan...


      Photobucket
      Corkscrew... Best giler!!!!..


      Photobucket
      Go-Kart... Ermmm... Kureng sikit sebab rasa macam naik atas mesin rumput, pastu jalan... Slow!... Bunyi pun dah dekat2 sama macam mesin rumput gak... Hehehe


      Photobucket
      Flying Coaster... Yang ni pun best tapi aku tak berpeluang naik... Aku dengar cite, pernah ade orang mati bila naik ni... Kene sakit jantung kot...


      Photobucket
      Cyclone.. First roller coaster in Malaysia... Dulu, masa aku kecik2, naik benda ni...



      Nota kaki: -
      Ape nak jadi ngan aku ni... Hujung bulan, ada exam!... Sempat lagi nak pi enjoy... Buku belum abis baca.... :)

      Thursday, 17 July 2008

      Selepas solat Maghrib, aku terus mencapai Surah Yassin untuk dibaca sementara menanti masuknya waktu Isyak... Esok, lebih kurang jam 5.50 pagi, genaplah 7 hari pemergian arwah kakak angkat aku ke Rahmatullah... Sehingga kini, aku dan rakan2 rapat arwah yang lain masih lagi berada dalam keadaan trauma mengenangkan apa yang berlaku... Terasa dirinya masih ada lagi disisi...

      Sedih memang sedih, tetapi aku redha dengan qada' dan qadar Allah SWT... Dia Maha Agung dan Maha Bijaksana... Setiap apa yang berlaku ada sebabnya dan setiap kelahiran/kematian sudah ditetapkan ketika kita berada di alam roh lagi... Cuma kita sebagai manusia sentiasa lalai dan leka dengan hal2 keduniaan yang mengasyikkan... Padahal, ajal sentiasa menjengah kita setiap waktu; menanti masa untuk menjemput kita pulang...

      Terasa sayu ketika Abg Idrus, suami kepada arwah Kak Ayu datang ke tempat duduk arwah tadi untuk mengemas dan mengambil barang2 peribadi yang ada didalam laci dan atas meja pejabat... Dan ketika itu juga, kami2 berkerumun membantu apa yang patut... Masing2 tidak berkata banyak, sayu dan sedih melihat barang kepunyaannya... Ada diantara barang2 itu seperti baru disentuh oleh arwah; bekas air minuman yang berisi straw dengan KESAN LIPSTICK disekelilingnya, kain seledang dan jaket hitam tersidai diatas kerusi dan lain-lain lagi... Semuanya seperti baru saja digunakan semalam walaupun semua barang2 itu tidak disentuh sejak lebih 8 bulan yang lepas...

      Ada diantara kami tidak dapat menahan kerinduan, meminta izin dari Abg Idrus untuk mengambil dan menyimpan barang2 milik arwah sebagai kenang-kenangan... Selendang yang sentiasa dipakai oleh arwah setiap hari di pejabat disimpan oleh Kak Lin; rakan sepejabat aku yang cukup rapat dengan arwah... Mereka ibarat adik beradik, kemana saja dipejabat, sentiasa bersama... Bila arwah ada masalah dan berduka lara, Kak Lin lah antara orang yang dicarinya... Pergi makan pun sama2... Tu belum lagi masuk segala gurau senda dan aktiviti yang dijalankan bersama... Memang ketika hari arwah meninggal, Kak Lin rasa sedih yang teramat sangat; rasa terkilan kerana tidak sempat berjumpa dengan arwah di hari2 terakhirnya...

      Memang suhu bilik di pejabat aku tidak menentu... Kadangkala panas, kadang kala sejuk sangat... Tetapi selalunya memang sejuk sebab aircond kami telah diselaraskan secara menyeluruh (centralised) dan membuatkan ramai di antara kami menggigil kesejukkan... Kalau diubah kepada suhu yang lebih tinggi sikit, kepanasan pulak!... Lagi tak selesa nak buat kerja...

      Jadi, setiap kali berada didalam pejabat, arwah memang selalu melilitkan selendang di badannya untuk mengurangkan kesejukkan... Sekarang, selendang itu tinggal kenangan dan dipakai oleh Kak Lin sebagai pengubat rindu... Aku pun ada satu scholl yang dihadiahkan oleh arwah sebelum ini... Jikalau sejuk sangat, aku memang akan pakai scholl tu dan setiap kali aku pakai, aku akan teringat kat dia... What a memory...

