Wednesday, 13 September 2006

Aku bersimpati dengan nasib kawan baik aku ni... Memang sukar untuk diterima akal apabila orang yang kita cintai dan sayangi berlaku curang dibelakang kita... Apalah daya hati hendak menerima semua yang berlaku... Jika aku berada ditempatnya, semestinya aku akan kecewa dan patah semangat...

Bukan aku tidak pernah melalui semua ini... Pengalaman apabila didustai dan dipergunakan telah banyak mengajar aku mengenal dan mencari erti cinta yang sebenar... Memang benar kata orang tua tua dan ahli ulama, cinta sesama manusia memang tidak pernah kekal... Pasti akan goyah dan hancur namun cinta terhadap Allah SWT memang kekal abadi... Jadi, mengapa mesti menjadi hamba kepada cinta yang diciptakan manusia?

Soalan yang sememangnya sukar untuk aku jawab. Sebagai seorang manusia biasa, aku punyai nafsu dan keinginan... Merasai kebahagiaan dan kegembiraan bersama orang yang dicintai... Aku tidak menolak satu ketika dahulu aku memang teruk dilambung cinta... Leka dibuai keasyikan dan kemanisan bersama pasangan... Tapi bila lama kelamaan, dia mula berubah rasa... Entah dimana silapnya, aku sendiri pun tidak tahu... Mungkin kerana aku terlalu mengikut kehendaknya... Akhirnya diri aku sendiri yang merana...

Setelah sekian lamanya, aku mengambil keputusan untuk tinggalkan sahaja permainan perasaan ini... Baik aku menyendiri... Bagi aku, biarlah jodoh dan takdir dariNya yang menentukan... Aku yakin, memang ada insan diluar sana yang diciptakan untuk diriku ini... Sampai masa, akan muncullah dia didepanku...

Nasib kawan baikku ini memang agak malang... Saban hari melayan perasaan halus yang terbit dari hati... Sikitpun dia tidak menerima balasan dari orang yang dicintainya... Jika ada pun, seperti ikhlas tidak ikhlas sahaja... Apa, tiada perasaankah bekas kekasihnya itu? Dimana letaknya sensitiviti dia sebagai teman kepada kawan baikku ini??... Pernah satu soalan dilemparkan kepadanya mengenai status kawan baik aku ini dalam hidupnya... Katanya, kawan baikku ini merupakan insan yang paling istimewa yang pernah ditemuinya... Tetapi, kenapa tingkahlaku dan caranya begitu berbeza? Adakah semua ini hanya ayat semata mata ingin memancing perhatian kawan baikku ini?

Aku yakin kawan baikku ini telah melakukan sebaik yang mungkin dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang kekasih... Malah aku rasakan, dialah pencinta terhebat yang pernah aku temui selama ini... Habis segala usaha dia lakukan... Kalau aku pun, aku tak sebegitu... Tetapi, kemanisan yang diharapkan tidak seberapa... Dia dikecewakan juga akhirnya... Kasihan aku melihat kawan baik aku ni... Termenung dan bermuram duka... Kadangkala, aku sendiri jadi serba salah dan risau!

Sebagai seorang teman, aku cuba untuk mengembalikan keceriaan dalam hidupnya... Aku cuba pulihkan dan kembalikan semangatnya... Setakat ini, alhamdulillah aku berjaya... Dalam misi aku, aku jadi pendengar yang setia kepadanya... Mendengar segala isi yang terbuku dihati... Kerapkali aku memberikan pandangan dan pendapat aku berdasarkan pengalaman yang ada... Setakat ini, segalanya berjalan lancar... Dengan perlahan, aku dapat melihat senyuman yang terukir dibibirnya... Kadangkala, aku berlawak dengannya dan dia ketawa besar... Satu perubahan yang memang aku harapkan!...

