Thursday 1 May 2008

Sempena Hari Buruh se-Malaysia hari ini, aku bercadang untuk tidak kemana-mana... Kali ini, aku ingin menghabiskan masaku bersantai dirumah... Dah lama aku tidak melakukan aktiviti2 peribadi bersama-sama dengan ahli keluarga aku... Selalunya, bila tiba hari cuti umum, aku memang sibuk dengan program2 diluar... Ada saja member2 aku yang mengajak untuk kesana kesini... Aku pula, pantang diajak... Panjang saja langkah kaki mengikut mereka2 semua... Hehehe.... Rasa seronok bila duduk bersama mak dan adik beradik yang lain... Berbual dan bercerita tentang kisah masing... Kadang kala, kami tergelak berdekah dekah bila keluar cerita2 lucu... Alangkah bahagianya kami... Bukan selalu aku dapat merasai semua ini... Orang sibuk seperti aku, jarang mempunyai masa... Kalau tak kerana kerja, aku perlu menghadiri kelas... Inilah satu2 nya peluang untuk aku meluangkan masa bersama mereka... Kalau aku cuti, yang lain pula tiada dirumah... Bagi aku, tidak perlu untuk kemana-mana kalau ingin meluangkan masa bersama keluarga... Di rumah pun boleh... Aku rasa, aktiviti dirumah pun tidak kurang hebatnya jika dibandingkan aktiviti diluar... Bagi aku, jika kita mempunyai bajet lebih, eloklah bawa ahli keluarga berjalan... Sekali sekala, apa salahnya kan???... Nota kaki: - Tinggal 17 hari saja lagi untuk hari yang bersejarah itu... Setakat ini, tiada apa yang aku lakukan... Sempatkah aku untuk menyiapkan semua kelengkapan???...

4 comment:

Fizz said...

yer lah.. kalau berkumpul bersama keluarga seronok.. lebih lebih lagi kalau ada kenduri ... perghh byk cerita sensasi leh dengar...

17 hari nie lagik.. apa agaknye yang akan terjadi yek.. misteri..

cd said...

salam..
cd pun lepak umah je hari2 cuti ni.. byk asgmt nak kene siapkan utk ahad ni..

17 hari lagi.. ape yer peristiwa itu? pasti peristiwa yg membahgiakan betul tak?
=)
ape pun, jgn lupa jemput cd yer nanti.. huhuh...

thanks atas kata2 semangat awak tuh..

Doyok said...

hari bersejarah?
ko kawen ke?
berahsia lak :p

Reez said...

Reez --> Fizz:-
Memang Fizz... Sekali sekala, kene gak spent masa dengan keluarga.. Keseronokkan tu lain dari yang lain..

Time kenduri mmg tak usah cakap, mmg akan riuh... Hehehe...


Reez --> CD:-
Wsalam CD... Elok gak tu.. Lagipun CD ade keje nak buat, Reez rasa eloklah kalau CD siapkan keje CD... Reez ni pun sbb next module belum start lagi, so rileks la sikit...

Adalah...

:D


Reez --> En. KhaL:-
Kalau aku nak kawin, aku tak selindung2... Aku cakap terus je....

Hehehe....

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.