Friday 24 November 2006

Lega rasanya bila semuanya sudah selesai... Sejak dua hari yang lepas, aku banyak bergerak kesana kesini menyelesaikan macam macam perkara dan hal yang tertunggak... Penat dan letih... Tidur pun dah tak betul... Lewat malam, baru mata boleh pejam... Pastu, awal pagi dah terjaga semula... Adakalanya, kepala sampai pening... Ape boleh buat, begitulah kehidupan aku hari hari ini... Aku cuma boleh rehat pada hari Sabtu dan Ahad saja... Itupun bergantung kepada keadaan... Kalau ada majlis @ program, lagilah aku tak boleh nak rehat sangat... Contohnya macam hari ini... Aku telah ditugaskan untuk menguruskan seminar berkaitan dengan department aku... Yelah, company aku tengah sibuk dengan merger dan sebagainya, so Head of Department nak buat briefing dan sesi suai kenal dengan staff2 dari MNI dan Takaful Nasional... Untuk merealisasikan tujuan ini, seminar telah dirancang dan diadakan... Ground work memang dah lama dah dibuat... Cuma semalam dan hari ini adalah hari pembentangan isi kandungan dari semua ketua bahagian kepada staff2 yang terlibat... Dulu department aku cuma ada dalam 35 orang saja tapi selepas merger, jumlahnya meningkat hampir 2 kali ganda kepada 110 orang!! Waduhhh.... Ramai tu !...
Photobucket - Video and Image Hosting
Kertas kerja yang aku siapkan untuk briefing kali ini...
Anyway, padanlah Head of Department tu nak buat briefing sebab kalau nak panggil sorang2 untuk explain dan brief, alamatnya sampai 2, 3 tahun pun takkan habis... Pulak tu, masa memang agak kritikal sebab next month dah nak masuk tahun baru; kami pulak akan berpindah lokasi... Banyak perkara yang hendak diuruskan... Untuk mengelakkan daripada tertangguh, perancangan teliti telah dibuat dan dilaksanakan... Bagus jugaklah start awal, at least tak delah kelam kabut bila tiba masanya... Semalam dan hari ini, aku jadi pengerusi majlis untuk briefing tu... First time aku berada dihadapan rostrum mengelola majlis... Well, sebelum ni aku pernah lah jugak handle majlis tapi kebanyakkan majlis tidak formal... Belum pernah aku handle majlis yang berprotokol nih... Big boss dan CEO pun hadir sama... So, hendak tak nak, kenalah buat betul2... Bila dah sudah tu, aku rasa lega yang teramat sangat... Syukur, alhamdulillah semuanya selesai tanpa aku menghadapi sebarang masalah... Dalam masa yang sama, aku mengenali ramai rakan2 seperjuangan dari MNI dan Takaful Nasional... Mereka semuanya OK dan tak sabar sabar untuk berpindah dan bekerja dibawah satu bumbung... Untuk mereka, selamat datang ke Kumpulan Maybank dan selamat bekerjasama...

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.