Wednesday 8 August 2007

Early in the morning, aku dah kene 'kuliah' dengan boss aku... To certain people, it's a worst nightmare... But to me, I can accept it... Aku tak kesah sebenarnya kalau bosses nak nasihatkan aku... Aku boleh terima dengan hati terbuka... Pulak tu, dah memang kerja dia orang untuk mengurus (bukan menguruskan badan ye... :) ) dan mengawalselia pencapaian kakitangan dibawahnya... Standardlah tu kan... Cuma aku tak sangka, sesi perjumpaan yang sepatutnya sekejap, boleh jadi lama... Sampaikan isu peribadi turut disentuh... Aku pun terfikir gak, "eh... ni nak cakap pasal ape ni yek?..." Actually, masa boss aku panggil tu, dia nak cakap something about my position in the department... Memandangkan aku join her unit baru 3 bulan, dia risau kalau aku merungut dengan tugasan yang diberikan... Dia takut, aku akan komplen dengan management menyatakan tugas yang diberi tidak setimpal dengan jawatan yang aku pegang... Well, actually dia silap percaturan sebab aku bukanlah jenis yang suka memilih kerja... Apa yang supervisor aku bagi, aku buat aje tanpa sebarang bantahan dan bangkangan walaupun aku tahu dan sedar semua itu bukan dibawah bidang kuasa aku... Lagipun, aku selalu fikir, buat apa nak berkira kerja sebab at the end, tiada siapa yang akan buat dan kerja takkan selesai... Eloklah kiranya aku ambil risiko dan tanggungjawab tersebut dari awal... Bila semua siap, semua orang lega dan happy... And then, dari pengamatan aku, bukannya aku tak boleh buat kerja tu... Aku pernah alami situasi kerja yang jauh lebih teruk dari tu... So, ape yang nak dibimbangkan? Tambahan pula, it's a good platform for me to learn and build up my knowledge as well as my skills... Nothing to loose, actually... So, cakap punya cakap, rupanya dia nak promote aku naik pangkat... Siap tunjuk lagi correspondance dia dengan Bahagian Sumber Manusia untuk proses kenaikan tu... Dalam hati aku, of course la happy giler sebab after 10 'wonderful' years of working here, barulah ada orang 'nampak' dan appreciate usaha aku... Kalau sebelum ni, banyak yang manis mulut aje... Action, hampas! Boss aku ni bagus, aku suka cara dia menerangkan pada aku apa yang dia rasa... Walaupun dia perempuan, dia tak emosional macam sesetengah lady boss yang pernah aku jumpa... Dia siap bagi amanat, minta aku jaga reputasi aku dalam syarikat... Lately ni, reputasi aku agak sedikit tercalar gara2 ada orang tidak berpuas hati dengan aku... Standardlah, mesti ada orang tak senang dengan apa yang kita miliki... Pasti mereka akan mencari kesilapan untuk menjatuhkan kita... Tulah kalau dah bekerja dalam syarikat yang ramai kaum @#%^&* (aku tak nak sebut, korang paham2 sendirilah...) Perasaan dengki mendengki dan busuk hati tetap ada... So kalau macam ni, macam mana kita nak maju??? Al-kisah, hamba Allah ni gie bagitahu kat boss aku ni, aku selalu mengular kat floor lain... Aku pun peliklah, macam mane boleh keluar statement ni? Padahal, aku memang sentiasa ada kerja... Yes, aku akui memang aku banyak bergerak ke tingkat lain tapi semua itu atas kapasiti kerja dan kalau tak pun, aku gie tu sebab orang perlukan bantuan aku... Dah orang panggil, takkan nak buat bodoh aje??? Tulah manusia, suka sangat berprasangka tanpa menyiasat terlebih dahulu... Last2 orang lain jadi mangsa... Aku tak cakap pada boss aku situasi sebenar SEBAB aku tahu apa yang aku buat... Macam yang kawan2 aku cakap, "memang susah nak jaga hati semua orang, apatah lagi nak memenuhi kehendak masing2"... Setakat ini, aku cuma buat mana yang terdaya dan termampu sahaja... Yang selebih itu, pandai2 la korang nak hidup... Rasa terharu bila boss aku sampaikan amanat pada aku dimana sampai diwaktu ini pun masih lagi terngiang ngiang dikelopak telinga.... "Bekerjalah kerana ALLAH dan BUKAN KERANA MANUSIA... Insya Allah, kita akan selamat dunia dan akhirat serta mendapat berkat!"... Actually, ada a few lagi amanat yang diberikan, tapi aku rasa ianya terlalu peribadi untuk dikongsi disini... Kalau cerita, mahu berderai airmata nih... :) Terima kasih kepada boss aku dan aku berdoa agar aku dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dariNya... Amin...

3 comment:

Unknown said...

klu kita keje dgn ikhlas.. insyaallah ade ganjarannye..

uMIe MieSYa said...

Baiknya majikan reez.. umie dah keje dgn 3 buah kampeni. tp sume bekas2 majikan umie jenis perosak mental staff2 dia... :D

Pepon, allah bersama orang2 yg sabar n benar.. so, reez jangan takut la setakat fitnah yg tak berasas oleh si 'hamba allah' tu.. :)

Acaii Jawe said...

sabar reez, asam garam kat tpt kerja mmg camtu,hehe..emm, leceh gak ek kalau bos pompuan,hehehe..acai tak penah ada bos pompuan..:)

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.