Tuesday 30 May 2006

Hendak saja aku putarkan masa sepantas yang mungkin. Tak mahu aku melalui hari ini yang penuh dengan tanda tanya... Aku benci situasi begini... Tapi apakan daya, ianya dah pun berlaku..

Aku ingatkan, aku boleh mengawal keadaan tapi aku silap.. Mungkin tidak semua perkara atau lebih tepat aku kategorikan sebagai situasi dapat aku kawal... Ada juga situasi dalam kehidupan aku, aku sendiri jadi gundah gulana... Kelam kabut tak tentu pasal... Mungkin kerana perasaan kot, aku jadi begini... Entahlah, aku malas dah nak fikir... Semuanya aku serahkan pada yang Maha Esa... Dia lebih Maha Mengetahui apa yang terbuku didalam hatiku ini....

Ku berdoa agar aku diselamatkan dari perkara yang tidak di ingini... Ada banyak lagi benda aku nak kene settlekan jadi, aku perlukan konsentrasi... Tapi ada waktu, sukar untuk capai ketenangan dalam diriku ini...
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.