Thursday 9 August 2007

Aku tak sempat nak buat entry ni sebelum ni... Tengah sibuk giler sekarang!... Dua hari yang lepas, kat office aku telah berlangsung satu konsert yang dianjurkan Jabatan Shariah... Konsert yang diberi nama "Konsert Kesenian Islam" ini telah dijayakan oleh seorang artis merangkap pendakwah tempatan iaitu Ustaz Akhil Hayy... Mungkin ada diantara kalian yang pernah dengar nama ustaz ni dan ada yang tidak...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aku suka dengar lagu2 yang dihasilkan dalam albumnya... Penuh keinsafan dan pengajaran... Dari segi persembahan dan suara, memang Ustaz Akhil tiada tandingan... Sedap bila mendengar alunan suaranya itu... Satu office datang dan menyaksikan konsert yang berlangsung dekat hall office aku ni... Sampai tak muat ruang hall tu nak menampung sejumlah 500 lebih tetamu yang hadir... Maklumlah, masuk pun free, jadi berpusu - pusu lah orang yang datang... Pulak tu, mereka semua dapat berehat dan bersantai sambil menikmati hiburan yang berteraskan keislaman ini... Yang aku tak sangka, mereka2 yang bukan Muslim pun datang sama... Ramai yang memuji persembahan Ustaz Akhil dan mereka merasakan satu keseronokan bila mendengar irama yang didendangkan... Syukur, konsert berlangsung tanpa sebarang masalah... Dan aku berharap agar aktiviti begini dapat diteruskan dimasa yang akan datang, Insya Allah...
P/s:-
Aku mohon maaf sebab tak ambik gambar... Kamera tiada dalam tangan... :)

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.