Tuesday 22 August 2006

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua teman teman blogger...

Semalam, berlangsung majlis gilang gemilang yang kita semua kategorikan sebagai 'wedding of the year'... Siapa tidak tahu, siapa yang tidak kenal... Satu Malaysia sedang hangat berbicara tentang majlis pertunangan dan pernikahan penyanyi wanita nombor satu negara; Siti Nurhaliza bt Taruddin dengan lelaki pilihannya iaitu Datuk Khalid Mohd Jiwa...

Sebelum ini, sudah kecoh dikalangan masyarakat kita dimana Siti sendiri telah membuat keputusan dan kejutan dengan mengumumkan tarikh dia akan mengakhiri zaman anak daranya dan sekaligus memperkenalkan kepada kita semua siapakah lelaki yang bertakhta dihatinya... Dengan pengumuman ini, aku yakin Siti sendiri ingin memperjelaskan keadaan dan menamatkan semua gosip yang melanda dirinya dan akhirnya satu majlis kecil dan sesi temuramah bersama wartawan telah diadakan...

Photobucket - Video and Image Hosting

Ketika itu, aku sendiri sudah dapat menjangka siapa lelaki yang menjadi pilihan Siti... Rasanya ramai antara kalian juga sudah tahu atau sekurang kurangnya dapat mengagak siapakah lelaki itu... Beliau yang aku maksudkan ialah Datuk Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk 'K', usahawan yang terkenal dan disegani didalam dunia perniagaan... Ikatan mereka berdua bermula dengan perkenalan sebagai teman perniagaan (business partner) dan atas keikhlasan yang luhur, perkenalan itu menjadi semakin utuh dan erat... Itulah ibarat kata orang tua tua, "tak kenal, maka tak cinta..." Inilah yang berlaku pada diri Siti sendiri kerana sebelum ini dia sendiri tidak menyangka bahawa ikatan persahabatan itu telah membawanya ke jinjang pelamin...

Memang banyak desas desus, gosip malah tohmah caci yang aku dengar mengenai Siti dan Datuk K sebelum ini... Kadang kadang, hendak tergelak aku dibuatnya... Ada yang aku fikirkan masuk akal dan ada yang tidak munasabah... Apa pun yang orang lain fikir dan kata, itu adalah hak dan pandangan masing masing... Sudah tertulis takdir Siti untuk bertemu dengan Datuk K dan seterusnya mengikat tali kasih bersama melayari bahtera kehidupan...

Photobucket - Video and Image Hosting

Aku bersyukur dan memanjatkan doa kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, Siti dan Datuk K telah selamat diijab kabulkan... Semuanya berlangsung dengan aman dan damai... Tiada kekecohan dapat aku lihat sekitar majlis itu... Sewaktu akad nikah berlangsung, aku bukanlah antara yang berada didalam himpunan manusia didalam Masjid Wilayah Persekutuan itu cuma aku melihat melalui peti TV... Alhamdulillah...

Majlis telah dirancang dengan rapi dan teratur... Jelas kelihatan Siti dikawal ketat oleh pengawal peribadi ketika menuju masuk ke perkarangan masjid... Ramai juga tetamu yang hadir antaranya Tengku Mahkota Pahang dan Cik Puan Julita Aishah... Yang menarik perhatian aku, dulang hantaran yang berisi pelbagai jenis barang yang mustahil untuk kita semua miliki... Cantik dan menarik... Siti pulak kelihatan manis dan ayu setelah didandan rapi oleh Nurul Syukur disamping mengenakan busana ciptaan Radzwan Radziwill (kalau tak silap aku)... Meriah !!

Photobucket - Video and Image Hosting

Sekarang, Siti sudah pun bergelar isteri orang.. Doaku, semoga jodohnya dengan Datuk K berkekalan sehingga keakhir hayat dan dikurniakan cahayamata yang comel comel... Aku bukanlah peminat fanatik Siti tetapi bila orang yang terkenal melangsungkan perkahwinan, aku ingin juga mengetahui...
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.