Thursday 12 October 2006

Aku terkejut bila aku dapat tahu pasal benda ni... Selama ini aku bukan tidak percaya pasal perkara perkara2 ghaib... Cuma pada aku, aku tak suka ambil pusing... Yelah, benda syirik ni kan perkara yang dimurkai Allah SWT... Tidak cium syurga kalau kita mengamalkannya...

Pagi tadi, aku buat kerja macam biasa... Cuma hari ini aku agak serius sikit... Memandangkan aku ada dateline yang nak kena kejar, aku harus memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian pada kerja kerja aku... Dalam aku tengah leka dan kusyuk tu, aku ditegur oleh kawan aku yang sorang ini... Akak ni memang baik dengan aku... Duduk pun berhampiran dengan aku... Selalu gak aku berbual dengan dia... Macam2 perkara yang kami bualkan; baik dari segi kerja mahupun pasal hal2 keluarga... Aku senang bercerita dengan dia dan dia pun suka berbual dengan aku... Kami ni kira dah macam adik beradik dah...

Dia tegur aku, tanya kenapa aku serius sangat dan macam tak happy aje hari ini... Aku terkejut dan ketawa bila dia cakap macam tu... Terus aku jawab aku tak de ape ape... Ok saje sepanjang masa... Tiba2 dia bertanya pada aku satu soalan yang aku sendiri tak boleh nak jawab... Tergamam aku seketika... Nak kata aku tak percaya, tak gak sebab dari apa yang dia cakap tu, memang pernah aku alami... Nak kata percaya sangat tu, benda2 macam ni sukar untuk kita terima menggunakan akal sebab tak nampak...

Persoalan yang dikemukakan merupakan perkara2 ghaib ni lah... Dia tanya aku, aku OK tak? Ade tak aku sakit2 ke... Rasa macam tak senang hati ke... gelisah ke... nak marah ke...

Pelik, seingat akulah selama ini, aku tak de lak macam tu... Aku tanya dia balik, aku macam tu ke selama ini? Dia cakap tak... Then, aku rasa lega sebab aku dah menjawab soalan dia... Dengan hati yang ingin tahu, aku tanya dia semula, kenapa dia ajukan soalan itu? Apa sebabnya? Ada yang tak kena ke?

Then, bermulalah cerita yang sebenar... Dia cakap, sebenarnya memang ada benda tak sedap berlaku kat dia... Katanya lately ni dia selalu tak sihat... Selalu sakit dan tak sedap badan... Biasanya kalau kita tak sihat ke ape, kita akan gi jumpa doktor... Check dan ambil ubat... Nie dah banyak doktor dia pergi, dah buat check up semua tapi doktor kata dia tak de ape ape... Sihat walafiat... Sistem dalam badan semua berfungsi macam biasa... Pelik kan? Kalau sihat, kenapa rasa tak selesa dan sakit2 ??? Tu yang ada musykil sikit tu... Hendak dipendekkan cerita, akak ni telah dikunjungi seorang pelanggan (akak nie memang ade kedai makan kat Kampung Baru) yang datang ke kedainya... Bila dia sampai tu, dia terkejut melihat akak ni... Seolah olah macam nampak hantu aje... Akak ni pun pelik dan tanya ada benda yang tak kena ke? Jadi orang nie pun bagitahu lah kat dia... Dia ni kira berilmu gaklah... Akak ni cakap dia pandai ubat orang yang 'sakit'... So, explain punye explain, akak ni jadi tak senang duduk... Rasa risau dan takut yang teramat sangat... Rupanya, akak ni dah terkena sihir orang yang dengki dengan dia... No wonder dia selalu sakit sakit... Pernah sekali tu, dia MC 3 hari berturut turut... Kesian aku kat dia...

Orang nie bagitau kat akak ni yang ada orang dengki dan tak puas hati dengan dia... Kesnya bermula bila akak ni dapat habuan sebulan gaji atas pencapaian baiknya tahun lepas... Jadi, bila dia dapat, ada orang tak puas hati dengan dia... Aku pun tak paham kenapa mesti ada orang tak puas hati sebab aku tengok akak ni kerja memang bagus! Tip top... Tak ada outstanding... Entah apa yang dia dengki sangat, aku pun tak tahu... And then, akak nie pun ceritalah kat aku yang orang nie bukan saje nak sihirkan dan dengki dengan dia... malah dia sebenarnya nak tujukan pada dua orang... Satu pada kakak ni dan satu lagi..... Pada AKU !

Astaghrafirullahhh.... Terperanjat aku! Seriau darah aku sekejap... Lutut jadi lembik dan aku macam tergamam... Selama aku hidup, tak pernah2 orang nak kenakan aku... Nak buat benda tak baik pada aku... Kenapa tiba2 saja aku pun dibabitkan sama? Jenuh aku memikirkan tentang perkara ini... Apa sebab musababnya... Bila aku kenangkan balik, mesti kerana perkara yang sama... Masakan ada benda lain?... Aku bukan jenis bangsa suka kacau orang... Bukan pula jenis bangsa dengki mendengki... Malah, aku cukup rapat dengan ramai orang... Takkan ada juga manusia yang tidak berpuas hati dengan aku?

Akak ni bercerita, orang tu memang dah aim akak ni dan aku... Tapi, sihir tu tak menjadi kat aku tapi akak ni dah terkena tempiasnya... Tu yang dia jadi sakit... Mungkin baru permulaan kot... Akak tu cerita, ada orang 'tabur tabur' kat kawasan tempat duduk kami... Mujur akak tu cepat berubat dan sekarang syukur, Alhamdulillah keadaan kembali normal...

Aku bercerita pada mak aku mengenai perkara ini dan mak begitu terkejut... Dia telah berpesan supaya aku sentiasa berdoa dan mendirikan solat sunat supaya dijauhkan daripada segala perkara tak baik... Dia ada memberikan aku sepotong ayat dari Al - Quran dan meminta supaya aku sentiasa mengamalkannya... Terima kasih, mak...

Sekarang, aku lebih berhati hati dengan orang... Keadaan begini banyak memberikan pengajaran dan kesedaran pada aku dalam mengenal hati budi manusia... Itulah orang cakap, rambut sama hitam, tapi hati lain lain...
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.