Monday 21 August 2006

Assalamualaikum...

Hari ini aku rasa gembira dan senang hati... Tahu apa sebabnya? Kerana hari ini, semua sekolah diseluruh Malaysia sedang bercuti... Itulah membuatkan aku rasa seronok... Walaupun tidak lama (cuma seminggu sahaja), memadailah buat diriku...

Mungkin kalian akan rasa pelik, apa kena mengena cuti sekolah dengan diriku? Padahal, aku bukan bekerja di sektor pendidikan atau menjadi seorang guru untuk menikmati suasana begini... Jadi mengapa mesti rasa gembira?

Photobucket - Video and Image Hosting


Sebenarnya, aku rasa gembira kerana bila tibanya waktu cuti sekolah, aku tidak perlu mengharungi hiruk pikuk dan kesesakan diatas jalanraya... Sudah menjadi rutin harian aku (dan kadang kadang dah naik muak dengan suasana begini), aku terpaksa mengharungi semua itu... Kadang kadang, aku berangan, kan alangkah baiknya jika setiap hari jalan ketempat kerja yang selalu aku gunakan tidak ada/tidak banyak kenderaan... Bagi kawasan rumah aku, memang amat mustahil untuk memiliki suasana begitu... Kalau berpeluang pun, cuma waktu cuti sekolah sahaja...

Bila aku keluar dari rumah (biasanya pada pukul 7.00 - 7.15 pagi), jalan utama memang sudah padat dengan kenderaan penduduk sekitar yang ingin ketempat kerja... Selalunya, aku kena/terpaksa beranikan diri untuk menghimpit kenderaan lain bila keluar dari simpang kawasan rumahku... Di KL, kalau kita takut takut, alamatnya memang tak keluar simpanglah jawabnya... Jadi, mahu atau tidak, tawakkal sahaja supaya tiada kejadian buruk berlaku bila kita memandu keluar...

Photobucket - Video and Image Hosting


Waktu cuti sekolah memang seronok memandu ketempat kerja... Tidak perlu berhimpit himpit dan tersangkut dalam kesesakan lalulintas... Aku pun tidak perlu menekan pedal brek setiap masa dan perjalanan aku lancar sehingga tiba dipejabat... Rasa seronok... Kalau hari biasa, anggaran masa yang aku ambil lebih kurang 45 minit ke 1 jam untuk sampai tapi bila tiba waktu cuti sekolah, aku hanya perlukan 15 ke 30 minit sahaja (dengan kelajuan 'standard' 80 km/j)... Seronok kan??

Photobucket - Video and Image Hosting


Bila dah sampai pejabat, banyak kerja yang boleh aku selesaikan memandangkan masa yang ada terlalu banyak... Aku pun perasan, ramai juga pekerja yang mengambil kesempatan cuti sekolah kali ini untuk bercuti sambil berehat dengan keluarga... Pejabat pun boleh dikatakan lengang... Iyalah, waktu cuti sekolah ini, ramai yang balik kampung dan tidak kurang juga menjalankan kerja kerja kahwin...

Bercakap pasal kahwin, aku banyak terima jemputan minggu ini... Ada dekat Perak, ada dekat Pandan Indah dan macam macam tempat lagilah... Insya Allah, ada kelapangan dan sempat aku pergi, aku akan pergi... Nak pergi semua, memang susah sikitlah...

Selamat bercuti bagi mereka yang bercuti dan bagi mereka yang bekerja, selamat menjalankan tugas anda!
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.