Tuesday, 22 August 2006

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua teman teman blogger...

Semalam, berlangsung majlis gilang gemilang yang kita semua kategorikan sebagai 'wedding of the year'... Siapa tidak tahu, siapa yang tidak kenal... Satu Malaysia sedang hangat berbicara tentang majlis pertunangan dan pernikahan penyanyi wanita nombor satu negara; Siti Nurhaliza bt Taruddin dengan lelaki pilihannya iaitu Datuk Khalid Mohd Jiwa...

Sebelum ini, sudah kecoh dikalangan masyarakat kita dimana Siti sendiri telah membuat keputusan dan kejutan dengan mengumumkan tarikh dia akan mengakhiri zaman anak daranya dan sekaligus memperkenalkan kepada kita semua siapakah lelaki yang bertakhta dihatinya... Dengan pengumuman ini, aku yakin Siti sendiri ingin memperjelaskan keadaan dan menamatkan semua gosip yang melanda dirinya dan akhirnya satu majlis kecil dan sesi temuramah bersama wartawan telah diadakan...

Photobucket - Video and Image Hosting

Ketika itu, aku sendiri sudah dapat menjangka siapa lelaki yang menjadi pilihan Siti... Rasanya ramai antara kalian juga sudah tahu atau sekurang kurangnya dapat mengagak siapakah lelaki itu... Beliau yang aku maksudkan ialah Datuk Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk 'K', usahawan yang terkenal dan disegani didalam dunia perniagaan... Ikatan mereka berdua bermula dengan perkenalan sebagai teman perniagaan (business partner) dan atas keikhlasan yang luhur, perkenalan itu menjadi semakin utuh dan erat... Itulah ibarat kata orang tua tua, "tak kenal, maka tak cinta..." Inilah yang berlaku pada diri Siti sendiri kerana sebelum ini dia sendiri tidak menyangka bahawa ikatan persahabatan itu telah membawanya ke jinjang pelamin...

Memang banyak desas desus, gosip malah tohmah caci yang aku dengar mengenai Siti dan Datuk K sebelum ini... Kadang kadang, hendak tergelak aku dibuatnya... Ada yang aku fikirkan masuk akal dan ada yang tidak munasabah... Apa pun yang orang lain fikir dan kata, itu adalah hak dan pandangan masing masing... Sudah tertulis takdir Siti untuk bertemu dengan Datuk K dan seterusnya mengikat tali kasih bersama melayari bahtera kehidupan...

Photobucket - Video and Image Hosting

Aku bersyukur dan memanjatkan doa kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, Siti dan Datuk K telah selamat diijab kabulkan... Semuanya berlangsung dengan aman dan damai... Tiada kekecohan dapat aku lihat sekitar majlis itu... Sewaktu akad nikah berlangsung, aku bukanlah antara yang berada didalam himpunan manusia didalam Masjid Wilayah Persekutuan itu cuma aku melihat melalui peti TV... Alhamdulillah...

Majlis telah dirancang dengan rapi dan teratur... Jelas kelihatan Siti dikawal ketat oleh pengawal peribadi ketika menuju masuk ke perkarangan masjid... Ramai juga tetamu yang hadir antaranya Tengku Mahkota Pahang dan Cik Puan Julita Aishah... Yang menarik perhatian aku, dulang hantaran yang berisi pelbagai jenis barang yang mustahil untuk kita semua miliki... Cantik dan menarik... Siti pulak kelihatan manis dan ayu setelah didandan rapi oleh Nurul Syukur disamping mengenakan busana ciptaan Radzwan Radziwill (kalau tak silap aku)... Meriah !!

Photobucket - Video and Image Hosting

Sekarang, Siti sudah pun bergelar isteri orang.. Doaku, semoga jodohnya dengan Datuk K berkekalan sehingga keakhir hayat dan dikurniakan cahayamata yang comel comel... Aku bukanlah peminat fanatik Siti tetapi bila orang yang terkenal melangsungkan perkahwinan, aku ingin juga mengetahui...

Monday, 21 August 2006

Assalamualaikum...

Hari ini aku rasa gembira dan senang hati... Tahu apa sebabnya? Kerana hari ini, semua sekolah diseluruh Malaysia sedang bercuti... Itulah membuatkan aku rasa seronok... Walaupun tidak lama (cuma seminggu sahaja), memadailah buat diriku...

Mungkin kalian akan rasa pelik, apa kena mengena cuti sekolah dengan diriku? Padahal, aku bukan bekerja di sektor pendidikan atau menjadi seorang guru untuk menikmati suasana begini... Jadi mengapa mesti rasa gembira?

Photobucket - Video and Image Hosting


Sebenarnya, aku rasa gembira kerana bila tibanya waktu cuti sekolah, aku tidak perlu mengharungi hiruk pikuk dan kesesakan diatas jalanraya... Sudah menjadi rutin harian aku (dan kadang kadang dah naik muak dengan suasana begini), aku terpaksa mengharungi semua itu... Kadang kadang, aku berangan, kan alangkah baiknya jika setiap hari jalan ketempat kerja yang selalu aku gunakan tidak ada/tidak banyak kenderaan... Bagi kawasan rumah aku, memang amat mustahil untuk memiliki suasana begitu... Kalau berpeluang pun, cuma waktu cuti sekolah sahaja...

