"Tak padan dengan diri, dah cacat tu buatlah cara orang cacat !!!"
Aku tengah leka2 buat kerja, terus tersentap dengan statement akak yang duduk depan aku ni... Terkejut dan tak sangka dia akan cakap macam tu... Seingat aku, selama aku kenal akak ni dia tak pernah marah2 apatah lagi mengeluarkan kata2 kasar sebegitu... Aku paham, tempat kerja dan bahagian aku nie memang penuh dengan dugaan dan tekanan... Pulak tu nak kena layan karenah pelanggan yang bermacam macam...
Jauh disudut hati, aku kesian dengan pelanggan tu, tapi aku tidak boleh membuat andaian secara melulu... Mungkin ada perkara yang berlaku diantara kawan aku ni dengan pelanggan tersebut yang telah membuatkan dia mengeluarkan kata2 tadi...
Tak tumbuh, tak melata... Tak sungguh, orang tak kata...
Bila aku siasat,rupanya pelanggan ni pun satu... Bukan syarikat aku tak nak bayar tuntutan yang dia buat; kes telahpun diselesaikan... Cek dah ditulis cuma nak tunggu tandatangan dari big boss aje... Kawan aku ni pun dah pesan awal2, jangan susah2 datang kepejabat aku ni sebab rumah dia jauh... Nun kat Kuala Pilah sana..
Dia degil, nak datang gak kepejabat aku ni... Katanya nak jumpa dengan orang yang tolong setelkan kes dia... Dalam telefon memang lemah lembut orangnya... Gaya percakapan memang penuh dengan budi bahasa... Tapi bila dah sampai sini, nah kau! Habis perangai sebenar ditunjuknya... Aku pun pelik, ada gak orang macam ni ye??
"Saya dah ada kat bawah ni! Saya nak cek tu sekarang jugak!!!" tempik pelanggan tu pada kawan aku ni...
Apa lagi, tercengang dan terpinga pingalah kawan aku tu...
"Cik, kenapa cik datang kesini? Kan saya dah pesan, nanti kalau cek dah siap, saya akan telefon Cik??... Cek tu tidak ada ditangan saya dan saya tak boleh beri pada Cik sekarang..." balas kawanku dengan lemah lembut... Intention nya, tidak mahu mengeruhkan keadaan dan bergaduh dengan pelanggan dalam telefon...
"Apa???!!!!! Saya tak peduli... Saya nak cek tu sekarang jugak!!!!!!!! Susah susah saya datang dari jauh!!!... Awak turun sekarang, saya nak jumpa awak!!", gertak pelanggan tu... Suaranya semakin bengis...
Explain punya explain (sampai merah padam muka kawan aku menahan marah), terpaksalah dia turun jumpa dengan pelanggan yang degil ni... Berangkutla segala fail yang telah diproses... Aku cuma pandang ajelah walaupun dalam hati, aku rasa simpati sebab kawan aku kena hadapi semua ini...
Lama gak dia ada kat bawah... Entah macam mane lepas tu, kawan aku naik semula dan balik ke tempat duduknya... Sempat gak dia bercerita apa berlaku dibawah tu...
Pelanggan tu siap bawak bodyguard... Agaknya, kalau kawan aku nie tak serahkan cek yang diminta, mahu kene belasah kot dengan bodyguard2 ni...
Dulu2, benda macam ni memang selalu terjadi... Bab kena ugut, kene intip, diekori dan sebagainya memang selalu terjadi... Sampai ramai kawan2 aku yang kerja dibidang ni berhenti kerja atau bertukar department kerana terlalu takut untuk berhadapan dengan semua ni... Tapi sekarang, dah takde sebab pihak berkuasa memang sentiasa bekerjasama membendung gejala gangster macam ni... Risiko tu tetap ada, tapi apa boleh buat... Inilah sumber rezeki aku dan kengkawan yang lain... Aku serahkan segala galanya pada Allah SWT dan moga2 aku dan kawan2 dilindungi sentiasa...
Thursday 26 July 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comment:
ooo..mcm tu la kalo nk melayan kerenah org..berbagai ragam...semput jaginya
keje ape ni erk...erm..
sabaq je la...
Post a Comment