Saturday, 30 August 2008

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-51 buat semua rakyat Malaysia yang membaca blog aku ni...

Sudah lebih setengah abad negara kita mengecapi kemerdekaan... Macam-macam benda kita dah ada dan kini, kita terus mengorak langkah menuju ke zaman yang lebih canggih lagi... Wawasan 2020 tetap digarap dan kita sebagai rakyat Malaysia tidak seharusnya berhenti setakat disini... Banyak lagi kerja dan usaha yang perlu dilakukan demi untuk merealisasikan impian ini...

Untuk aku, walaupun usia sedikit demi sedikit merangkak mencapai angka 30, aku tetap mempunyai perancangan dan cita-cita yang masih lagi belum terlaksana... Aku rasa, masih terlalu jauh untuk aku merasa berbangga dengan pencapaian aku... Azam masih lagi belum dikotakan... Janji-janji masih lagi belum 100% terlaksana... Selagi kudrat masih ada, akan aku tunaikan apa yang telah lafazkan diawal setiap tahun... Kalau tidak sempat, akan aku teruskan usaha sehingga ianya tercapai...

Photobucket

Aku berdoa dan memohon semoga anak-anak muda zaman sekarang akan terus mendokong cita-cita negara... Memang aku tidak nafikan, ramai diantara mereka sudah sedikit tersasar dan sedikit 'hanyut' dengan arus kemodenan yang mula menguasai kehidupan sekarang... Ideologi dan mentaliti asing mula menapak di hati sanubari mereka... Tidak seperti dahulu kala, bila tiba Hari Kemerdekaan, kitalah yang paling seronok sekali kerana mengenangkan perjuangan orang-orang terdahulu mendapatkan kemerdekaan... Nilai-nilai itu saban hari kian pudar di kalangan mereka sehingga ada di antara mereka tidak dapat merasai dan sedar betapa susahnya kita dahulu untuk merdeka dan membebaskan diri dari belenggu penjajah...

Kadang-kala, aku risau juga... Pulak zaman sekarang dengan keadaan yang tidak menentu, huru-hara berlaku disana-sini... Entah macam mana lah keadaannya di hari muka... Parti-parti politik berbalah sesama sendiri, sehingga ada yang sengaja menimbulkan sentimen dan sensitiviti antara kaum di negara kita... Lihat sahaja sebelum2 ini banyak cerita terpampang di dada2 akhbar yang membuatkan ramai di antara kita berasa tidak tenteram... Keadaan ekonomi sedikit tergugat dan para pelabur macam takut-takut nak melabur didalam negara kita... Di tambah pula dengan ekonomi dunia yang lembab...

Apa-apa pun, aku berharap semua ini hanyalah bersifat sementara... Doaku, negara Malaysia sentiasa tenang, aman dan makmur seperti sebelum2 ini... Rakyat berbilang kaum hidup aman sentosa didalam satu negara yang dipanggil Malaysia... Negara berdaulat dan bertuah ini... Masyarakat kita sudah terkenal hampir ke seluruh dunia... Kita menjadi role model kepada beberapa negara lain dan harapanku semoga kita akan terus maju dan berdaya saing setaraf dengan negara-negara besar yang lain...

Ingatlah, "perjuangan kita masih lagi belum selesai"... Hayatilah semangat kemerdekaan terutamanya pejuang-pejuang bangsa sebelum ini... Ingatilah sejarah silam kita, jangan sesekali kita lupakan asal usul kita dan jangan sesekali membenarkan diri kita dijajah semula; tidak kiralah dari segi idealisme ataupun cara hidup kita... Kita sudah bebas dan pastikan ianya kekal begitu...

Salam kemerdekaan buat semua!...

Thursday, 28 August 2008

Sedap...

Itu yang boleh aku katakan... So far, memang jarang orang bukak kedai makan yang berasaskan makanan simple seperti ini... Walaupun ianya cuma sandwich...

Nama tempat makan ni Subway... Letaknya, di KL Sentral; bersebelahan dengan RHB Bank dan Starbuck/Secret Recipe... Ini kali kedua aku datang dan makan disini... Kali pertama bersama rakan sekelas aku... Masa memula datang, aku memang bebal giler, tak tahu nak makan apa... Kat restoran ni, makanan dipesan berdasarkan konsep 'mix and match'; maksudnya pelanggan akan tentukan apa yang dia mahu dalam menu makanan yang dipesan... So, ada macam-macam pilihan dan kita hanya perlu bagitau kat tukang buat tu apa yang kita nak...