Bila aku keluar dari rumah (biasanya pada pukul 7.00 - 7.15 pagi), jalan utama memang sudah padat dengan kenderaan penduduk sekitar yang ingin ketempat kerja... Selalunya, aku kena/terpaksa beranikan diri untuk menghimpit kenderaan lain bila keluar dari simpang kawasan rumahku... Di KL, kalau kita takut takut, alamatnya memang tak keluar simpanglah jawabnya... Jadi, mahu atau tidak, tawakkal sahaja supaya tiada kejadian buruk berlaku bila kita memandu keluar...

Photobucket - Video and Image Hosting


Waktu cuti sekolah memang seronok memandu ketempat kerja... Tidak perlu berhimpit himpit dan tersangkut dalam kesesakan lalulintas... Aku pun tidak perlu menekan pedal brek setiap masa dan perjalanan aku lancar sehingga tiba dipejabat... Rasa seronok... Kalau hari biasa, anggaran masa yang aku ambil lebih kurang 45 minit ke 1 jam untuk sampai tapi bila tiba waktu cuti sekolah, aku hanya perlukan 15 ke 30 minit sahaja (dengan kelajuan 'standard' 80 km/j)... Seronok kan??

Photobucket - Video and Image Hosting


Bila dah sampai pejabat, banyak kerja yang boleh aku selesaikan memandangkan masa yang ada terlalu banyak... Aku pun perasan, ramai juga pekerja yang mengambil kesempatan cuti sekolah kali ini untuk bercuti sambil berehat dengan keluarga... Pejabat pun boleh dikatakan lengang... Iyalah, waktu cuti sekolah ini, ramai yang balik kampung dan tidak kurang juga menjalankan kerja kerja kahwin...

Bercakap pasal kahwin, aku banyak terima jemputan minggu ini... Ada dekat Perak, ada dekat Pandan Indah dan macam macam tempat lagilah... Insya Allah, ada kelapangan dan sempat aku pergi, aku akan pergi... Nak pergi semua, memang susah sikitlah...

Selamat bercuti bagi mereka yang bercuti dan bagi mereka yang bekerja, selamat menjalankan tugas anda!

Friday, 18 August 2006

Aduh....

Aku tidak tahu bagaimana lagi hendak aku lakukan... Semakin hari, semakin tertekan aku dibuatnya... Yang itu hendak dikejar... Yang ini hendak disiapkan... Semuanya seolah olah menanti untuk diurus dan dibereskan...

Dulu aku pernah berkongsi cerita tentang kerja kerja diatas meja aku ini... Kali ini, aku ingin mewar-warkan bahawa tiada perubahan yang dapat dilihat malah benda diatas meja aku ini semakin bertambah... Kalau dibiarkan, mahu muka aku pun tak nampak...

Photobucket - Video and Image Hosting


Aku bukan ingin mengadu domba apatah lagi mengeluh dengan kerja kerja yang sepatutnya aku lakukan... Saban hari, dari pukul 7.45 pagi sehinggalah lewat malam, aku duduk ditempat duduk aku menyelesaikan kesemua fail fail yang tertangguh... Bila sudah selesai, ada saja yang datang... Bila susut in-tray aku ini, ada saja yang manusia yang gatal tangan mengisinya... Siapa lagi kalau bukan boss aku ini... Dia memang tahu aku mampu habiskan kesemua kerja kerja yang diberikan... Mungkin sebab itu, dia selalu meletakkan apa sahaja kedalam in-tray aku setiap hari...

Kadang kadang aku terfikir sejenak, apa betulkah tindakan aku ini? Perlukah aku mengikut segala telunjuk pengurus aku setiap masa? Bila aku kenangkan siapa aku yang sebenarnya dipejabat, aku tidak perlu menyelesaikan semua kerja kerja ini... Kalian tahu kenape? Kerana kesemua kerja kerja ini adalah kerja pegawai atasan yang sememangnya bukan untuk taraf pekerja seperti aku...

Aku merupakan penjawat yang berpangkat rendah sahaja... Ibarat lagu yang dinyanyikan semula oleh Felix "aku orang kecil, engkau orang besar... kau ibarat gajah... ku hanya semut merah...." Jadi mengapa aku harus lakukan semua ini?? Tidak masuk akal... Gaji yang dibayar tidak berubah dan tetap sama saja...

Photobucket - Video and Image Hosting


Tapi bila aku kenangkan semula betapa banyaknya pengalaman yang dapat ditimba disamping ilmu pengetahuan, aku gagahi diri aku melakukan setiap tugasan... Aku sudah tidak kisah dan tidak berkira tentang apa yang diberikan kepadaku... Aku tahu, dengan melakukan yang terbaik dan ikhlas, aku yakin satu masa nanti pasti Allah akan membalasnya...

Yang paling penting, aku sudah menjalankan apa yang disuruh dan ianya banyak memberikan kepuasan didalam hati aku... Aku masih ingat lagi pesanan dari seorang kakak yang aku kenali dalam dunia blogging ini; katanya... "kerja itu ibarat ibadah, lakukanlah ia sebaik mungkin" dan yang paling aku tidak boleh lupa sehingga kehari ini; "apa saja amanah dan amanat yang diberikan, kita laksanakan seikhlas dan sejujur mungkin kerana itulah tanggungjawab yang kita pikul"... Terima kasih kepada sidia dan kesemua rakan rakanku yang menjadi sumber inspirasi kepada diriku selama ini...