      Aku diberitahu oleh Abg Idrus, ramai sungguh yang meminta baju2 kepunyaan arwah daripadanya untuk disimpan sebagai kenangan... Sampai tak terlayan dia... Aku faham, walaupun arwah bukanlah jenis seorang yang famous ketika hayatnya, tapi dia mempunyai ramai kenalan dan amat disenangi oleh ramai orang... Biasalah, orang cantik dan friendly; sape tak senang dan suka kan???... Dia seorang 'mesra rakyat' membuatkan orang ingin berkawan dan mengenalinya... Jadi, tidak mustahil selepas pemergiaannya, dia dirindui oleh ramai pihak dan kawan2...

      Tiba-tiba kesedihan datang kembali bila aku teringat kenangan lama kami (kawan2) dengannya... Arwah memang cukup rapat dengan kami semua; Kak Alinur, Kak Pijah, Kak Ana, Kak Ina, Kak Lin, Michelle, Kak Rosnaliza, Kak Puzah, Yotot........ Semualah yang ada dalam department aku dan mereka2 yang sentiasa dekat dengannya... Bila dia dah takde, kami rasa lain sangat... Adakalanya, kami dapat rasakan dia masih ada dan seolah-olah dia sentiasa dekat dengan kami.......


      Nota kaki:-
      Aku akan merindui panggilan "adik" dari arwah... Dalam pejabat, cuma dia seorang yang menggelarkan aku dengan panggilan itu....

      Sob... sob... sob....

      Wednesday, 16 July 2008

      Tak sanggup aku dah...

      Entah kenapa, response sistem komputer di pejabat aku tersangat lah lembab!... Kalau dibuat perlumbaan antara kura-kura dan siput babi, aku rasa perlumbaan dah habis pun, response masih belum lagi diterima... Sempat juga aku melannguk seketika sementara menanti sistem komputer di pejabat aku kembali normal seperti sedia kala...

      Aku rasa bengang kerana ketika aku tengah banyak kerja, sistem komputer pula buat hal... Kalau begini tiap2 hari, boleh jadi gila!!!... Nasib baik aku mempunyai ramai kawan di pejabat... Bolehla aku berbual sementara menunggu...

      Untuk pengetahuan, syarikat aku menggunakan Internet Explorer sebagai aplikasi sistem untuk memproses data dan kes2 pelanggan dan sepatutnya kelajuan dari segi response sepatutnya boleh dibanggakan... Tetapi sangkaan aku meleset apabila hari ini, aku tidak sempat untuk menghabiskan beberapa kes penting sebelum tiba tarikh tamat... Aku sebenarnya tidak faham bagaimana syarikat aku boleh menerima dan mempersetujui penggunaan sistem komputer ini kerana terlalu banyak 'cacat cela' didalamnya... Dah la tu, selalu ada error dan kebanyakkan kes amat sukar diselesaikan gara2 kelembapan ini...


      Nota kaki: -
      Memandangkan sistem komputer lembap, maka aku juga menghadapi masalah untuk masuk internet dan meng'update' blog aku... Blog kawan2 pun aku tak sempat nak lawat buat masa ini... Maaf ye semua.....

      Tuesday, 15 July 2008

      Kelmarin, telah berlangsung upacara penyampaian hadiah bagi pemenang2 ketika karnival sukan company aku tempoh hari... Dan seperti yang telah aku nyatakan sebelum ini, aku berjaya mengutip satu pingat emas untuk acara bola keranjang...

      Photobucket


      Sebenarnya, selama 11 tahun aku bekerja di syarikat ini, inilah pertama kali aku menerima pingat dalam acara yang dianjurkan oleh pihak syarikat... Sebenarnya, bukan aku tidak aktif tetapi syarikat aku memang jarang atau tidak pernah menganjurkan apa2 acara yang berteraskan kesukanan sehinggalah 2 tahun lepas... Ketika karnival sukan ini bermula, inilah peluang yang ada untuk staff menunjukkan kehebatan dan aksi masing-masing... Aku juga tidak ketinggalan melepaskan 'geram' melompat dan bermain... Teringat waktu zaman sekolah dahulu; waktu awal pagi atau lewat petang dimana cikgu Pendidikan Jasmani akan membawa anak2 murid turun ke padang untuk bermain bola sepak atau bola keranjang... Satu lagi, bila tiba hari sukan sekolah... Sungguh meriah sekali!...