Photobucket
Logo Subway... Sekali tengok, aku ingatkan produk ubat gigi... Hehehe...

Kalau kalian tengok segala bahan kat depan rak display tu, ada macam-macam benda... Ada sesetengah tu, kalian tak tahu pun itu ape... Benda tu boleh dimakan cuma kita tak pernah makan lagi... Masa aku memula order dulu, aku menganga la kejap... Tak tahu nak cakap ape... Last2, aku main tunjuk-tunjuk aje... Nasib baik apa yang aku ambil tu kira sesuai dan sedap... Kalau tak, tak sentuh la jawabnya...

Photobucket
Inilah sandwich Subway yang bersaiz 'footlong'... Memang panjang giler!... Giler pun tak macam ni tau... Hehehe...


Photobucket
Yang ni pulak, saiz 6 inch... Nampak macam sikit, tapi besar gak...

Subway ni cuma menghidangkan makanan ringkas ala-ala Mat Salleh iaitu sandwich... Tapi sandwich nya bukan la yang pakai roti sandwich yang kita beli kat kedai mamak atau bai roti tu... Ni dia pakai roti yang panjang-panjang tu (entah, aku rasa ada nama khas untuk roti ni...) dan dipadankan dengan pelbagai inti yang enak-enak belaka... Ada dua pilihan saiz; pelanggan boleh memesan roti yang panjangnya 6 inch (bagi aku dah cukup besar dan banyak...) dan footlong (yang paling besar sekali...) dan jumlah kuantiti intinya bergantung kepada saiz roti tersebut... Pelanggan juga diberi pilihan untuk letak dressing yang macam mana dan sebagainya... Kira pilihan tu tidak lah terikat pada satu sahaja dan kita boleh padankan mengikut tekak dan selera kita...

Rata-rata menu dan pilihan yang ditawarkan memang sedap... Maybe, next time around aku akan cuba menu yang lain pulak... So far, aku belum habis explore lagi menu yang ada dan jangan risau, it's HALAL...

Kalian nak cuba?... Silalah ke Subway KL Sentral... Aku tak pasti sama ada Subway ade branch kat tempat lain ke tidak... Nanti aku check...


Image source: -
1) www.menunetwork.com
2) www.branhamhockey.com
3) www.smartplanet.com

Wednesday, 27 August 2008

Terkandas aku...

Hujan lebat giler tadi... Aku intai keadaan diluar, tak nampak apa-apa... Gelap gulita seolah-olah hari sudah jauh malam... Sesekali kelihatan pancaran kilat dan dentuman petir sabung-menyabung... Macam orkestra pulak kat luar tu...

Sejak kebelakangan ini, cuaca memang tidak menentu... Selalu sangat hujan belah tengahari dan petang... Kalau ikutkan perkiraan musim, sepatutnya monsun akan berlaku pada hujung tahun; bulan November atau Disember... Tapi sekarang pun kita sudah merasai kehadirannya... Tiap-tiap hari aku kesejukan bila nak mandi pagi...

Photobucket
Hujan oh hujan, kenapa engkau turun?... Macam mana aku tak turun, katak panggil aku.. Katak panggil aku... --> Betul ke?..

Masa aku sampai office pagi tadi, aku bercadang nak balik awal... Tapi bila keadaan dah macam tu, terpaksalah aku duduk lama sikit di pejabat sambil meneruskan kerja-kerja aku... Telefon pulak tidak henti-henti berdering... Mak aku bertanya aku berada kat mana... Risau dia kat anak bujang dia yang sorang ni... Yelah, aku pergi kerja sekarang tak bawa kereta; naik bas, STAR dan PUTRA je... Mau dia tak risau aku berjalan sorang2 dalam keadaan kilat sabung menyabung kat luar sana tu...

Bila hujan lebat kat luar, mulalah udara didalam office bertukar menjadi sejuk... Dah lah perut berkeroncong kelaparan... Makanan kat atas meja pula dah habis... Kawan2 aku yang lain pun turut kelaparan... Nak turun ke kantin, gerenti penuh dengan orang yang tidak boleh balik sebab terkandas kerana hujan lebat diluar... Hendak tak nak, terpaksa la tahan sedikit dengan harapan hujan akan reda dan aku boleh balik kerumah... Tunggu punya tunggu, keadaan masih lagi tak berubah... Hujan tetap turun malah lebih lebat lagi... Macam setahun tak hujan!... At last, kawan2 aku yang lain tidak boleh menahan dan mereka mengambil keputusan untuk keluar dari pejabat mencari tempat makan... Nak balik terus kerumah, jalan teramat lah sesak... Pengumuman di radio memaklumkan beberapa jalan utama di sekitar ibu kota tidak boleh dilalui kerana banjir kilat...