Aku banyak mengingatkan dia tentang siapa dia yang sebenar dan sentiasa berpijak dibumi nyata... Dia pun bukannya calang calang orang... Cantik juga orangnya, berkerjaya dan yang paling penting, dia memang penyayang dan prihatin terhadap orang yang berada disekelilingnya... Itulah yang aku tidak faham tentang bekas kekasihnya itu... Entah apa yang dicari, aku pun tak tahu... Sememangnya dia (bekas kekasih kawan baik aku tu) bodoh dan tidak tahu menilai... Dari apa yang diceritakan oleh kawan baik aku ni, jelas menunjukkan bahawa dia sengaja hendak mempermainkan perasaan kawan aku ni... Apa yang dia tahu ialah mempergunakan peluang yang ada... Bila aku dengar, dengan tidak semena mena aku jadi marah kepada bekas kekasihnya itu...

Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang... Ditunjukkan kepada kawan baik aku ni satu persatu bukti kecurangan bekas kekasihnya... Hancur luluh hati seolah olah dicarik carik menjadi cebisan kertas yang nipis... Terus aku nasihatkan kawan baik aku tu supaya banyak bersabar dan cuba melupakan bekas kekasihnya itu... Memang amat sukar tapi dia harus mencuba... Insya Allah, akan berjaya...

Hari ini, aku ketahui dan belajar banyak perkara tentang CINTA walaupun dulu aku pernah mengalaminya... Memang cinta itu terlalu kompleks dan sukar untuk dimengertikan... Hanya orang yang melalui dan mengalaminya sahaja yang akan faham... Terpulanglah pada penilaian masing masing... Harapan aku kepada kawan aku ni ialah semoga dia dapat mengharungi kehidupan seharian seperti biasa... Ingatlah bahawa kita masih lagi ada keluarga yang menyayangi kita dan kawan kawan yang sentiasa menemani kita ketika susah dan senang... Jangan sampai kita terlalu mengikut kehendak perasaan sehingga mengabaikan mereka semua... Akhirnya, kita sendiri yang rugi...

Salam sayang buat kawanku ini... Semoga cekal dan kuat semangat dalam menempuh segala dugaan!

Just remember, if you need someone to put your shoulders on, I’ll always be right beside you. You can count on me my dear...

Tuesday, 12 September 2006




Photobucket - Video and Image Hosting


Pagi pagi buta lagi (tak silap aku dalam pukul 5.00 lebih) 'handphone' aku berbunyi tanpa henti... Aku ingatkan 'alarm clock' yang aku setkan berbunyi tapi rupa rupanya ada SMS masuk... Aku pun pelik, siapa pulak yang rajin menghantar SMS pagi pagi buta ni?

Hatiku tertanya tanya dan ternanti nanti apakah isi kandungan SMS tu... Aku buka dan alangkah terkejutnya aku bila membacanya... Rupanya kawan satu tempat kerja dengan aku (Ahmad Rashidi Abu Bakar) telah kembali kerahmatullah pukul 4.15 pagi tadi... Rakan aku yang sorang ni bagitau...

Arwah yang kami (aku dan kawan kawan) gelarkan sebagai Abg Di memang sudah lama sakit dan menghidap kanser paru paru... Semalam salah seorang dari kami telah pergi melawat dan mendapati keadaannya semakin serius... Doktor pun telah mengesahkan bahawa peluang untuk dia pulih dan kembali normal seperti sediakala memang amat tipis...


Photobucket - Video and Image Hosting

Ketika sambutan hari raya dipejabat, 2 tahun lepas. Arwah berdiri paling kiri..


Mendengar apa yang telah diceritakan, aku dan yang lain bercadang untuk melawat dia di Hospital Pantai, Bangsar semasa waktu makan tengahari ini tetapi tidak kesampaian kerana dia telah pergi dulu... Arwah memang bekerja dalam satu bahagian dengan aku (dahulu) dan tempat duduk kami cuma sebelah menyebelah... Arwah memang seorang yang tidak banyak bercakap dan merupakan seorang yang baik hati... Dikalangan kami, dia dah macam abang dah dan kami semua kerap bergurau senda dengannya bila berada dipejabat...

Begitulah... Ajal dan maut ditangan Tuhan... Sesungguhnya kita harus redha dengan ketentuanNya... Doaku, semoga rohnya dicucuri rahmati dan ditempatkan dikalangan golongan orang yang beriman...

