Saturday 2 September 2006

Tangan aku laju menaip 'entry' yang banyak tertangguh... Sejak kebelakangan ini, banyak cerita dan berita yang ingin aku masukkan kedalam blog aku tapi tak sempat untuk di 'publish' kan dalam masa yang sepatutnya... Aku mohon maaf kepada semua...

Hari ini, aku mengambil kesempatan cuti hujung minggu keluar bersama keluarga aku... Selepas siap mengemas bilik tidur dan rumah aku, mak aku sibuk mengajak aku keluar membeli barang barang... Untuk pengetahuan kalian, telah menjadi tanggungjawab aku membawa mak dan ayah aku pergi membeli barang barang setiap hujung bulan...

Photobucket - Video and Image Hosting

Maklumlah, kereta cuma satu saja... Yang boleh memandu pun cuma aku dan adik aku... Bapa aku ada lesen tapi aku tak benarkan dia bawa kereta kerana penglihatan tak berapa jelas... Takut nanti dia belasah tah mana mana tah... berkecai kereta aku tu... Sayang wooo... nak dapat sebiji kereta bukannya senang... Adik aku tu pulak, tak ada dirumah kerana ada kuliah di kampus UiTM Shah Alam... Tak kisahlah tu, sebagai abang dalam keluarga, aku tak berkira dan buat sahaja...

Photobucket - Video and Image Hosting

Bila sampai ke destinasi yang dituju, aku bertanya pada mak aku, "mana kita nak pergi ni mak??...." Mak aku pun jawab, "mak nak pergi beli kain langsir lah Wan..." Oh ya, Wan tu nama manja aku kat umah... Kat luar dan ngan kengkawan saja yang panggil aku Reez sebab dah ramai sangat orang nama Wan kat dalam 'market' so dia orang tak nak guna nama tu... Heheheheee... Berbalik pada cerita aku ni, jadi kami pun pergilah ke gedung kain yang berhampiran dengan pasaraya terkenal kat sini... Aku tengok, ramai juga pelanggan yang datang ke gedung ini... Payah payah aku nak masuk kedalam...

Photobucket - Video and Image Hosting

Kat dalam gedung tu, aku dapat lihat bermacam jenis kain... Ada yang murah, ada yang mahal... Corak pula pelbagai jenis dan cantik cantik... Kalau orang perempuan tengok, mesti rambang mata... Aku pula, sibuk membelek kain untuk baju melayu... Saja je aku tengok, tak de perancangan pun nak buat sebab baju melayu yang aku pakai untuk raya tahun lepas masih baru lagi... Pakai pun cuma sekali setahun saja... Malas nak membazir! Kalau nak buat pun tahun depan kot... Insya Allah, jika dipanjangkan umur...

Photobucket - Video and Image Hosting

Sedang aku leka, mak aku sibuk menarik lengan aku pergi ketempat kain untuk dibuat langsir... Kalau kalian tengok, kelakau... Aku nie macam orang tua saja... Ditarik kesana sini... Mak aku ni pula jenis bangsa tak kisah... Apa pun dimata dia semuanya cantik... Sampai ada corak yang memang tak cantik pun, dia kata cantik juga... Heheheeee... Dia minta pendapat aku supaya pilih corak yang mana... Maklumlah, aku ni walaupun laki, kalau bab nak berkemas dan berhias rumah, memang cerewet sikit... Kira tahulah warna apa yang sesuai dan nak dipadankan dengan apa... Bukanlah kata pandai sangat, tapi bila tiba hari nak raya, semua ahli keluarga aku sedia maklum, bab mengemas dan menghias rumah, mereka akan serahkan pada aku untuk melakukannya... Aku pun tak harapkan adik beradik yang lain sebab mereka akan sibuk menolong mak aku didapur... Jadi, bab langsir, sarung kusyen dan sebagainya kena dapatkan 'approval' dari aku dulu...

Photobucket - Video and Image Hosting

Pilih punya pilih, adalah aku berkenan dengan beberapa kain ni... Aku tunjukkan pada mak aku... Macam biasalah, orang tua... Macam macamlah dia komen... Bunga kain tak cukuplah, corak halus lah, warna pucatlah... Macam macam lagilah... Aku terfikir sejenak, nie orang tua ni nak minta pendapat aku ke tak nak ni?... Heheheheee... Tak apalah, sebab dia mak aku, aku turutkan saja...

Aku pinjam 'statement' kawan aku si Eva... "aiyoooo... very the makcik makcik one !!!...." Heheheheheeeee.. Suka aku mendengar bila dia sebut ayat tu... Aku mesti gelak besar!.... Anyway, last last aku sepakat juga dengan mak aku nak pilih satu corak tu... Ade aku ambil gambarnya... Kalau kalian pandai, tekalah yang mana satu... Dah pilih, satu kerja pulak nak potong... Ni aku kira malu sikit sebab jumlah meter yang aku ambil bukannya sikit, banyak ya amat! Dekat 25 meter !! Maklumlah, rumah dah banyak tingkap... Nak bagi cahaya dan angin masuklah katakan... Lagipun rumah kampung, nak buek cam mano laieeee ??? Paham paham jelah...

Heheheheheee........
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.