Wednesday 13 September 2006

Aku bersimpati dengan nasib kawan baik aku ni... Memang sukar untuk diterima akal apabila orang yang kita cintai dan sayangi berlaku curang dibelakang kita... Apalah daya hati hendak menerima semua yang berlaku... Jika aku berada ditempatnya, semestinya aku akan kecewa dan patah semangat...

Bukan aku tidak pernah melalui semua ini... Pengalaman apabila didustai dan dipergunakan telah banyak mengajar aku mengenal dan mencari erti cinta yang sebenar... Memang benar kata orang tua tua dan ahli ulama, cinta sesama manusia memang tidak pernah kekal... Pasti akan goyah dan hancur namun cinta terhadap Allah SWT memang kekal abadi... Jadi, mengapa mesti menjadi hamba kepada cinta yang diciptakan manusia?

Soalan yang sememangnya sukar untuk aku jawab. Sebagai seorang manusia biasa, aku punyai nafsu dan keinginan... Merasai kebahagiaan dan kegembiraan bersama orang yang dicintai... Aku tidak menolak satu ketika dahulu aku memang teruk dilambung cinta... Leka dibuai keasyikan dan kemanisan bersama pasangan... Tapi bila lama kelamaan, dia mula berubah rasa... Entah dimana silapnya, aku sendiri pun tidak tahu... Mungkin kerana aku terlalu mengikut kehendaknya... Akhirnya diri aku sendiri yang merana...

Setelah sekian lamanya, aku mengambil keputusan untuk tinggalkan sahaja permainan perasaan ini... Baik aku menyendiri... Bagi aku, biarlah jodoh dan takdir dariNya yang menentukan... Aku yakin, memang ada insan diluar sana yang diciptakan untuk diriku ini... Sampai masa, akan muncullah dia didepanku...

Nasib kawan baikku ini memang agak malang... Saban hari melayan perasaan halus yang terbit dari hati... Sikitpun dia tidak menerima balasan dari orang yang dicintainya... Jika ada pun, seperti ikhlas tidak ikhlas sahaja... Apa, tiada perasaankah bekas kekasihnya itu? Dimana letaknya sensitiviti dia sebagai teman kepada kawan baikku ini??... Pernah satu soalan dilemparkan kepadanya mengenai status kawan baik aku ini dalam hidupnya... Katanya, kawan baikku ini merupakan insan yang paling istimewa yang pernah ditemuinya... Tetapi, kenapa tingkahlaku dan caranya begitu berbeza? Adakah semua ini hanya ayat semata mata ingin memancing perhatian kawan baikku ini?

Aku yakin kawan baikku ini telah melakukan sebaik yang mungkin dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang kekasih... Malah aku rasakan, dialah pencinta terhebat yang pernah aku temui selama ini... Habis segala usaha dia lakukan... Kalau aku pun, aku tak sebegitu... Tetapi, kemanisan yang diharapkan tidak seberapa... Dia dikecewakan juga akhirnya... Kasihan aku melihat kawan baik aku ni... Termenung dan bermuram duka... Kadangkala, aku sendiri jadi serba salah dan risau!

Sebagai seorang teman, aku cuba untuk mengembalikan keceriaan dalam hidupnya... Aku cuba pulihkan dan kembalikan semangatnya... Setakat ini, alhamdulillah aku berjaya... Dalam misi aku, aku jadi pendengar yang setia kepadanya... Mendengar segala isi yang terbuku dihati... Kerapkali aku memberikan pandangan dan pendapat aku berdasarkan pengalaman yang ada... Setakat ini, segalanya berjalan lancar... Dengan perlahan, aku dapat melihat senyuman yang terukir dibibirnya... Kadangkala, aku berlawak dengannya dan dia ketawa besar... Satu perubahan yang memang aku harapkan!...

Aku banyak mengingatkan dia tentang siapa dia yang sebenar dan sentiasa berpijak dibumi nyata... Dia pun bukannya calang calang orang... Cantik juga orangnya, berkerjaya dan yang paling penting, dia memang penyayang dan prihatin terhadap orang yang berada disekelilingnya... Itulah yang aku tidak faham tentang bekas kekasihnya itu... Entah apa yang dicari, aku pun tak tahu... Sememangnya dia (bekas kekasih kawan baik aku tu) bodoh dan tidak tahu menilai... Dari apa yang diceritakan oleh kawan baik aku ni, jelas menunjukkan bahawa dia sengaja hendak mempermainkan perasaan kawan aku ni... Apa yang dia tahu ialah mempergunakan peluang yang ada... Bila aku dengar, dengan tidak semena mena aku jadi marah kepada bekas kekasihnya itu...

Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang... Ditunjukkan kepada kawan baik aku ni satu persatu bukti kecurangan bekas kekasihnya... Hancur luluh hati seolah olah dicarik carik menjadi cebisan kertas yang nipis... Terus aku nasihatkan kawan baik aku tu supaya banyak bersabar dan cuba melupakan bekas kekasihnya itu... Memang amat sukar tapi dia harus mencuba... Insya Allah, akan berjaya...

Hari ini, aku ketahui dan belajar banyak perkara tentang CINTA walaupun dulu aku pernah mengalaminya... Memang cinta itu terlalu kompleks dan sukar untuk dimengertikan... Hanya orang yang melalui dan mengalaminya sahaja yang akan faham... Terpulanglah pada penilaian masing masing... Harapan aku kepada kawan aku ni ialah semoga dia dapat mengharungi kehidupan seharian seperti biasa... Ingatlah bahawa kita masih lagi ada keluarga yang menyayangi kita dan kawan kawan yang sentiasa menemani kita ketika susah dan senang... Jangan sampai kita terlalu mengikut kehendak perasaan sehingga mengabaikan mereka semua... Akhirnya, kita sendiri yang rugi...

Salam sayang buat kawanku ini... Semoga cekal dan kuat semangat dalam menempuh segala dugaan!

Just remember, if you need someone to put your shoulders on, I’ll always be right beside you. You can count on me my dear...
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.