Al-Fatihah buat arwah Abg Di...

Monday, 11 September 2006

Hari ini adalah hari bersejarah buat seorang insan yang telah melahirkan dan membesarkan aku... Sejak dari kecil, tangannya lah yang telah memandikan, membelai dan menyuapkan aku makan... Kini, dengan usia yang semakin hari dimamah usia, dia masih lagi sihat melakukan kerja kerja harian dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suri rumah...


Photobucket - Video and Image Hosting


Bagi aku, dialah satu satunya permata hati yang aku paling sayang... Aku kagum dengan kecekalannya mengharungi kesusahan dan keperitan hidup sebelum ini... Keluarga aku dulu pun bukannya senang... Sekarang ini pun, kami hidup dalam keadaan yang sederhana saja... Segala galanya sekadar biasa biasa saja... Alhamdulillah, aku bersyukur kerana walaupun tidak mewah, tapi kami bahagia sekeluarga...

Aku masih ingat lagi sewaktu aku masih disekolah rendah (tak silap aku masa tu aku darjah satu), aku ternampak mak aku menangis seorang diri didalam bilik... Maklumlah, masa tu aku kecil lagi dan tak tahu apa apa... Aku tanya mak aku, "kenapa mama nangis??? Mama sakit ke???"... Mak aku terus pandang aku dan tersenyum saja... Itulah kali pertama aku melihat mak aku menangis didepan aku dan sehinggalah aku masuk darjah 4, barulah aku faham... Aku faham pun sebab masa tu aku perasan yang keluarga aku memang susah... Masa tu awal tahun dan sekolah baru dibuka... Biasalah, bila sekolah bukak ni, macam macam benda nak kena selesaikan... Buku, baju sekolah, dan yang paling aku tak boleh lupa dan fobia masa tu ialah bila cikgu tanya bila nak bayar yuran... Dah le adik beradik aku ramai yang masuk sekolah, semua yuran nak kena bayar... Sebelum tu duit dah habis beli buku dan peralatan yang lain... Aku pula, sampai naik segan bila sampai kesekolah... Nasib baik aku dapat cikgu yang baik2 dan dah mereka memahami situasi ketika itu... Sudah menjadi kebiasaan, akulah orang terakhir membayar yuran...

Semua ini mak aku tanggung seorang diri semasa kami semua sedang asyik melayan zaman kanak kanak... Biasalah, budak budak... Nakal dan lasak... Aku dan kakak aku seringkali buat mak marah... Terjerit jerit... Bila aku dah besar panjang, aku nyesal lak buat camtu... Tapi mak aku tak pernah simpan dalam hati... Itulah hati seorang ibu... Lembut dan penyayang... Kalau anak dia buat silap pun, dia akan marah dan pukul... Selepas tu, dia akan pujuk balik... Peluk cium...

Sememangnya, aku memang tidak boleh lupa jasa mak aku terhadap diri aku... Terlalu banyak pengorbanan yang telah dicurahkan... Setiap pagi bangkit awal menyiapkan kerja kerja didapur... Sejak aku sekolah sampailah aku dah kerja, mak aku akan siapkan sarapan dan yang paling aku terharu, dia akan bekalkan aku untuk makan tengahari setiap hari... Kadang2, aku berpesan ngan mak aku, tak payahlah susah susah siapkan bekal aku... Aku boleh beli dekat gerai kat 'office' ni... Tapi dia nak juga buatkan... Katanya, dia risau anak dia makan tak kenyanglah... Makanan tak sedap dan berkhasiatlah dan sebagainya... Aku cukup terharu dengan apa yang diungkapkannya...

Semua ini telah banyak membuka mata aku dan mengajar aku mengenal erti kehidupan... Sedikit sebanyak, sifat dan perangai aku berubah... Setiap apa yang mak aku inginkan, aku cuba penuhkan... Selama ini, dia tidak pernah meminta apa apa baik dari segi barang mahupun wang ringgit... Apa yang dia mahukan cuma pertolongan dan perhatian dari aku dan adik beradik yang lain... Sebagai anak aku paham paham sendirilah... Walaupun dia tak minta, aku sentiasa memberi kerana itulah sahaja yang mampu aku berikan padanya disamping memenuhi segala permintaannya...

