Baru2 ini, aku sempat memuat turun satu perisian yang selama ini aku ingin guna... Adobe Photoshop CS2...
Mungkin ada diantara kalian pernah menggunakan perisian ini, mungkin ada yang tidak... Sebenarnya, perisian ini sangat berguna bagi mereka2 yang bekerja dengan gambar dan grafik... Perisian ini memudahkan mereka untuk menukar, mengubah, memperbetulkan dan sebagainya gambar atau grafik yang sedia ada... Semuanya dihujung jari pengguna tersebut... Apa sahaja yang dikehendaki, semuanya boleh dilakukan tanpa sebarang masalah...
Kalau kita rasa sesuatu gambar itu cacat, gelap/blur ataupun senget, kita boleh adjust dengan menggunakan Photoshop ini... Misal kata, bila sesuatu gambar itu diambil dan kita merasakan ada yang tidak kena dengan gambar tersebut, perisian Photoshop ini dapat membantu menyelesaikan permasalahan kita... Hebat, bukan?...
Sebenarnya, perisian Adobe Photoshop ini bukanlah sesuatu yang sangat baru didalam dunia IT... Memang perisian ini sudah lama berada didalam pasaran dan aku rasa sudah ramai yang menggunakannya... Ianya bukan sesuatu yang sangat asing... Malah, versi yang aku muat turun ini pun adalah versi yang agak lama (CS2) jika dibandingkan dengan versi yang paling terkini di pasaran iaitu CS3...
Bagi aku, perisian ini merupakan sesuatu yang baru dan harus aku miliki... Masa memula dapat tu, jakun la sekejap... Sampai tak tidur malam gara-gara mencuba perisian ini... Aku akui, sampai sekarang aku masih belum mahir menggunakannya... Tapi aku tak pernah rasa bosan untuk terus mencuba... Terima kasih pada adik angkat aku kerana memberi pinjam CD muat turun Adobe Photoshop ini... Aku sangat menghargainya...
Aku pernah lihat dia menggunakan Adobe Photoshop ini... Begitu ligat tangannya mengetik tetikus yang berada diatas meja komputernya... Pantas, tanpa henti... Kadangkala, aku rasa pelik... Bagaimana dia boleh mahir menggunakan perisian ini... Kalau di ikutkan, dia bukan ada kelayakan atau pengetahuan dalam IT atau pembangunan perisian pun... Aku yang dah lama guna komputer ni pun, masih lagi terkial-kial...
Memang benar kata2 orang tua; "alah bisa tegal biasa"... Bila kita mencuba berkali-kali, perkara yang susah akan jadi mudah... Kita akan ketahui pelbagai perkara bila kita mula menggunakannya... Aku rasa sangat bertuah kerana dapat menggunakan pelbagai perisian canggih ini... Jika dibandingkan dengan zaman dahulu, komputer pun tak ada... Semuanya terpaksa dilakukan dengan tangan... Kalau silap, buat la lagi sekali dari awal...
Sunday 11 May 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comment:
photoshop mmg telah berjaya membantu ramai orang dalam merekabentu grafik
Benar tu Wan....
Saya teramatla setuju dengan pendapat awak...
Cuma kadang2 saya terfikir, kalau orang asing boleh menghasilkan perisian yang begitu canggih ini, kenapa kita sbg anak Melayu dan orang Asia tidak boleh?
Saya berharap agar ada dikalangan orang kita boleh mencipta dan menghasilkan sesuatu yang boleh diguna pakai masyarakat dunia...
Saya amat yakin dengan kemampuan orang kita...
Terima kasih kerana bertandang ke blog saya yang tidak seberapa ini...
Salam hujung minggu..
:D
Post a Comment