I love you all !!!

Thursday, 17 August 2006

Photobucket - Video and Image Hosting


Pagi ini, ketika aku sedang menikmati hidangan sarapan pagi, aku disajikan dengan pelbagai bauan yang kurang menyenangkan... Untuk pengetahuan kalian, walaupun didepan mataku terletak sepinggan roti canai dan segelas teh tarik (yang sungguh menyelerakan...) tiba tiba seleraku terputus seketika kerana udara sekitarku telah dicemari dengan asap rokok...

Aku bukan ingin melarang orang menghisap rokok tapi aku cuma berharap agar asap rokok itu tidak dihalakan kearahku... Kalau hendak diikutkan hati, mahu saja aku hayunkan buku lima aku ini kemuka penghisap rokok itu... Tapi apakan daya, aku tidak boleh berbuat begitu kerana ini tempat terbuka... Kebetulan pula, angin bertiup dan membawa asap rokok itu kepadaku... Bila sampai, apa lagi... terbatuk batuklah aku dibuatnya... Kawan aku yang duduk dihadapan pula mengipas ngipas tapak tangannya menolak asap yang lalu didepan muka sambil mengerut dahi... Jelas menunjukkan yang dia juga tidak suka dan selesa dengan keadaan sebegini...

"Tak guna punya orang, kalau nak hisap rokok tu, pergilah jauh jauh... Ni menyusahkan orang lain pulak" detik hatiku...

Disebabkan malas nak fikir, aku terpaksa mengadap sarapan pagiku dengan keadaan yang tidak selesa... Tahan sajalah... Nak buat macam mana... Nak berpindah meja, kesemua telah penuh...

Sambil aku menikmati hidangan, aku terfikir, bagus dan sedap sangat ke hisap rokok ni? Selama hayat aku, tidak pernah sekali pun aku pegang sebatang rokok... Aku memang tidak suka pada rokok kerana bau asapnya yang membuatkan aku sesak nafas dan pening kepala... Aku bayangkan bila aku terhidu asap rokok seolah olah aku menghidu asap yang keluar dari eksos bas atau lori !!... Peliknya, kenapa perokok boleh bertahan dengan bau asap ini malah menghirupnya setiap masa dan ketika... Kadang kadang, dua tiga kotak sehari !! Pelik betul !!!

Atas dasar ingin tahu, aku buat semakan didalam laman web untuk mencari fakta tentang merokok... Apa kebaikan dan keburukkannya? Setahu aku, merokok ini adalah tabiat tidak baik dan tidak sihat... Jadi ianya perlu dihindarkan serta merta... Yang anehnya, aku lihat semakin ramai anak anak muda kita giat dan kerap menghisap rokok... Terbalik pulak? Kenapa ya??

Hasil carian aku, barulah aku faham kenapa semua ini sukar untuk dikawal... Aku terjumpa satu artikel di internet yang menguraikan tentang perihal merokok dan kesan kesannya... Mari kita semak...

"Merokok dan Ketagihan Nikotin.

Sejak sekian lama merokok telah dianggap sebagai habit sosial atau kebiasaan dalam sesebuah masyarakat. Namun begitu, melalui data dan kajian yang dikumpul sejak lebih 2 dekad yang lalu, dapat dibuktikan bahawa merokok merupakan suatu proses ketagihan yang serius dan berpunca daripada nikotin yang terdapat dalam tembakau. Nak tahu lebih lanjut?.....

Asap rokok terdiri daripada campuran pelbagai jenis gas dan bahan kimia, antaranya ialah nikotin yang merupakan sejenis dadah yang menyebabkan ketagihan, sama seperti morfein dan heroin. Apabila asap rokok disedut ke dalam peparu, nikotin akan diserap kedalam aliran darah dan dihantar ke otak. Dalam masa 10-20 saat, nikotin akan sampai ke otak dan merangsang penghasilan dopamine di dalam nucleus accumbens pada sistem mesolimbic. Kajian ke atas haiwan telah membuktikan bahawa proses penghasilan dopamine yang dirangsang oleh nikotin ini merupakan sebab utama ketagihan rokok.

Selain daripada itu, bukti klinikal juga telah membuktikan bahawa nikotin didalam tembakau memenuhi kriteria dadah yang menyebabkan ketagihan. Ini kerana, nikotin menyebabkan perokok tidak dapat mengawal diri daripada merokok, sukar untuk mengawal penggunaan (contohnya berhenti merokok), terus merokok walaupun tahu kesan buruk merokok, serta mengalami withdrawal syndromes apabila cuba berhenti merokok.

Nikotin Withdrawal Syndrome.

Salah satu sebab kenapa nikotin merupakan satu dadah yang menyebabkan ketagihan yang serius ialah Nicotine Withdrawal Syndrome yang dialami oleh perokok apabila mereka cuba untuk berhenti merokok. Syndrome ini melibatkan perubahan pada perwatakan serta melibatkan perubahan fizikan dan psikologikal pada perokok.

