Saturday 18 November 2006

Bila kita bercakap soal CINTA, pasti kita akan fikir tentang hati dan perasaan... Begitulah juga kalau topik NAFSU diketengahkan... Pasti ada diantara kita akan terfikir tentang perasaan halus yang terbit dari hati atau keinginan untuk sesuatu (biasanya yang dapat memuaskan hati kita)... Today, aku keluar dan jumpa dengan member baik aku... Katanya, ada perkara penting yang ingin dibincangkan... Sounds really serious... I wonder, what is going on? Dia OK kah? Sakit kah, atau ditimpa masalah???... Otakku ligat berfikir... Sememangnya fikiran aku melayang dan teringat perkara yang bukan bukan... Biasalah aku, a man with curiosity... Heheheheeee... Seperti yang dijanjikan, kami menghabiskan waktu petang bersantai di beranda rumah... Tempat yang paling sesuai untuk menghirup teh dan menikmati juadah minum petang... Suasana agak nyaman dan tenteram dan petang kami bermula dengan pelbagai cerita menarik... Mengenai tempat kerja, mengenai keluarga... Kisah kawan kawan dan orang disekeliling sehinggalah ke hal hal peribadi... Aku agak terkejut bila member aku mula bercerita tentang hal CINTA... Topik yang jarang dibincangkan dengan orang lain... Bagi aku, kisah CINTA adalah kisah peribadi dan cuma certain certain people aje yang boleh mengetahui tentangnya... Yes, mungkin dengan kawan baik, kita boleh bercerita tentang cinta tapi adakalanya kita kena berhati hati sebab sebagai manusia, tidak semua diantara kita yang ikhlas untuk mendengar cerita CINTA kita... Takut silap haribulan, kepoh pulak satu kampung kisah CINTA kita dijaja... Susah kalau hati dah suka... Buatlah macam mane sekalipun, jika kita nak, kita mesti hendak dapatkannya... Cerita kawan aku ini berkisar tentang keinginannya untuk memiliki apa yang dihajati hati... Memang lumrah, jika hati dah suka, buat apa nak tunggu lama? Go ahead ajelah... Aku pesan kepadanya (kawan baik aku), jika benda baik, eloklah tu... Pastinya kedua orang tua pun tidak akan menghalang... Lagipun, usia dah semakin meningkat... Bila lagi nak berumah tangga? Cewahh... Aku bercakap seperti aku ni orang yang berpengalaman lak... Aku, kawin pun belum, senang2 aje nak nasihatkan orang... Hehhehhee.. Tapi sebagai kawan rapat, aku rasa tidak salah jika aku memberitahu dan mengingatkan dia kan... At least, aku dapat membantu dirinya untuk membuat keputusan... Apa yang tak syoknya, pilihan hatinya itu bukannya serius untuk menjalinkan hubungan dengannya... Apa yang dia lakukan selama ini adalah sekadar untuk mengisi kekosongan dalam hidupnya saja... Kawan baik aku sendiri yang bagitahu bahawa ramai kawan2 sepejabat sudah menasihati dirinya tentang siapa sebenarnya insan yang diminatinya itu... Jelas, dia bukanlah dari golongan yang jujur dan setia... Bagi kawan aku, memang sukar untuk menolak kerana dia seorang yang memenuhi citarasa insan yang dicarinya selama ini... Berpewatakan menarik, bijak, berketrampilan dan sebagainya... Dengan hati yang agak berat, aku cuba menyatakan pendapat dan pendirianku tentang apa yang telah diceritakan... Bagi aku, orang sebeginilah yang harus dielakkan dalam menjalinkan hubungan sebab mereka akan membuat diri dan hidup kita merana... Apalah gunanya ciri2 yang menarik kerana itu adalah pada zahirnya saja... Sesuatu yang tidak akan kekal lama... Namun, semua ini sukar untuk aku sampaikan kepada kawan baik aku kerana bila hati dah suka dan sayang, semua yang buruk akan jadi baik, yang pahit akan jadi manis dan sebagainya... Pokoknya, jika hati tidak kuat, kita akan terus hanyut dibuai nafsu yang sentiasa bermaharajalela... Aku cuma berdoa akan kawan baik aku diberikan petunjuk dariNya... Semoga dia akan beroleh kebahagian dengan jalan yang dipilihnya...

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.