      Peristiwa yang sama dapat disaksikan ketika karnival tempoh hari... Aku rasa sangat seronok kerana kali ini aku dapat turun padang beraksi bersama rakan2 yang lain... Tahun lepas, aku tidak berpeluang langsung untuk mengambil bahagian dalam apa2 acara kerana aku diberi tanggungjawab besar menguruskan hampir keseluruhan event tersebut... This time around, aku cuma berfungsi sebagai jawatankuasa sampingan dan alhamdulillah, aku berpeluang untuk menyertai acara yang aku minati sebelum ini; bola keranjang...

      Photobucket


      Aku amat bersyukur kerana berjaya menyumbangkan tenaga demi kejayaan pasukan aku... Ketika berada diatas gelanggang, terasa amat seronok bila melihat pasukan aku beraksi menentang pasukan lawan... Walaupun ketika itu matahari tegak berdiri diatas kepala, aku dan rakan2 tidak mengendahkan malah terus bermain sehingga keakhir perlawanan... Memang terasa panas membakar lapisan kulit tetapi disebabkan semangat kesukanan yang tinggi, kami teruskan juga... Alhamdulillah, pengorbanan kami terbalas dengan kilauan emas yang julung kali diterima oleh aku dan rakan2 sepasukan yang lain...

      Rasa macam dalam Sukan Olimpik la pulak... Hehehehe....


      Nota kaki:-
      Balik aje rumah selepas tamat perlawanan hari tu, aku tengok muka aku hitam legam!... Entah bila akan kembali cerah semula... Hehehehe

      Monday, 14 July 2008

      Pada kalian2 yang masih lagi merungut-rungut mengenai kenaikan harga petrol, tak payah lah bazirkan tenaga kalian dan marah2... Buatlah macam mana sekalipun, harga petrol tetap tidak akan berubah dan kemungkinan besar akan naik lagi dimasa akan datang...

      Aku dengar khabar angin, mungkin minyak akan naik kepada RM3.50 seliter tetapi aku tidak tahu bila ia akan dinaikkan lagi... Jadi, kalau minyak terus naik, ape kita nak buat???...

      Aku sudah mula memikirkan alternatif lain jika minyak naik harga... Salah satunya, aku carikla siape2 yang duduk dekat dengan area rumah aku, car pool untuk pergi kerja... Harap2 ada lah orang yang sudi tumpangkan aku ni.... **sambil buat muka seposen... Hehehehee...

      Satu lagi, aku bercadang naik basikal aje pergi kerja... At least dapat exercise kaki dan badan... Tapi sure sampai office, aku dah basah lenjun... Kena sediakan towel kat office supaya aku dapat mandi... Nasib baik kat office aku tu ada bilik mandi...

      Aku ada baca satu artikel mengenai minyak petrol dan dalam artikel ini ada beberapa tip yang aku rasakan agak berguna untuk kita semua... Tip ini Insya Allah akan membantu kita mengurangkan penggunaan minyak petrol ketika memandu... Antaranya: -


      • Tukar gear pada masa yang sesuai... Penukaran gear terlalu kerap akan menyebabkan enjin bekerja keras dan seterusnya menyebabkan penggunaan minyak berada di tahap maksimum.

      • Jangan memandu didalam gear rendah untuk waktu yang lama. Kalau boleh, tukar ke gear tertinggi secepat mungkin.

      • Pandu dengan lancar, elakkan pecutan yang deras. Satu lagi, elakkan jalan yang jam dan elakkan enjin kenderaan anda berada dalam keadaan 'idle' terlalu lama.

      • Pecut dengan sekata dan perlahan.

      • Elakkan membrek dengan mengejut.

      Itulah antara tip yang dikongsi dalam artikel ini... Terpulang pada kalian sama ada hendak mengikutinya ataupun tidak... Bagi aku, jika ianya dapat mengurangkan kos, apa salahnya kan???...

