Sunday 17 June 2007

Ponek pakcik tau! Lotih bonar dah ni... Tapi penat2 pun, rasa enjoy gak... Seharian aku tak pergi mana2 kecuali kerumah kawan aku yang sorang ni... Memang dah promise ngan dia yang aku nak datang... Kalau ikut perancangan asal, aku dan seorang lagi rakan akan mengecat rumah dia... Al-maklumlah, rumah bujang... Masa pindah dulu pun, macam cowboy... Takde barang sangat... Masuk pun macam tu aje... Takde proper ceremony... La ni, dah dekat 5 tahun dah dia pindah duduk sendiri... Kalau masuk rumah dia ni, macam mane rumah tu baru siap, macam tulah keadaannya sampai kehari ini... Cuma perbezaannya, suasana tu dah kusam sikit sebab dinding dah berhabuk... Dia pulak, jenis yang malas berkemas (orang bujangla katakan), jadi kalian bayangkanlah bagaimana keadaan rumah dia ni... Aku sendiri pun pening kepala dan sakit mata bila masuk! Sorry yek, aku bukan ler nak mengata... Tapi kalau dibandingkan antara rumah dia nie ngan rumah kawan aku yang sorang lagi tu, jauh sangat bezanya... Walaupun kedua duanya bujang, tapi memang ketara sangat... Anyway, aktiviti mengecat bermula pada waktu pagi membawa ke petang... Aku tak leh nak stay lama sebab tuan rumah ada hal... So, sempatlah siapkan mana yang patut... Masa mengecat tu pun, cuma aku dan member sorang lagi je yang buat... Tuan rumah cuma duduk dan tengok aje... Katanya "I tak reti nak mengecat ni... Arahkan orang nak cat I memang pandai !!" Hampehhhhhhh!
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.