Tuesday 7 August 2007

Kenapa ya, manusia sekarang suka mengambil kesempatan diatas sesuatu yang bukan hak milik mereka? Kenapa mesti mempergunakan segala tipu helah asalkan keinginan dan nafsu dalam diri tercapai??? Kalau di ikutkan, memang aku tidak hairan dengan semua ini... Apatah lagi zaman sekarang dimana ramai diantara kita sentiasa berlumba lumba untuk memenuhi kehendak dan hawa nafsu dalam diri masing2... Zaman semakin moden, maka secara tidak langsungnya, segala isi kandung didalamnya juga turut berubah... Siapa yang mengubahnya?? Kitalah... Aku terbaca satu artikel dalam e-mail yang aku terima dari seorang rakan mengenai isu HL Group ingin memindahkan tapak asal Universiti Malaya ke Sepang... What??!! Giler ape dia orang ni... Dia orang sedar ke tak ape yang nak pindahkan tu? Ingat itu rumah setinggan ke yang kau boleh sesuka hati nak pindahkan??? Alasan yang dia orang berikan, sebab nak majukan tapak UM tu sebagai pusat komersial terhebat dipinggiran Kuala Lumpur... Non-sense!! Jelas sekali masing2 mempunyai kepentingan untuk memenuhkan poket sendiri... Hanya fikir tentang keuntangan dan kekayaan semata mata... Sikit pun tak pernah puas dengan apa yang dimiliki sampaikan salah satu khazanah negara pun nak ditibainya... Nasib baik Professor DiRaja Ungku Aziz dan seorang bekas pensyarah terkenal UM membangkang sekeras kerasnya cadangan pemindahan itu... And we are lucky, Pak Lah has AGREED and say 'NO' to the proposal... Alhamdulillah... Bukan cerita ini yang ingin aku ketengahkan sebenarnya, but there is something I want to share with you... Something similar like the above scenario... Masa aku tengah selak fail pelanggan yang bertimbun depan meja, aku tertarik dengan satu kes ni... Kalau aku cerita, rasanya mahu sampai esok pun takkan habis... But here, I'll summarize the whole story for you... Aku nak tergelak pun ye, marah pun ye... Terkilan dan rasa tak sangka dengan apa yang aku baca dari fail pelanggan ni... Actually, pelanggan ni ada buat satu tuntutan kemalangan diri dengan syarikat aku... Dia memang ada beli polisi insurans dimana pelan yang ditawarkan ialah 100% untuk dirinya sahaja... Obviously, insurance will only cover himself and not for other person around him... Eventhough your family members are not entitle for any benefits if accident occurs unless you can prove you are the beneficiary... Dipendekkan cerita, mamat yang sengal ni bawak ler awek dia gie jalan2, sampai tengah pagi buta baru nak balik... Berdasarkan laporan polis yang dia buat, dia hantar awek dia balik kerumah dalam pukul 2.30 pagi camtu (ape ke benda dia buat sampai pukul 2 pagi baru nak balik??)... Sampai kat rumah awek ni (apartment somewhere around Damansara) dia orang berdua ni telah dipau oleh 2 orang mamat Indon kat situ... Biasanya, kalau kene pau, kita masih lagi boleh lawan tapi dalam kejadian yang mamat ni alami, 2 mamat Indon tu bersenjatakan parang dan mengugut kalau tak ikut arahan dia orang... Yang lawaknya, bila dah jadi macam tu, mamat ni boleh memboloskan dirinya dan terus melarikan diri seorang diri meninggalkan awek dia sorang2... Katanya, nak lari untuk dapatkan bantuan, tapi aku gerenti mamat tu takut... Dia siap cakap, dia tinggalkan awek dia ngan mat Indon tu selama 30 minit (waduhhh.. lama tuh!!!)...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Keratan laporan polis yang dibuat... Macam2 'rencah' diletak supaya kejadian nampak real...
Kalau akulah awek tu, dah lama dah penampar ni melekat kat pipi mamat nih! Ape ke jadah dia tinggalkan girlpren sorang2 ngan criminal diwaktu pagi buta dan gelap gulita tu? Buatnya kene rogol, kene bunuh macam mane? Pastu, bukan dia datang balik nak selamatkan awek dia, awek dia sendiri yang pergi carik dia!!! Bengong, jantan jenis ape ni??? Yang aku geram dan marah, dia boleh demand nak tuntut kerugian yang dia alami malam tu dengan company aku... Ape kes??? Kau tak cedera ape2 pun... Jangan kata cedera, luka sikit pun takde langsung, ada hati nak tuntut kerugian?... Yang cederanya, awek kau bukannya kau...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Keratan borang tuntutan yang di isi mamat sengal ni... Eh, ini dia yang cedera ke, awek dia yang cedera???
Dari rekod, aku dapat tahu yang dia banyak kali call marah2 kenapa claim dia tak bayar... Memang padanla tak bayar sebab bukan kau yang mengalami kerugian... Awek kau yang kena (which is takde kaitan dengan polisi insurans kau)... Lainlah wife kau dan memang ada ikatan dengan diri kau... Gitulah perangai pelik manusia zaman sekarang... Last2 aku tengok, claim tu berbayar jugak... Entah ayat apa dia guna sampai boleh dapat tuntut balik, aku pun tak tahu... Tapi kalau aku yang handle kes ni, sorrylah aku nak tolong... Obviously kau mempergunakan syarikat aku untuk tuntut bayaran pampasan yang bukan hak engkau... Aku tak fikir mamat ni dapat duit claim, dia serahkan pada awek dia... Pulak tu, amaun melibatkan ratusan ringgit, banyak beb... Takkan nak bagi begitu aje kat orang lain???

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.