Saturday 11 November 2006

Manusia hari ini suka bersangka - sangka Ada sangkaan yang baik... ada sangkaan yang buruk...
Orang beribadah disangka riak Orang yang relax disangka malas Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk - nunjuk Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina) Orang yang makan banyak disangka pelahap Orang yang makan sikit disangka diet Orang baik disangka buruk Orang buruk disangka baik Orang senyum disangka mengejek Orang masam disangka merajuk Orang bermuzakarah disangka mengumpat Orang diam disangka menyendiri Orang menawan disangka pakai susuk dan buat suntikan 'botox' Orang nampak ceria disangka membela
Mana tahu, yang diam itu kerana sedang berzikir kepada Allah... Mana tahu, yang senyum itu kerana bersedekah... Mana tahu, yang masam itu sedang mengenangkan dosa dan kesalahan... Mana tahu, yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya... Mana tahu, yang ceria itu kerana cergas pemikirannya... Jauhi sikap bersangka - sangka kerana ia bakal merosakkan dan memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu yang dimakan api... Sesuatu benda yang kita lihat, macam macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung bagaimana kita melihat dan mentafsirnya Sumber : Rie Online (www.rieonline.netfirms.com)

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.