Antara simptom-simptomnya adalah:

Simptom
1. Mudah marah
2. Tertekan
3. Resah gelisah
4. Tidak dapat berehat dengan cukup
5. Tidak dapat menumpukan perhatian
6. Selera makan meningkat
7. Keinginan untuk merokok semula
8. Tidak dapat tidur
9. Degupan jantung yang lemah

Hampir semua simptom-simptom ini dapat diatasi melaui penggunaan Nicotine Replacement Therapy (NRT) yang boleh didapati di farmasi melalui nasihat doktor.

Kebanyakan simptom akan beransur hilang dalam masa 4 minggu dari tarikh berhenti merokok, walaupun selera makan yang meningkat memerlukan lebih 10 bulan untuk kambali ke paras asal dan menyumbang kepada berat badan perokok yang bertambah. Daripada kesemua simptom diatas, tekanan/stress dan keinginan untuk merokok merupakan sebab utama kegagalan perokok untuk berhenti merokok secara kekal.

Rawatan

Terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan untuk menolong para perokok untuk berhenti merokok. Antaranya ialah kaunseling dan terapi di klinik, bantuan dan sokongan ahli keluarga dan sahabat handai, azam dan semangat untuk berhenti,menggunakan diari untuk merekodkan hari-hari yang tidak merokok, akupuntur, serta rawatan menggunakan ubatan seperti Nicotine Replacement Therapy dan Bupropion HCL.

Sebagai panduan, langkah -langkah untuk berhenti merokok adalah:

1. Tetapkan masa untuk berhenti merokok, contohnya dalam masa 1 minggu akan datang.

2. Beritahu ahli keluarga, sahabat, dan rakan sekerja yang anda ingin berhenti merokok.

3. Buang atau hindari segala benda yang dapat mengingatkan anda untuk merokok seperti kotak rokok, lighter, bekas abu rokok dan sebagainya.

4. Berhenti merokok secara total pada tarikh yang telah ditetapkan.

5. Gunakan pengalaman berhenti merokok yang lalu (walaupun tidak berjaya!) sebagai panduan untuk mengenalpasati strategi yang patut diambil atau diperbaiki untuk cubaan berhenti merokok yang seterusnya.

6. Kenalpasti punca-punca yang boleh menyebabkan keinginan untuk merokok seperti berehat selepas makan, bergaul dengan orang sahabat atau ahli keluarga yang merokok, dan stress.

7. Elakkan diri daripada berhadapan dengan situasi-situasi yang boleh menyebabkan anda ingin merokok (seperti diatas); jika tidak dapat dielakkan, gunakan strategi yang berkesan seperti beredar dari tempat yang ramai perokok, meminta perokok disebelah anda untuk berhenti, elakkan berbaring atau bermalasan selepas makan, ubah cara hidup dan sebaginya.

8. Sibukkan diri anda dengan bersukan dan sebagainya untuk mengelakkan keinginan merokok.

9. Minum air suam dengan kerap dan makan banyak buah-buahan. Ini kerana air dan serat dalam buah-buahan akan menyebabkan anda berasa kenyang @ "full" dan mungkin dapat mengatasi keinginan untuk merokok. Elakkan minuman bergula, kopi dan teh, serta makanan berat kerana karbohidrat dan kafein berpotensi untuk membuatkan anda ingin merokok semula.

10. Selain daripada langkah-langkah diatas,pada masa yang sama gunakan produk Nicotine Replacement Therapy seperti skin patch, buble gum dan sebagainya atas nasihat doktor untuk membantu anda berhenti dengan lebih berkesan.

11. Pada mereka yang beragama Islam, banyakkan solat, membaca al-Quran, berpuasa serta berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan untuk berhenti merokok.

Sebagai kesimpulannya, merokok merupakan suatu ketagihan yang serius, kesan daripada nikotin yang terdapat dalam tembakau. Para perokok yang ingin berhenti merokok perlu berazam, berusaha sedaya upaya, meminta bantuan ahli keluarga dan sahabat handai, menggunakan Nicotine Replacement Therapy serta bersedia menghadapi proses withdrawal yang akan berakhir beberapa minggu dari tarikh berhenti merokok."

RUJUKAN : Asthma and COPD: Basic Mechanisms and Management
Barnes, Drazen, Rennard, Thompson
Academic Press 2002
Dipetik dari laman :
www.jiwang.org/portal/modules/news


Jadi, pada kawan kawan aku yang hisap rokok tu, aku harap agar kalian tidak berkecil hati dengan penulisan aku kali ini... Bukan hendak memerli kalian tapi sebagai seorang rakan, aku cuma ingin mengingatkan... Terpulanglah pada diri untuk menilainya... Pokok pangkal, tepuk dada, tanyalah selera....

Wednesday, 16 August 2006

Salam ceria buat semua...

Masa aku menaip entry aku nie, ade banyak perkara yang aku tengah fikir... Biasalah, kesemua perkara itu bersangkut paut dengan masalah yang datang melanda diriku ini... Kalian jangan salah anggap ye... Aku nie tak delah banyak sangat problem sebenarnya... Tapi memandangkan aku jenis banyak kawan dan kenalan, abis semua problem dia orang aku fikir sekali... Teruk kan aku nie??

Susah ler... Aku kalau boleh, tak nak fikir pasal problem orang lain... Kalau nak di ikutkan hati, lantak dia orang ler... Bukan aku yang akan menghadapi dan dapat susah... Lagipun, buat ape nak sibuk sibuk dengan masalah orang??? Masalah sendiri kan ade... Inilah kenyataan yang sentiasa bermain main didalam fikiran aku...