Tu dia... Kalau gini, pukul berapa aku nak sampai rumah?... Last2, aku ikut je dorang semua pergi makan kat KL Sentral... Perut pun dah berbunyi dan aku memang yakin takkan sempat sampai rumah sebelum pukul 9.00 malam... By the time, perut aku dah masuk angin...

Memandangkan kawan aku yang bawa kereta, jadi aku tumpang dia lah... Dari office aku nak ke KL Sentral tu tak la jauh sangat... Perjalanan memakan masa 5 minit je... Tapi disebabkan keadaan diluar yang memang menggerunkan, kami mengambil masa hampir sejam untuk tiba disana... Nasib baik Honda City kawan aku tu auto transmission... Kalau tak, mau menangis dia nak kena tekan pedal clutch...


Image source : www.kamarkosong.blogspot.com

Tuesday, 26 August 2008

Hari ini, aku menaiki kenderaan awam untuk ke tempat kerja...

Setelah sekian lama aku tidak menaiki bas RapidKL (dahulu dikenali sebagai Intrakota), STAR LRT dan PUTRA, hari ini memori lama datang kembali... Kenangan menunggu bas di stesen seawal jam 7.00 pagi, beratur membeli tiket STAR LRT dan berhimpit-himpit dengan pengguna PUTRA yang lain memang tidak dapat dilupakan... Sebelum aku memiliki kereta sendiri, inilah kenderaan rasmi aku setiap hari... Tapi sejak dah bawak kereta ni, aku dah jarang guna kenderaan awam... Memang terlalu banyak perubahan yang berlaku...

Masa memula nak naik bas, aku memang confuse giler... Bas yang mana satu perlu aku naiki... Pulak tu, semua nampak sama tetapi sebenarnya ada perbezaan... Kalau silap percaturan, memang tak sampai la aku ke destinasi yang hendak ditujui...

Ada bas 'tempatan', ada bas 'utama' dan ada juga bas 'ekspres'... Kesemua bas ini mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang berbeza... Tambang yang dikenakan pun tidak sama... Memang agak mengelirukan sedikit dan bagi seorang penumpang yang ingin menaiki bas, mereka harus memastikan arah tujuan dan nombor bas yang perlu dinaiki... Jika perjalanan yang hendak ditujui itu tiada dalam peta perjalanan, maka penumpang terpaksa mencari laluan yang paling hampir dan berkemungkinan terpaksa bertukar kepada bas yang lain... Kira akan turun naik bas la kerjanya...

Aku rasa sangat aneh dengan sistem yang digunakan... Laluan yang ditetapkan terlalu pendek dan rata-rata penumpang terpaksa menaiki dua atau tiga kali bas untuk sampai ke sesuatu tempat... Bukan macam dulu-dulu, kita naik aje bas, bayar tambang dan duduk dalam tu sampai la tiba ke tempat yang hendak ditujui... Sekali naik aje tanpa perlu bertukar kepada bas yang lain... Sekarang ini, caranya agak berbeza sedikit dan kebanyakkan penumpang memang tidak berkesempatan nak duduk dalam bas yang dinaiki... Sekejap je dah sampai dan kena tukar bas...

Perkhidmatan STAR tetap seperti dahulu... Tiada perubahan dari segi waktu dan peta laluan... Sehingga kini, aku memang suka naik STAR LRT sebab laju dan gerabaknya besar... Memang tak penuh dan selalunya aku dapat duduk... Tapi sayangnya, STAR LRT tak lalu depan office aku... Jadi, hendak tak nak kena turun dan naik PUTRA LRT...

Aku bukanla tak suka naik PUTRA... Bagi aku, perkhidmatan PUTRA satu ketika dahulu amat bagus... Tetapi, sejak kebelakangan ini mutu perkhidmatan yang diberikan agak mengecewakan... Masalah teknikal sering dihadapi dan ramai penumpang mengeluh bila berlakunya masalah ini... Gerabak yang disediakan juga terlalu kecil sehingga ianya tidak dapat menampung jumlah penumpang yang saban hari kian meningkat... Bayangkan, setiap pagi kesemua penumpang diwajibkan beratur (seperti budak sekolah) sebelum menaiki tren... Nak naik tren satu hal; lepas tu nak kena tolak menolak dan berhimpit-himpit dengan orang lain... Entah, aku pun tak tahu nak cakap macam mana... Memang padat macam ikan dalam tin sardin!... Tu belum campur dengan pelbagai 'minyak wangi' semulajadi... Sampai kadang-kadang naik loya tekak dan pening kepala dibuatnya...