Dalam usia 52 tahun ini, aku bersyukur dan berdoa semoga umur mak aku dipanjangkan dan dikurniakan kesihatan yang baik... Walaupun nanti aku akan berkahwin dan berkeluarga, aku masih mahu mak aku berada disamping aku dan aku telah berjanji dengan diriku akan menjaga dia sehingga keakhir hayatnya walau dalam apa jua keadaan...

Selamat hari lahir, mama! Wan sayanggggg mama.......

Saturday, 9 September 2006


Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting


Dimanakah tempat ini??

Apa kena mengena gambar ini dengan coretan dalam blog aku??... Sebenarnya, memang gambar ini ada kaitan dengan cerita yang bakal aku coretkan tidak lama lagi...

Nantikan!....

Friday, 8 September 2006

Subhanallah...

Hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan aku ketika ini... Hari ini, sekali lagi aku telah mengerahkan segala kudrat dan tenaga aku untuk menyelesaikan banyak perkara penting... Dari pagi sampailah pukul 10.00 lebih tadi, tangan dan kaki aku tak henti henti bekerja... Semua perlukan perhatian khusus dan aku tak boleh melakukan kesilapan kerana akan menjejaskan segala perancangan...

Esok adalah hari penting aku selepas segala program telah dirancang dan dibuat 2 bulan yang lepas... Kesilapan kecil akan menyebabkan semuanya hancur! Aku tidak mahu berada didalam situasi itu... Jika boleh, aku mahukan semuanya berjalan lancar dan 'perfect'... Insya Allah itulah harapan dan doa aku...

Photobucket - Video and Image Hosting

Kalau diikutkan hati, hendak saja aku bercuti hari ini untuk menguruskan apa yang tertangguh... Tapi memandangkan cuti aku pun dah tak cukup, aku batalkan sahaja niat aku... Aku datang kerja seperti biasa... Diatas meja aku, ada banyak pula urusan PENTING yang hendak diselesaikan... Ada sahaja arahan dan panggilan telefon dari pihak atasan... Pening kepala aku... Tak kisahlah, aku buat secepat mungkin... Aku kesian dengan kawan yang duduk disebelah aku ni... Kadang2 dia ada bertanya pada aku dan aku seperti layan tidak layan... Bukan aku tidak mahu melayan, tetapi aku perlukan perhatian sepenuhnya pada kerja yang ada didepan mata... Takut nanti silap, aku pula yang susah... Alhamdulillah, selesai juga akhirnya...

Sesudah itu, aku beralih kepada kerja yang lain... Barang2 untuk 'event' esok masih lagi tidak lengkap dan siap... Aku dah mula risau takut nanti tidak sempat... Terus aku ambil alih dan buat mana yang patut dan dengan bantuan rakan rakan yang lain, syukur semuanya dapat diselesaikan juga... Lega aku....

Sebelum pulang dari pejabat, aku sempat selesaikan beberapa lagi perkara... Maklumlah, masa dah suntuk dan aku harus bergerak pantas!... Balik pun bukannya terus 'rileks' di rumah... Aku kena keluar ke pasaraya untuk membeli barang2 keperluan seperti bahan makanan untuk 'event' esok (segala jajan dan kudap kudap) dan sebagainya... Kereta aku pulak dah lama tak cuci dan periksa... Jadi, aku gagahkan diri memandu menempuh kesesakan jalanraya ketempat cuci kereta... Selepas tu, berkejar ke stesen minyak pula untuk isi minyak sebelum memandu ketempat 'event' esok... Aduh, bila kenangkan balik apa yang telah aku lakukan hari ini, memang penat!!... Tapi kerana semangat dan keseronokan untuk beraktiviti, aku buat juga...

Akhirnya, sekarang barulah aku dapat bernafas dan berehat... Selepas ini aku nak masuk tidur kerana esok aku nak kena bangkit awal...

