Saturday 30 August 2008

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-51 buat semua rakyat Malaysia yang membaca blog aku ni...

Sudah lebih setengah abad negara kita mengecapi kemerdekaan... Macam-macam benda kita dah ada dan kini, kita terus mengorak langkah menuju ke zaman yang lebih canggih lagi... Wawasan 2020 tetap digarap dan kita sebagai rakyat Malaysia tidak seharusnya berhenti setakat disini... Banyak lagi kerja dan usaha yang perlu dilakukan demi untuk merealisasikan impian ini...

Untuk aku, walaupun usia sedikit demi sedikit merangkak mencapai angka 30, aku tetap mempunyai perancangan dan cita-cita yang masih lagi belum terlaksana... Aku rasa, masih terlalu jauh untuk aku merasa berbangga dengan pencapaian aku... Azam masih lagi belum dikotakan... Janji-janji masih lagi belum 100% terlaksana... Selagi kudrat masih ada, akan aku tunaikan apa yang telah lafazkan diawal setiap tahun... Kalau tidak sempat, akan aku teruskan usaha sehingga ianya tercapai...

Photobucket

Aku berdoa dan memohon semoga anak-anak muda zaman sekarang akan terus mendokong cita-cita negara... Memang aku tidak nafikan, ramai diantara mereka sudah sedikit tersasar dan sedikit 'hanyut' dengan arus kemodenan yang mula menguasai kehidupan sekarang... Ideologi dan mentaliti asing mula menapak di hati sanubari mereka... Tidak seperti dahulu kala, bila tiba Hari Kemerdekaan, kitalah yang paling seronok sekali kerana mengenangkan perjuangan orang-orang terdahulu mendapatkan kemerdekaan... Nilai-nilai itu saban hari kian pudar di kalangan mereka sehingga ada di antara mereka tidak dapat merasai dan sedar betapa susahnya kita dahulu untuk merdeka dan membebaskan diri dari belenggu penjajah...

Kadang-kala, aku risau juga... Pulak zaman sekarang dengan keadaan yang tidak menentu, huru-hara berlaku disana-sini... Entah macam mana lah keadaannya di hari muka... Parti-parti politik berbalah sesama sendiri, sehingga ada yang sengaja menimbulkan sentimen dan sensitiviti antara kaum di negara kita... Lihat sahaja sebelum2 ini banyak cerita terpampang di dada2 akhbar yang membuatkan ramai di antara kita berasa tidak tenteram... Keadaan ekonomi sedikit tergugat dan para pelabur macam takut-takut nak melabur didalam negara kita... Di tambah pula dengan ekonomi dunia yang lembab...

Apa-apa pun, aku berharap semua ini hanyalah bersifat sementara... Doaku, negara Malaysia sentiasa tenang, aman dan makmur seperti sebelum2 ini... Rakyat berbilang kaum hidup aman sentosa didalam satu negara yang dipanggil Malaysia... Negara berdaulat dan bertuah ini... Masyarakat kita sudah terkenal hampir ke seluruh dunia... Kita menjadi role model kepada beberapa negara lain dan harapanku semoga kita akan terus maju dan berdaya saing setaraf dengan negara-negara besar yang lain...

Ingatlah, "perjuangan kita masih lagi belum selesai"... Hayatilah semangat kemerdekaan terutamanya pejuang-pejuang bangsa sebelum ini... Ingatilah sejarah silam kita, jangan sesekali kita lupakan asal usul kita dan jangan sesekali membenarkan diri kita dijajah semula; tidak kiralah dari segi idealisme ataupun cara hidup kita... Kita sudah bebas dan pastikan ianya kekal begitu...

Salam kemerdekaan buat semua!...
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.