No wonder la ramai orang prefer naik motorsikal atau bawa kereta ke tempat kerja... Mereka sanggup meredah jalan yang sesak daripada berhimpit-himpit tak tentu pasal... Begitulah mutu perkhidmatan kenderaan awam di Kuala Lumpur ini... Terlalu banyak cacat celanya!... Aku bukanlah nak mengomel tak tentu pasal, tetapi situasi yang dihadapi oleh orang ramai yang menggunakan kenderaan awam ni adakalanya sudah melampaui batasan... Tindakan wajar perlu diambil oleh pihak yang berwajib untuk mengelakkan masalah dari terus berlarutan...

Baru-baru ini, Perdana Menteri sendiri telah turun padang untuk membuat tinjuan bagi mendapatkan gambaran sebenar apa yang dilalui oleh orang ramai... Pak Lah dengan secara senyap-senyap cuba untuk menaiki KTM Komuter pada waktu pagi; ketika orang ramai sedang berpusu-pusu untuk ke tempat kerja... Alangkah terkilannya beliau apabila mendapati servis yang diberikan sangat rendah dan tidak berkualiti... Beliau tidak berpeluang menaiki tren pertama yang sampai kerana terlalu penuh... Kali kedua, beliau dapat naik tetapi terpaksa berhimpit-himpit dan berdiri bersama-sama penumpang yang lain... Semua ini berlaku dengan pantas tanpa disedari oleh orang ramai... Ada juga yang perasan tetapi mereka tidak mengendahkannya...

Selepas insiden ini, terus keluar berita di kaca televisyen dan di dada akhbar membincangkan isu ini... Aku rasa musykil, mengapa apabila selepas Pak Lah dah naik KTM Komuter atau apa saja kenderaan awam yang lain, baru pihak yang berwajib nak ambil tindakan?

Mengapa sebelum ini, segala permasalahan dan aduan tidak pernah diendahkan atau dihiraukan?

Aneh bukan? Tetapi ini bukanlah sesuatu yang baru... Umum, apabila orang yang berkuasa mula 'mengetuk' dan menegur tentang sesuatu perkara, barulah tindakan hendak diambil... Sudah menjadi lumrah dan budaya kebanyakkan syarikat disini...


Nota kaki:-
Cakap memang senang... Adakah mustahil untuk kita menikmati mutu servis kenderaan awam yang jauh lebih baik selepas ini?

Monday, 25 August 2008

Macam-macam ada... Sungguh meriah dan mewah dengan makanan... Dari sajian seringkas keropok ikan, sehinggalah yang paling rumit untuk disediakan... Namun hati tetap merasa kepuasan; kepuasan yang sudah lama ditinggalkan...

Hari ini, hati terubat kembali... Kempunan untuk menikmati pelbagai jenis hidangan sudah dipenuhi dan dituruti... Setelah sekian lama merancang, akhirnya aku dan rakan2 berjaya melaksanakan program yang menjadi kegemaran dan kesukaan ramai; program yang mengenyangkan perut masing2 dan menggemukkan apa yang patut... Hehehe....

Kali ini, sengaja kami merancang program yang agak santai... Tanpa protokol, tanpa susun atur majlis... Hanya doa menjadi pemulaan dan pelengkap... "Boleh la tu..." bisik hati...

Aku ingatkan, hendak buat yang biasa-biasa sahaja... Simple dan tidak merumitkan/menyusahkan semua orang... Jadi, program 'mangkuk bertuah' menjadi pilihan... Alah, dalam English orang panggil 'potluck' lah... Masing2 akan bawak makanan masing2 untuk dikongsi bersama ahli2 lain... Kebiasaannya jumlah makanan yang ada tidaklah terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit... Sedang-sedang sahaja...

Bila dah kumpul-kumpul makanan yang dibawa, terkejut beruk aku... Beruk pun tak terkejut macam ni... Hehehe... Punyalah banyak makanan!... "Boleh habis ke ni?" hati berkata lagi... Mengikut perancangan awal, aku dah pesan pada individu yang terlibat untuk membawa sejumlah makanan... Namun, masing-masing dibelenggu dengan perasaan risau; takut kalau-kalau makanan tak cukup, maka ditambah jumlah dan kuantiti makanan tersebut... Jadi, penuh jugakla tempat hidangan yang disediakan... Nasib baik muat-muat sahaja... Kalau tak, aku pun tak tahu nak letak mana hidangan tersebut...