Tetapi, jauh disudut aku, aku tak berdaya dan tak boleh nak buat camtu... Tahu tak kenape? Sebab, kesemua mereka datang berjumpa dengan aku... Meluahkan apa yang mereka rasa dan alami... Aku nie dari OK, terus jadi kesian dan simpati... Entahlah... Inilah kelemahan aku... Memang aku tak boleh tengok orang sedih2 dan susah... Pulak tu, mereka semua bukan orang lain... Kesemuanya memang rapat dan kawan baik aku... Jadi, wajarkah aku buat tak tahu aje??

Aku teringat bidalan; "kawan ketawa merata rata, kawan menangis.. mana hendak dicari"... Bidalan nie seolah olah menghantui aku sepanjang masa.. Dan kerana bidalan inilah menjadikan aku seorang yang rapat dengan kawan kawan... Kesemua mereka tu dah tahu perangai aku ni.. Cepat tersentuh dan prihatin... Segala perkara hendak dikongsi bersama... Tapi kadang2 aku harus akur, tak semua perkara aku kene campur tangan... Kalau macam tu, nanti masalah besar lak aku....

Lately nih, ade member baik aku bercerita dengan aku pasal masalahnya... Pada mulanya, dia memang tak nak cerita... Tapi bila aku tengok perubahan besar keatas dirinya, aku tahu dia sedang memendam rasa... Mesti ade sesuatu yang tak kena... Aku nie, jangan cakaple, ntah mane tah keistimewaan aku, aku boleh baca perasaan orang (which later cause me a lot of trouble)... So, aku tanya dia, ape yang mengganggu dia... Biasalah, malu2 kucing ngan aku... Tak nak cerita... Fine... Aku buat tak tahu aje.. Bila lama lama tuh, aku tak boleh tahan, aku tanya sekali lagi dan kali ini dia cerita perkara sebenar... Sebelum tu, dia cakaplah dengan aku yang dia sebenarnya segan nak cerita... Aku pesan, sebagai kawan, buat ape nak malu... Kita dah kenal lama... Macam2 cerita dan pengalaman dah lalui bersama... Dari simpan2 dalam hati dan buat pening kepala, baik cerita saja... Mane tahu, boleh tolong... aku akan tolong...

Dengan suara yang menggeletar (sebab segan dan malu) dan wajah yang lesu dia bagitau aku yang dia menghadapi masalah kewangan yang kritikal... Dia sekarang nak pakai duit yang agak banyak sebab nak selesaikan masalahnya... Aku tergamam seketika... Hatiku mula berkata kata "Alamakkk... not again... Kalau masalah lain, aku OK but not this one... Nie yang aku lemah nih... Problem lama tak settle lagi..." Dia terangkan kat aku kedudukan dia yang sebenar, apa yang berlaku dan apa yang perlu dia lakukan... Setelah habis bercerita, dia bertanya kat aku, boleh ke aku tolong dia....

Soalan cepu emas ini... Boleh ke tidak aku menolong dia? Sekali lagi aku berada di dalam dilema... Aku benci dengan situasi ini... Kalau boleh, aku tak nak berada dalam keadaan ini sampai bila bila... Aduhhh.. pening kepala aku memikirkannya... Pada aku, aku ikhlas dan tak kisah menolong orang... Aku tak kisah bersusah payah asalkan ahli keluarga aku dan mereka2 yang rapat dengan aku senang hati dan gembira... Tapi kali ini, aku berada dalam keadaan tidak menentu bila masalah duit ini diutarakan...

Aku jadi dilema pun sebab aku dah terkena banyak kali dah dengan orang yang tidak berhati perut... Sebelum nie, banyak dah orang meminjam dengan aku tapi lepas tu menghilangkan diri/buat bodoh aje... Pulak tu bukan orang lain, majoritinya kawan baik aku sendiri... So, pengalaman ini telah banyak mengajar aku supaya lebih berhati hati... Aku tidak sanggup dan tidak mahu memori pahit berulang kembali...

Aku nak tanya dan minta pendapat kalian, perlukah aku membantunya? Adakah tindakan aku wajar dan betul dengan memberitahu dia yang aku tidak dapat nak menolong dia kali ini??.. Dia lak memang dah mengharap sangat supaya aku menolong dia... Apa yang harus aku lakukan? Aku terlalu fobia dengan pertolongan seperti ini...

Nak tolong, takut nanti dia buat perangai... masak aku.. Kalau tak tolong, dia kawan baik aku dan mengharapkan aku supaya menolong dia... Macam mane nih ???!!!!! Tersepit aku... Peningnye kepalaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........................



Photobucket - Video and Image Hosting

Tuesday, 15 August 2006

Aku nak tanya kalian...

Kenapa kalian mencipta dan menulis blog? Adakah disebabkan kalian memang suka menulis dan bercerita atau sekadar untuk suka suka saja? Setakat ini, sudah tercapaikah impian kalian melalui dunia blogging ini? Apa pun jawapan dan kehendak kalian, itu adalah hak masing masing... Orang lain tidak boleh nak kata apa apa...

