Monday 9 October 2006

Subhanallah... Perasaan risau aku membuak buak dihati... Aku lihat keadaan diluar, kelam kelabu... Satu benda pun aku tak nampak... Aku risau, takut takut keadaan begini berterusan sampai bila bila...

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Aku terfikir, bagaimanakah semua ini boleh berlaku... Memang aku akui, sebelum ini pun pernah juga kejadian/keadaan ini melanda bandaraya besar macam Kuala Lumpur ini, tapi tak delah sampai teruk macam ini... Sah! Ini semua angkara dan perbuatan manusia juga... Merosakkan harta dan kurniaan Allah SWT... Lama kelamaan, semakin sukar untuk kita hidup dengan selesa... Waktu itu, barulah nak terhegeh hegeh menyesali apa yang telah dilakukan selama ini...

Photobucket - Video and Image Hosting

Keadaan semakin buruk selepas pukul 9 pagi...

Jerebu yang melanda Kuala Lumpur malah hampir keseluruh kawasan dalam Semenanjung mahupun Sabah Sarawak semakin buruk... Hari ini saja, Index Pencemaran Udara telah merekodkan catatan tinggi (hampir 100) untuk kawasan Lembah Kelang... Sedikit masa lagi, kalau ini tidak dipantau, kemungkinan besar darurat akan di istiharkan... Macam beberapa tahun yang lepas, di Pelabuhan Kelang semua diarahkan duduk dirumah gara gara jerebu yang teruk... Adakah semua ini akan berulang lagi???

Photobucket - Video and Image Hosting

Bila bercakap mengenai jerebu, ramai pihak yang menuding jari menyalahkan orang lain... Sukar untuk kita menentukan siapa yang sepatutnya dipertanggungjawabkan... Bila kita bincangkan isu ini, orang ini kata, pihak sana yang sepatutnya berbuat sesuatu... And then, pihak sana pulak mempertikaikan bahawa pihak disini pun bertanggungjawab juga... Macam mana nak selesai kalau macam ni?... Dari pengamatan aku, masalah ini sebenarnya masalah bersama... Masalah global... Bukan masalah sebelah pihak saja... Banyak negara yang terlibat... Kalau hendak semua ini diselesaikan, kita semua harus duduk semeja dan berbincang bagaimana caranya kita dapat selesaikan masalah ini... Bukan ‘main bola sepak’....

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Masa aku sampai office awal pagi tadi, aku lihat langit mendung... Macam nak hujan... Tapi sebenarnya bukan nak hujan tapi langit telah dilitupi dengan asap jerebu yang tebal... Bayangkan betapa teruknya keadaan... Aku tengok, terus aku jadi sesak nafas... Nasib baik aku kerja dalam pejabat... Kalau kerja kat luar, macam mane? Aku kesian dengan those people outside tu... Macam manalah keadaan dia orang...
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.