Sehingga bertemu lagi...

Thursday, 7 September 2006

Ermmm...

Bengang juga bila memikirkan tentang Blogger.Com ni... Angin betul aku... Mana taknya, bila tiba masanya untuk aku masuk blog ni untuk proses kemaskini, asyik 'error' saja... Bila bukak, mesej "Can't find Server" keluar.... Isshhh.... tensen nya aku !!!!

Masa dalam perjalanan pulang tadi, aku dah rancang hendak menaip tentang satu coretan, tapi bila buka saja internet, semua nampak OK tapi Blogger lak tak boleh nak masuk!... Habis hilang segala mood aku hendak menaip... Idea dari ada, terus hilang entah kemana...

Aku nak membebel dan marah2 pun tak ada guna sebab bukan aku boleh ubah keadaan pun... Kalau Blogger ni aku yang punya @ mempunyai rakan yang bekerja disyarikat yang menyediakan perkhidmatan blogger ni, lain lah cerita... Kalau down atau ada error saja, aku akan dapat selesaikan secepat mungkin... Ni, siapalah aku? Manusia dan salah seorang dari jutaan pengguna Blogger ini... Pemilik blogger ni pun tak kenal aku...

Dekat pejabat pula, aku tak boleh nak buka internet sangat... Boss aku tak bagi... Jadi, susah sikit aku nak kemaskinikan blog aku kat pejabat... Adalah sekali sekala aku sempat update... Itu pun aku tak terus posting... Aku akan check dulu dan bila semuanya OK, barulah post... Memandangkan susah nak pakai internet, aku lebih senang update dan post dari rumah saja...

Jadi, kenalah sabar....

Sabor je lerrr.... Heheheheheeeee....

Wednesday, 6 September 2006

Hi...

Just want to share something with you guys... I found this interesting article while scanning through my mails and I think for certain points, it's quite true and I'm kind of agree with it... Well, that is from my point of view lah... No offence to all ladies/man out there... So, check it out!!

1. Names:If Laurie, Linda, Elizabeth and Barbara go out for lunch, they will call each other Laurie, Linda, Elizabeth and Barbara.

If Mark, Chris, Eric and Tom go out, they will affectionately refer to each other as Fat Boy, Godzilla, Peanut-Head and Scrappy.

2. Eating out:When the bill arrives, Mark, Chris, Eric and Tom will each throw in a $20, even though it's only for $32.50. None of them will have anything smaller and none will actually admit they want the change back.

When the women get their bill, out come the pocket calculators.

3. Money:A man will pay $2 for a $1 item he needs.

A woman will pay $1 for a $2 item that she doesn't need but it's on sale.


4. Bathrooms:
A man has five items in his bathroom: a toothbrush, shaving cream, razor, a bar of soap, and a towel.

The average number of items in the typical woman's bathroom is 3-3-7. A man would not be able to identify most of these items.

5. Arguments:A woman has the last word in any argument.

Anything a man says after that is the beginning of a new argument.

6. Cats:Women love cats.

Men say they love cats, but when women aren't looking, men kick cats.

7. Future:A woman worries about the future until she gets a husband.

A man never worries about the future until he gets a wife.

8. Success:A successful man is one who makes more money than his wife can spend.

A successful woman is one who can find such a man.

9. Marriage:A woman marries a man expecting he will change, but he doesn't.

A man marries a woman expecting that she won't change and she does.

10. Dressing up:A woman will dress up to go shopping, to water the plants, empty the garbage, answer the phone, read a book, and read the mail.

A man will dress up for weddings and funerals.

11. Natural:Men wake up as good-looking as they went to bed.

Women somehow deteriorate during the night.

12. Offspring:Ah, children. A woman knows all about her children. She knows about dentist appointments and romances, best friends, favourite foods, secret fears and hopes and dreams.

A man is vaguely aware of some short people living in the house.