Persoalannya, adakah penting blogging nie dan sejauh manakah ia dapat memberikan peluang untuk kita mencapai impian masing masing? Aku sendiri pun tak tahu... Teringin juga rasa hati berkongsi pendapat dengan para pembaca... Aku perhatikan, banyak betul blog yang dicipta setiap hari... Hampir seluruh pelosok dunia online dan masuk blogspot nie... Kadang kadang aku terfikir, boleh tampung ke server blogspot nie dengan sejumlah besar pengunjung dan user didunia? Itu belum kira lagi design blog yang superb !!!! Aku malu sendiri bila tengok blog kawan kawan aku yang sememangnye canggih dan menarik... Kalau nak dibandingkan dengan blog aku nie, jauh ketinggalan!!

Actually berbalik kepada soalan tentang kepentingan tadi, bagi aku, aku bukan seorang yang fanatik dengan bab2 blogging nie... Aku pun masih baru dalam dunia nie... Baru tahun lepas aku start blogging... Entry pun, boleh dikira dengan jari... Tak macam orang lain, rajin update blog mereka hari hari... Sebelum ni pun aku banyak mendengar orang bercakap pasal blog... Walhal, aku sepatah haram pun tak tahu apa apa... Until one day, aku kenal seseorang nie... Dia yang introduce kat aku pasal blogging nie... Daripada tak de interest, terus dapat sumber inspirasi sebab aku nie memang suke membaca dan menulis... Terima kasihlah pada si 'dia' kerana telah menjerumuskan aku ke lembah blogging nie... Dah dapat ID dan blog sendiri, tak reti reti lak nak berhenti... Pasti ade saje yang nak ditulis...

Tujuan aku berblogging nie bukan nak menunjuk nunjuk skill aku tapi sekadar ingin bercerita tentang kisah hidup dan berkongsi pandangan/pendapat dengan pembaca... Aku pun tak harap sangat pembaca supaya sentiasa melekat kat blog aku nih... Kalau ade cerita menarik, adelah entry baru... Kalau tak, mahulah dekat sebulan tak update blog... Time tu, mesti orang wonder what is going on... Aku lebih senang meluahkan rasa dan isi hati aku ketika menulis berbanding berbicara face to face... Maklumlah, aku nie penyegan sikit orangnye... Heheheheheee... (puji diri sendiri....)

Aku tak sangka, sambil2 aku berblogging, ramai lak member aku yang nak join... Aku pun dah berjaya pengaruh seorang member rapat nie... Dia nie memang tak minat bab2 IT nie, apatah lagi bab menulis dan menaip... Boring katanya... Tapi last2 bila tengok dan baca blog aku, dia jadi berminat... Ape ke jadahnye tiba2 dia tukar perception??? Tak apelah, at least aku dah berjaya tambah seorang rakan dalam blogspot nie... Untung blogspot... Dapat seorang lagi client.. Heheheheeee..... Dalam masa yang sama, bila aku berblogging nih, aku dapat melebarkan sayap persahabatan aku dengan orang lain... Ramai dah aku kenal dalam blog nih... Nie kalau buat fan club nie, best sesangat dah nih... Banyak aktiviti boleh dibuat!!

Anyway, aku rasa seronok kerana setakat nie aku tidak mempunyai masalah bila berblogging nih... Aku adelah dengar dalam radio satu ketika dulu, dunia blog nie memang penuh bahaya... Kena hati hati sebab ade sesetengah orang menyalahgunakan blog untuk kepentingan diri masing2... Ade tu, terlalu fanatik sehingga mengganggu ketenteraman pengguna lain... Tidak kurang, ada yang menjadikan blog sebagai senjata mereka menyerang seseorang... Teruk kan ?? Jadi, berhati hatilah...

Hari ini, sambil aku menaip entry aku, aku sempat construct blog kawan aku nie... Aku telah diberikan mandat 100% untuk menukar design blog dia sementara dia outstation... Kira aku nie telah dilantik sebagai konsultan tidak bertauliah ler... Bina dan buat design untuk blog dia... Lagipun, dia kawan baik aku... Tak kisah ler tu... Aku pun bukan buat layout tu 100%... Layout aku ambil dari laman web lain, cuma susun letak dan kosmetiknya aku buat sendiri... Tengok kepada mood dan kesesuaian.... Kalian nak tengok ke layout ape yang aku buatkan untuk kawan aku nie ??? Nie aku sertakan....

Photobucket - Video and Image Hosting



Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Buat punye buat, aku tak sedar hari dah lewat malam... Aku pun nak kene kerja esok, so tak leh nak stay lama... Lepas nie nak buat final touch up dan submit kat dia... Biar dia preview dan decide... Kalau dia suke, dia boleh save dan republished... Kalau tak, buang ajelah script yang aku bagi tu... Senang tak susah ape pun...

Oklah, need to continue my work... See you all again !! Thanks kerana support aku dan terima kasih kerana melawat blog aku nih...

Sunday, 13 August 2006

Hari minggu... Biasanya hari yang ditunggu tunggu kebanyakkan orang... Hari minggu adalah hari dimana orang banyak meluangkan masa bersama keluarga dan rakan rakan... Sama ada mereka berjalan jalan sambil melakukan aktiviti riadah atau sekadar duduk berehat dirumah... Memang seronok jika kita dapat melakukan aktiviti sebegini... Kebiasaannya, bagi mereka yang bekerja, memang sukar untuk menikmati hari rehat yang berkualiti tanpa diganggu gugat dengan kerja2 dipejabat... Kalau nak diharapkan cuti tahunan, berapa sangat boleh kita dapat???