      Sunday, 13 July 2008

      Selepas menghadiri kenduri kahwin saudara aku di Batu 20 Hulu Langat, aku dan kedua-dua ibubapa aku terus ke Semenyih untuk berjumpa dengan Pak Long... Sambil2 tu, ada surat yang aku perlu serahkan kepada makcik aku yang tinggal disana...

      Aku pun dah lama tak datang menjenguk rumah yang aku beli sebelum ini... Rasanya, ada dalam 3 bulan lebih aku tidak melihat dan melawat... Kali terakhir aku tengok, kebanyakkan unit sudah tegak berdiri... Tapi tidak semua yang siap termasuklah unit aku...

      Photobucket
      Tanda jalan pun dah ada tapi jalan ini bukan jalan rumah aku... :)

      Photobucket
      Inilah unit aku.. Nombor 11.... Memula ingat nak ambil Nombor 7, tapi dah ada org book...


      Bila aku sampai tadi, alangkah terkejutnya aku apabila melihat kesemua rumah telah siap dibina... Sungguh cantik dan indah!... Jalan raya juga sudah di tar dan lampu jalan telah dipasang.. Aku amati setiap satu rumah disitu, cuma yang tinggal hanya meter elektrik dan air sahaja yang belum dipasang... Kalau diikutkan, bukan lama sangat nak pasang meter tu, bila dah pasang maksudnya pemilik sudah boleh mendapatkan kunci rumah masing2...

      Photobucket

      Photobucket
      Kawasan hadapan rumah..... :)


      Aku rasa amat seronok... Penantian aku selama ini bakal berakhir... Bila aku tengok rumah aku dah siap, mulalah aku berangan nak menghias dan menyusun atur barang2 didalamnya... Nak buat itulah, nak buat inilah... Macam2 benda aku rancang... Mak aku pun excited dan macam biasa, dia pun berangan-angan nak menghias rumah baru ini...

      Photobucket
      Antara unit2 lain yang sebaris dengan aku.... :)

      Photobucket
      Unit yang bertentangan dengan aku... :)


      Aku bersyukur kerana aku mampu membeli rumah hasil dari titik peluh aku sendiri... Aku sungguh gembira kerana kini aku sudah mampu menyara hidup dan dalam masa yang sama, aku dapat menjaga kedua orang tua aku... Inilah hadiah yang paling bermakna buat mereka; mengecapi kebahagiaan dan keselesaan bersama anak bujangnya ini... Aku rasa bertuah kerana aku berjaya membawa mereka keluar dari kemelut yang selama ini membelenggu keluarga aku... Alhamdulillah.............

      Photobucket
      Pandangan dari hadapan.... Inilah rumah aku.... :)


      Untuk mengetahui macam mana reka bentuk dan rupa bahagian dalam, sila rujuk entri aku yang lepas --> "Tinjauan"

      Nota kaki:-
      Pada sesiapa yang bercadang nak beli rumah tu, eloklah beli... Tak rugi kalau beli rumah ni... Kalau tak nak duduk, boleh sewa kan... Lagipun, melabur dalam hartanah memang menguntungkan!...

      Saturday, 12 July 2008

      Nasib baik aku sempat menyiapkan semua kerja2 aku malam tadi...

      Sampai aje di rumah semalam, terus aku bukak laptop dan sambung kerja2 aku... Menyemak dan meng'edit' bahan project paper yang dihantar oleh ahli kumpulan yang lain... Ini lah aku... Suka sangat buat kerja last2 minit... Dah dekat nak hantar, baru terhegeh-hegeh nak buat... Padahal, minggu lepas aku cuti panjang... Banyak masa!... Tapi masih lagi tak siap2...

      Memandangkan kerja banyak yang tertangguh, aku berjaga sepanjang malam... Dalam masa yang sama, hati masih lagi bersedih mengenangkan pemergian kakak angkat aku... Aku juga ada terima SMS dari kawan2 yang tidak boleh tidur malam... Semuanya terkejut dan sugul... Apa yang berlaku adalah diluar jangkaan kami... Tetapi kami redha qada' dan qadar Allah dan merelakan pemergiannya...