13. Final thought:Any married man should forget his mistakes.

There's no use in two people remembering the same thing


Source : Mail (unknown)

Tuesday, 5 September 2006

Aku mengenalinya satu ketika dahulu dengan harapan dapat berkawan dengannya... Tiada perasaan suka apatah lagi cinta... Semuanya atas dasar persahabatan semata mata...

Dia merupakan insan yang istimewa... Istimewa dimata kasarku ini... Datang dari keluarga yang susah... Ayah dan ibu berpisah semasa dia masih kecil dan mempunyai adik beradik yang ramai... Kalau hendak diikuti kisah hidupnya, memang menyayat hati... Tidak sanggup untuk aku huraikan satu persatu... Cukuplah sekadar aku rumuskan bahawa kisahnya memang amat memilukan... Sebagai insan yang berjiwa halus, aku memahami keadaan dirinya...

Aku berkawan bukan kerana simpati, tetapi atas dasar keikhlasan yang terbit dengan sendirinya... Jauh sekali aku memandang rupa... Tiada dalam kamus hatiku berkawan dengan orang berdasarkan personaliti... Itu semua PALSU!! Aku tidak percaya pada luaran seseorang dan seperti yang telah aku ceritakan sebelum ini, keikhlasan hatilah kunci segala galanya...

Saban hari kami berjumpa dialam maya, aku mengenali dirinya... Satu persatu tentang dirinya aku ketahui dan pelajari... Secara tidak langsung, menjadikan kami agak rapat... Aku kenali hati budinya, cara dan perwatakannya, sifat dan perangainya dan lain lain lagi... Jika hendak dibukukan, lengkap satu cerita... Orangnya jujur dan lurus bendul... Berjiwa penyayang dan sensitif serta cukup menarik dari segi perwatakan dan penampilan... Jika orang lain melihatnya, pasti akan jatuh cinta!!... Aku? Tipulah jikalau aku mengatakan aku tiada perasaan terhadap dirinya... Cuma aku tidak mahu melayan kehendak hati... Dalam mindaku cuma satu, aku hanya ingin berkawan... Ya! berkawan dan tidak lebih dari itu...

Perkenalan kami bermula secara kebetulan... Aku sendiri tidak menjangka akan bertemu sidia... Aku ingatkan dia jenis yang sombong dan memilih rakan tapi aku silap!... Aku tidak seharusnya berfikiran begitu... Aku tidak sangka bila sapaan aku dibalas... Dan dari situlah bermula segala cerita antara aku dan dia...

Aku tidak pasti sama ada dia selesa berkawan dengan orang seperti aku... Insan yang serba kekurangan ini... Bagaimana jika dia mengharapkan sesuatu dari aku? Bolehkah aku memenuhinya?? Ahhh... persetankan semua itu... Jika dia benar benar ikhlas berkawan, mengapa mesti aku rasa risau? Mengapa mesti rasa malu dan takut? Inilah bukti yang perlu aku cari... Aku harus berpegang dengan prinsipku setiap masa... Aku harus beringat siapa dia disisi aku... Hanya seorang rakan!

Cuma peristiwa yang berlaku baru baru ini membuatkan aku trauma seketika... Aku tergamam dan terkejut dengan tingkahlakunya... Aku keliru dan terfikir siapakah yang bersalah... Dengan tidak semena mena dia berubah laku... Akukah puncanya ?? Akukah yang bersalah?? Jalan penyelesaian harus dicari... Aku selidik satu persatu dimana silapnya... Jika benar akulah punca segala sengketa, ingin aku memohon maaf... Aku tidak mahu dilabel sebagai perosak segala galanya... Aku bukan begitu...

Bersyukur aku kehadrat Ilahi kerana semua yang terjadi adalah salah faham... Aku menjadi mangsa keadaan... Tidak kisahlah... Yang penting, keadaan kembali jernih... Sebagai seorang yang memahami dirinya, aku cuba berikan yang terbaik... Tiada balasan yang aku harapkan cuma kegembiraan dan kesenangan buat dirinya... Jika aku terdaya, ingin aku usir awan hitam yang menyelubungi kehidupannya selama ini...