Macam aku, tiada apa sangat yang dapat aku lakukan pada hari ini... Dari pagi sampai ke petang, aku banyak menghabiskan masa aku terperap didalam bilik... To certain people, memang boring; tapi tidak bagi aku... Ini kerana dalam bilik aku memang lengkap dengan pelbagai kemudahan... Ada internet connection, ade sofa yang empuk, ade TV dan DVD player dan macam macam lagilah... Jadi, mengapa mesti aku keluar dari bilik aku? Tak perlu kecuali kalau aku nak makan dan kebilik air saja...

Selalunya kalau tak de mende nak buat, aku akan menonton DVD atau paling tidak pun aku akan online internet... Tapi hari ini aku bercadang untuk mengemas bilik aku... Dah sebulan lebih aku tak kemas bilik aku nie... Hari2 bila bangun tidur, aku cuma kemas tempat tidur aku dan sapu lantai aje... So, aku bercadang nak tukar susun letak peralatan bilik aku ni... Saje nak tukar angin... Susun punye susun, letih jugaklah... Nak kene buang segala habuk yang bertakung diatas almari dan rak buku, alihkan sofa dan rak TV dan macam macam lagilah... Habis semua barang aku selongkar dan susun semula... Aku nie memang macam nie... Kalau nak susun barang, aku tak suka angkat dan susun... Aku akan bawak keluar/selongkar dan lepas tu susun balik... Baru aku akan puas hati... Kalau tak rasa macam tak best aje...

Sambil2 tangan aku ligat menyusun, mata aku tiba tiba terhenti disatu sudut... Aku perhatikan ada satu kotak berwarna biru disebelah almari pakaian aku... Terdetik dihati, "kotak apa ni???" Ermm... aku tarik keluar kotak yang masih cantik dan tak terusik itu... Diatasnya ada alas plastik yang menakung habuk... Aku buka kotak itu dan alangkah terkejutnya aku bila melihat isi kandungannya... Rupa rupanya barang barang pemberian orang yang pernah aku sayang sebelum ini... Aku belek semua barang barang itu... Ada kad ucapan, kad hari raya... perhiasan meja... cenderamata dan sebagainya... Semuanya kelihatan cantik dan baru... Yelah, setelah dia 'pergi', tiada guna aku letak semua barang barang ini diatas rak dan meja aku... Bukan kerana membenci atau tidak suka, tapi eloklah aku tidak pamerkan...

Aku belek setiap barang didalam kotak itu... Perasaanku terusik seketika... Mindaku ligat berputar memainkan memori silam... Ibarat pemain cakera padat yang laju berputar tanpa henti... Kadang2 aku tersengeh dan tersenyum dan adakalanya aku rasa sayu... Terlalu banyak kisah yang aku lalui sebelum ini... Aku tak sangka, semuanya sudah menjadi lipatan sejarah dalam hidupku... Well, aku pun sekarang dah tak macam dulu lagi... Kalau dulu aku banyak memendam rasa dan merasa terseksa, sekarang aku sudah lali dengan semua ini... Apa yang berlaku memang banyak mengajar aku menjadi seorang insan yang tabah...

Cuma persoalannya, apakah aku harus menyimpan semua barang barang ini atau aku harus buangkan sahaja? Inilah dilema aku... Kadang2 aku bernekad untuk buang saja tapi jauh disudut hatiku, aku rasa sayang yang teramat sangat... Bagiku, semua pemberian ini cukup bermakna dan berharga buat diriku... Pada orang lain, mungkin ini semua karut tapi bagi aku, aku menghargai pemberian orang dan setiap pemberian itu (walaupun kecil) mempunyai nilai yang tersendiri...

Aku sambung semula mengemas sehingga tidak sedar waktu Maghrib sudah tiba... Aku habiskan kerja2 terakhir sebelum aku membersihkan diri untuk solat dan menikmati hidangan makan malam... Sesudah selesai, aku berehat di ruang tamu sambil menonton Buletin Utama bersama keluarga... Saje aku sibukkan diri dan memberi perhatian terhadap berita yang disiarkan... Itulah saja (diwaktu ini) untuk aku melupakan semua kenangan lama yang datang menjengah sebentar tadi...

Friday, 11 August 2006

Aku lalui kehidupan seharian aku seperti sedia kala... Cuma hari ini, aku terpaksa keluar dari pejabat bersama seorang lagi rakanku untuk menghadiri satu kursus di pusat latihan syarikat di Bangi, Selangor... Tak kisahlah tu, kadang kala aku perlu juga keluar dari pejabat untuk menghilangkan rasa bosan mengadap kerja kerja diatas meja...

Pulang dari kursus, di sebelah petang, ada sesi perjumpaan dan penyampaian sijil untuk peserta 4X4 ke Ulim Slim, Perak pada bulan Julai yang lepas... Aku dipertanggungjawabkan sebagai pengerusi majlis bertindak sebagai pengacara... Last minutes preparation, what can you expect??? Aku buat mane yang boleh aje... Dengan selamba aku bercakap dihadapan 50 orang yang hadir... Gemuruh lah jugak sebab tak semua aku dikenal disitu...