Makan-makan kali ini dianjurkan secara tidak formal berasaskan konsep santai di tempat kerja sempena menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak... Tak sangka kan? Minggu depan dah nak puasa, Insya Allah... Aku rasa macam sekejap je masa berlalu, rasa macam keriangan Syawal yang lepas masih lagi ada...

Menu yang ada juga merangkumi pelbagai jenis makanan... Dari Utara sehinggalah ke Selatan, semua jenis makanan ada... Dan apa yang menariknya, kebanyakkan makanan yang disediakan adalah dari air tangan masing-masing... Itulah istimewanya potluck kali ini... Dapatlah masing2 merasa masakan kawan2 yang lain (errr... aku tak tahulah kalau makanan tersebut adalah makanan tunjuk2 gak... hehehehe...)

Sebelum puasa dah buat, Insya Allah untuk raya yang akan datang, akan ada makan-makan lagi... Acara ni pun dah jadi sebahagian dari acara wajib kami satu department... Nak buat tiap2 bulan tu memang payah la, tapi Insya Allah bila ada kesempatan aku dan kawan2 akan buat juga... Sesekali lepas tension mengadap makanan, apa salahnya kan?

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket



Nota kaki: -
Sorry gambar senget benget... Ruang agak sempit dan dipenuhi orang... Diambil oleh Pn. Zanariah :)

Wednesday, 20 August 2008

Kalau semalam aku bercerita mengenai pembinaan pesat yang berlaku di Dubai, kali ini aku nak berkongsi pandangan dan gambar-gambar yang aku terima dari rakan pejabat aku mengenai projek hartanah disini...

Sungguh menarik dan sekali lagi aku terkasima dengan apa yang berlaku di Dubai... Aku cukup respect dengan orang yang mampu melaksanakan sesuatu yang kita rasa agak mustahil untuk dilakukan oleh orang lain... Itulah teknologi zaman sekarang... Banyak perkara yang dahulunya kita tidak mampu nak lakukan dengan tangan sendiri, sudah boleh dilakukan dengan bantuan teknologi ini... Apa yang penting, idea bernas yang datang dari arkitek yang berpengalaman telah berjaya mencetuskan evolusi dalam bidang pembinaan...

Aku tidak pasti siapa sebenarnya yang bertanggungjawab untuk menghasilkan projek yang aku rasakan sangat impresif ini... Tidak pernah dibuat orang sebelum ini!... Namun, semua ini dilakukan untuk kebaikan bersama juga... Alangkah baik dan hebatnya jika kita rakyat Malaysia boleh jadi sehebat ini; mencipta dan menghasilkan sesuatu yang luar biasa... Apa yang dapat kita lihat, sesuatu idea itu tidak mustahil untuk dilaksanakan, cuma kita perlu cekal dan mempunyai semangat serta keyakinan yang tinggi bila melakukan sesuatu perkara...

Jika benar orang Arab yang menjadi perintis kepada projek mega Dubai ini, aku yakin kita sebagai rakyat Malaysia juga mampu menghasilkan sesuatu yang setanding dengan mereka... Tambahan pula, kita mempunyai ramai perintis yang muda-muda dan ramai di antara kita sangat kreatif dan inovatif... Kita sudah berjaya menghantar angkasawan tempatan ke angkasa, dan sekarang sudah tiba masanya kita mencipta sesuatu yang luar biasa untuk dunia mengetahuinya... Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi sekadar membuktikan bahawa kita juga boleh seperti mana mereka boleh...

Bila aku amati secara terperinci, aku cukup gembira kerana akhirnya sudah terbukti bahawa umat Islam khususnya dan negara2 Islam amnya mempunyai kepakaran dan menghasilkan sesuatu... Kita tidak perlu bergantung kepada teknologi asing kerana kita sendiri boleh menghasilkan teknologi tersebut... Sejarah Islam juga telah menjelaskan bahawa ilmu fizik, kimia dan sebagainya ditemui dan diwarisi oleh pakar2 yang sememang beragama Islam seperti Al-Khawarizmi, Al-Kindi dan lain-lain... Jadi, tidak mustahil untuk seseorang Islam itu mampu menghasilkan sesuatu jika dia mahu... Apa yang penting, kesungguhan dia untuk mendapatkan apa yang dia mahu dan menghasilkan apa yang diinginkan...

Semuanya bermula dengan cita-cita dan akhirnya dilaksanakan menjadi realiti... Mungkin idea sebenar menghasilkan projek mega Dubai ini bermula dari situ... Si pencipta telah melihat sedalam-dalamnya apa yang berada didepannya... Bila peluang sudah tiba, dia terus melakar dan melaksanakannya tanpa tertangguh...