Saturday, 2 September 2006

Tangan aku laju menaip 'entry' yang banyak tertangguh... Sejak kebelakangan ini, banyak cerita dan berita yang ingin aku masukkan kedalam blog aku tapi tak sempat untuk di 'publish' kan dalam masa yang sepatutnya... Aku mohon maaf kepada semua...

Hari ini, aku mengambil kesempatan cuti hujung minggu keluar bersama keluarga aku... Selepas siap mengemas bilik tidur dan rumah aku, mak aku sibuk mengajak aku keluar membeli barang barang... Untuk pengetahuan kalian, telah menjadi tanggungjawab aku membawa mak dan ayah aku pergi membeli barang barang setiap hujung bulan...

Photobucket - Video and Image Hosting

Maklumlah, kereta cuma satu saja... Yang boleh memandu pun cuma aku dan adik aku... Bapa aku ada lesen tapi aku tak benarkan dia bawa kereta kerana penglihatan tak berapa jelas... Takut nanti dia belasah tah mana mana tah... berkecai kereta aku tu... Sayang wooo... nak dapat sebiji kereta bukannya senang... Adik aku tu pulak, tak ada dirumah kerana ada kuliah di kampus UiTM Shah Alam... Tak kisahlah tu, sebagai abang dalam keluarga, aku tak berkira dan buat sahaja...

Photobucket - Video and Image Hosting

Bila sampai ke destinasi yang dituju, aku bertanya pada mak aku, "mana kita nak pergi ni mak??...." Mak aku pun jawab, "mak nak pergi beli kain langsir lah Wan..." Oh ya, Wan tu nama manja aku kat umah... Kat luar dan ngan kengkawan saja yang panggil aku Reez sebab dah ramai sangat orang nama Wan kat dalam 'market' so dia orang tak nak guna nama tu... Heheheheee... Berbalik pada cerita aku ni, jadi kami pun pergilah ke gedung kain yang berhampiran dengan pasaraya terkenal kat sini... Aku tengok, ramai juga pelanggan yang datang ke gedung ini... Payah payah aku nak masuk kedalam...

Photobucket - Video and Image Hosting

Kat dalam gedung tu, aku dapat lihat bermacam jenis kain... Ada yang murah, ada yang mahal... Corak pula pelbagai jenis dan cantik cantik... Kalau orang perempuan tengok, mesti rambang mata... Aku pula, sibuk membelek kain untuk baju melayu... Saja je aku tengok, tak de perancangan pun nak buat sebab baju melayu yang aku pakai untuk raya tahun lepas masih baru lagi... Pakai pun cuma sekali setahun saja... Malas nak membazir! Kalau nak buat pun tahun depan kot... Insya Allah, jika dipanjangkan umur...

Photobucket - Video and Image Hosting

Sedang aku leka, mak aku sibuk menarik lengan aku pergi ketempat kain untuk dibuat langsir... Kalau kalian tengok, kelakau... Aku nie macam orang tua saja... Ditarik kesana sini... Mak aku ni pula jenis bangsa tak kisah... Apa pun dimata dia semuanya cantik... Sampai ada corak yang memang tak cantik pun, dia kata cantik juga... Heheheeee... Dia minta pendapat aku supaya pilih corak yang mana... Maklumlah, aku ni walaupun laki, kalau bab nak berkemas dan berhias rumah, memang cerewet sikit... Kira tahulah warna apa yang sesuai dan nak dipadankan dengan apa... Bukanlah kata pandai sangat, tapi bila tiba hari nak raya, semua ahli keluarga aku sedia maklum, bab mengemas dan menghias rumah, mereka akan serahkan pada aku untuk melakukannya... Aku pun tak harapkan adik beradik yang lain sebab mereka akan sibuk menolong mak aku didapur... Jadi, bab langsir, sarung kusyen dan sebagainya kena dapatkan 'approval' dari aku dulu...

