Thursday 3 July 2008

Kalau aku ajukan satu soalan....

"Antara minat dan cinta, yang mana satu kalian akan dahulukan?...."


Ketika aku sedang sibuk menaip assignment aku dirumah, aku dapat beberapa sms dari seseorang yang sangat rapat denganku... Dia menceritakan tentang perihal kamera SLR nya yang rosak baru2 ini... Memang ketika kamera tu rosak, aku sempat menemaninya ke pusat service di Petaling Jaya... Kebetulan aku sedang bercuti sekarang, maka sempat juga aku menghantarnya kesana...

Sebagai seorang yang amat meminati bidang fotografi, aku tidak nafikan bahawa kamera Nikon D80 miliknya itu adalah sebahagian dari 'nyawa' dan hidupnya... Dengan kamera itu juga dia cari makan memandangkan pendapatan kerja makan gaji di pejabat memang tidak seberapa... Ditambah pula dengan kos sara hidup yang tinggi di Kuala Lumpur ini membuatkannya terpaksa mencari jalan untuk menambah sumber pendapatan... Kira kalau dapat job, masyuk jugaklah....

Ketika kami sedang rancak bersms, tiba2 dia melontarkan satu kenyataan yang membuat aku tergamam seketika... "Tak ada kamera lebih teruk dari putus cinta!..."

Aku amati sms itu; aku cuba fahami isi kandung dan setiap patah perkataan yang dihantar olehnya... Adakah dia benar2 maksudkannya?... Untuk pengetahuan kalian, dia memang sudah mempunyai teman wanita dan seringkali juga kami berkongsi kisah cinta masing2... Dari apa yang aku tahu, teman wanitanya merupakan seorang yang sangat baik dan sangat manja dengannya... Aku agak musykil bila dia menghadapi masalah diwaktu ini, kenyataan ini secara tidak sedar diluahkannya...

Aku bertanya pada diriku sendiri... Adakah harta benda itu jauh lebih penting dari menjaga hati dan perasaan orang terutamanya insan tersayang?... Adakah cinta itu tiada nilainya sehingga ianya boleh di samakan dengan barang2?... Aku cukup terkejut, jika benarlah dia putus cinta, adakah dia tidak kesah langsung?...

Aku cukup simpati dengan teman wanitanya... Begitu mudah dia menyamakan cinta teman wanitanya dengan sebuah kamera; benda yang semestinya tidak bernyawa dan tidak berperasaan... Bagaimana dia boleh berfikiran sebegini?...

Aku pun, ada juga minat terhadap sesuatu barangan tetapi tidak sesekali aku samakan barangan yang aku sayang dan suka itu dengan cinta yang aku ada... Barang, tetap barang... Satu ketika nanti ia akan rosak dan luput ditelan zaman tetapi kalau cinta, sekali ia hadir, maka itulah selama-lamanya... Bagaimanakah kita boleh menggantikan cinta seperti kita menggantikan barang yang kita miliki?... Barang yang rosak, masih boleh dibetulkan, tetapi cinta yang putus, dapatkan ia disambung semula??.... Inilah persoalan yang harus dia fikirkan sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan... Nasib baik dia cuma meluahkannya kepada aku tanpa diketahui oleh orang lain... Takut nanti ada yang tersinggung!...

"Terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata dan perbuatan, tak boleh reverse; memang buruk padahnya...."

6 comment:

@xiM said...

eeeeee ada jugak yer insan yang sebegitu rupa...tak patut...tak patut.....

Aiden Reez said...

Pe leh wat Zim...

Dunia skarang, ramai yang materialistik... Lebihkan harta benda dari perasaan manusia...

Moga2 kita tak macam tu lah...

Take care!

:D

Anonymous said...

macam-macam manusia atas dunia ni..tak semua orang faham akan kasih sayang atau cinta seperti mana kita..

Aiden Reez said...

Assalamualaikum Wan... Apa khabar? Dah lama saya tidak lihat Wan disini...

Setuju...

Memang ramai yang tidak memahami apa itu CINTA... Yang penting, pada mereka2 yang memahami, jangan sesekali kita lupa terutamanya CINTA kita kepada Ilahi...

Terima kasih kerana sudi singgah disini...

:D

sya said...

salamun'alaik,
i think it was just a statement to show that he really loves his camera but maybe u think bout it too detail. sometimes we cannot judge people just like that. rasa cam tak adil la.hehe... tak ramai org berfikir sebelum berkata-kata tambah lagi in depression.

Aiden Reez said...

Wsalam Nadhrah...

Maybe juga... I don't think about it too much because its nothing to do with me... But if were him, I would never say such thing because when I have someone in my heart, I would never forget and put her away from me no matter what...

Things which was broken or lost, can be repair or replace; but love... Love is something you can't compare with items...

I always think in a positive way and maybe you are right... Maybe he just love his camera so much and can't stop thinking about it everytime...

It just that, when the time comes (if he really had a problem with his girlfriend) I hope he will never say that word in front of his girlfriend coz its gonna broke her heart...

:)

Thanks for the comment!

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.