Tuesday 12 September 2006




Photobucket - Video and Image Hosting


Pagi pagi buta lagi (tak silap aku dalam pukul 5.00 lebih) 'handphone' aku berbunyi tanpa henti... Aku ingatkan 'alarm clock' yang aku setkan berbunyi tapi rupa rupanya ada SMS masuk... Aku pun pelik, siapa pulak yang rajin menghantar SMS pagi pagi buta ni?

Hatiku tertanya tanya dan ternanti nanti apakah isi kandungan SMS tu... Aku buka dan alangkah terkejutnya aku bila membacanya... Rupanya kawan satu tempat kerja dengan aku (Ahmad Rashidi Abu Bakar) telah kembali kerahmatullah pukul 4.15 pagi tadi... Rakan aku yang sorang ni bagitau...

Arwah yang kami (aku dan kawan kawan) gelarkan sebagai Abg Di memang sudah lama sakit dan menghidap kanser paru paru... Semalam salah seorang dari kami telah pergi melawat dan mendapati keadaannya semakin serius... Doktor pun telah mengesahkan bahawa peluang untuk dia pulih dan kembali normal seperti sediakala memang amat tipis...


Photobucket - Video and Image Hosting

Ketika sambutan hari raya dipejabat, 2 tahun lepas. Arwah berdiri paling kiri..


Mendengar apa yang telah diceritakan, aku dan yang lain bercadang untuk melawat dia di Hospital Pantai, Bangsar semasa waktu makan tengahari ini tetapi tidak kesampaian kerana dia telah pergi dulu... Arwah memang bekerja dalam satu bahagian dengan aku (dahulu) dan tempat duduk kami cuma sebelah menyebelah... Arwah memang seorang yang tidak banyak bercakap dan merupakan seorang yang baik hati... Dikalangan kami, dia dah macam abang dah dan kami semua kerap bergurau senda dengannya bila berada dipejabat...

Begitulah... Ajal dan maut ditangan Tuhan... Sesungguhnya kita harus redha dengan ketentuanNya... Doaku, semoga rohnya dicucuri rahmati dan ditempatkan dikalangan golongan orang yang beriman...

Al-Fatihah buat arwah Abg Di...
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.