Aku cukup geram dengan binaan kediaman dan infrastruktur di Dubai ini... Rasa suka sangat dengan projek yang dijalankan... Sungguh indah dan teratur... Kalau kita lihat dari pandangan bawah, kita tidak dapat melihat dengan jelas rupa sebenar projek ini... Tapi bila kita lihat dari atas, kita dapat lihat betapa hebat dan indahnya kawasan ini... Dari info yang aku terima, tempat ini dapat dilihat dengan jelas ketika berada di angkasa... Rupanya tidak ubah seperti pokok palma... Itulah simboliknya Dubai... Aku tidak jangka bahawa pencipta mempunyai idea sehebat ini...

Dari segi bentuk dan binaan, aku agak-agak mesti mahal harga seunit rumah ini... Yelah, proses hendak membinanya sahaja sudah berapa... Mungkin apabila projek ini sudah siap dan lengkap, harganya mungkin mencecah jutaan ringgit dan kebiasaannya hanya orang-orang yang mempunyai perniagaan dan orang kenamaan yang mampu memiliki rumah disini... Aku tidak fikir golongan sederhana atau yang biasa2 mampu untuk tinggal di tempat yang semewah ini... Tidak pasti, mungkin aku silap...

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket



Gambar : Tidak Diketahui (E-mail)

Tuesday, 19 August 2008

Percaya atau tidak, gambar yang kalian lihat dibawah adalah antara pencakar langit yang terdapat di Dubai, Emiriah Arab Bersatu...

Ya, siapa sangka, negara yang terkenal dengan jolokan padang pasir dan suhu kepanasan yang tinggi boleh membangun sedemikian rupa... Begitu pesat pembangunan di Dubai sehingga kita tidak sedar bahawa bandar itu sudah menjadi seperti sebuah bandar moden yang mempunyai kepadatan penduduk yang agak tinggi...

Dahulunya, tiada apa yang menarik di Dubai; cuma tanah lapang dan seolah-olah padang bola yang kontang tanpa ada hiasan atau tumbuhan hijau disekelilingnya... Jika ada pokok2 pun, cuma beberapa kerat je dan ianya boleh dibilang jari... Bila kita lihat Dubai satu ketika dahulu, kita mesti akan berfikir dua tiga kali untuk kesana dan semestinya kita rasa tidak selesa dengan suasana disitu; panas dan kering...

Photobucket
Dubai dahulu kala... Memang takde ape kat tempat ni...


Kini, semuanya telah berubah... Dubai sekarang bukan seperti Dubai dahulu... Banyak perubahan telah berlaku dan bagi aku, perubahan yang berlaku ini amat drastik sehingga rata-rata penduduk dunia tidak sedar akan kepesatan pembangunan bandar ini... Aku memang yakin, kalian pun mesti tidak percaya bahawa Dubai sekarang sudah hampir setanding dengan New York atau London... Mungkin ada yang membandingkannya dengan Kuala Lumpur... Apa yang berbeza ialah dari segi cuaca dimana Dubai akan kekal dengan cuaca panasnya serta tanaman pokok palma/kurma di sekelilingnya... Itulah yang membezakan Dubai dengan bandar2 lain dan identiti ini akan terus kekal begitu sampai bila2 melainkan dengan izin Allah...

Photobucket
Pembinaan bangunan pencakar langit sedang rancak berlaku di Dubai...


Photobucket
Antara bangunan yang sudah berdiri... Dah macam bandar besar pula...


Sepertimana bandar/negara lain didunia yang sedang berlumba-lumba membangunkan infrastruktur masing-masing, Dubai juga tidak ketinggalan dalam aspek ini... Dubai amat bertuah kerana terletak didalam negara Arab; negara pengeluar minyak terbesar didunia... Oleh itu, hasil perolehan dari pengeluaran dan jualan minyak digunakan untuk pembangunan hartanah dan infrastruktur di Dubai... Semuanya bermula dengan pembinaan hotel bertaraf 5 bintang (aku rasa bukan 5 bintang dah hotel ni, apa sahaja bintang yang ada, memang itulah rating nya... Rating yang paling tinggi sekali...) Burj Al-Arab yang terletak mengadap perairan Parsi... Sedikit maklumat mengenai hotel ini; hotel ini merupakan antara hotel yang termahal di dunia dari segi sewaan bilik dan pernah dinobatkan sebagai "World's Most Expensive Hotel 2006" satu ketika dahulu menurut majalah Forbes... Aku rasa, sekarang pun harga sewa sebuah bilik hotel disana masih lagi mahal... Namun begitu, hotel ini tetap dikunjungi dan masih megah berdiri walaupun harganya teramat lah mahal!...