Sesudah majlis selesai, kawan aku sibuk dok ajak pergi ke PIKOM PC Fair yang berlangsung di KL Convention Centre... Katanya, dia nak cari SD card bersaiz 1GB untuk kamera barunya... Aku pun nak juga tengok barang barang terkini di pasaran... So kami pun bertolak le lepas Maghrib ke PC Fair tu... Almost satu setengah jam aku menghabiskan masaku dengan kawan disana... Banyak benda kami dok belek dan tanya... Maklumlah kan, aku nie memang pantang tengok barang2 yang berkaitan dengan IT nie... Suka dan minat gile... Cuma tulah, aku nie ade had... Tak semua benda aku boleh beli kat sana... Kalau harga barang puluhan ringgit, boleh la aku borong... Nie harga beribu ribu ringgit, manelah aku mampu... Tengok ajelah... Kalau gaji RM 5 - 6 ribu sebulan tu boleh lah kot...

PIKOM PC Fair nie diadakan sebanyak 4 lagi setahun... First diadakan pada bulan March, lepas tu somewhere in June tak silap aku... followed by August/September and lastly on December... Setiap kali ade fair nie, most harga barang yang dipamerkan dan tawarkan akan turun berbanding fair yang lepas2... So, berpeluang lah kalian nak beli barang2 murah hujung tahun... Memang kalau barang berkaitan IT nie tak macam harga tanah... Setiap hari, pasti ada rekaan dan barang baru yang dihasilkan... So, harga barang sedia ada tidak boleh kekal lama dan akan susut dari segi nilai... Ambil contoh macam pendrive... Kalau dulu aku beli pendrive 1GB, aku kene bayar RM90 tapi sekarang boleh dapat dengan harga RM65 ringgit!! Murah sangat... So, siape plan nak beli sekarang, untunglah...

Keluar dari KL Convention Centre tu, aku dan kawan berjalan jalan disekitar KLCC... Masuk jab ke Tower Records tengok CD terbaru... Ermm... Ade gaklah yang menarik... Tapi aku tak beli sebab dah masuk tengah bulan... Nak save budget sikit... Mungkin time gaji kot aku akan beli...

Begitulah ceritanya... Kalau kalian tak de benda nak buat hujung minggu ni, datangle ke KL Convention Centre... Banyak yang menarik ada disana... In fact, aku dengar citer, ada lucky draw !!! Best !!

Thursday, 10 August 2006

This poem is specially dedicated to all my friends outside there, thank you very much for everything! You are the most precious treasure I ever had

You are friendly, kind and caring
Sensitive, loyal and understanding
Humorous, fun, secure and true
Always there... yes that's you.

Special, accepting, exciting and wise
Truthful and helpful, with honest blue eyes
Confiding, forgiving, cheerful and bright
Yes that's you... not one bit of spite.

You're one of a kind, different from others
Generous, charming, but not one that smothers
Optimistic, thoughtful, happy and game
But not just another... in the long chain.

Appreciative, warm and precious like gold
Our friendship won't tarnish or ever grow old
You'll always be there, I know that is true
I'll always be here... always for you.

~ Angela Lee Hillsley ~



" A friend is someone who walks in when the whole world has walked out "
~ Author Unknown ~

" You can always tell a real friend : when you've
made a fool of yourself, he doesn't feel you've done a permanent job"
(Lawrence J. Potter)


A lot of people go through life with only a few friends. It seems that some have less than that. They have no one on whom they can call in good times or bad. There is no one with whom to bounce ideas around, or to talk about deep and troubling subjects. They have no one to call in times of need or difficulty. They are at the mercy of life, standing alone.

Others seem to have a multitude of friends. Wherever they go, people know them, and like to be around them. Should trouble strike, their biggest hesitation might be over which friend to call. They know exactly the person with whom to discuss the topics of inquiry and debate. Life is full of entertaining and invigorating relationships because it is full of friends.

There ought to be a course in school on friendship. Of course, some people are perfectly happy to operate with fewer friends. They might rather have a few deep and loyal friends, than many superficial ones. Others thrive best when friends are everywhere and numerous. It is not so much the number of friends that is important as is the possession of friends, period.

Friendship is a blessing, and a friend is the channel through whom great emotional, spiritual, and sometimes even physical blessings flow. Friends can cheer us when we're sorrowful or depressed. Friends can challenge us when we allow ourselves to get beyond our reasonable boundaries. Friends can motivate us when we're ready to give in, and they can provide for us when life falls apart. They are there when all is well, and we want someone with whom to share life's pleasant and memorable moments. We often just want them around to have a good time, to laugh, to act silly, to enjoy some mutually liked activity. In how many ways have friends enriched our lives and made us feel loved, accepted, respected and cared for? Probably, too many to list, and the list grows daily.

It is safe to say that when God created the world and all the majestic things in it, when he streaked the heavens with radiant color and the earth with grand mountains and awe-inspiring canyons, when he painted the plains with waving grasses and erected noble forests of towering trees, he outdid it all by creating friends. Why not take a moment or two and thank someone today for being a friend to you?

May God bless you with all the friends you need, and may he turn you into a blessing by using you as a friend to others.



Thanks to Dr. Phil Denton (
www.hearlight.org)
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.