Friday 15 June 2007

Suasana suram menyelubungi kawasan perkarangan dewan serbaguna office aku... Hari ini, aku dan kawan2 satu department mengadakan satu jamuan ringkas khas buat officemate aku yang sorang ni... Dia ni dah nak berhenti dah... Aku tak pasti selepas ni dia akan sambung kerja kat mana tapi yang pasti, dia telah berkhidmat dengan syarikat tempat aku bekerja selama 7 tahun! Agak lama juga kan?... Dari apa yang aku tahu, ramai kawan2 yang seangkatan dengan aku sebelum ni mengundurkan diri... Sorang demi sorang meninggalkan syarikat... Kadang2 tu rasa sedih gak sebab dia orang ni semua dah lama bekerja kat sini... Rata2 nya dah lebih dari 5 tahun... Macam aku, aku kerja dah lebih 10 tahun, ade kawan2 aku dah 15 tahun, 20 tahun pun ada! Semuanya kira senior dah... Kami nie kira dah expert dan dah biasa dengan operasi syarikat... Tahu selok belok dan orang kat dalam syarikat... Tapi sekarang, satu persatu berhenti... :( Majlis yang diadakan simple aje... Sekadar minum petang... Aku tak sempat nak handle majlis yang grand2... Masa pun takde... Dari 8.45 pagi sampailah 5.45 petang, hampir kesemua diantara kami memang sibuk... So, peluang yang ada cuma hari Jumaat ajelah sebab kami boleh balik awal... 4.45 petang dah boleh blah... So, that's the best and available time untuk aku buat majlis perpisahan ni... Selalunya aku buat waktu lunch tapi terlalu singkat... Kali ni, aku buat mana yang sempat ajelah... Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar... Dari mula orang datang, sehinggalah bagi ucapan, penyampaian cenderamata dan makan makan... Ada satu ketika tu, aku rasa serba salah gak sebab aku perasan, one of my colleague nie dah rasa sedih... Mata dah merah... "Menangis kah??? Alamakkkk....." Aku tak sangkalah dia boleh terasa sampai macam tu sekali... But it is normal sebab bila kita bekerja bersama sama selama bertahun tahun lamanya, kita akan jadi rapat... Dan bila dah rapat, wujud satu ikatan yang akrab antara kita dengan orang tu... Bila orang tu berhenti, of course kita akan rasa sedih... Kalau aku, aku pun akan rasa begitu... "Abg Yan, I'm so sorry... I hope you OK".... "To Karamjit, Good Luck to you! Jangan lupa kami disini... Rajin2 lah contact dan datang melawat...."

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.