Photobucket
Burj Al-Arab... Simbol kemegahan dan menjadi mercu tanda masyarakat di Dubai


Sejak adanya Burj Al-Arab ini, maka bangunan pencakar langit yang lain mula berdiri ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan... Satu persatu bumbung bangunan mula mencecah awan dan kini kita dapat lihat banyak bangunan moden telah dibina disini... Rata2 bangunan yang dibina amat tinggi dan melebihi 20 tingkat... Mungkin Dubai mempunyai kelebihan kerana bentuk muka buminya yang landai dan tidak berbukit bukau seperti negara lain...

Photobucket


Begitulah cerita Dubai, bandar yang kini mula dikenali penduduk dunia... Sedikit demi sedikit usahawan, ahli perniagaan dan orang-orang kenamaan mula menunjukkan minat dan beralih arah ke Dubai untuk melabur dan memiliki hartanah disini... Sumber ekonomi Dubai juga semakin lama semakin kukuh akibat pembangunan infrastruktur yang pesat ini... Tidak mustahil satu ketika nanti, Dubai akan setanding New York atau bandar besar yang lain di dunia... Kita akan lihat nanti...


Nota kaki 1:-
Tak silap aku, Dubai bakal mendapat jolokan bandar yang mempunyai bangunan yang tertinggi di dunia apabila terbinanya Burj Dubai pada tahun 2009 nanti... Aku tidak pasti berapa ketinggian bangunan ini tetapi ia akan melepasi ketinggian menara Taipei 101 di Taiwan yang merupakan bangunan tertinggi di dunia setakat ini...

Nota kaki 2:-
Kawan ketika sekolah menengah aku dulu sekarang sudah berada di Dubai... Dia bekerja disana... Sibuk dia ajak aku berhijrah dan bekerja disana... Bila aku fikirkan, menarik juga jika aku dapat bekerja kat tempat ni... Tapi ada ke peluang kerja? Tambahan pula, bidang kerja aku terlalu specific dan tak silap aku, macam takde je kat situ... Lainlah kalau aku kerja company construction, engineering atau oil & gas... Mungkin peluang tu cerah sikit...


Sumber gambar:-
1) www.novus2.com
2) www.tourismzone.com
3) www.eikongraphia.com
4) www.picasaweb.google.com

Terima kasih!

Monday, 18 August 2008

Tahukah anda apa yang terdapat didalam gambar ini?

Photobucket


Nantikan kemunculan entry aku yang akan datang...

Sunday, 17 August 2008

Sedang kami sekeluarga sibuk membuat persediaan untuk kenduri doa selamat sebentar tadi, tiba2 sahaja makcik aku bertanya dan bercerita tentang perihal rumah aku... Dia siap cakap, rumah aku tu dah siap dan tidak lama lagi, aku akan mendapat kunci... Kalau ikut perancangan sebenar, aku akan mendapat kunci rumah pada bulan Disember tahun ini, tetapi bila aku lihat perkembangannya, macam dah tak lama je...

Anyway, macam2 cerita kami bualkan dan makcik aku banyak bertanya bagaimana aku nak uruskan rumah baru aku tu nanti, bila aku akan berpindah masuk, kelengkapan serta hiasan dalam rumah dan sebagainya...

Bila difikirkan, memang macam2 yang aku nak kena buat... Nak masuk rumah, kena pastikan semuanya dah ada, barulah selesa nak duduk... Lampu nak kena pasang, grill pintu dan tingkap nak kena buat dan kalau nak buat awning, kena buat awal2 sebab bila dah pindah masuk nanti, leceh sikit sebab dah ada barang... Lepas tu, aku nak kene buat kabinet dapur dan kemungkinan besar aku akan extent bahagian belakang untuk memberi keluasan kepada bahagian dapur... Senang sikit kalau nak kenduri kendara dan masak2...

Biasalah, bila bercerita tentang perkara ini, memang akan jadi excited... Baik aku, mak aku dan makcik2 aku, semuanya tak berhenti dan tak nak mengalah untuk meluahkan idea masing2... Sampai kadang2 kecoh jugakla kami kat situ... Mesti jiran sekeliling rasa pelik sebab kami bising sangat... Hehehe...

