Thursday 25 May 2006


Tarikh hari ini merupakan tarikh keramat.... Seorang putera dilahirkan ke dunia yang penuh pancaroba ini... Dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan didikan yang sempurna, akhirnya dia telah berjaya mengorak langkah membina cita cita dan membentuk kejayaannya sekarang... Kalau aku jadi ibu bapanya, semestinya aku berbangga dengannya...

Dia merupakan salah seorang rakanku... Kami agak rapat kerana mempunyai pandangan yang sama... Citarasa, sukar untuk aku cakap, mungkin berbeza kot... Tapi yang paling penting, sebagai salah seorang sahabat, aku dapat dia bagus dalam segala hubungan.. Seorang teman yang sentiasa ceria dan bertenaga... Tidak pernah sekalipun aku tengok dia menitiskan air mata mahupun meluahkan segala masalahnya kepada kawan yang lain... Betapa tegar hatinya....

Hari ini, adalah hari lahirnya... Sebagai tanda ingat, sambutan secara kecil kecilan telahpun dibuat disekitar Kuala Lumpur... Yelah, dah hari pun hari kerja.. takkan nak keluar dari KL lak kan nak celebrate birthday... Walaupun ringkas, tapi tetap bermakna... Lama gak kami hang out kat Shrooms, KLCC... Aku tak kisah kerana dia seorang kawan yang baik dan wajar dilayan istimewa hari itu...

Dalam masa yang sama, dapat juga rakan2 yang turut serta beramah mesra setelah sekian lama tidak bersemuka ! Elok gak tu...

Selamat Hari Lahir, kawanku... Semoga dikau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu... Insya Allah !
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.