Tuesday 17 June 2008

Bila aku sampai office, benda yang pertama yang aku akan buat ialah mengadap sarapan pagi aku...

Memang sejak dari dulu, mak akan bekalkan aku dengan sarapan ketika aku hendak pergi kerja... Sudah menjadi rutin dia setiap pagi dan kebiasaannya, aku tidak pernah menolak apa yang diberikan kepada aku... Bagi aku, apa saja pemberian dari ibubapa kita adalah yang terbaik... Aku rasa bertuah kerna mak aku sanggup menyediakan semuanya... Jadi, mengapa perlu aku duduk bujang bersendirian sedangkan aku ada keluarga yang sentiasa mengambil berat mengenai aku?...

Selepas selesai, aku akan terus ke pantri untuk mencuci apa yang patut dan selepas itu aku akan duduk dikerusi menikmati minuman kegemaran aku... Tahu tak ape dia?...

Air kosong.............

Photobucket
Thumbler ni memang tak pernah kosong... :)


Ya, aku memang suka minum air kosong setiap pagi... Teguk pun, bukan satu dua cawan... Satu thumbler aku hentam... Entah, aku rasa nikmat sangat bila minum air kosong ni... Especially yang suam2 kuku (tidak panas, tidak sejuk)...

Kalau orang lain, sudah pasti berbungkus teh tarik, milo panas, kopi dan sebagainya... Aku memang jarang minum air manis, in fact aku elakkan minum air manis diwaktu pagi... Selalu kalau minum pun, waktu minum petang (kalau aku rajinlah)... Aku rasa, bila aku minum air manis; rasanya tidak sepuas minum air kosong.... Perasaan itu lain...

Berapa ramai antara kita yang memang minum air kosong aje setiap hari?... Aku rasa rakyat Malaysia memang kurang minum air kosong ni... Macam mana aku tau?... Sebab setiap pagi aku dapat lihat, kedai mamak serta gerai2 akan dipenuhi orang dan kebanyakkan mereka memesan air bergula berbanding air kosong...


Nota kaki: -
Kat office, aku teguk 3-4 kali (full) thumbler air kosong... Pagi sekali, tengahari dalam 2-3 dan kadang2 petang sekali... Kalau kat umah, toksah cite la... Asyik2 pergi dapur minum air... Memang dah jadi tebiat aku dah.... Tu pasal kulit aku halus mulus... *tetiba

Hehehehehee...

4 comment:

@xiM said...

minum lah air kosong...sesungguhnya air kosong itu sangat baik untuk kesihatan...

*tapi naper la aku payah benar nak boleh habiskan sebotol air kosong nih...ish ish ish..

11 said...

bagus2 minum air byk2 utk kesihatan tubuh badan jugak...tambah plak dok kat dlm aircond, di hydrate bdn kita ni...perlukan air byk

Reez said...

Axim...

Benar,sesungguhnya air kosong pencegah kepada segala penyakit...

Tak susah, teguk aje sampai habis.. Anggapla air kosong tu air sirap...

:D

Reez said...

Benar tu Gyena... Air kosong memang byk khasiatnya... Sebab tu kita digalakkan banyak minum air; bukan air bergula tapi air kosong... Kasik cuci sistem dalam badan...

Memang...

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.