Makcik aku banyak memberi nasihat dan adakalanya dia memberi cadangan macam mana aku nak hias rumah aku nanti... Sebagai yang paling muda, aku cuma berdiam diri dan menganggukkan kepala tanda menerima pandangan dia... Dalam hati, aku berharap agar dia berhenti memberi cadangan kepada aku... Bukanla aku tak nak terima idea yang diberi tetapi kalian paham2 la kalau orang tua2 punya idea... Semuanya 'old fashion' style yang memang aku tak berkenan sangat... Dorang suruh aku buat plaster syiling yang corak bunga2 dan ada 'dome' kat tengah2 tu, and then, suruh aku letak wallpaper corak bunga2... Adehhh... Dalam hati, hendak je aku pekik, "orang zaman sekarang dah tak pakai da wallpaper2 nih!..."

Memang aku kurang berkenan dan aku selalu nak tergelak bila datang rumah dorang ni... Bukan la aku nak mengata tetapi bila aku amati hiasan dan perabot yang digunakan memang cukup antik dan lama... Bila aku masuk kebahagian dapur la, hiasan pun lebih kurang je... Cuma yang aku suka dengan rumah mereka2 ni, ruang memang cukup besar dan luas...

Aku sempat singgah ke rumah makcik2 aku selepas semua kerja selesai... Sempat juga aku snap beberapa keping gambar kabinet dapur yang baru saja dibuat oleh seorang makcik aku ni... Aku cukup suka dengan kualiti kayu yang digunakan tetapi kurang berkenan dengan corak dan warna kabinet tersebut... Memang style orang lama, jadi aku fahamlah citarasa mereka ni macam mana... Tapi untuk rumah aku nanti, aku takkan ambil corak dan warna macam ni...

Makcik aku spent hampir RM7 ribu hanya untuk buat kabinet dapur ni... Tu belum lagi termasuk lampu dan kelengkapan lain... Bila dia sebut kos yang terlibat, tertelan air liur aku bila mendengarnya... "Mahal giler!!!...." Well, it does make sense sebab sekarang ni, barang pun dah naik... Upah orang lagi, so tak mustahil la kalau harganya mencecah RM8 - 9 ribu... Jangan tak tahu, masa makcik aku tu buat survey, ada gak kabinet dapur yang berharga RM20 ribu keatas... Entah dia guna bahan ape tah sampai begitu mahal nak buat kabinet dapur... Agaknya, dia guna fibre dan high quality steel kot???...


Gambar kabinet dapur yang baru dibuat makcik aku... Kos keseluruhan dekat RM7 ribu...

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

Saturday, 16 August 2008

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan tahniah kepada rakan sekerja merangkap penolong ketua darjah dan juga merupakan kawan baik aku, Loke Wai Ching diatas kejayaan dia menamatkan kursus Ijazah Sarjana Muda di Kolej Teknologi A.P.I.I.T...

Hari ini, dia sudah pun bergelar graduan dalam jurusan Teknologi Perniagaan (Business IT) selepas 4 tahun bertungkus lumus mentelaah ilmu dan menghadiri kelas setiap minggu... Bayangkan, dengan keadaan yang sibuk dengan kerja2 dipejabat, dia masih mempunyai masa untuk menimba ilmu demi untuk segulung ijazah!... Aku memang kagum dengan dia dan sedikit sebanyak ini menjadi pendorong kepada aku untuk mengikuti jejak langkahnya... Sebab itu, sehingga kini aku masih lagi bergelar pelajar walaupun diwaktu siang, masa aku banyak dihabiskan dipejabat...

Hari ini merupakan hari konvokesyen kolejnya yang berlangsung di dewan utama, Hotel Renaissance Kuala Lumpur... Pada mulanya, aku bercadang untuk menghadiri majlis tersenbut tetapi disebabkan aku ada kelas hari ini, aku terpaksa membatalkan niat aku... Tambahan pula, untuk menghadiri majlis tersebut, hadirin dikehendaki membayar sejumlah wang sebelum dibenarkan mengikuti upacara yang telah disusun oleh urusetia...

Aku hanya sempat menghantar pesanan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya hari ini... Ucapan tahniah dihantar sebagai tanda pengganti diri... Semoga hari bersejarah hari ini memberikan seribu kenangan indah buat dirinya... Aku berharap dia gembira menerima anugerah yang selama ini menjadi buruan setiap siswi...

My dear Loke,
Congratulations on your graduation... You deserve it!...



Nota kaki:-
Kejayaan tidak datang berguling... Setiap apa yang kita perolehi adalah dari berkat usaha diri sendiri... Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih...
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.