Photobucket - Video and Image Hosting

Pilih punya pilih, adalah aku berkenan dengan beberapa kain ni... Aku tunjukkan pada mak aku... Macam biasalah, orang tua... Macam macamlah dia komen... Bunga kain tak cukuplah, corak halus lah, warna pucatlah... Macam macam lagilah... Aku terfikir sejenak, nie orang tua ni nak minta pendapat aku ke tak nak ni?... Heheheheee... Tak apalah, sebab dia mak aku, aku turutkan saja...

Aku pinjam 'statement' kawan aku si Eva... "aiyoooo... very the makcik makcik one !!!...." Heheheheheeeee.. Suka aku mendengar bila dia sebut ayat tu... Aku mesti gelak besar!.... Anyway, last last aku sepakat juga dengan mak aku nak pilih satu corak tu... Ade aku ambil gambarnya... Kalau kalian pandai, tekalah yang mana satu... Dah pilih, satu kerja pulak nak potong... Ni aku kira malu sikit sebab jumlah meter yang aku ambil bukannya sikit, banyak ya amat! Dekat 25 meter !! Maklumlah, rumah dah banyak tingkap... Nak bagi cahaya dan angin masuklah katakan... Lagipun rumah kampung, nak buek cam mano laieeee ??? Paham paham jelah...

Heheheheheee........

Friday, 1 September 2006

Setelah sekian lamanya aku tidak menikmati udara nyaman seperti hari ini... Sewaktu aku dalam perjalanan ketempat kerja, aku tidak perasan bahawa udara diluar amat bersih untuk dihirup...

Photobucket - Video and Image Hosting

Sehinggalah aku masuk kepejabat, barulah aku perasan... Itu pun kebetulan bila aku menoleh ketingkap cermin dibelakang tempat duduk aku ni...

Subhanallah... Maha Suci Allah yang Maha Mencipta... Aku lihat awan begitu bersih.. Bersih sebersih bersihnya... Seperti selepas hujan... Awan pagi berarak redup... Suasana sejuk dan damai... Waktu itu jarum jam baru menunjukkan pukul 7.45 pagi... Keadaan lalulintas dari pandangan ditempat duduk aku masih lagi lancar... Tidak banyak kereta... Mungkin ramai yang mengambil kesempatan bercuti sempena hari kemerdekaan yang jatuh semalam... Esok pula hari Sabtu... Banyak syarikat tidak beroperasi...

Photobucket - Video and Image Hosting

Selalunya udara bandaraya Kuala Lumpur memang tidak pernah bersih... Maklumlah, sana sini pembinaan berjalan... Ditambah pula dengan kepadatan lalulintas dan hiruk pikuk warga kota... Kadangkala aku berasa cukup lemas... Hendak sahaja aku lari dari semua ini... Baru baru ini pula, kotaraya ini baru saja dilanda jerebu yang teruk!

Sudah menjadi lumrah hidup dikota besar seperti Kuala Lumpur... Semua ini harus aku tempuhi dan harungi... Kebanyakkan warga kota pun bukannya sihat sangat... Setiap hari, duduk dalam kereta dan pejabat yang sudah pastinya dikelilingi 'udara palsu' dari kotak mesin yang dinamakan 'air-cond'... Kerja pula, bukannya banyak bergerak... Yang bergerak cuma jari jemari dan minda sahaja... Jadi, sedia maklumlah kenapa penyakit senang hinggap...

Photobucket - Video and Image Hosting

Kadang kadang, aku selalu membandingkan kenapa orang tua boleh kekal sihat dan kuat walaupun usia telah lanjut... Ada sampai 80 - 90 tahun!!... Ini menunjukkan perbezaan antara mereka dan kita... Orang dulu bekerja membanting tulang empat kerat mereka... Seluruh anggota tubuh digerakkan... Peluh sentiasa keluar dari badan ibarat pergi bersukan... Dari segi penjagaan badan pula, mereka kerap mengamalkan ulam ulaman yang sememangnya menyihatkan badan... Tak macam kita, duduk saja atas kerusi sambil ditiup 'air-cond' sepanjang hari... Makan pula, main belasah saja... Segala benda masuk dalam perut... Tolak batu dan kayu saja... Macam mana tuh? Siapa nak jawab ??????

Heheheheheheheeeee.......
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.