      Tadi aku ada test... Entah macam mana keputusannya, aku pun tak tahu... Fikiran agak sedikit terganggu dan persiapan aku untuk test kali ini tidak seberapa... Aku berharap aku menjawab semua soalan yang diberikan dengan baik... Rasa macam nak menangis pun ada apabila tangan aku kejang dan lenguh... Jari hantu kelihatan membengkak dan kemerahan akibat tekanan pen yang digenggam aku... Memang sejak dari kecil, ketika aku menulis, aku memang akan menggenggam pen/pensel... Kalau tak, rasa macam nak terlepas aje dari tangan aku ni...

      Kalau begini, aku tak dapat nak bayangkan ketika hari peperiksaan nanti... Rasa macam nak bawak laptop aje; taip semua jawapan dan print... Kalau tangan dah lenguh nak menulis, macam mane aku nak siapkan semua jawapan yang dikehendaki... Aku harus mencari jalan kerna nak harapkan laptop aku, teknologi negara kita belum sampai ke tahap yang membolehkan calon2 yang menduduki peperiksaan menjawab soalan secara online... Ada, memang ada tapi bukan untuk peperiksaan yang berasaskan huraian atau esei... Kalau ada, akulah orang paling gembira sekali!...

      Friday, 11 July 2008

      Aku amat sedih diwaktu ini...

      Kak angkat aku; Zuraidah Mohamed a.k.a Kak Ayu telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.50 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman kepada paru-parunya... Ianya berpunca dari bahagian yang ditebuk untuk rawatan kimoterapi dimana kuman telah masuk dan menyerang sistem pernafasan badan arwah...

      Mungkin kalian tidak tahu atau tidak membaca mengenai Kak Ayu aku sebelum ini... Sebenarnya, dia memang sakit... Sakit kanser dan sebelum ini aku ada buat beberapa entri mengenai dirinya (sila rujuk link dibawah untuk cerita lanjut)... Aku tidak sangka, hari Selasa yang lepas merupakan pertemuan kami yang terakhir... Itupun kerana dia menelefon aku, merayu supaya aku datang ke hospital menjenguknya... Katanya, dia rindu untuk berjumpa dan berbual denganku... Aku masih ingat lagi ayat yang keluar dari mulutnya, "Kau tak nak datang jumpa aku ke?..."

      Allah Maha Besar, memang Dia memberi peluang untuk aku berjumpa dengan arwah kakak angkatku ini... Ketika aku bertemu dengan arwah tempoh hari, dia kelihatan ceria, beransur sihat... Walaupun segala tiub terpasang ditangan dan badan, namun arwah masih kuat untuk bergerak kesana kesini... Seolah-olah dia sihat walafiat... Seperti biasa juga, dia mesti akan buat lawak sehinggakan kami tergelak berdekah-dekah...

      Apabila aku ingat dan kenang semula, terlalu banyak memori aku dan arwah kakak angkat aku ni... Kami bekerja di tempat yang sama dan tiap ketika, dia mesti akan singgah ke tempat dudukku untuk berjumpa denganku... Bercerita dan bertanya khabar... Malah, aku dengan anak2 nya juga cukup rapat...

      Kini semuanya tinggal kenangan... Bila aku teringat kenangan lalu, tanpa sedar airmataku tumpah begitu sahaja... Aku tidak tahu kenapa, tapi pemergiannya ini menyebabkan aku rasa kehilangan yang amat besar...........................

      Al-Fatihah buat arwah.........


      Dalam kenangan:-

      1)
      Pilu
      2)
      Happy Birthday, Kak Ayu
      3)
      Kunjungan (Kisah anak arwah yang nombor tiga... Baru berusia 2 tahun...)
      4)
      Baby Rihana (Kisah kelahiran anaknya yang bongsu... Baru berusia setahun, 2 Julai yang lepas...)
      5)
      Fatin Fakhira, Model Sambilan Yang Comel (Kisah anak arwah yang nombor dua...)
      6)
      Baby Aqil, "Baby Of The Year" (Kisah kelahiran anak arwah yang nombor tiga...)
       

      Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

      Theme by WordpressCenter.com.
      Blogger Template by Beta Templates.